Thursday, March 20, 2025

KEHEBATAN PEMIMPIN.

KETIKA dia menundukkan diri, bukan kerana tunduk kepada manusia.

Tetapi kerana tingginya penghormatan kepada insan sekecil-kecilnya.

Inilah lambang kepimpinan yang tidak hanya bertapak di atas pentas kuasa, tetapi berakar dalam hati rakyat.

Sentuhan lembut tangan seorang pemimpin kepada seorang anak kecil bukan sekadar simbol keakraban.

Tetapi hembusan kasih yang membuktikan bahawa kepimpinan bukanlah satu jurang yang memisahkan.

Sebaliknya jambatan yang menghubungkan jiwa dan harapan.

Lihatlah bagaimana dunia terpukau bukan dengan gahnya ucapan, bukan dengan besarnya pengaruh.

Tetapi dengan sekeping hati yang memahami bahawa setiap insan, sekecil mana pun, berhak mendapat hormat dan penghargaan.

Inilah hakikat kepimpinan luar biasa bukan sekadar memimpin dengan suara dan arahan.

Tetapi memimpin dengan jiwa yang luhur, dengan hati yang sarat kasih sayang.

Pemimpin sejati bukan hanya diingati kerana jawatan yang disandang.

Tetapi kerana nilai kemanusiaan yang ditinggalkannya di hati setiap insan.

Sebesar mana pun seorang pemimpin, dia tidak akan pernah lebih besar daripada nilai kemanusiaan yang ditegakkannya.

Dan sekecil mana pun seseorang rakyat, mereka tidak akan pernah terlalu kecil untuk menerima hormat dan kasih dari seorang pemimpin sejati.

Inilah hakikat kepimpinan yang tidak dapat disangkal.

Tidak dapat dipertikaikan, dan tidak dapat dipadam dari ingatan sejarah.

Monday, February 24, 2025

GRS BUKA KARTU KEKUATAN

HANYA menunggu tarikah sebenar PRU-17 diumumkan, untuk membolehkan 1.9 juta pengundi memberi mandat pada parti yang mereka sukai.

Setakat ini, boleh dikatakan semua parti membuka kartu kekuatan masing-masing.

Kekuatan mempunyai berbagai makna, kekuatan dengan berbekalkan rekod terkini, kekuatan mengeritik dan menabur janji bulan Bintang, kekuatan untuk mengenang nostalgia masa lalu, kekuatan menabur fitnah dan pembohongan, lalu mengangkat pemimpin parti sendiri yang terbaik.

Daripada makna kekuatan tersebut lah, pengundi akan dipandu arah untuk memilih parti yang sesuai dan diterima.

Selepas Tan Sri Musa Aman (kini Tun), pemimpin yang berkarisma dan mampu menarik sokongan adalah Ketua Menteri Sabah hari ini, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Hajiji adalah pemimpin yang “walk the talk” tidak suka memainkan perasaan rakyat. Apabila berucap untuk ditujukan peda rakyat, ianya daripada hati yang dalam.

Kenyataan meminta rakyat untuk memberikan Kerajaan yang beliau pimpin di berikan mandat, untuk meneruskan memajukan dan membangun Sabah menerusi SMJ 2.0, adalah satu kenyataan daripada pemimpin yang merendah diri, dan menyanjungi rakyat kerana kuasa rakyat adalah kuasa keramat dan besar.

Jika manusia dalam urusan iman memohon pertolongan, tentunya daripada Tuhan YME, dalam dunia demokasi maka meminta pada yang berkuasa, iaitu rakyat.

Menerusi kepimpinan,  Hajiji memberi tauladan tentang pemimpin jujur dan amanah serta bertanggungjawab. Tidak berselindungi di balik kuasa, sebaliknya berkata apa benar.

Pada awal pelaporan Malaysiakini berkaitan lesen carigali yang dikatakan ketua kartel telah membeli sokongan untuk mendapatkan lesen, walaupun gagal mendapatkan lesen yang dipohon, Ketua Menteri mengakui, di negara ini, sumbangan politik adalah perkara biasa. Tanpa sumbangan politik, wakil rakyat tidak akan dapat bertahan, kerana elaun atau gaji yang diterima, jikapun diberikan pada rakyat memerlukan, masalah mereka tidak akan selesai, dan kesannya wakil rakyat makan pun tidak cukup.

Atas sebab itu, ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq terpaksa menerima berbagai tawaran, untuk mendapatka dana untuk rakyat di kawasan parlimen beliau.

Parti atau pemimpin mengharapkan sumbangan daripada mereka yang mumpunyi kelebihan tanpa mengharapkan balasan.

Penyumbang adalah ahli-ahli perniagaan yang genuine, yang mahu aktiviti perniagaan mereka berjalan lancar kerana adanya kestabilan politik. Kestabilan politik hanya dapat diwujudkan oleh pemimpin politik. Sebab itu di mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi, peniaga atau ahli korporat menyumbang dana pada parti atau pemimpin yang dapat mengwujudkan kestabilan politik.

Menjelang PRN-17, hanya Hajiji, pemimpin yang berterus terang kepada rakyat, bahawa pemimpin politik bergantung pada sumbangan dana daripada mereka yang menginginkan kestabilan politik, agar perniagaan mereka berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Hajiji berbeza dengan para pemimpin yang hipokrit kononnya tidak mendapat sumbangan dana, tetapi melihat aktiviti mereka, sesuatu yang tidak mungkin dilaksanakan, kerana banyak melibat mobilisasi dan logistik.

