Wednesday, February 20, 2019

PRU-14 SABAH; UMNO TIDAK DITOLAK RAKYAT

DEMI fakta, maka perlu diperbetulkan anggapan yang mengatakan parti Umno Sabah ditolak sepenuhnya oleh rakyat Sabah pada PRU-14 lalu.

Pada PRU itu, Umno Sabah mengemukakan 32 calon di peringkat Dun dan 14 calon di peringkat parlimen. Daripada jumlah itu, parti itu menang 17 kerusi di peringkat Dun dan 7 kerusi di peringkat parlimen. Berasaskan keputusan itu, parti itu masih disokong 53.13% di peringkat Dun dan 50% di peringkat parlimen.

Penyebab Umno dan Bn tidak mendapat kerusi lebih separuh daripada 60 kerusi di peringkat Dun dan 25 kerusi di peringkat parlimen, kerana tidak dapat diimbangi oleh parti-parti komponen seperti LDP, Gerakan dan MCA yang mana kesemua calon-calon parti itu kalah teruk.

Pecahan kerusi Bn di peringkat Dun (sebelum berpecah pasca PRU-14); Umno-17, PBS-6, UPKO-5, PBRS-1, di peringkat parlimen; Umno-7, PBS-1, UPKO-1 dan PBRS-1.

Sebenarnya pada PRU lalu, bukan Umno yang ditolak melainkan Bn di peringkat parlimen, kerana hanya menang 10 daripada 25. Manakala di peringkat Dun, seimbang antara kolaborasi PWS-DAP-PKR, kerana jumlah kerusi yang sama, 29 kerusi Dun; sehinggakan tiada parti yang menang dalam pilihan raya tersebut.

Semua pihak perlu mengakui fakta keputusan PRU-14, dan jangan kerap berhujah mengelirukan fakta.

No comments:

Blog Archive