Wednesday, February 20, 2019

PRK SEMENYIH-JENTERA PH KELAM KABUT

KEHADIRAN Dato Seri Najib Razak pada kempen Bn di PRK Semenyih, Selangor menyebabkan jentera PH kelam kabut, malah para juru kempen mereka termasuk Azmin Ali terpaksa menggunakan taktik kotor dengan membangkitkan nama mantan Perdana Menteri ke-2 Negara, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien yang juga ayah kepada Mantan Perdana Menteri ke-6 negara.

Sama dengan PRK Cameron Highlands, para juru kempen PH, asyik-asyik menggunakan nama Najib sebagai isu kempen, sedangkan mantan Perdana Menteri bukan lagi Presiden Umno atau Pengerusi Bn, melainkan hanya MP biasa, iaitu MP Pekan, Pahang.

Melihat kepada cara PH berkempen di PRK kali ini, nampaknya mereka kehilangan hala tuju, sebagai impak kepada tindakan mereka sendiri yang tidak menunaikan janji-janji pilihan raya.

Ternampak sangat, bagai mana juru kempen PH terdesak, apabila secara tiba-tiba mengumumkan bayaran RM100 (bantuan sara hidup) bagi orang bujang B40, sedangkan golongan ini tahu betul, sebelum ini mereka mendapat RM450, malah jumlah itu telah dinaikkan kepada RM650, jika Bn masih merupakan Kerajaan Persekutuan.

Sebenarnya, pada keadaan sekarang, apapun tindakan kerajaan PH, tidak lagi membuatkan para pengundi tertarik, kerana telah tertanam difikirkan mereka, sekali mereka ditipu, maka selamanya akan ditipu.

Keberkesanan kerjasama antara Umno dan Pas pada PRK Cameron Highlands nampaknya beterusan pada PRK Semenyih, malah kerjasama itu semakin hari semakin mantap.

Keputusan pengundi Semenyih, dilihat sebagai refendum kepada PH. Jika pengundi Dun itu memenangkan calon Bn, ianya boleh digambarkan sebagai ancaman kepada kerajaan PH, khususnya pada PRU-15 akan datang.

Nampaknya, ujian seterusnya kepada PH selepas Semenyih adalah PRK Rantau, Negeri Sembilan, malah mungkin juga berlaku di negeri-negeri lain, termasuk Sabah.

No comments:

Blog Archive