Hajiji mengasingkan diri daripada pemimpin yang berlakon suci, sedangkan mereka itu, bagaikan ayam terlepas, tangan bau tahi.

Taruhan pada PRN-17, pemimpin berkredibiliti, bertanggungjawab, amanah, tidak mempermainkan perasaan rakyat, walk the talk, tidak retorik, tidak hipokrit. Jika 1.9 juta pengundi mengingin sifat-sifat apa yang disebutkan, maka sifat-sifat tersebutlah adalah KARTU TERBUKA GRS.

Rakyat dapat nikmati dalam tempoh 4 tahun, bagaimana Kerajaan GRS yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, apabila menerusi Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ1.0) pencapaian demi pencapaian telah dilakar.

Walaupun, Kerajaan Negeri Sabah hari ini, mengamalkan integriti yang cukup tinggi, akan tetapi, ada juga kompolot-komplot buruk berjaya menyusup, seperti mana di lakukan Albert Tie dengan perantara Jonith Enggihon mantan CEO SMM, dan beberapa mantan pengawai kanan Kerajaan yang bergelar Tan Sri dan Datuk.

KETUA MENTERI MEMINTA RAKYAT MEMBERI MANDAT UNTUK MENERUSKAN AGENDA MEMAJUKAN DAN MEMBANGUNAN NEGERI

APABILA Ketua Menteri meminta rakyat untuk diberi mandat meneruskan kerajaan, kerana banyak agenda yang telah disusun atur menerusi SMJ2.0 memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat.

SMJ2.0 adalah kelanjutan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ1.0). Menerusi SMJ1.0 memangpun banyak pencapaian demi pencapaian telah dilakar, terutama kutipan hasil. Kerana kutipan hasil meningkat, selain meningkatkan geran khas Sabah daripada RM26.7juta kepada RM600juta, Kerajaan negeri untuk pertamakali memberikan sentuhan kasih (SYUKUR) kepada rakyat miskin dan miskin tegar sebanyak RM300 setiap KIR setiap bulan untuk tempoh setahun.

Hakikatnya apa kah Kerajaan diberi mandat semula terpulang kepada 1.9 juta pengundi yang akan menentukan pada PRN-17.

Pemimpin Kerajaan semasa hanya dapat memberi tahu rakyat akan rancangan dan pencapaian, dan jika rakyat berpuashati akannya, maka tidak segan silu memberikan mandat semula.

Pada Julai 2020, apabila Datuk Shafie Apdal dan kerjaan Warisan kehilangan sokongan majoriti, kerana beberapa ADUN terpaksa menarik sokongan untuk menyelamatkan Sabah daripada kemusnahan, Shafie dengan angkuh berkata, beliau sanggup mati daripada menyerahkan kuasa.

Keangguhan Shafie tersebut, selain menjadi penyebab merebaknya Covid-19, juga tidak sedikit rakyat yang terkorban, termasuk pemimpin Warisan sendiri.

Walaupun Shafie dengan sombong berkata sebelum pengundian pada PRN-16 Sabah, bahawa rakyat Sabah akan menyokong Warisan, terbukti, sebaliknya, dan Shafie mencipta rekod tersendiri, sebagai parti Kerajaan tersingkat pernah wujud di Sabah.

Kesombongan Shafie itu nampaknya masih diwarisi para penyokong parti Warisan, apabila mengeritik dengan hebat, kenyataan Ketua Menteri untuk meminta rakyat memberi peluang meneruskan Kerajaan.

Hajiji adalah pemimpin yang penuh sopan santun dan berhemah. Kepada rakyat meminta dengan hormat untuk menyokong, agar agenda negeri yang telah disusun atur dapat diteruskan.

Matlamat Hajiji dan Kerajaan GRS, adalah menjadikan Sabah Maju Jaya menjelang 2030, yang mana pada masa itu, selain perekonomian menjadi mapan, kemudahan asas juga diselesaikan, dan pendapatan rakyat masa itu meningkat, sesuai dengan sasaran, iaitu kemakmuran dan kesejahteraan.

Rakyat Sabah telah mengecapi pencapaian demi pencapaian terutama kutipan hasil negeri sehinggakan keraaan memperkenalkan pelbagai insentif kepada rakyat.

Untuk kemudahan asas pula yang telah menjadi masalah kepada rakyat berdekad-dekad, disusun atur menerusi SMJ1.0 dan sedang berjalan, seperti bekalan air, bekalan elektrik, sementara jalanraya pula tentunya apabila Projek Persekutuan Pan Borneo siap, maka rakyat Sabah merasai kelancaran pergerakan, tiad lagi berdepan jalan berlubang.

Tuesday, February 18, 2025

PENDIRIAN GRS KEKALKAN STATUS QUO

SEBARANG bentuk kerjasama dengan mana-mana parti, asas utama yang perlu diterima dan dihormati adalah pendirian GRS, iaitu mengekalkan status quo. Status quo yang dimaksudkan, adalah kedudukan terakhir atau terkini penyandang kerusi.

Dengan mengekalkan status quo, maka tidak timbul pertindihan. Jika ada parti yang berhasrat menambah kerusi, maka di kawasan yang tidak disandang.

