Sunday, February 16, 2025

RUMAH KITA, KITA JAGA: MELINDUNGI HAK-HAK SABAH

MEMPERKENALKAN perjuangan Rumah Kita, Kita Jaga, bukan berkepentingan politik, akan tetapi sebagai asas untuk melindungi hak-hak Sabah.

Hak-hak Sabah yang dibutirkan menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berdekad lamanya tidak ditunaikan, walaupun ianya terus diperjuangkan.

Apa yang menjadi penghalang tidak tertunainya hak-hak tersebut kerana terdapat pemimpin negeri yang menjadi talibarut, agar hak-hak tersebut tidak direalisasikan.

Selepas lebih setengah abad, dan kini, Kerajaan negeri menerusi GRS meletakkan tuntutan-tuntutan dalam MA63 ditunaikan, akan tetapi masih mendapat halangan daripada sesetengah pemimpin Sabah yang menjadi pemimpin parti lain. Apa yang menyedihkan, mereka itu bersungguh-sungguh menumpaskan GRS.

Menumpaskan GRS, agar tuntutan-tuntutan dalam MA63 tidak menjadi keutamaan, melainkan kedudukan hak-hak tersebut digantung seperti berdekad lalu.

Sabah pada hakikatnya memerlukan hak-haknya dalam MA63, untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi seperti isu kemiskinan, pengangguran dan kemudahan asas.

Amat mendukacitakan, ada sesetengah pemimpin Sabah tidak merasa terhina, apabila Jabatan Perangkaan saban tahun menyediakan laporan berkaitan kadar kemiskinan, kadar pengangguran yang kekal tinggi di Sabah.

Kadar kemiskinan dan pengangguran yang jauh lebih tinggi berbanding nasional tidak sepatutnya berlaku memandangkan Sabah mempunyai kekayaan alam semulajadi, menjadi sumber kekayaan Syarikat-syarikat besar, akan tetapi, keuntungan tidak dikembalikan kepada rakyat Sabah sebaliknya di bawah keluar untuk memajukan dan membangun negeri-negeri lain.

Sepatutnya keuntungan yang dirai dikembalikan kepada Sabah, dengan membina industri yang dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan, untuk membantu penyelesaian isu-isu kemiskinan dan pengangguran.

Apabila Sabah mendapat hak-hak dalam MA63 sepenuhnya, maka boleh lah Kerajaan merancang yang patut untuk menyelesaikan masalah-masalah yang didepani, agar kemakmuraan dan kesejahteraan dapat direalisasikan.

Atas asas tersebut, maka rakyat Sabah perlu memberi dokongan dan sokongan pada GRS agar apa yang diperjuangkan untuk kepentingan rakyat dan negeri benar-benar dicapai.

No comments:

Blog Archive