Wednesday, July 15, 2015

Boleh Kah DS Najib Membendung Persepsi?

1. Persepsi negatif yang menyelubungi Perdana Menteri kini, bagaikan gelombang tsunami yang bertali arus, menerpa apa sahaja kebaikan yang pernah dicipta Perdana Menteri tersebut sejak berkecimpung dalam dunia politik bermula Tahun 1976.

2. Kata peribahasa, persepsi negatif yang menyerang Najib sekarang ini bagaikan panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari.

3. Isu 1MDB masih berterusan, isu RM2.6bilion masih diperingkat awal, isu Pembelian Mara Inc bagi sebuah bangunan di Melbourne yang terlebih bayar AUD4.75milion masih dalam siasatan, kini muncul pula dakwaan rasuah berkaitan pencetakan wang RM5 daripada kertas kepada polimer.

4. Laporan World Economic Forum (wef) bahawa Malaysia merupakan negara ke-8 di dunia efisien dalam laporan Kompetitif Global bagi tahun 2014-2015 tidak dapat memadam persepsi negatif kepada Perdana Menteri.

5. Pengumpulan persepsi negatif kepada Perdana Menteri bermula awal tahun ini, apabila mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menyerang PM ke-6 negara tersebut. 

6. Selain serangan bertali arus daripada pihak pembangkang khususnya Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR) juga laporan berbentuk dakwaan daripada Sarawak Reports kemudian The Wall Street Journal dan The Age Austrlia kemudiannya diwar-warkan oleh portal pembangkang seperti The Age Malaysia, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Post Rakyat, The Malay online, Free Malaysia Today dan ditambah posting-posting di media sosial seperti facebook, twitter, dan blog, himpunan kepada semua itu telah mengumpul persepsi negatif yang luar biasa kepada Perdana Menteri.

7. Media arus perdana yang berpihak kepada Perdana Menteri yang juga ditambah oleh blogger upahan dan bloger sukarela tidak mampu menepis persepsi yang dihimpun oleh kumpulan penyibar yang membawa isu negatif terhadap Perdana Menteri. 

8. Jika dahulu fitnah dikatakan lebih tajam daripada pisau atau fitnah boleh membunuh, namun ragam persepsi negatif adalah kombinasi antara fitnah dan tiada keyakinan. Keadaan inilah yang menyelubingi DS Najib pada masa ini.

9. Ada yang menganggap apapun keputusan temuan kemelut 1MDB, keyakinan postif kepada Perdana Menteri akan mengambil masa yang panjang untuk pemulihan. 

10. Jika Perdana Menteri terlepas dengan kemelut 1MDB, masalah utama beliau adalah wang RM2.6bilion yang masuk ke akaun beliau, walaupun akaun itu mungkin atas kapasiti beliau sebagai pemegang amanah, namun impaknya sangat besar di kalangan rakyat yang berdepan dengan berbagai desakan hidup, akibat kenaikan harga barangan.

8 comments:

ramlan aziz said...

Sygnya pm kita nih...nampaknyadia x boleh berhenti skrg...melainkan perlu terus memastikan kekalutan yg ader diperjelas dgn saksama...jika berjaya...cpat2 arr berehat....

jgn jadi bodoh!!! said...

klu org tuduh ak..dan ak benar..skang gak ak tunjuk semua bukti..selesai masalah..rakyat pn xda bertelagah..bila duk2 pusing2 terbelitnl diri nnti..

#pecatJibby
#manatelor

jgn jadi bodoh!!! said...

klu org tuduh ak..dan ak benar..skang gak ak tunjuk semua bukti..selesai masalah..rakyat pn xda bertelagah..bila duk2 pusing2 terbelitnl diri nnti..

#pecatJibby
#manatelor

Anonymous said...

Pbangkang tak kuat lansung...cuma najib yg lemah

Anonymous said...

Memang boleh MAMPOS si PENGKHIANAT-PENGKHIANAT dari puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1!!

Institusi BANK kita pun nak diJAHANAMKan oleh puak PENGGANAS ni! PENGINTIPAN dan SABOTAJ oleh EJEN-EJEN PENGGANAS ni termasuk S.Repot-KEPARAT tu, sepatutnya diSIASAT bawah AKTA TERORISMA oleh KDN!

