Monday, July 13, 2015

Kemelut 1MDB Membawa Persepsi Negatif Yang Amat Besar Kepada PM

1. Meskipun laporan WSJ sangat mengelirukan menurut Peguam Perdana Menteri namun laporan surat khabar milik Dow Jones tersebut membawa persepsi negatif kepada Perdana Menteri.

2. Persepsi yang membawa pengertian negatif memang disukai rakyat Malaysia, sebagai contoh pergaduhan di Low Yat Plaza pada Sabtu, hanya kerana tindakan mencuri, boleh menyebabkan pergaduhan dan kerosakan harta benda.

3. Sejak disiarkan pada 2 Julai oleh WSJ kononnya sejumlah RM2.67bilion telah dimasukan ke akaun Perdana Menteri di Ambank, namun hingga setakat ini, tiada mana-mana pihak mengesahkan berkaitan laporan tersebut, malah WSJ dan Sarawak Reports tidak dapat mengesahkan dokumen yang digunakan, sebaliknya hanya mengkambing hitamkan petugas khas dan para pegawai bank negara kononnya sebagai sumber maklumat.

4. Salah satu kandungan laporan WSJ antara lain menyatakan walaupun sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, akan tetapi akaun tersebut bukan diurus oleh beliau melainkan pihak lain di mana pihak lain tersebut mengurus dana dalam akaun tersebut atas surat kuasa. Pelik bunyi laporan ini, kerana berbagai persoalan timbul, mengapa Perdana Menteri memberi kuasa kepada pihak lain mengurus akaun peribadinya, yang mempunyai dana berbilion ringgit, jika benar bahawa akaun tersebut milik peribadi sebenar.

5. Sebenarnya satu kaedah atau tatacara dalam Parti Umno yang ramai tidak ketahui bahawa Perdana Menteri dibenarkan memegang dana parti di mana kaedah ini telah lama berlaku dan diamalkan sejak zaman mantan Peradana Menteri Tun Dr Mahathir. Akaun dana Umno tersebut dibawah nama Perdana Menteri sebagai pemegang amanah.

6. Jika sejumlah wang didakwa dipindahkan dari SRC International yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan adalah bagi aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Oleh itu, jika ahli lembaga SRC International memberi kebenaran untuk memperuntukkan dana bagi tujuan CSR, jadi memberi wang kepada Ihsan Perdana bukanlah satu kesalahan.

Sebagai contoh syarikat MOF lain seperti Khazanah, Petronas, juga melaksanakan CSR. Jumlah CSR dilaksanakan oleh SRC nampak tepat 1 peratus (RM40m) daripada dana RM4 bilion mereka – satu jumlah yang munasabah.

Walaupun Ihsan Perdana telah menafikan bahawa dana itu telah dipindahkan ke akaun PM atau kepada mana-mana individu, meskipun jika dana Ihsan Perdana itu akhirnya dipindahkan kepada akaun di bawah nama PM (yang dikawal oleh orang lain), adalah penting untuk mengetahui sama ada dana ini telah diberi atau dibelanjakan untuk aktiviti CSR sebenar.Petugas khas sedang meneliti dakwaan ini.

7) Dakwaan sumber US$700 juta (RM2.6 bilion) masih tidak diketahui dan tidak didedahkan oleh dokumen WSJ. Sarawak Report dan WSJ membayangkan dana ini diterima daripada bon US$3 bilion milik 1MDB-GIL yang diperolehi pada Mei 2013. Laporan Ketua Audit Negara, PAC dan Petugas khas akan memperinci dakwaan ini pada laporan masing-masing.

5 comments:

Anonymous said...

AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI

Bangsa yang merdeka

Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit

Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja

Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia

Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu

Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa

Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015

Anonymous said...

Buukan IMDB masalahnya! WSJ/S.Repot dll tu memang sebenaqnya media ZIONIS/Barat-amat-KEPARAT! Pernah si media-media Barat/Zionis KEPARAT ni serang pemimpin ISrael/Barat depa sendiri yg. mendpt. dana termasuk utk. kempen pilihanraya depa, dari sy.-sy. SENJATA yg. mendpt. KEUNTUNGAN berBILLION utk. tak habis-habis MENYERANG/MEROMPAK Dunia Islam sewenangnya?

