SEBUTAN dan anggapan bahawa Sabah dan Sarawak adalah SIMPANAN TETAP BN kini mengalami polimek. Ada kalangan yang merasa bosan dengan istilah itu.
Sabah dan Sarawak serta Labuan mempunyai 57 Kerusi Parliment, di mana kini 54 daripadanya dikuasai BN. Tiga kerusi yang di menangi pembangkang (DAP) itu adalah Bandar Kuching, Bandar Kota Kinabalu dan terakhir Sibu.
Tidak salah para pemimpin BN beranggapan bahawa Sabah dan Sarawak merupakan simpanan tetap dengan melihat keputusan PRU-12 lalu, di mana BN Semenanjung sebenarnya kalah kepada pembangkang.
Ekoran kepada keputusan PRU-12 lalu, di mana Sabah dan Sarawak adalah penyelamat kerajaan pusat, maka timbul lah anggapan dan istilah bahawa ke dua-dua negeri Malaysia Timur itu merupakan simpanan tetap BN.
Malah Timbalan Pengerusi Umno Negeri Sabah. Datuk Salleh Said Keruak, semasa menerima perlantikannya, telah berikrar bahawa beliau akan membantu Datuk Musa Aman-Pengerusi Perhubungan Umno dan BN Negeri untuk mengekalkan Sabah sebagai Simpanan Tetap BN.
Selepas PRU-12 pada Mac 2008, hanya sekali berlaku pilihan raya kecil di Sabah dan dua di Sarawak. Antara tiga PRK itu, dua berjaya dipertahankan oleh BN, manakala SIBU, tewas ke tangan DAP.
PRK yang terbaru adalah kawasan Parlimen Batu Sapi Sandakan. Melalui PRK itu, BN menang dengan mudah menawaskan parti tempatan SAPP dan parti Anwar ibrahim-PKR.Kemenengan di Batu Sapi, memang sukar disanggah, kerana semua pemimpin BN serta jenteranya berkampung di kawasan itu; seingat AYT, hanya Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan Pehin Seri Taib Mahmud sahaja yang tidak berkesempatan berkempen.
Sabah adalah unik. Pengalaman pilihan raya di Sabah berbagai. Tahun 1981, Parti Berjaya pimpinan Datuk Haris Salleh pernah menang mutlak, namun pada PRU-1985, parti Berjaya kecundang kepada parti Bersatu Sabah (PBS) yang hanya berumur 3 bulan.Parti Berjaya yang kelihatan begitu gagah pada tahun 1981-dengan memenangi 45 kerusi daripada 48, di mana USNO hanya mendapat 3 kerusi.
Sentimen kini di Sabah adalah, mengenai penguasaan pemimpin tertentu khasnya pengagihan kontrak yang tidak merata, di mana mereka yang mempunyai hubungan dengan kepimpinan sahaja yang diberi kutamaan, sedangkan penyokong setia parti yang tidak pandai bermuka-muka di ketepikan. Pengagihan kontrak pembangunan yang tidak merata ini, bukan sahaja berlaku di peringkat projek kerajaan negeri, namun juga projek kerajaan persekutuan.
Bagi pengamatan AYT, di semua peringkat, hanya mereka-mereka yang pandai mengampu dan bermuka-muka mendapat hambuan-hambuan kontrak.
Akibat daripada gejala ini, maka perasaan muak dan bosan serta benci, telah bertapak di kalangan akar umbi.
Ada yang berpendapat, bahawa kemenangan yang hampir mutlak adalah punca keangkuhan para pemimpin ini. Atas sebab itu, ramai yang berfikir, adalah lebih baik menseimbangkan antara wakil-wakil rakyat kerajaan dan pembangkang, agar mudah berlaku check and balance, baik di peringkat dewan undangan negeri (DUN) mahupun dewan rakyat.
Apa kah persepsi dan perasaan ini akan terbukti pada PRU-13 akan datang? jika terbukti, apa kah menyebabkan "kuasa parliment yang tergantung aka Hung Parliament?)
Ada yang meramalkan, bahawa keputusan PRU-13 akan berlaku hung parliament, seperti mana yang berlaku di di Britin. Jangan shot down persepsi ini, kecendrungan itu sedang membarah dikalangan rakyat yang bersifat silent majority.

No comments:
Post a Comment