Dan mcmmanalah si PENGGANAS KAPIRDAJAL Anti-ISLAM/Melayu tony PUAKA-DAPBANGKAI tu boleh terlibat dlm. PACBANGANG tu- yg. patut diBUBARkan segera (lihat si tony PUAKA ni jumpa BETINA S.Repot dan Justo tu di SingaPORK - di http://medan-info-kita.blogspot.com/2015/07/niat-ahli-ahli-umno-spesis-jemuan-mahu.html) ! Mcm. puak ni pula lebih BERKUASA dr. K’jaan – sekrg. nak panggil MARA pula berdasarkan repot media Barat/Zionis-KEPARAT juga! Seolah NEGARA ISLAM berdaulat kita ini serta IMDB, MARA, TABUNG HAJI, FELDA, UMNO dan mana-mana insitusi-instusi/pemimipin yg. menjaga HAK dan KEBAJIKAN Bumiputera terutamanya Bumiputera Islam/Melayu kena TUNDUK pd. MEDIA-PENIPU Barat/Zionis mcm. kita ni masih KULI depa – apa KEJADAHnya ni?!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Jawapannya "Boleh"...
bila kluar isu2, DSN kena jawapan setiap isu dengan mantap
selagi soalan2 tak terjawab, maka "persepsi" takkan dapa dibendung..
Contoh 1MDB..
konon - dah jawab soalan satu..
kalau di tanya minta penjelasan lagi, seharusnya di jawab lagi dan lagi sehingga habis idea nak menyoal..
tapi kita lihat bila di tanya lagi, di jawab "aritu dah jawab" walaupun soalan yang di tanya tu tak sama,,,
kesimpulannya, sendiri yang bikin "hidup"nya persepsi ni...

Anonymous said...

BERITA TERBARU! PANAS! PANAS! PANAS!

Kenyataan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang
``Sebenarnya, transaksi USD700 juta yang menimbulkan banyak persoalan serta mencurigakan memerlukan Jabatan Audit Negara lebih banyak masa untuk siasatan lanjut sebelum membuat kesimpulan akhir.”

Intipati yang boleh diambil adalah ;
memang benar, memang sahih lah, wujud USD700 juta itu dan ianya bukanlah cerita yang di reka-reka!

Tindakan Seterusnya adalah;
Dato Seri Najib, letak jawatan aje lah , lihat Pak Lah yang bersara tu takda orang kacau lagi dah, kami rakyat marhaen pun tak nak perkara ini berpanjangan, kerana kami lebih sayangkan alif ba ta!

Anonymous said...

Nek Tempoyak kalau nak komen, tak payah carut marut macam ni, Nek Tempoyak ni ada sakit gila babi atau Nek Tempoyak ni sahur tadi pekena syabu dua tiga paket dan minum air ketum sampai satu jag? Komen carut marut tak tentu hala.

Kalau Nek Tempoyak tahu sangat bahawa Najib dan 1MDB tak salah, sila Nek Tempoyak terangkan, apakah pelaburan yang dibuat oleh 1MDB dengan kos sebanyak RM 15.4 bilion dalam GIL Funds, Brazen Sky, dan Aabar Deposit? Di manakah pelaburan itu dibuat? Apakah pelaburan dalam bidang jual burger? jual nasi lemak? jual kapcai? jual kangkung? tanaman hidroponik kangkung? pelacuran? dadah? perusahaan membuat alat rangsangan seks? perusahaan ubat kuat seks? video lucah? agensi membekal chinadoll ke kelab malam? perusahaan kelab malam? perusahaan pub? perusahaan karaoke? perusahaan disko? perusahaan dangdut? dalam perusahaan apa? Sila Nek Tempoyak jelaskan sebab bukan main lancang mulut Nek Tempoyak maki hamun dan carut marut orang lain sebab nak bela kemungkaran Najib yang menyelewengkan wang hutang 1MDB itu.

Kalau tak boleh jawab, lebih baik Nek Tempoyak diam, dari menjadi orang tua bangka, tua renta, tua ganyut yang bodoh yang nak sampai ke tahap gila babi, sila jaga nama baik warga emas.

Atuk Cincaluk.

Blog Archive