Thursday, February 21, 2019

KESILAPAN BESAR SHAFIE

DIAKUI atau tidak, kesilapan besar Datuk Shafie Apdal apabila melantik Datuk Jaujan Sambakong sebagai Timbalan Ketua Menteri. Menerusi perlantikan itu jelas, kerajaan Shafie adalah Semporna centric (kuasa berpusat di Semporna).

Bagi menambah parah lagi keadaan, kemudiannya, beliau melantik Ketua Setiausaha politik juga daripada Semporna, ketua-ketua jabatan penting juga daripada Semporna.

Kini berlegar-legar dikalangan rakyat, bahawa Sabah seolah-olah hanya dihuni oleh rakyat yang berasal daripada Semporna.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Sabah, bahawa Ketua Menteri dan Timbalannya daripada daerah yang sama, daripada Parlimen yang sama.

Apa kah tindakan Shafie itu membawa maksud slogan parti beliau UBAH? dan kemudian "in God We Trust, Change We Must"

Shafie menampakan kegelojoan beliau, apabila bertindak tidak mewakili rakyat Sabah yang berbilang kaum, selain itu seolah-olah tidak menyedari, bahawa kerajaan yang beliau bentuk bukan berasaskan mandat rakyat, sebaliknya kerajaan yang dibentuk kerana tindakan KATAK.

Di kalangan penjawat awam, meskipun "kurang kedengaran rungutan" kerana mereka itu perlu akur dengan Government Of The Day, namun perlantikan orang luar daripada sistem pentadbiran telah menghalang peluang-peluang kakitangan awam dilantik ke jawatan-jawatan berkenaan, sedangkan mereka itu menanti peluang itu bukan setahun, malah berpuluh tahun.

Sehingga kini, rakyat negeri ini masih tertanya-tanya, berkaitan fungsi dua Kementerian yang diwujudkan, Kementerian Pelajaran dan Inovasi dan Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, kerana dilihat dua kementerian tiada kuasa nyata dalam bidang masing-masing.

Kemasukkan PPBM ke Sabah, mempunyai keterkaitan dengan pemerintahan Kerajaan Sabah yang dilihat bukan untuk rakyat Sabah secara keseluruhan. Menerusi penyebaran parti itu, setidak-tidaknya akan ada pihak yang boleh bertindak semak dan imbang, demi kesejahteraan negeri dan rakyatnya.

Memang dilihat diluaran, kemasukkan PPBM ke Sabah kerana jemputan sebahagian rakyat negeri ini, namun maksud tersirat parti itu adalah untuk memperbetulkan pemerintahan negeri yang tersasar jauh bagi mewakili rakyat berbilang kaum.

3 comments:

Unknown said...

Tiada apa yg di komen bagi mereka yg di tahan SPRM kemudian di beri jawatan tinggi dalam kerajaan oleh DSSA
Biar masa mententukan

ULU PADAS EXPRESS said...

Apapun, kerajaan sudah wujud, biarlah rakyat menentukan hayat politik Warisan sama ada dapat bertahan lama atau sebaliknya. It's up to the rakyat to decide the fate of PWS.

yuliaaaa said...

Judi Online
Judi Bola
Agen Bola
Agen Sbobet

Blog Archive