SUDAH tiba masanya setiap pemimpin Sabah perlu menunjukkan jiwa besar dan seterusnya melaksanakan rekonsiliasi demi pembangunan dan kemajuan negeri.
Berpolitik sepanjang masa, bukan sahaja merugikan rakyat, malah boleh membantut pembangunan & kemajuan.
Isu kemasukkan PPBM ke Sabah sudah selesai, apabila Parti Warisan Sabah (PWS) menunjukkan komitmen untuk terus bekerjasama dengan parti itu, samada di peringkat negeri mahupun persekutuan.
Bermula daripada sekarang jangan timbul lagi sangkaan buruk terhadap PPBM yang mengembangkan sayap ke Sabah kerana kemasukkan parti itu semata-mata atas jemputan para pemimpin dan rakyat Sabah.
Ada lah jelas, kemasukkan PPBM ke Sabah adalah untuk memperkukuh kerajaan negeri khasnya dan amnya kerajaan Persekutuan.
Para pemimpin yang menyertai PPBM, bukan calang-calang, mereka itu bukan sahaja mempunyai penyokong di peringkat akar umbi, akan tetapi mereka itu adalah para pemimpin yang penuh dengan pengalaman, mempunyai rekod memajukan rakyat dan negeri.
Pemimpin seperti Datuk Hajiji Haji Noor, Datuk Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Datuk Masidi Manjun, Datuk Ronald Kiandee, Datuk Azizah Dun Banir, selain pemimpin pelapis seperti Datuk Ariffin Arief, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Datuk Japlin Akim dan ramai lagi yang tidak disebut nama mereka satu persatu, dipercayai akan menyertai PPBM.
Kehadiran PPBM bukan untuk bersaing dengan PWS akan tetapi saling berganding bahu untuk mengwujudkan kestabilan politik. Ada lah jelas sekali, menerusi kestabilan politik sahaja, Sabah dan rakyatnya boleh bergerak ke depan secara mapan.
Perlu diterima, dalam politik, tiada musuh selamanya. Menerusi politik, mengajar setiap orang untuk bekerjasama bagi mencapai tujuan dan matlamat. Bagi pemimpin Sabah, tujuan dan matlamat itu adalah kemajuan dan pembangunan Sabah dan rakyatnya.
No comments:
Post a Comment