Kain Rentang Muncul di Ibu Negara-Kuala Lumpur |
PADA kedudukan sekarang, jumlah kerusi parlimen Pakatan Harapan sebanyak 135, dengan pecahan; PKR-50, DAP-42, PPBM-22, PAN-11, Warisan-9 dan UPKO-1
Jika benar-benar berlaku undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir pada sidang Parlimen bulan depan, dan semua MP PKR, DAP, PAN dan Warisan mengundi usul itu, maka kerajaan PH mempunyai 113 kerusi parlimen, satu jumlah yang mencukupi sebagai sebuah kerajaan.
Desas desus, akan berlakunya undi tidak percaya sudah berlegar-legar, baik di kalangan pemimpin politik, juga di media massa, malah kain rentang menolak Tun Dr Mahathir telah muncul di Ibu Negara, walaupun kain rentang itu telah diturunkan.
Biasanya di negara ini, cerita-cerita seumpama ini bakal menjadi kenyataan. Jika ianya benar-benar berlaku, maka Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 negara.
Dalam keadaan sekarang, Tun Dr Mahathir dikatakan perlu mendapat sokongan daripada Warisan, pimpinan Datuk Shafie Apdal, walaupun Presiden Warisan terpaksa akur keputusan PPBM mengembangkan sayapnya ke Sabah.
Jika benar-benar berlaku undi tidak percaya, dan PWS tidak menyokong, kemudiannya Tun Dr Mahathir mengubah arah, dan bekerjasama dengan gabungan parti-parti daripada Sarawak, PAS, Umno/Bn dan PPBM serta Gabungan Bersatu Sabah (GBS), maka Kerajaan Persekutuan yang baharu bakal ditubuhkan.
Ramai menganggap, jika calon PPBM di PRK Semenyih tewas, maka akan menjadi pendorong utama undi tidak percaya kepada PM ke-7 itu.
Di khabarkan, pengelibatan jentera PKR dan DAP pada PRK Semenyih seperti melepas batuk di tangga, memperkuat lagi anggapan, bahawa undi tidak percaya sedang digaraf dengan serius.
Akan berlaku kah UNDI TIDAK PERCAYA? sama-sama kita tunggu.
No comments:
Post a Comment