Monday, February 18, 2019

PPBM MASUK SABAH-SHAFIE AKUR

Shafie semasa membaca kenyataan akhbar
KENYATAAN akbar Datuk Shafie Apdal berkaitan kemasukkan PPBM ke Sabah tiada sebarang kejutan, malah kandungan kenyataan itu, Presiden Parti warisan itu bertindak akur.

Kenyataan akhbar Shafie menunjukkan anti-klimkas jika dilihat kenyataan-kenyataan sebelum ini, termasuk daripada ADUN dilantik daripada DAP yang juga MP Sandakan-Stephen Wong dan juga Pengerusi PKR Sabah- Christina Liew.

Sebelum kenyataan akhbar Shafie hari ini, ada pemimpin baik daripada PWS mahupun parti-parti yang berkolaborasi dengan parti itu membuat kenyataan membantah kemasukkan PPBM ke Sabah, malah ADUN Luyang daripada DAP- menganggap tindakan itu sebagai tikam belakang.

Anggapan sebelum ini, Shafie akan memutuskan kolaborasi dengan PH, malah dikhabarkan beliau akan membubarkan Dun Sabah sebagai protes terhadap keputusan PPBM mengembangkan sayap ke Sabah, ternyata tidak menjadi kenyataan.

Sebenarnya, Shafie ada dua pilihan untuk mengekang kemasukan PPBM ke Sabah, pertama memutuskan kolaborasi dengan PH dan kedua membubarkan Dun Sabah.

Mungkin Shafie menerima hakikat, bahawa kerajaan yang beliau tubuhkan pada 12 Mei, 2018, bukan kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat Sabah, melainkan kerajaan yang ditubuhkan oleh wakil-wakil rakyat katak, sebab itu tidak berani mempergunakan pilihan yang ada di tangan beliau.

No comments:

Blog Archive