Aku syak ramai pemimipin Islam/Melayu yg. jadi PENGKHIANAT telah di"BLACKMAIL" - samada ke atas dirinya atau keluarganya oleh PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1!! Kerana perangai GANJIL Ayahanda Tun (yg. sebelum ni beriya amat anti-Barat yg. pro Zionis) sampai boleh jumpa si BETINA-omputih KEPARAT S.Repot tu - amat tak logik!
Si BETINA omputih-KEPARAT S.Repot (patutnya diHARAMkan selamanya masuk M'sia kita ni) ini disyaki DALANG belakang kumpulan PENGGANAS-PENGGANAS ANTI-BUMIPUTERA Islam/Melayu dari puak DAPBANGKAI/PKRHOMO ini yg. KELENTONG psl. IMDB ni, termasuk puak PENGGANAS PEMISAH Sabah/Sarawak - adalah si KULI-rejim-rejim PENGGANAS Barat/NATO-ISrael/Zionis, yang memang nak MEMISAHkan Sabah/Sarawak yg- kaya minyak/gas, dari Malaysia dan diGABUNGkan dgn. SingaPORK-pusat-CIA-MI6/Mossad/NATO di Asia Tenggara!
Dan BETINA ni juga sebenaqnya adalah adik ipar kpd. bekas PM UK yg. amat pro-ISrael/Zionis, Gordon Brown yg. terlibat bersama Blair utk. melancarkan perang Iraq yg. telah menyebabkan BERJUTA Bumiputera Arab Islam Iraq diBUNUH/diROMPAK/diPERKOSA dgn. amat KEJAM dlm. GENOSID oleh tentera PENGGANAS US/UK – lihat di http://www.whale.to/b/bollyn.html , How Mossad Controls Our Political Parties, by Christopher Bollyn, 25 October 2008:

……MOSSAD CONTROLS BRITAIN

The evidence indicates that Israeli intelligence has near complete control of the leading political parties in Britain and the United States. While the Zionist political controllers in London and Washington are well known to the owners of the mass media, discussion of the subject of Zionist or Israeli control of the parties is censored in the media outlets they control. This censorship illustrates how Zionist control of the media serves to deceive the people and cause extreme harm to the nations.

Specific examples of the current pro-Israel bias in the mass media would include the media's unquestioning support of the 9-11 cover-up, the costly and disastrous wars in Iraq and Afghanistan, and the trillion dollar "bail-out." The complete lack of transparency in U.S. elections and discussion of the secretive private companies that run our elections are also censored subjects.

The utterly fraudulent Zionist construct called the "War on Terror" and the illegal wars in Iraq and Afghanistan have all been designed and forced onto the American and British nations by Zionists who control the political systems of London, New York, and Washington.

In Britain, the two political leaders who have promoted and supported the Zionist agenda and wars of aggression are Tony Blair and Gordon Brown. Their Zionist paymasters and handlers are not hard to discern, although they are never discussed in the media in such terms……

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Saya berasa pelik dengan ketua-ketua Pasukan Penyiasat Khas ini, sekarang ni mereka lebih menumpukan kepada bagaimana dokumen itu boleh bocor berbanding bagaimana wang hutang 1MDB dicuri dan diselewengkan untuk disonglap masuk ke akaun orang-orang tertentu.

Patunya pihak pasukan penyiasat menumpukan kepada bagaimana wang itu diselewengkan dan disonglap masuk ke akaun orang-orang tertentu, pasal isu bagaimana dokumen itu boleh bocor patutnya disiasat selepas isu penyonglapan wang itu selesai.

Tindakan ketua-ketua pasukan penyiasat khas ini adalah suatu yang memalukan, tidak bertanggungjawab serta seperti mereka ini bersubahat untuk 'menghalalkan' jenayah seseorang dengan mencari pihak lain sebagai kambing hitam untuk mengalihkan isu sebenar.

Isu utama dalam siasatan pasukan petugas khas itu adalah apakah dan bagaimana wang RM 2.63 bilion itu boleh berada dalam akaun seorang pemimpin negara dan isu terbaru adalah bagaimana RM 2 juta boleh berada dalam isteri pemimpin berkenaan sedangkan isteri pemimpin berkenaan tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap yang bergaji.

Jika ketua-ketua pasukan penyiasat khas yang diketuai oleh 4 orang tan sri itu asyik putar sana putar sini, saya mencadangkan adalah lebih baik mereka membuat dokumen palsu dan menyatakan bahawa pemimpin berkenaan dan isterinya adalah tidak bersalah dan rekalah alasan itu dan ini untuk menghalalkan tindakan buruk mereka itu.

