JIKA Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu mengekalkan kerajaan GRS selepas PRN-17 Sabah, bukan urusan Parti Warisan.
Dengan cara apa Ketua Menteri mengekalkan kerajaan, terpulang pada kaedah atau strategi yang digunakan.
GRS berhadapan dengan rakyat sekali lagi pada PRN-17 meminta meneruskan mandat yang diberikan pada PRN-16.
Parti Warisan adalah parti yang menerajui kerajaan ditolak rakyat pada PRN-16. Parti yang ditolak tiada merit bercakap berkaitan parti yang diberi mandat.
Ketua Menteri dalam mempertahankan kerajaan GRS, mempunyai beberapa option dengan mengambilkira senario politik tanah air.
Keutamaan Ketua Menteri, adalah kestabilan politik negeri, kerana menerusi kestabilan momentum kemajuan dan pembangunan dapat diteruskan.
Memang dalam proses mempertahankan kerajaan berbagai halangan, antaranya daripada sesetengah pemimpin Sabah sendiri.
Pun demikian, Ketua Menteri telah mengapungkan konsep parti lokal/parti tempatan atau rumah kita, kita jaga, menerusi pendekatan SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah.
Walaupun secara umum konsep atau perjuangan tersebut diterima secara umum oleh rakyat, akan tetapi masih terdapatnya pemimpin negeri, yang masih menggunakan pendekatan lapok yang terbukti tidak dapat merealisasikan aspirasi dan harapan rakyat.
Yang paling malang, para pemimpin tersebut masih mengekalkan, konsep pecah dan perintah, kerana masih terikat dengan parti yang berdekad-dekad diberi peluang, akan tetapi sehingga hilang kuasa apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.
Rakyat Sabah pada masa ini, sudah terjumpa kerajaan yang dapat merealisasikan aspirasi dan harapan rakyat, iaitu kerajaan GRS. Sebabnya, dalam tempoh kurang 5 tahun, banyak pencapaian demi pencapaian yang dilakar menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ1.0). Jika kerajaan diberi mandat pada PRN-17, maka akan meneruskan Hala Tuju Sabah Maju Jaya menerusi SMJ2.0, bagi tahun 2026-2030.
Tidak mustahil kerajaan GRS dapat mengikut langkah GPS-Sarawak, jika rakyat Sabah terus memberi mandat.
Tanda-tanda, kerajaan GRS dapat mengikut GPS Sarawak, dilihat pada pencapaian tuntutan-tuntutan dalam MA63, walaupun pendekatan Sarawak agak keras berbanding Sabah, akan tetapi, yang penting adalah merealisasikannya.
Kerajaan GRS tidak dapat sepenuhnya mengikut retak GPS Sarawak yang bertindak agresif, kerana keadaan politik Sabah, yang masih berdepan dengan keadaan seperti ketam dalam bakul.
No comments:
Post a Comment