KALAU bukan tragedi kematian Pegawai AmBank itu pada 23 Oktober lalu di premis di mana dia berkerja, perhatian terhadap Kad Pengenalan palsu, tidak akan mendapat perhatian khusus.
Sabah telah bergelumang dengan masalah IC palsu sejak berdekad, namun selepas tahun 2009, barulah diambil perhatian dengan pengwujudan RCI Pati (Keputusan belum diketahui selepas pendengaran di mahkamah Kota Kinabalu).
Masalah yang berupa beban kepada rakyat Sabah itu, tidaklah seserius bagi anggapan para agensi kerajaan yang terlibat, sehinggalah kematian Norazita Abu Talib, 37 seorang ibu kepada anak-anak yang masih belajar.
Nampak sangat tindakan pantas agensi kerajaan yang terlibat, samada daripada KDN atau JPN. Berikutan kejadian itu, KDN membatalkan dengan serta merta, syarikat pengawal keselamatan yang memperkerjakan penama Ardi Hamza (Loade Ardina Loade Rasila atau nama dalan facebook Ardi Ode Putra Katela). Juga pihak JPN (Jabatan Pendaftaran Negara yang bertanggungjawab berkaitan pengeluaran kad pengenalan) bertindak, dan tidak segan silu menyatakan bahawa ramai pengawal keselamatan di negara ini dibekalkan dengan kad pengenalan yang dipalsukan.
Kerajaan melalui JPN, sebenarnya telah mengakui, bahawa penggantian Kad Pengenalan bermutu tinggi dengan menggunakan Chip, tidak mudah dipalsukan, namun, kenyataannya, ianya berlaku.
Kalaulah kad pengenalan yang dikatakan palsu itu, benar-benar palsu, bagaimana ianya digunakan sebagai dokumen untuk membuka akaun bank? bukankah bank menggunakan sistem biometrik, di mana maklumat individu tersimpan dalam microchip dalam kad pengenalan itu?
Apa yang telah berlaku terhadap Norazaita Abu Talib, telah mendedahkan kepincangan yang telah berlaku dalam agensi yang berkaitan dengan kewarganegaraan; dan dengan itu, kematian pegawai bank itu sebagai "hadiah" kepada rakyat berakitan dengan IC palsu di negara ini. Kematian Norazita bukan sahaja membuka mata penguatkuasa, akan tetapi arwah menjadi hero kepada pembongkaran IC palsu dalam negara.
Kini, diberitakan bahawa satu peraturan baru, bahawa setiap pegawai keselamatan yang diambil berkerja diwajibkan mendapat pengesahan terlebih dahulu daripada JPN. Persoalannya kenapa daripada sekarang? bukankah daripada dahulu lagi? sedangkan semasa mendaftar anak di sekolah rendahpun, setahu penulis, di Sabah contohnya, Kad Pengenalan Ibu dan Bapa, dimestikan mendapat pengesahan daripada JPN, sebelum anak itu dapat didaftarkan.
Di Sabah, isu pemengang ic palsu, bukan suatu rahsia lagi, ianya merupakan keadaan yang sungguh membimbangkan rakyat pribumi. Mereka ini, selain yang memegang dokumen IMM13, merupakan ancaman kepada rakyat Sabah. Ancaman, bukan sahaja bagi lapangan perniagaan, malah di rumah-rumah murah yang dibangunkan oleh kerajaan.
Bagi rakyat pribumi, yang tidak berkemampuan, walaupun mereka ini layak memohon rumah-rumah murah yang dibangunkan kerajaan, namun mereka tidak sanggup menghuni di kawasan-kawasan itu, kerana keadaan yang tidak kondusif, selain mereka terpaksa bercampur dengan "penduduk" tetapi sebenarnya budaya penduduk itu sungguh asing bagi mereka.
AYT berharap, tragedi kematian Norazita merupakan kejadian tragedi oktober terakhir yang melibatkan warga asing yang mempergunakan IC palsu di negara ini.
No comments:
Post a Comment