Saya faham bahawa jawatan keempat-empat orang tan sri itu adalah jawatan kontrak yang tempohnya tidak lama, mungkin mereka pun nak jaga kedudukan, tapi antara kedudukan dengan keadilan dan ketelusan menjalankan tugas, mana yang lebih utama?

Apakah keempat-empat orang tan sri ni pun bermentalitikan CASH IS KING, apakah bila Najib lempar dua tiga ringgit ke muka mereka, maka mereka pun girang tak terkata dan berkerumun menjadi barua Najib seperti tukang komen merapu upahan Najib di blog dan twitter serta facebook seperti Hamidah Abdullah, Ted Manoff, Keris Berayon serta pemimpin dan orang persesorangan upahan seperti Salleh Said Keruak, Zamil KITA, Shahrir Samad, Tunku Aziz, termasuklah blogger CASH IS KING yang asyik memutar belitkan fakta untuk menipu orang ramai supaya menyokong Najib.

Terus terang saya katakan bahawa saya tidak mempercayai Ketua-Ketua Pasukan Petugas Khas ini kerana melihat dari perlakuan mereka, adalah sangat meragukan walaupun para petugas pasukan petugas khas itu buat kerja dengan betul, tetapi kalau kalau ketua-ketua mereka kaki putar belit, maka tak gunalah petugas pasukan petugas khas itu bertungkus lumus mencari kebenaran kerana segala usaha mereka dibakul sampahkan oleh ketua-ketua mereka yang bermentaliti CASH IS KING yang berharap kontrak jawatan mereka disambung.

Kalau beginilah caranya, adalah lebih baik mengambil beruk, kera, monyet, atau lotong di hutan untuk menjadi Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Gabenor Bank Negara dan Ketua Pengarah SPRM. Kerana paling kurang beruk, kera, monyet, lotong itu tak makan rasuah walaupun mereka tak reti buat kerja berbanding orang yang kononnya pandai sangat, tapi penyeleweng dan bersubahat dengan suspek penjenayah.

Saya bukannya nak menghina, tetapi inilah luahan hati rakyat yang makin hari makin benci dan makin meluat dengan sikap berpura-pura dan tidak amanah pihak-pihak yang sepatutnya menjalankan tugas, tetapi mereka pula yang mengkhianati tugas mereka yang diamanahkan itu.

Atuk Cincaluk.

Anonymous said...

Nek Tempoyak kalau nak komen, tak payah carut marut macam ni, Nek Tempoyak ni ada sakit gila babi atau Nek Tempoyak ni sahur tadi pekena syabu dua tiga paket dan minum air ketum sampai satu jag? Komen carut marut tak tentu hala.

Kalau Nek Tempoyak tahu sangat bahawa Najib dan 1MDB tak salah, sila Nek Tempoyak terangkan, apakah pelaburan yang dibuat oleh 1MDB dengan kos sebanyak RM 15.4 bilion dalam GIL Funds, Brazen Sky, dan Aabar Deposit? Di manakah pelaburan itu dibuat? Apakah pelaburan dalam bidang jual burger? jual nasi lemak? jual kapcai? jual kangkung? tanaman hidroponik kangkung? pelacuran? dadah? perusahaan membuat alat rangsangan seks? perusahaan ubat kuat seks? video lucah? agensi membekal chinadoll ke kelab malam? perusahaan kelab malam? perusahaan pub? perusahaan karaoke? perusahaan disko? perusahaan dangdut? dalam perusahaan apa? Sila Nek Tempoyak jelaskan sebab bukan main lancang mulut Nek Tempoyak maki hamun dan carut marut orang lain sebab nak bela kemungkaran Najib yang menyelewengkan wang hutang 1MDB itu.

Kalau tak boleh jawab, lebih baik Nek Tempoyak diam, dari menjadi orang tua bangka, tua renta, tua ganyut yang bodoh yang nak sampai ke tahap gila babi, sila jaga nama baik warga emas.

Atuk Cincaluk.

Anonymous said...

Masalah 1mdb satu hal..masalah rakyat idup dlm tekanan ekonomi pon satu hal..tuduhan wsj bagi aku itu masalah Najib bukn mslah yg melibatkn rakyat dan negara..selagi najib xblah slagi tu rakyat naik mluat..

Blog Archive