1. Sejak merdeka Tahun 1957, dengan enam Perdana Menteri, hanya Perdana Menteri ke-6 dipenuhi berbagai skandal.
2. Dato Seri Najib Razak bukan sahaja berdepan dengan dakwaan penyelewengan kewangan juga dikaitkan dengan jenayah pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaaribu.
3. Bukan sahaja skandal yang disebutkan pada para 2 tersebut akan tetapi persepsi rakyat bahawa Perdana Menteri dikuasai isterinya juga merupakan satu masalah yang dihadapi Perdana Menteri.
4.Tun Dr Mahathir telah membuat kesimpulan, bahawa Barisan Nasional akan kehilangan kuasa pada PRU-14, selagi DS Najib Perdana Menteri.
5. Kesimpulan mantan Perdana Menteri itu tidak mengambil kira keretakan Pakatan Rakyat, memandangkan Pakatan Rakyat sudah terkubur, maka senario sudah berbeda.
6. Memang jika DS Najib masih Perdana Menteri maka UBN lemah, akan tetapi Pakatan Rakyat juga lemah. Dua belah pihak yang lemah akan bertembung pada PRU-14, hanya kekuatan jentera dan kewangan yang menyebelahi pemenang.
7. Faktor yang kelihatan melemahkan DS Najib adalah faktor persepsi. Berbagai isu yang spra benar belegar-legar di sekeliling beliau, apa tah lagi isu-isu tersebut saban hari merupakan santapan rakyat disiarkan melalui berbagai apilkasi media, khususnya media sosial.
8. Ketembusan media sosial masa kini, cukup membawa perespi yang cukup tinggi dan berimpak, sebagai contoh dalam kejadian pergaduhan di Low Yat Plaza pada Sabtu, kerana laporan media sosial, hampir sahaja pergaduhan tersebut menjadi malapetka negara.
9. Persoalan kini, apakah Perdana Menteri akan dapat sokongan rakyat? berasaskan kepada persepsi yang menyelubungi beliau? Kerana kemenangan 100% tergantung kepada rakyat jelata, bukannya terletak kepada sokongan para pemimpin. AYT teringat tahun 1985, di mana Parti Berjaya yang sedang memerintah Negeri Sabah begitu kuat sebelum PRN tahun yang sama. Malah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir semasa berucap di Pulau Labuan semasa kempen, bahawa beliau akan "sink and swim dengan Parti Berjaya"- namun keputusan PRN Sabah tersebut, Parti Berjaya hanya menang 5 kerusi daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. Apa kah nasib Parti Berjaya akan diwarisi UBN pada PRU-14?
16 comments:
Betul ke PM penuh skendel? x de satu tuduhan pun yg ada bukti. Najib hanya difitnah. Realitinya Najib seorang yg baik, telus dan berintergriti.
yup saya setuju...berbanding dgn mantan ...Najib rela malah mengalu-alukan penyiasatan penuh oleh sprm.polis.pac,bank negara malah peguam negara pun turut terlibat melakukan penyiasatan...apakah itu tidak telus lagi?....adakah mantan pm dan parti parti lain spt dap,pkr dan pas diselangor juga berani dan turut mengalu-alu pihak -pihak berkenaan turut serta dlm kes-kes melibatkan mereka spt datum jelatik dan terowong laut kat pulau pinang???
Memang dia seorang yang baik, telus, malangnya dia lembek dalam menunjangi masalah hubungan antara kaum, juga masalah jurang ekonomi antara bangsa Cina yang rakus dengan kaum pribumi yang telah bermatian untuk memerdekakan Negara ini. Dia lebih rela menurut sahaja kehendak LIberal yang cetek iman, hapuskan ISA dan hampir2 juga akta hasutan yang selama ini telah berjasa menjaga keharmonian antara kaum juga jenayah kongsi gelap Cina. Lemahnya Naajib hinggakan media social menjadi bukti nyata , Bangsa Melayu, Agama Islam, RAja2 Melayu,ketuanan Melayu setiap hari diserang lagi dinista. Sememangnya PM Najib seorang yang baik, malangnya tersangat lembik untuk diangkat sebagai pejuang bangsa Melayu. MUngkin untuk suku kaum Bugis, beliau sudah cukup kuat dan hebat..
Kebaikan dari pemansuhan ISA telah mula dinikmatinya.
Hasil dari perangai bermulut busuk seseorang yg tamak ,kuasa dan ego melampau PM sekarang di tuduh dgn perbagai skendal,buktinya habuk pun tarak.PAC pun sudah terima lapuran awal AG berkaitana dgn 1MDB dgn rumusan tidak ada salah laku seperti yg di dakwa.Dulu mulut busuk orang yg sama menuduh TPM penuh dgn skendal,tapi TPM tersebut lah yg di jaganya bertahun-tahu sehingga sanggup memberi beliau memangku PM utk seketika dan menganggap nya sebagai anak beranak.
