Sementara rakyat melayu Semanjung sibuk politiking mengenai kerajaan perpaduan, bukan kerjasama seperti yang dikatakan oleh Zaid Hamidi, tanggapan pemimipin Sabah terutama Musa Aman dan timbalannya dalam UMNO Salleh Said menyepi seribu bahasa.
Penyepian ini mungkin ada hubungkait dengan arahan Musa Aman baru-baru ini, bahawa semua pemimpin negeri diminta kurang bercakap dan politiking, sebaliknya menumpukan kepada kerja-kerja membangun negeri.Atau mungkin juga penyebab penyepian ini mereka memikirkan bahawa membincangkan atau ikut serta dalam permainan politik Semanjung tidak releven dengan politik negeri?.
Persepsi ini ada kebenarannya dan sudah tentu benar,kerana Sabah tidak ada seorang calon PAS pun yang menang.Bagi Musa, apa pun yang berlaku di kerajaan pusat tidak banyak impak terhadap kerajaan negeri,kerana jumlah kerusi yang di menangi UMNO cukup untuk menjadikannya tulang belakang kerajaan negeri.
Gandingan PAS-UMNO di peringkat persekutuan, bukan melemahkan kedudukan kerajaan BN Sabah, malah memperkuatnya,kerana itu lah Musa Aman dan Salleh Said cukup meneropong dari jauh kelibat rakan-rakannya di Semenanjung.Bagi Musa Aman dan Salleh Said,apapun yang berlaku di Semanjung adalah lambat berlaku di negeri Sabah, kerana rakyat Sabah telah terlalu serik dengan pengalaman pertukaran kerajaan.Rakyat Sabah lebih suka tunggu dan lihat tentang apa yang terjadi di Semenanjung, sebelum memikirkan perubahan,itupun jika perubahan itu menguntungkan para pemimpin negeri ini.
Bagi Musa Aman adalah lebih baik memanfaatkan aliran kewangan dari pusat untuk kos pembangunan koridor Sabah (SDC) di mana dananya disalurkan ke dalam agensi yang baru ditubuhkan oleh kerjaan negeri (SEDIA)Membangun negeri Sabah tidak mudah seperti yang difikirkan, keluasanya yang hampir ¾ keluasan Semanjung Tanah Melayu, keadaan tofografi yang ber gunung ganang dan ber bukit bukau, serta taburan penduduk yang tidak merata, menyukarkan pembangunan fizikal maupun manusiawi.
Musa Aman sebagai Ketua Eksekutif kerajaan negeri, terpaksa berhempas pulas memikirkan cara-cara pembangunan yang jitu dan membetulkannya dari masa ke semasa agar sesuai dengan agendanya Halatuju pembangunan negeri.Institut Pembangunan Sabah (IDS) yang dahulunya diterajui oleh para pakar menulis dan membuat kajian berasaskan data premier dan membuat cadangan berpaksi kepada data premier itu dengan bantuan analisa statistik , sekarang ini telah diterajui oleh mereka yang dianggap pakar meterjemahkan hasil kajian tersebut kepada bentuk pelaksanaan.
Pengwujudan agensi baru ini (SEDIA) menampakan bahawa Musa Aman benar-benar fokus kepada pembangunan negeri melalui konsep SDC dan menghendakan bahawa satu badan yang hanya terfokus kepada pembangunan ini perlu diwujudkan, walaupun agensi-agensi yang hampir sama fungsinya seperti SEDCO telah lama wujud di negeri di bawah bayu ini.Berpaksi kepada keinginan kesuksesan halatuju kerajaan negeri, yang dicanangkan semasa mengambil jawatan Ketua Menteri dalam sistem pengilirian; sedikit sebanyak mempengaruhi tindakan diam diri Musa Aman kepada politiking terutama yang menyangkut Semenanjung.
Datuk Musa berfikiran biarlah sepak terajang politik yang berkaitan Semenanjung diserahkan urusniaganya kepada Safie Afdal, adiknya Anifah Aman, Lajim Ukin dan pengaruh Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia.Membahagi-bahagi tugas adalah lebih baik daripada membolot tugas secara persendirian, kerana dalam suasana berpolitik semakin ramai yang terlibat sudah tentulah banyak membawa kejayaan dan kebaikan asalkan arah tujunya sama.Musa Aman sebagai pengerusi UMNO negeri Sabah, telah yakin dan percaya, bahawa kelibat para pemimpin Sabah yang berjawatan di peringkat persekutuan dan berbase di Semananjung adalah para pemimpin yang berkalibar dan jiwa mereka ada lah jiwa yang mengutamakan rakyat, bangsa dan tanah air.
Gandingan Musa-Salleh adalah gandingan yang diharapkan mempertahankan dan memastikan agar keinginan dan kehendak DS Najib, agar Sabah tetap menjadi “Fixed Deposit” BN pada PRU-13 akan menjadi kenyataan.Walau bagaimanapun, politik Sabah adalah politik yang mempunyai penuh kejutan dan misteri. Politik Sabah ibarat air yang tenang di sangka tidak berbuaya. Politik Sabah adalah politik yang sukar diramal.
Rakyat Sabah tidak mudah termakan isu, mereka berpolitik berasaskan kepada keadilan yang merata, sekiranya para pemimpin pujaan mereka kelihatan tidak adil dalam pembahagian dan pengagihan potongan kek yang ada, maka biasanya protes mereka diterjemahkan melalui peti undi.Akhir-akhir ini percakapan di kedai-kedai kopi, kampung-kampung maupun di pejabat-pejabat, bahawa pengagihan potongan kek-kek ini hanya menguntungkan sebahagian rakyat sahaja, terutama mereka yang mempunyai jalinan hubungan dengan pemimpin negeri.Isu sekecil subsidi susu segar umpamanya telah mula hangat di bincangkan.
Kedengaran cakap-cakap sumbang mengenai sususegar yang di subsidi oleh kerajaan dan eksport oleh Sabah International Dairy (SID) ke Singapura pun menjadi bahan cakap-cakap kedai kopi.Isu kontrak kerajaan persekutuan terutama yang berkaitan dengan agensi persekutuan yang beroperasi di Sabah, misalnya UMS,jabatan pelajaran, kemas, mereka-mereka yang mendapat kontrak-kontrak yang ditawarkan oleh agensi-agensi ini adalah orang-orang tertentu yang berasal dari Semenanjung dan kalau pun ada tempias untuk rakyat Sabah, adalah mereka-mereka yang ada jalinan hubungan dengan pemimpin negeri.Isu-isu seumpama ini perlu diperjelas oleh gandingan Musa-Salleh agar supaya rakyat terutamanya pemilih tidak sampai muak dan membuat pendirian menolak kerajaan BN dan kembali kepada asal, yakni menyokong parti yang bersifat parti dalam negeri.
Gandingan Musa-Salleh perlu menyingkap sejarah dan menyemak kembali peranan individu atau kelompok individu yang mengambil peranan mengembalikan pemerintahan BN terutama kepimpinan Bumiputera Islam di negeri di bawah bayu ini, agar setidak-tidaknya sumbangan mereka dihargai dan membendung mereka melawan arus seperti mana cara mereka menumbang kerajaan PBS dahulu.

No comments:
Post a Comment