Saturday, February 23, 2019

MANTAN PEMIMPIN UMNO SERTAI PPBM/PWS-TINDAKAN PINTU BELAKANG-DARELL

Sebahagian Penyokong PWS diambang Perlantikan Shafie
MP Penampang yang juga Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (PWS)- Darell Leiking menunjukkan ketidak senangannya terhadap tindakan mantan pemimpin Umno menyertai parti dalam Pakatan Harapan (PH) mahupun PWS. Menteri MITI itu menyindir bahawa mereka itu adalah para pemimpin yang melawan PWS dan parti-parti dalam PH sebelum ini, termasuk dalam PRU-14 lalu.

Darell menuduh mereka, bertindak menerusi pintu belakang.

MP Penampang itu, sebelum perlantikan Datuk Shafie Apdal ke jawatan Ketua Menteri pada 12 Mei, 2018, adalah pemimpin yang mengetuai perhimpunan aman di Padang Merdeka, Kota Kinabalu beberapa kilometer daripada Istana Negeri Sabah, membantah kerjasama STAR pimpinan Datuk Dr Jeffery G Kitingan dengan BN yang membentuk kerajaan pada 10 Mei.

Ekoran bantahan itu, mungkin penyebab 6 ADUN Bn, 4 daripada Umno dan 2 UPKO berpaling tadah dan menyebabkan kerajaan Sabah yang diterajui Tan Sri Musa Aman secara teknikal kehilangan kuasa.

Menerusi kritikan MP Penampang itu yang menuduh mana-mana mantan pemimpin Umno yang menyertai PWS atau PH sebagai tindakan pintu belakang, sebenarnya beliau bertindak double standard, kerana lupa bahawa kerajaan Sabah sekarang, terbentuk bukan lagi menerusi pintu belakang tetapi secara terang-terangan merampas kuasa menerusi tindakan KATAK.

Jika Timbalan Presiden Presiden itu konsisten, dengan pendirian bahawa beliau merasa seronok sebagai pembangkang sebelum ini, malah mendabik dada tidak sanggup menyertai kerajaan meskipun "banyak jemputan" maka seharusnya beliau menolak tindakan 6 ADUN Bn yang menjadi KATAK semata-mata untuk menjadikan Datuk Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah.

Darell lupa, bahawa para pemimpin yang mahu menyertai parti yang berkuasa di Putrajaya, mempunyai pengikut, mempunyai kawasan yang perlu dijaga, mempunyai komitmen secara umum untuk memajukan rakyat dan negeri, dan beterusan sebagai pembangkang, maka rakyat yang diwakili akan ketinggalan daripada segi kemajuan dan pembangunan.

Bertindak kedepan oleh para mantan pemimpin Umno merupakan perbezaan yang sangat ketara antara Darell dan kawan-kawan semasa menjadi pembangkang dahulu, kerana (Darell dan kawan-kawan) sanggup mengenepikan kepentingan rakyat semata-mata untuk kepentingan peribadi dan status.

Para pemimpin yang mengutamakan kemajuan dan pembangunan rakyat dan negeri, bukan sahaja sanggup membuang ego, akan tetapi sanggup mengenepikan pendirian, termasuk menyertai parti lawan dan menerima prinsip parti lawan itu, demi rakyat jelata.

Sepatutnya Darell bangga dan menerima baik kesanggupan mantan-mantan musuh politik, untuk sama-sama membangun dan memajukan negeri dan rakyat. Menerusi tindakan berlapang dada itu, maka setidak-tidaknya beliau boleh termasuk dalam pemimpin yang mengutama rakyat dan negeri dan bukannya kepentingan peribadi.

No comments:

Blog Archive