Politik ialah tentang persepsi, dan setakat ini BN dilihat tidak mesra rakyat dan bermasalah. Sehinggakan segala keburukan pembangkang pun dianggap tidak seburuk BN. Mungkin ada benarnya yg pandai atau muda dlm UMNO tak diberi peluang dan dicantas.
Eleh.... zaman Tun M... lagi dahsyat. Usah nk bocor rahsia, bercakap pun X boleh....skandal terlindung kerana semua orang takut....kpd Mahazalim....
Yep. Setuju sangat. Najib seorang yg baik tetapi terlalu naif, lambat, teragak2 dlm tindakan, menggunakan umpan wang membeli kepercayaan, salah memilih penasihat, tidak curiga dgn pengkhianat di sekelilingnya. Banyak lagi sebenarnya. Tapi dgn senarai yg ada itu sudah cukup untuk najib muhasabah diri. Adakah senarai negatif yg panjang itu sesuai utk seorang pemimpin utama negara?
Tuan, inilah ciri2 yg sepatutnya ada pada diri seorang pm. Bukan terlalu baik, naif dan lemah, malah lembab juga. Nak berjaya memimpin, sikap autokratik perlu ada.
PM sekrang bukan lembik tapi berhemah.Kalau lembik dia dah letak jawatan macam Pak Lah.Cara beliau yg berlembut dan perlahan bertindak begini bakal 'membunuh',si garang dan sombong macam Pak Mantan.Pak Mantan sudah menembak banyak peluru tapi PM buat biasa saja hanya menjawab sekali dua,tapi akhirnya sekarang perangai dan tujuan sebenar Pak Mantan sudah terserlah,sehingga ramai yg berfikiran waras dan tidak memihak sudah hilang rasa hurmat Pak Mantan.Mungkin juga kalau kegilaan Pak Mantan berterusan,beliau akan berakhir dgn sesuatu yg buruk macam Nuar,jika beberapa skendal di masa pemerintahan beliau pula di siasat.Dia kena ingat yg berkuasa sekarang adalah Najib.PM Najib boleh saja membenarkan sisatan di buka berkaitan tuduhan terhadap Pak Mantan.Yg sangat mudah utk di cari bukti ialah kes kerugian forex BNM ,bail out anak Pak Mantan dan kerugian Maminco dan Perwaja.
Bukan setakat lembik tak layak jadi PM sebenarnya..
Terima kasih PM Najib kerana selalu menjaga kaum cina, lihatlah hasil dari pertolongan PM Najib, dia beri bantuan sekolah cina, dia perkenalkan GST dan cina naikkan harga barang, dia beri br1m pada cina yang berkereta besar; dia anjurkan makan besar dan hiburan untuk orang cina, dia juga ada penasihat bernama limkokwing dan tidak lupa dia ada sahabat baik bernama jho low yang membantu memufliskan 1mdb.
Tak sabar rasanya jika diberi kesempatan ingin beri ucapanTerimakasih tak terhingga, PM Najib kerana banyak membantu rakyat!
Apa itu komisyen?
Komisyen itu ditakrifkan kepada dua jenis;
1. Komisyen yg halal; bermaksud dipersetujui oleh kedua dua pihak pembeli dan penjual, rakyat memahami diterima dan tidak ada unsur2 penindasan, zalim dan terbuka. Contoh kerja jual kereta komisyen ini sudah di tetapkan, rakyat boleh terima.
2.komisyen yg haram; bermaksud di persetujui secara gelap, tidak diketahui rakyat, mempunyai unsur2 syubha tidak mahu diketahui umum, tidak terbuka, tidak telus, tidak amanah, berahsia, keuntungan bunga yg amat tinggi dan disalurkan pula kepada penyokong2nya (contoh bloger upahan ahjibgor, komentar seperti diatas) dan seterusnya kepada rakyat marhaen yg tidak bersalah. Contoh; 1mdb, komisyen diberi kepada goldman sach yg melampau terlalu tinggi, bagaimana pula dengan isteri pemimpin yg tidak ada kena mengena dengan urusan pentadbiran yg turut menerima riba, komisyen, faedah?
mengikut komen2 awal disini...mmg Najib masih leh menang la ek sbb dia baikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sgttttttttttttttttttttttttttttt smpi x terkata...mengalahkn kebaikan 22 thn memerintah.............sokong mmbw gagah xpe jgn rebahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Cara nak jatuhkan PM dengan fitnah amatlah buruknya di sisi agama, walaupun dengan alasan apa jua sekali pun. Matalamat tidak menghalalkan cara. Adakan betul jika seseorang itu menjadi pelacur dengan alasan mencari rezeki yang halal? Jika cara yg diguna tu salah, hasilnya juga pasti salah. Wallahuaalam.....
saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan
Post a Comment