Showing posts with label Kad Pengenalan Palsu. Show all posts
Showing posts with label Kad Pengenalan Palsu. Show all posts

Friday, November 15, 2013

Norazita Abu Talib- Hero Pembongkaran IC Palsu

KALAU bukan tragedi kematian Pegawai AmBank itu pada 23 Oktober lalu di premis di mana dia berkerja, perhatian terhadap Kad Pengenalan palsu, tidak akan mendapat perhatian khusus.

Sabah telah bergelumang dengan masalah IC palsu sejak berdekad, namun selepas tahun 2009, barulah diambil perhatian dengan pengwujudan RCI Pati (Keputusan belum diketahui selepas pendengaran di mahkamah Kota Kinabalu).

Masalah yang berupa beban kepada rakyat Sabah itu, tidaklah seserius bagi anggapan para agensi kerajaan yang terlibat, sehinggalah kematian Norazita Abu Talib, 37 seorang ibu kepada anak-anak yang masih belajar.

Nampak sangat tindakan pantas agensi kerajaan yang terlibat, samada daripada KDN atau JPN. Berikutan kejadian itu, KDN membatalkan dengan serta merta, syarikat pengawal keselamatan yang memperkerjakan penama Ardi Hamza (Loade Ardina Loade Rasila atau nama dalan facebook Ardi Ode Putra Katela). Juga pihak JPN (Jabatan Pendaftaran Negara yang bertanggungjawab berkaitan pengeluaran kad pengenalan) bertindak, dan tidak segan silu menyatakan bahawa ramai pengawal keselamatan di negara ini dibekalkan dengan kad pengenalan yang dipalsukan.

Kerajaan melalui JPN, sebenarnya telah mengakui, bahawa penggantian Kad Pengenalan bermutu tinggi dengan menggunakan Chip, tidak mudah dipalsukan, namun, kenyataannya, ianya berlaku.

Kalaulah kad pengenalan yang dikatakan palsu itu, benar-benar palsu, bagaimana ianya digunakan sebagai dokumen untuk membuka akaun bank? bukankah bank menggunakan sistem biometrik, di mana maklumat individu tersimpan dalam microchip dalam kad pengenalan itu? 

Apa yang telah berlaku terhadap Norazaita Abu Talib, telah mendedahkan kepincangan yang telah berlaku dalam agensi yang berkaitan dengan kewarganegaraan; dan dengan itu, kematian pegawai bank itu sebagai "hadiah" kepada rakyat berakitan dengan IC palsu di negara ini. Kematian Norazita bukan sahaja membuka mata penguatkuasa, akan tetapi arwah menjadi hero kepada pembongkaran IC palsu dalam negara.

Kini, diberitakan bahawa satu peraturan baru, bahawa setiap pegawai keselamatan yang diambil berkerja diwajibkan mendapat pengesahan terlebih dahulu daripada JPN. Persoalannya kenapa daripada sekarang? bukankah daripada dahulu lagi? sedangkan semasa mendaftar anak di sekolah rendahpun, setahu penulis, di Sabah contohnya, Kad Pengenalan Ibu dan Bapa, dimestikan mendapat pengesahan daripada JPN, sebelum anak itu dapat didaftarkan.

Di Sabah, isu pemengang ic palsu, bukan suatu rahsia lagi, ianya merupakan keadaan yang sungguh membimbangkan rakyat pribumi. Mereka ini, selain yang memegang dokumen IMM13, merupakan ancaman kepada rakyat Sabah. Ancaman, bukan sahaja bagi lapangan perniagaan, malah di rumah-rumah murah yang dibangunkan oleh kerajaan.

Bagi rakyat pribumi, yang tidak berkemampuan, walaupun mereka ini layak memohon rumah-rumah murah yang dibangunkan kerajaan, namun mereka tidak sanggup menghuni di kawasan-kawasan itu, kerana keadaan yang tidak kondusif, selain mereka terpaksa bercampur dengan "penduduk" tetapi sebenarnya budaya penduduk itu sungguh asing bagi mereka.

AYT berharap, tragedi kematian Norazita merupakan kejadian tragedi oktober terakhir yang melibatkan warga asing yang mempergunakan IC palsu di negara ini.

Wednesday, October 30, 2013

Bahana Kad Pengenalan Palsu

Kerana kematian seorang Pegawai Bank warga negara ini, ditangan pemegang kad pengenalan palsu, maka keadaan yang menjadi rugutan rakyat Sabah selama ini, kini menular di Semenanjung.

Kata orang, kejadian di AMBANK USJ, Subang Jaya pada 21 Oktober lalu, merupakan "tips of iceberg" berkaitan dengan isu kad pengenalan palsu dalam negara ini.

