PENULIS masih teringat diawal penubuhan Parti Warisan Sabah (PWS) pada tahun 2016, Shafie pernah membuat kenyataan, jika PWS membentuk kerajaan Sabah, maka tindakan pertama beliau adalah meminta Kerajaan Filipina memansuhkan TUNTUTAN ke atas Sabah ONCE FOR ALL. Namun kini, bukan sahaja pendirian itu tidak menjadi kenyataan, malah Duta Besar negara itu di negara ini memberi tahu secara langsung kepada beliau semasa kunjungan ke Pejabat "ketua menteri Sabah itu" bahawa negaranya akan terus menuntut Sabah, walaupun secara tidak aktif.
Kenyataan pembesar Filipina didepan Pemimpin No.1 Sabah, berkaitan TUNTUTAN negara itu terhadap Sabah julung kalinya berlaku, sejak Sabah Merdeka pada 16 September, 1963.
Shafie berselindung kepada "kemanusiaan" selain hujah telah berlaku "perkahwinan campur" antara PTI dan rakyat tempatan, maka anak-anak daripada perkahwinan itu perlu diberikan dokumen supaya mereka itu boleh mendapatkan pendidikan, dan kemudiannya menjadi rakyat yang produktif di masa akan datang.
"Pemberian dokumen" adalah salah satu cara Kerajaan pimpinan Shafie mengatasi jumlah mereka yang berstatus PATI (pendatang asing tanpa izin) atau mereka yang termasuk dalam kategori "rakyat tidak bernegara".
Sebenarnya Shafie sedar, tindakan Kerajaan lalu yang mengunakan pendekatan TIADA HARI TANPA OPERASI (THTO) dan TINDAKAN DRASTIK- MEMBURU-MENANGKAP-MENGHANTAR PULANG, telah menyebabkan kemarahan para waris yang telah menjadi warganegara dan pengundi, seperti mana keputusan PRU-14 lalu yang menyebabkan 15 kawasan ditandingi Umno/Bn tewas, dan seterusnya mengurangkan majoriti kemenangan di 17 kawasan Dun lain jika dibandingkan dengan majoriti pada PRU sebelumnya.
Diakui atau tidak, namun berasaskan kepada fakta, kerajaan lalu banyak kehilangan undi kerana faktor RCI PATI Sabah.
Menyedari kepada trend pengundian pada PRU-14 lalu, Shafie tidak mahu kehilangan sokongan itu di kawasan-kawasan yang dimenangi parti itu, dan seterusnya mahu menjadikannya sebagai "bank votes' pada PRU seterusnya, sebab itulah, dasar mengenai PATI/PTI dilonggarkan termasuk menerima anak-anak mereka di sekolah-sekolah kerajaan.
Bagi menyokong dasar melonggarkan tindakan terhadap PATI/PTI seperti mana tindakan kerajaan lalu yang diasaskan menerusi jumpaan RCI PATI Sabah, maka ada pemimpin PWS menyatakan bahawa Kerajaan Filipina tidak MENERIMA pemegang IMM13 sebagai rakyat negara itu. Menerusi kenyataan ke-depan itu, maka dengan menggunakan pendekatan kemanusiaan, maka kerajaan perlu menyelesaikan isu itu once for all, menerusi keadah tertentu menurut undang-undang dalam negara dalam perkara PEMBERIAN KERAKYATAAN.
Penulis tidak mengetahui dengan tepat berapa jumlah PATI/PTI di Sabah walaupun banyak media membuat laporan jumlah itu lebih 800ribu orang.
Masalah PATI/PTI bukan masalah sekarang, tetapi telah diwarisi sejak tahun 70-an khususnya semasa perang saudara di Selatan Filipina. Sementara masa terus berjalan, mereka ini mula berasimilasi dengan rakyat tempatan, termasuk berkahwin, mendapat anak, malah anak-anak mereka tidak lagi tahu bertutur bahasa ibuanda mereka, melainkan hanya tahu berbahasa melayu Sabah.
Masalah PATI/PTI berlarutan khususnya apabila ladang-ladang kelapa sawit, sektor pembalakan, pembinaan berjalan rancak, kerana mereka ini menjadi SUMBER BURUH MURAH, selain faktor pekerjaan 3D (dirty, difficult, dangerous) yang enggan diceburi oleh tenaga buruh tempatan.
Malah, pada tahun 90-an ada pihak-pihak tertentu mengambil peluang semasa kerajaan melaksanakan PEMUTIHAN PATI/PTI sehinggakan ramai yang ditangkap menerusi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dalam senario sekarang, khususnya dasar Kerajaan Negeri yang kelihatan MESRA PATI/PTI, maka Kerajaan Filipina mengambil peluang, dengan REFRESH TUNTUTAN ke atas Sabah. Menerusi kenyataan itu, maka usaha kerajaan menghalang kemasukan rakyat Filipina secara haram di Sabah sukar untuk dibendung, meskipun perintah berkurung masih beterusan di kawasan EASTZONE menerusi ESCOM.
No comments:
Post a Comment