Pada hari ini berpandukan pada kedudukan 73 kerusi DUN Sabah, GRS menyandang 38+2 kerusi, iaitu Gagasan Rakyat- 24, PBS-7, STAR-6, PHRS-1 dan PLUS-2. Ertinya untuk 40 kerusi tersebut, tiada rundingan. Jika berpandukan spekulasi kononnya PH mensasarkan 24, maka ianya termasuk dalam 33/73, yang mana sebahagiannya disandang parti tersebut. Jika benar-benar adanya kerjasama, maka GRS minimum bertanding 42/73.

Kerjasama GRS dengan parti lain bersyarat, iaitu menghormati dan menerima perjuangan parti itu, iaitu Rumah Kita, Kita Jaga, berlandaskan SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah.

Pada masa ini, Kerajaan negeri adalah Kerajaan GRS-PH Plus, ekoran sokongan PH pada 6 Januari 2023, untuk mengekalkan GRS tidak hilang sokongan majoriti, apabila sebahagian wakil rakyat daripada Umno menarik sokongan.

Kerajaan GRS bukan kerajaan pintu belakang, kerana rakyat Sabah memberi mandat pada PRN-16, pun demikian, beberapa ADUN daripada Umno yang menang kerana platform tersebut, cuba menumbangkan Kerajaan sendiri.

Pada PRN-17 walaupun berbagai option boleh dipilih GRS, akan tetapi demi kestabilan politik negeri dan nasional, lebih cenderung mempertahankan status quo kerjasama antara parti yang menerajui Kerajaan Sabah hari ini, iaitu GRS-PH Plus.

PEMBANGKANG KECEWA HASIL KERJA ALBERT TIE TERBONGKAR

PEMIMPIN parti Warisan dan Umno Sabah Kumpulan Bung Moktar Radin, sebelum perbuatan kotor Alberti Tie terbongkar, berusaha sangat mempengaruhi rakyat Sabah, agar menolak GRS, berpandukan hasil kerja Albert Tie menerusi rakaman video yang digunakan untuk peras ugut Ketua Menteri.

Tindakan peras ugut tersebut, kerana Ketua Menteri dan Lembaga Pengarah SMM membatalkan semua lesen carigali yang dikeluarkan secara penipuan oleh mantan CEO SMM kepada Syarikat-syarikat yang dikawal Albert Tie.

Kesan pembatalan tersebut, Ketua Menteri menyelamatkan keluasan 800,000 hektar tanah hutan kekal dan tadahan air daripada perompakan harta di atasnya iaitu kayu balak.

Rancangan Albert Tie berpandukan pada konspirasi mencuri harta Sabah, menerusi lesen carigali. Atas sebab itu, berkolaborasi dengan mantan-mantan pegawai kanan Kerajaan yang mempunyai akses pada pemimpin politik.

Keperluan dana pilihan raya merupakan asas utama konsiprasi tersebut. Kerana itu, Jonith Enggihon berlumba dengan masa, termasuk memalsukan kelulusan lesen carigali, agar, Syarikat-syarikat tersebut memulakan operasi dengan segera. Oleh kerana, kawasan yang dipohon merupakan hutan dara, maka penembangan kayu balak perlu dilaku, dengan alasan mempelancar operasi carigali.

Siapa yang tidak kecewa, sepatutnya bulan jatuh ke riba, berkecai, termasuk pelan B, pembunuhan karakter juga hancur lebur.

Apabila agensi yang sama iaitu SPRM yang telah membuktikan tanggungjawab dan amanah dalam beberapa kes berprofile tinggi membawa ke mahkamah, akan tetapi pemimpin Warisan seperti Darell Leiking mempersoal Keputusan agensi itu berkaitan rakaman video yang direka Albert Tie, iaitu rakaman tiada kredibilti termasuk untuk siasatan dan tidak boleh dijadikan dokumen untuk mahkamah, menunjukkan Timbalan Presiden Warisan itu, selain double standard juga hipokrit.

Darell patut ketuk kepala sendiri, mengapa kes RM1.5bilion dana KKLW membabitkan Presiden beliau, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi parti beliau mengumumkan NFA (tiada tindakan lanjut) sedangkan SPRM juga yang membuat siasatan .

Monday, February 17, 2025

APABILA TIADA MODAL POLITIK-POLITIK FITNAH DAN BOHONG DIJADIKAN MODAL

KETARA sangat, pemimpin politik seperti Datuk Shafie Apdal daripada Parti Warisan serta pemimpin parti itu, Datuk Bung Moktar Radin dan penyokongnya asal buku mulut sahaja, apa yang dikatakan berunsur fitnah dan bohong, jika tidak, maka berbentuk putar belit. Mereka ketandusan modal politik menarik perhatian rakyat, menarik perhatian, masih jauh daripada sokongan.

Hujah pembohongan yang paling ketara, apabila Shafie berkata sempena hadir chap Go Mei, di Tenom hujung minggu lalu, dengan mengatakan, beliau ditangkap SPRM, direman dan dipakaikan baju oren kerana membuat kenyataan berkaitan 1MDB, sedangkan penangkapan terhadap Presiden Parti Warisan tersebut termasuk adik beradik beliau, Ajis Jamman dan beberapa kontraktor adalah berkaitan projek KKLW di Sabah yang bernilai RM1.5bilion, kerana peruntukan tersebut habis dibelanjakan, akan tetapi tiada Kesan di lapangan.

