Tuesday, December 14, 2010

LDP masih dibayangi Chong Kah Kiat?

Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang terpaksa berentap dengan empat ahli parlimen Barisan Nasional dari Sabah bila mendakwa perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat pada 16 April 2007 sebagai petanda meletusnya krisis politik di negeri itu.

Perdebatan yang mengecohkan suasana sidang Dewan Rakyat berlaku semasa ahli parlimen DAP Ipoh Timur itu membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2006) 2007.

Beliau turut mendakwa kemiskinan masih berleluasa di Sabah dan wujudnya diskriminasi ekonomi.

Empat ahli parlimen BN yang mencelah perbahasannya untuk mempertikaikan dakwaannya ialah Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said (BN-Kota Belud), Datuk Ronald Kiandee (BN-Beluran), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Dr. Marcus Mojigoh (BN-Putatan).

Keriuhan suasana perdebatan waktu itu telah menyebabkan Timbalan Yang Dipertua, Datuk Lim Si Cheng mematikan mikrofon beberapa kali untuk meredakannya.

Bung Mokhtar antara lain membidas kenyataan Kit Siang dengan membangkitkan menegenai tindakan seorang pemimpin DAP Negeri Sembilan yang keluar parti itu untuk masuk MCA.

Ronald pula berkata peletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Kah Kiat adalah atas dasar sukarela kerana nak berehat.

Tegasnya keputusan Kah Kiat itu ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan keadaan politik di Sabah.

Mohd. Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah menegaskan dakwaan Kit Siang mengenai soal kemiskinan adalah tidak tepat dan berasas.

Beliau menjelaskan soal membasmi kemiskinan di negeri itu tidak boleh dilihat dalam bentuk perkauman seperti cuba digambarkan oleh Kit Siang dan sebaliknya ia perlu dilihat secara keseluruhan kerana terdapat lebih 30 suku di negeri itu.

Katanya kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan mana-mana suku kaum di negeri tersebut.

‘‘Yang Berhormat jangan membuat tuduhan, sebaliknya Yang Berhormat sedarkah bahawa kerajaan negeri yang diterajui BN sejak tahun 1994 sering berusaha untuk membasmi kemiskinan di Sabah.

‘‘Ini terbukti Yang Berhormat apabila penduduk Sabah memilih kerajaan BN untuk menerajui negeri itu sejak pilihan raya tahun 1994,'' ujarnya.- 16/4/2007

Chong Kah Kiat kini Tan Sri, meletakan jawatan, kononnya kerana perbezaan pendapat dengan Ketua menteri Sabah-Musa Aman, terutama berhubung dengan pembatalan DEWA LAUT di Kudat-Sabah.

Chong, pernah dilantik sebagai ketua menteri Sabah-dalam sistem pengiliran Ketua Menteri yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Namun sistem itu, telah dibatalkan pada tahun 2004 setelah Tun Abdullah mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Chong telah digantikan oleh Datuk Musa Aman pada April 2003, dan hingga kini Musa masih Ketua Menteri.

Chong merupakan presiden LDP sejak parti itu ditubuhkan pada tahun 1990 dan merupakan komponen BN tertua Sabah bersama AKAR-yang kini telah dibubarkan.

Setelah perletakkan jawatan Chong, presiden parti telah diambil alih oleh setiausaha agungnya, Liew Vui Keong aka VK Liew kini Datuk.

Setelah perlantikan VK Liew, LDP terus melangkah ke hadapan sesuai dengan prinsip yang diamalkan oleh BN-yakni berkongsian kuasa yang sesaksama. Buktinya, pada PRU-12 lalu, semua kerusi yang ditandingi LDP menang, termasuk kawasan Sandakan-yang mana sebelumnya adalah kawasan yang dimenangi calon bebas.

Namun yang sungguh merisaukan perjalanan parti LDP kini, adalah bayang-bayang Chonmg Kah kiat masih menghantui Datuk VK Liew. Bayang-bayang itu, nampak dengan jelas, apabila Timbalan Presiden parti itu, 3 bulan lalu menyuarakan tidak dapat berkerjasama dengan Pengerusi BN-Sabah-Musa Aman, kerana "masalah" Mazu yang dibatalkan pembinaannya oleh kerajaan Musa Aman.

Ekoran perbezaan pendapat antara Timbalan Presdien LDP dengan kepimpinan Sabah-Naib presiden parti itu, Datuk Peter Pang telah keluar parti-dan kini masih merupakan yang berhormat tanpa parti, namun masih memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam kabinet Musa Aman.

Tidak dapat dinafikan bahawa cengakaman Chong dalam parti LDP masih kuat, terutama melalui Timbalan presiden LDP. Atas sebab itu, presiden baru parti itu, belum merasa bebas sepenuhnya untuk mencorakan perjalanan parti komponen tertua BN Sabah itu.

VK Liew sebagai presiden LDP yang baru- mempunyai pendekatan yang sangat berbeza dengan gaya Chong yang bersifat "mengancam". VK Liew menurut pengamatan AYT ingin membawa perjalanan parti sesuai dengan konsep perdana Menteri, yangkni mengwujudkan masyarakat 1Malaysia dalam parti itu. Pendekatan ini dengan jelas ditekankan oleh presiden LDP itu, misalnya dalam ucapannya melalui program Hari Natal 1Malaysia di Lido Penampang pada hari Sabtu lalu.

AYT merasakan selagi para pemimpin tertentu dalam LDP masih mempunyai ikatan yang rapat dengan mantan presidennya, maka perjalanan parti itu akan pincang, kerana kepimpinan negeri terutama Musa Aman, akan ada rasa curiga tentang kesetiaan sebahagian pemimpin parti itu.

Musa masih menaruh curiga, bahawa para pemimpin LDP yang masih mempunyai ikatan dengan Chong Kah kiat, akan melalukan kerja-kerja sabotaj semasa pilihan raya, di mana sebelum ini pernah berlaku, iaitu pada tahun 2004, calon-calon LDP Kalah kerana disabatoj oleh pemimpinan komponen BN sendiri, yakni Datuk Yong Teck-Presiden SAPP (SAPP kini merupakan parti pembangkang).

Namun Musa sangat yakin kepada kempimpinan VK Liew, perkara ini terlihat bagaimana kerjasama yang erat yang kedua-dua pemimpin itu tunjukan semasa pilihan raya kecil (PRK) Batu Sapi-Sandakan baru-baru ini. Melalui PRK itu, calon BN Linda Tsen menang besar.

Presiden LDP- VK Liew sangat komited dengan perjuaangan BN- perkara ini dengan jelas diluahkannya semasa konvensyen BN ke-2 pada 5 Desember di Wisma MCA jalan Ampang-Kuala Lumpur.

Bagi AYT-selagi terdapatnya para pemimpin LDP yang masih berkiblat kepada mantan presiden Chong Kah Kiat, selagi itu- Presiden parti itu, sukar membuat keputusan sesuai dengan arah tuju dan seleranya.

Apa kah keadaan ini, boleh menganggu keputusan pucuk pimpinan BN terutama dalam pemilihan calon daripada parti itu untuk diketengahkan dalam PRU-13 akan datang? hanya Datuk VK Liew yang boleh menjawabnya.

No comments:

Blog Archive