Saturday, February 15, 2025

RUMAH KITA, KITA JAGA ADALAH PERJUANGAN MURNI

MEREKA yang tidak menerima atau meragui perjuangan RUMAH KITA, KITA JAGA, adalah mereka yang tidak ingin Sabah maju dan membangun.

Jika mereka itu pemimpin politik, maka hanya mempergunakan rakyat untuk mendapat kedudukan dan kuasa yang akhirnya kedudukan dan kuasa itu untuk kepentingan pribadi, bukan untuk rakyat dan negeri.

Benar, para pemimpin yang memperjuangkan Rumah Kita, Kita Jaga, suatu masa lalu adalah sebahagian pemimpin parti yang disandarkan untuk memajukan dan membangun Sabah bersama rakyatnya, akan tetapi selepas pengalaman berdekad-dekad, aspirasi dan harapan rakyat tidak juga direalisasikan.

Bersandarkan pada pengalaman lalu, maka perjuangan Rumah Kita, Kita Jaga menerusi landasan SabahFirst, SabahForward, SabahProsfer dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah, dijadikan pedoman dan landasan agar rakyat sedar misi dan matlamat yang ingin dicapai.

Perjuangan, landasan dan matlamat sudah dimuktamadkan, maka rakyat yang dahagakan kemajuan dan Pembangunan perlu menggenggamnya erat-erat, dan memastikan apa yang dicita menjadi dan tercapai.

Rakyat Sabah yang tidak sedih selepas setengah abad, seperti pungguk merindukan bulan, adalah mereka yang tidak menerima hakikat sebenar, malah masih lagi kekal mempertahankan pendekatan yang ternyata tidak dapat menunaikan aspirasi dan harapan.

Kepimpinan GRS hari ini yang menerajui Kerajaan negeri, adalah para pemimpin yang sedang menanggis dalam senyuman, kerana telah mengharungi liku-liku yang sangat panjang di masa lalu berjuang terus berjuang dengan berbagai kapasiti, akan tetapi aspirasi dan harapan rakyat secara keseluruhan tidak tercapai.

Penulis melihat, menerusi GRS dengan perjuangan dan landasan serta matlamat yang jelas, para pemimpin yang menerajui parti tersebut ingin meninggalkan, menyumbang kepada rakyat dan negeri satu legasi sebelum mereka berundur daripada arena politik.

Perjuangan mereka bukan untuk rakyat masa kini, akan tetapi generasi akan datang.

Adalah menyedihkan, Sabah yang kaya dengan sumber alam semulajadi, akan tetapi rakyatnya tidak menikmati sumber kekayaan tersebut, sebaliknya, orang lain, kerana berdekad-dekad, para pemimpin Sabah lebih suka menyusukan kera di hutan berbanding anak dipangkuan.

Siapa yang tidak sedih, Sabah dirujuk sebagai negeri yang teramai rakyat miskin, teramai pengangguran, akan tetapi, para pemimpin yang diberi amanah, kurang peka terhadap keadaan tersebut, takut bersuara kerana terbuai dengan kedudukan.

Benar, di parlimen, ketika berhujah, ahli parlimen bercakap soal kemajuan dan Pembangunan di kawasan masing-masing, dan memohon peruntukan, tetapi, tiada tindakan susulan tegas yang diambil, atas sebab terikat dengan anutan politik kepartian. At the end of the day back to square one.

Atas pertimbangan tersebut, hanya menerusi perjuangan Rumah Kita, Kita Jaga dengan landasan SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah mengikat seluruh rakyat Sabah, sebagai satu kesatuan.

Para pemimpin yang tidak menerimanya, pencenkan mereka selama-lamanya, dengan menolak pada pilihan raya. Menolak mereka dalam pilihan raya, adalah kunci utama, mencegah para pemimpin yang hanya mementingkan kedudukan dan kuasa.

No comments:

Blog Archive