Kerana kesan kepada tidak digunakan peruntukan tersebut untuk menyelesaikan kemudahan asas seperti Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Jalan Raya Luar Bandar (JRLB), maka Shafie dan pemimpin Warisan pada hari ini mempunyai modal politik, seolah-olah masalah-masalah yang terkait dengan tiga kemudahan asas tersebut hanya timbul semasa era Kerajaan GRS yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Demikian juga Bung, apabila bercakap, menuduh Kerajaan negeri, gagal, gagal, tetapi, tidak dibutirkan apa yang gagal.

Jika gagal itu dikaitkan dengan kemudahan asas, Bung selama 2 tahun dipertanggungjawabkan mengurusnya, akan tetapi, dalam tempoh tersebut, tiada penyelesaian konkrit yang dilaksanakan, sehinggakan ada yang menjadi krtikal. Bung tidak membuat laporan benar pada setiap mesyuarat kabinet, berkaitan progress atau masalah yang dihadapi, kerana bimbang, kebolehan dan kemampuan beliau diketahui ahli kabinet lain. Atas sebab itu, semasa Bung menjadi Menteri KKR Sabah, banyak sangat isu-isu kemudahan asas diviralkan menerusi media sosial, dan dari situ, Ketua Menteri maklum ada sesuatu yang tidak kena, berkaitan Kementerian KKR, Jabatan-jabatan dibawahnya.

Apabila Ketua Menteri membangkitkan isu-isu tersebut dalam mesyuarat kabinet, Bung melenting dan marah, dan mendakwa, beliau lebih tahu apa yang berlaku.

Agar kelemahan dan ketidak mampuan Bung menerajui KKR, maka sebelum terdedah semua kelemahan tersebut, maka Bung menggerakan Langkah Kinabalu.

Menjelang PRN-17, yang bakal diadakan bila-bila masa daripada sekarang, memandangkan penggal dun ke-16 Sabah akan berakhir pada Oktober tahun ini. Jika Ketua Menteri tidak membubarkan DUN lebih awal, dan menunggu sehingga DUN terbubar dengan sendirinya, maka Kerajaan hari ini ada 8 bulan lagi meneruskan pemerintahan.

Semakin dekat PRN-17 Sabah, pemimpin pembangkang terabah-rabah mencari modal politik, maka terpaksa menggunakan politik kotor, termasuk menggunapakai rakaman video yang disunting teruk oleh Albert Tie sebagai betul.

Pembangkang tidak mahu bercakap berkaitan kutipan hasil negeri, nilai perdagangan, nilai pelaburan, inisiatif, pelbagai insentif kepada rakyat, kerana Kerajaan Sabah hari ini, adalah juara daripada 5 kerajaan negeri yang lalu.

Jika pemimpin pembangkang membaca laporan-laporan media termasuk daripada ahli akademik, yang terbaharu tulisan Prof Madya Dr Mashitah Mohd Udin dalam ruang komentar Berita Harian yang bertajuk “Pembangunan Sabah Tepis Gelora Politik Menjelang PRN” akan menjadikan Shafie dan Bung terpojok, atau snook tanjung.

KALAU TIADA JALAN BERLUBANG, GANGGUAN BEKALAN AIR DAN LETRIK- PEMBANGKANG TIADA ISU

BETUL lah niat tersirat parti-parti yang pernah menjadi Kerajaan Sabah atau pemimpin yang pernah diberi tanggungjawab menyelesaikan kemudahan asas Sabah, sebagai persediaan dikala menjadi pembangkang, kerana, jika kemudahan asas dalam keadaan baik, maka mereka tiada modal atau isu sebagai pemimpin.

Berbeza dengan Kerajaan Sabah hari ini, iaitu Kerajaan yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, bertekad menyelesaikan masalah-masalah tersebut, once for all, supaya tidak berbangkit di masa depan.

Menyelesaikan bekalan air misalnya, dilaksanakan Projek HidroElektrik Ulu Padas yang berkos RM4.3bilion, untuk menyediakan 6,000 juta liter air sehari untuk kegunaan seluruh rakyat Sabah untuk tempoh masa lebih setengah abad selepas siap pada tahun 2027 atau 2029.

Projek besar itu juga selain membekalkan air, juga membekalkan 15% tenaga pada grid tenaga Sabah.

Berkaitan penanganan isu kemiskinan dan pengangguran, berbagai inisiatif dan projek-projek diperkenalkan sejak 4 tahun lalu, untuk mengurangkan isu-isu yang sangat degil tersebut, yang telah dihadapi Sabah berdekad-dekad lamanya.

Bukan mudah bagi sesebuah Kerajaan menyelesaikan isu-isu yang telah berakar umbi, melainkan memerlukan startegi yang jelas, komitmen untuk menyelesaikannya.

Kerana tekad dan komitmen, maka Kerajaan Sabah hari ini, memperkenalkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, matlamat akhirnya adalah pengwujudan kemakmuraan dan kesejahteraan.

Sementara Kerajaan Sabah hari ini bekerja kuat untuk menyelesaikan isu-isu atau masalah-masalah yang dihadapi rakyat, pemimpin pembangkang asal buku mulut, pasti berkaitan jalan berlubang, gangguan bekalan air dan black-out. Apa makna itu semua? Sebabnya mereka tiada modal politik.

Mereka tidak mahu bercakap soal kutipan hasil, nilai perdagangan, nilai pelaburan, pencapaian Syarikat yang dtubuhkan Kerajaan era Kerajaan hari ini, insentif pada rakyat termasuk pendidikan, keagamaan, Kebajikan, kerana Kerajaan hari ini adalah juara mengenainya.