Malaysia bukan anti warga asing, akan tetapi, warga asing yang tidak sepatutnya menjadi warga negara apatah lagi mereka yang berlagak seperti warganegara sepertimana dilakukan oleh ARDI HAMZA, pembunuh Norazita Abu Talib, sungguh membimbangkan rakyat.

Mereka yang mendapat "kad pengenalan" negara ini, sebenarnya tidak takut melakukan jenayah, kerana mereka tahu mereka mempunyai negara asal, dan mereka juga tahu, mereka dengan mudah dapat melarikan diri.

Pihak keselamatan negara sudah tentu sudah arif, bahawa pada sebelah pagi mereka menghantar pulang warga asing, namun di sebelah petang atau esoknya, orang yang dihantar itu sudah berada kembali dalam negara ini, dengan "identiti" yang berbeza.

Kalau mereka itu, masuk menggunakan saluran rasmi, sudah tentu sistem biometrik dapat mengesan mereka, namun, kemasukan mereka itu melalui saluran-saluran TIKUS.

Bagi Sabah, pendengaran RCI PATI yang sudah menamatkan pendengarannya, namun masih menunggu laporan temuan komisyen itu, tidak menghalang kebanjiran pendatang tanpa izin ke negeri itu. Penyebabnya, adalah warga asal daripada negera Filipina atau Indonesia atau Pakisatan misalnya, yang telah lama tinggal di negara ini dan telahpun mendapat status warganegara, adalah pemudah cara kepada pendatang senegara untuk tinggal di negara ini.

Generasi awal projek IC yang telah beranak pinak, malahan generasi mereka memegang jawatan-jawatan penting dalam negera boleh dikatakan menjadi orang tengah kepada PATI yang baru tiba dari seberang. Setidak-tidaknya itulah hakekat yang berlaku.

Kini, selepas kejadian pembunuhan pegawai bank di USJ, pihak Jabatan Pendaftaran negara melakukan "Checking" terhadap para pegawai keselamatan yang dipekerjakan oleh syarikat-syarikat pengawal keselamatan, betul juga sangakaan orang ramai, bahawa memang terdapat diantara pengawal keselamatan itu adalah PATI yang mempunyai kad pengenalan palsu.

Bagaimana pula dengan PATI yang berkerja sebagai BURUH? atau Pekerja Ladang? atau pekerja pasar malam?

Di Kota Belud, Sabah misalanya, penjajah pasar malam boleh dikatakan 70 peratus adalah warga asing. Apa kah status mereka ini? bagaimana mereka dengan mudah mendapat tapak atau lesen?

AYT difahamkan, bukan sahaja di Kota Belud, malah kawasan Penampang, Putatan, Tuaran, Inanam, apa tah lagi Sandakan, Lahad Datu atau Tawau, peratusan mereka ini lebih tinggi lagi. Belum lagi bercakap berkaitan dengan Kampung Baru, kawasan Chowkit Kuala Lumpur atau Petaling Jaya.

Namun apa yang pelik melalui OPS CANTAS, kawasan-kawasan koloni PATI tidak diadakan operasi. 

Di Sabah, Pulau Gaya, Sepanggar, 1 Borneo, belakang Telipok, dan yang terbaru kawasan Kampung Baru Jalan Bundusan, Penampang, dan bersebelahan Sekolah Menengah Taman Tun Fuad, Bukit Padang, Sabah adalah koloni baru PATI yang sedang berkembang pesat.

Kewujudan ESSCOM adalah untuk membendung kemasukan PATI atau pengganas terutama daripada Filipina, namun mengapa ada saja PATI? malah jumlah mereka tidakpun berkurang?

Pedagang rokok haram di Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Penampang, Putatan, di pantai Barat Sabah, adalah sumber tulisan ini, masih seperti sedia kala. Ertinya, impak RCI, ESSCOM atau Ops Cantas bagi PATI, belum kenampakan.

Sudah tiba masanya, kerajaan jangan terlepas pandang kepada kakitangan sokongan jabatan-jabatan tertentu yang berkait langsung dengan urusan pengurusan warga asing yang berada dalam negara ini, kerana sekemas atau sebaik manapun peraturan, namun kalau wujudnya petualang-petualang dalam jabatan-jabatan tertentu, maka masalah PATI terlalu susah untuk dibendung.

Satu hakekat yang perlu diingat, fakta aborigine di Australia atau red indian di Amerika, suatu hari akan berlaku di negara ini; jika usaha ketat tidak dilakukan daripada sekarang.

Blog Archive