Sunday, February 16, 2025

RUMAH KITA, KITA JAGA: MELINDUNGI HAK-HAK SABAH

MEMPERKENALKAN perjuangan Rumah Kita, Kita Jaga, bukan berkepentingan politik, akan tetapi sebagai asas untuk melindungi hak-hak Sabah.

Hak-hak Sabah yang dibutirkan menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berdekad lamanya tidak ditunaikan, walaupun ianya terus diperjuangkan.

Apa yang menjadi penghalang tidak tertunainya hak-hak tersebut kerana terdapat pemimpin negeri yang menjadi talibarut, agar hak-hak tersebut tidak direalisasikan.

Selepas lebih setengah abad, dan kini, Kerajaan negeri menerusi GRS meletakkan tuntutan-tuntutan dalam MA63 ditunaikan, akan tetapi masih mendapat halangan daripada sesetengah pemimpin Sabah yang menjadi pemimpin parti lain. Apa yang menyedihkan, mereka itu bersungguh-sungguh menumpaskan GRS.

Menumpaskan GRS, agar tuntutan-tuntutan dalam MA63 tidak menjadi keutamaan, melainkan kedudukan hak-hak tersebut digantung seperti berdekad lalu.

Sabah pada hakikatnya memerlukan hak-haknya dalam MA63, untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi seperti isu kemiskinan, pengangguran dan kemudahan asas.

Amat mendukacitakan, ada sesetengah pemimpin Sabah tidak merasa terhina, apabila Jabatan Perangkaan saban tahun menyediakan laporan berkaitan kadar kemiskinan, kadar pengangguran yang kekal tinggi di Sabah.

Kadar kemiskinan dan pengangguran yang jauh lebih tinggi berbanding nasional tidak sepatutnya berlaku memandangkan Sabah mempunyai kekayaan alam semulajadi, menjadi sumber kekayaan Syarikat-syarikat besar, akan tetapi, keuntungan tidak dikembalikan kepada rakyat Sabah sebaliknya di bawah keluar untuk memajukan dan membangun negeri-negeri lain.

Sepatutnya keuntungan yang dirai dikembalikan kepada Sabah, dengan membina industri yang dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan, untuk membantu penyelesaian isu-isu kemiskinan dan pengangguran.

Apabila Sabah mendapat hak-hak dalam MA63 sepenuhnya, maka boleh lah Kerajaan merancang yang patut untuk menyelesaikan masalah-masalah yang didepani, agar kemakmuraan dan kesejahteraan dapat direalisasikan.

Atas asas tersebut, maka rakyat Sabah perlu memberi dokongan dan sokongan pada GRS agar apa yang diperjuangkan untuk kepentingan rakyat dan negeri benar-benar dicapai.

GRS TIDAK PERNAH BERTANDING DALAM PRN SABAH-TIDAK TEPAT

PADA 12 September 2020 semasa penamaan calon DUN Sulaman sempena PRN-16 Sabah, diumumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai platform persefahaman antara parti-parti yang melawan Parti Warisan dan UPKO.

Maksud platform pesefahaman itu, semua parti yang bernaung di bawahnya adalah calon-calon GRS.

Keputusan PRN tersebut, parti-parti yang bernaung pada plaform tersebut menang 38/73, dan membentuk Kerajaan yang dinamakan Kerajaan GRS.

Selepas GRS didaftarkan sebagai parti, maka Kerajaan dijenamakan sebagai Kerajaan GRS-BN.

Kerajaan GRS-BN dijenamakan semula kepada Kerajaan GRS-PH Plus selepas berlakunya Langkah Kinabalu pada 6 Januari 2023.

Kali pertama GRS bertanding sebagai sebuah parti politik pada PRU-15 peringkat parlimen pada November 2022, dan menang 6 kerusi.,

Kini, GRS sebahagian Kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH).

GRS ditubuhkan sebagai platform perjuangan politik untuk negeri Sabah Sahaja, tidak melebarkan sayap di luar Sabah. Sebab itu, perjuangan parti itu, adalah Rumah Kita, Kita Jaga berlandaskan SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah.

Hasrat parti tersebut menjadi platform utama rakyat Sabah dalam arena politik, pun demikian, menerima kepelbagaian pendekatan sesuai dengan system demokrasi yang diamalkan di negara ini, mana-mana parti berdaftar boleh bertanding pada setiap pilihan raya.

Untuk merealisasikan hasrat GRS, mencontohi seperti GPS Sarawak, terletak di tangan 1.9 juta pengundi Sabah pada PRN-17.

GRS tidak semestinya menang 73/73, akan tetapi menukupi apabila menang sekurang-kurangnya 37/73, kerana jumlah tersebut adalah syarat minimum menubuhkan Kerajaan.

Dalam senario politik masa kini, menang dengan kuasa 2/3, bukan lagi pilihan, melainkan memadai dapat menubuhkan Kerajaan. Era ini, sesebuah Kerajaan memerlukan kuasa Semak dan imbang, agar Kerajaan yang diberi mandat dapat bekerja sebaik mungkin demi kepentingan rakyat dan negeri.

Di atas kertas, GRS tiada masalah untuk menang 37/73 pada PRN-17, kerana menurut analisis penulis, berpandukan pada keadaan lapangan daripada berbagai sumber, 25/73 adalah kawasan boleh menang bagi GRS dengan undi popular, dan 22/73 boleh menang dengan undi terbanyak (First Past The Post).

Kebolehan menangan tersebut, dirai, menerusi apapun bentuk pendekatan yang digunakan parti tersebut dalam pilihan raya tersebut.

BOLEH DENGAR PERCAYA JANGAN

PARA pemimpin parti yang berdekad-dekad menjadi tulang belakang kerajaan, apabila bercakap berkaitan kemajuan dan Pembangunan, kadar kemiskinan dan pengangguran, boleh dengar percaya jangan.

Logiknya, kedudukan kemajuan dan Pembangunan Sabah hari ini, terutama kemudahan asas seperti bekalan air, bekalan elektrik dan jalan raya, telah lama diselesaikan, tidak perlu menunggu era Kerajaan GRS dipersalahkan, kemudian menunding jari pada pemimpin Kerajaan hari ini sebagai Kerajaan gagal.

Demikian juga berkaitan kadar kemiskinan dan pengangguran, tidak perlu menunggu Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menjadi Ketua Menteri untuk dipertanggungjawabkan, kemudian menunding jari kepada Kerajaan yang beliau pimpin sebagai Kerajaan gagal.

Kedudukan Sabah hari ini, adalah hasil perbuatan para pemimpin masa lalu, yang tidak mengutamakan untuk merealisasikan aspirasi dan harapan rakyat, kerana selain takut juga terikat dengan kepartian yang dikawal pemimpin luar. Ketakutan hilang jawatan, menguasai diri setiap pemimpin di masa lalu, atas sebab itu, walaupun mengetahui dengan jelas akan keperluan rakyat dan negeri, akan tetapi, hanya mampu memohon, bukan mendesak apa tah lagi memberi kata dua.

Kesedaran dan mengambil iktibar pada keadaan masa lalu itu, maka Hajiji menerusi GRS meluncurkan konsep Rumah Kita, Kita Jaga sebagai perjuangan berlandaskan SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah.

Untuk merealisasikan aspirasi dan harapan rakyat diluncurkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ1.0) dan jika diberi mandat pada PRN-17, akan diteruskan dengan SMJ2.0 untuk tempoh 2026-2030.

Pada tahun 2030, Sabah akan lepas landas (take-off) sebagai negeri maju.

Saturday, February 15, 2025

RUMAH KITA, KITA JAGA ADALAH PERJUANGAN MURNI

MEREKA yang tidak menerima atau meragui perjuangan RUMAH KITA, KITA JAGA, adalah mereka yang tidak ingin Sabah maju dan membangun.

Jika mereka itu pemimpin politik, maka hanya mempergunakan rakyat untuk mendapat kedudukan dan kuasa yang akhirnya kedudukan dan kuasa itu untuk kepentingan pribadi, bukan untuk rakyat dan negeri.

Benar, para pemimpin yang memperjuangkan Rumah Kita, Kita Jaga, suatu masa lalu adalah sebahagian pemimpin parti yang disandarkan untuk memajukan dan membangun Sabah bersama rakyatnya, akan tetapi selepas pengalaman berdekad-dekad, aspirasi dan harapan rakyat tidak juga direalisasikan.

Bersandarkan pada pengalaman lalu, maka perjuangan Rumah Kita, Kita Jaga menerusi landasan SabahFirst, SabahForward, SabahProsfer dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah, dijadikan pedoman dan landasan agar rakyat sedar misi dan matlamat yang ingin dicapai.

Perjuangan, landasan dan matlamat sudah dimuktamadkan, maka rakyat yang dahagakan kemajuan dan Pembangunan perlu menggenggamnya erat-erat, dan memastikan apa yang dicita menjadi dan tercapai.

Rakyat Sabah yang tidak sedih selepas setengah abad, seperti pungguk merindukan bulan, adalah mereka yang tidak menerima hakikat sebenar, malah masih lagi kekal mempertahankan pendekatan yang ternyata tidak dapat menunaikan aspirasi dan harapan.

Kepimpinan GRS hari ini yang menerajui Kerajaan negeri, adalah para pemimpin yang sedang menanggis dalam senyuman, kerana telah mengharungi liku-liku yang sangat panjang di masa lalu berjuang terus berjuang dengan berbagai kapasiti, akan tetapi aspirasi dan harapan rakyat secara keseluruhan tidak tercapai.

Penulis melihat, menerusi GRS dengan perjuangan dan landasan serta matlamat yang jelas, para pemimpin yang menerajui parti tersebut ingin meninggalkan, menyumbang kepada rakyat dan negeri satu legasi sebelum mereka berundur daripada arena politik.

Perjuangan mereka bukan untuk rakyat masa kini, akan tetapi generasi akan datang.

Adalah menyedihkan, Sabah yang kaya dengan sumber alam semulajadi, akan tetapi rakyatnya tidak menikmati sumber kekayaan tersebut, sebaliknya, orang lain, kerana berdekad-dekad, para pemimpin Sabah lebih suka menyusukan kera di hutan berbanding anak dipangkuan.

Siapa yang tidak sedih, Sabah dirujuk sebagai negeri yang teramai rakyat miskin, teramai pengangguran, akan tetapi, para pemimpin yang diberi amanah, kurang peka terhadap keadaan tersebut, takut bersuara kerana terbuai dengan kedudukan.

Benar, di parlimen, ketika berhujah, ahli parlimen bercakap soal kemajuan dan Pembangunan di kawasan masing-masing, dan memohon peruntukan, tetapi, tiada tindakan susulan tegas yang diambil, atas sebab terikat dengan anutan politik kepartian. At the end of the day back to square one.

Atas pertimbangan tersebut, hanya menerusi perjuangan Rumah Kita, Kita Jaga dengan landasan SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah mengikat seluruh rakyat Sabah, sebagai satu kesatuan.

Para pemimpin yang tidak menerimanya, pencenkan mereka selama-lamanya, dengan menolak pada pilihan raya. Menolak mereka dalam pilihan raya, adalah kunci utama, mencegah para pemimpin yang hanya mementingkan kedudukan dan kuasa.

SANDIWARA UMNO DAN WARISAN

JANGAN terperangkap dengan penafian Parti Warisan dan Umno Sabah bahawa tiada pemuktamadan kerjasama antara dua parti tersebut setakat ini berhadapan PRN-17 Sabah, bukan bermakna tiada perbincangan.

Parti Warisan, penafian menerusi Timbalannya, Umno Sabah pula menerusi Ketua Penerangannya, yang mana, kedua-kedua penafian tersebut, boleh dilampui keputusan Datuk Shafie Apdal dan Datuk Bung Moktar Radin.

Bagi Umno dan Warisan, matlamat utama dua parti itu merealisasikan Langkah Kinabalu yang gagal. Dua parti itu, tidak mahu tercatit dalam sejarah, yang mana para pemimpinnya gagal menjayakan gerakan atau tindakan atau hasrat.

Penafian menerusi hibahan akhbar, untuk menyembunyikan hasrat dua parti tersebut, agar tidak menjadi isu parti lawan.

Modus operandi yang digunakan, masing-masing hanya bertanding sejumlah kerusi dengan memberi alasan memberi tumpuan pada kawasan yang boleh dimenangi.

Oleh kerana majoriti mudah DUN Sabah 37/73, maka masing-masing akan bertanding sejumlah itu atau lebih sedikit.

Berikutan kaedah yang digunakan tersebut, masing-masing parti hanya terlibat bertanding satu sama lain di sebahagian kerusi, tetapi apa yang jelas, kerusi-kerusi yang dimenangi masing-masing pada PRN-16, tidak ada pertembungan.

Pendekatan yang digunakan dua parti tersebut untuk memastikan kerusi-kerusi yang dimenangi pada PRN-16 kekal dimenangi.

Matlamat dua parti tersebut, jika tidak menang 37/73, maka akan bekerjasama membentuk kerajaan negeri.

Dua parti tersebut akan berkempen seolah-olah berlawan satu sama lain, akan tetapi niat tersirat mereka adalah bekerjasama selepas pilihan raya untuk merealisasikan Langkah Kinabalu yang digagalkan.

Hasrat Umno dan Warisan hanya menyingkirkan GRS, khususnya parti yang dipimpin Ketua Menteri, Gagasan Rakyat.

Gagasan Rakyat akan bertanding di kerusi-kerusi yang turut ditandingi Umno atau Warisan. Apabila Umno dan Warisan tidak bertembung, menurut hemat dua parti tersebut akan berlaku pemindahan undi secara total, maka kemenangan berpihak pada calon-calon dua parti tersebut.

Pemimpin dua parti tersebut terlepas pandang kecenderungan pengundi sepertimana berlaku pada PRU-15, yang mana, sokongan terhadap dua parti tersebut cenderung menurun. Selain itu, fakta yang dialami Umno/BN dan PH pada PRN2023 untuk enam negeri di Semenanjung, apabila tidak berlaku pemindahan undi, malah, kedua-dua pihak mengalami kemerosotan undi.

Apapun modus operandi atau strategi Umno dan Warisan, dua parti itu akan mengalami penolakan rakyat pada PRN-17, kerana rakyat secara umumnya telah selesa dengan GRS.

Latar belakang politik Sabah, apabila selesa dengan sesebuah parti, maka akan disokong sekurang-kurangnya dua penggal. Jinx dua penggal dipecahkan Umno/BN apabila menjadi tulang belakang kerajaan Sabah sejak tahun 1994 sehingga tahun 2018, menerusi PRU 1999, 2004, 2008 dan 2013.

Era hari ini, adalah era GRS. Dikatakan era GRS bukan tidak bersebab, jawapannya adalah, pencapaian demi pencapaian kerajaan menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ1.0) diluar perkiraan mana-mana pihak, terutama berkaitan kutipan hasil negeri.

SOKONGAN PADA UMNO TELAH BERAKHIR PADA PRU-14

TIADA sebab rakyat Sabah mengembalikan Umno selepas ditolak pada PRU-14. Pun demikian, kesan kolaborasi dengan beberapa parti melalui persefahaman politik pada PRN-16 Sabah, Umno menjadi sebahagian kerajaan GRS-BN.

Umno masih dihulurkan tangan pada PRU-15, akan tetapi memilih mengikut hawa nafsu, lalu berpakat dengan Parti Warisan, parti yang dibenci dan menjadi musuh parti itu, dan lawan pada PRN-16 dan PRU-15 menerusi Langkah Kinabalu pada 6 Januari 2023.

Puncak penolakan pada parti itu adalah pada PRN2023 di enam negeri di Semenanjung, walaupun berbekalkan sebahagian kerajaan Persekutuan, kerajaan Johor dan Melaka, akan tetapi hanya menang 19/108 kerusi, satu keputusan terburuk parti itu.

Pada PRU-14, berbekalkan sebagai “Fixed Deposit”, politik pembangunan, dipimpin Ketua Menteri terlama Sabah, di Pusat dengan Perdana Menteri, berslogan BossKu, ternyata parti itu ditolak lalu hilang kuasa.

Dengan pemimpin yang berkelibar, berpengalaman, Umno/BN Sabah berdepan dengan PRU-14, tidak terlintas difikiran penulis pada masa itu, akan kehilangan banyak kerusi, termasuk kekalahan Timbalan Ketua Menteri.

Kini, Umno/BN Sabah tiada pemimpin sekelibar Tan Sri Musa Aman (kini Tun), sekelibar Datuk Seri Hajiji, Datuk Seri Masidi, bersama parti itu, tak kan pula rakyat Sabah memberi sokongan?

Latar belakang politik Sabah, apabila sesebuah parti ditolak, maka akan terus ditolak, seperti mana berlaku pada Warisan, walaupun masih menang 3 kerusi pada PRU-15, akan tetapi Timbalan dan Ketua Pemuda parti itu kalah.

Pada hakikatnya Umno tiada lagi tawaran yang boleh dikemuakan kepada rakyat sebagai penarik, kerana peluang berdekad-dekad telah diberikan, malangnya peluang tersebut tidak juga merealisasikan aspirasi dan harapan rakyat.

Kini, rakyat Sabah menikmati perjuangan GRS, walaupun hanya sepenggal menerajui kerajaan, akan tetapi telah melakar pencapaian demi pencapaian.

Kerajaan GRS Sabah yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang memperkenalkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ1.0) berada pada landasan tepat dan betul, apabila kutipan hasil negeri terus meningkat, melepasi angka RM5bilion pada tahun 2021, iaitu RM5.449 bilion, tahun 2022 berjumlah RM6.96 bilion, tahun 2023, RM6.973 bilion, dan tahun lalu, RM7bilion.

Kutipan hasil yang konsisten, jika kerajaan GRS diberi mandat pada PRN-17, kutipan hasil negeri, sebelum PRN-18 akan melepasi angka RM10bilion.

Kutipan hasil yang terus meningkat membolehkan kerajaan memperkenalkan pelbagai insentif kepada rakyat, kearah pengwujudan kemakmuran dan kesejahteraan.

Pada PRN-17, walaupun Umno/BN menyertai pilihan raya tersebut dengan tujuan untuk bangkit semula, akan tetapi, latar belakang politik Sabah, akan membuktikan pada parti tersebut hanya sebahagian peserta dalam pesta demokrasi. Lagi pun, di negeri asal parti tersebut ditolak, tak kan pula yang menjemput terus memberi sokongan!!!.

GRS KEKALKAN KERAJAAN: BUKAN URUSAN PARTI WARISAN

JIKA Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu mengekalkan kerajaan GRS selepas PRN-17 Sabah, bukan urusan Parti Warisan.

Dengan cara apa Ketua Menteri mengekalkan kerajaan, terpulang pada kaedah atau strategi yang digunakan.

GRS berhadapan dengan rakyat sekali lagi pada PRN-17 meminta meneruskan mandat yang diberikan pada PRN-16.

Parti Warisan adalah parti yang menerajui kerajaan ditolak rakyat pada PRN-16. Parti yang ditolak tiada merit bercakap berkaitan parti yang diberi mandat.

Ketua Menteri dalam mempertahankan kerajaan GRS, mempunyai beberapa option dengan mengambilkira senario politik tanah air.

Keutamaan Ketua Menteri, adalah kestabilan politik negeri, kerana menerusi kestabilan momentum kemajuan dan pembangunan dapat diteruskan.

Memang dalam proses mempertahankan kerajaan berbagai halangan, antaranya daripada sesetengah pemimpin Sabah sendiri.

Pun demikian, Ketua Menteri telah mengapungkan konsep parti lokal/parti tempatan atau rumah kita, kita jaga, menerusi pendekatan SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah.

Walaupun secara umum konsep atau perjuangan tersebut diterima secara umum oleh rakyat, akan tetapi masih terdapatnya pemimpin negeri, yang masih menggunakan pendekatan lapok yang terbukti tidak dapat merealisasikan aspirasi dan harapan rakyat.

Yang paling malang, para pemimpin tersebut masih mengekalkan, konsep pecah dan perintah, kerana masih terikat dengan parti yang berdekad-dekad diberi peluang, akan tetapi sehingga hilang kuasa apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Rakyat Sabah pada masa ini, sudah terjumpa kerajaan yang dapat merealisasikan aspirasi dan harapan rakyat, iaitu kerajaan GRS. Sebabnya, dalam tempoh kurang 5 tahun, banyak pencapaian demi pencapaian yang dilakar menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ1.0). Jika kerajaan diberi mandat pada PRN-17, maka akan meneruskan Hala Tuju Sabah Maju Jaya menerusi SMJ2.0, bagi tahun 2026-2030.

Tidak mustahil kerajaan GRS dapat mengikut langkah GPS-Sarawak, jika rakyat Sabah terus memberi mandat.

Tanda-tanda, kerajaan GRS dapat mengikut GPS Sarawak, dilihat pada pencapaian tuntutan-tuntutan dalam MA63, walaupun pendekatan Sarawak agak keras berbanding Sabah, akan tetapi, yang penting adalah merealisasikannya.

Kerajaan GRS tidak dapat sepenuhnya mengikut retak GPS Sarawak yang bertindak agresif, kerana keadaan politik Sabah, yang masih berdepan dengan keadaan seperti ketam dalam bakul.

Blog Archive