Monday, February 19, 2018

PRU-14: PELUANG BN

JIKA dilihat daripada propaganda parti yang melawan Bn, daripada pilihan raya umum pertama di Negara ini, sebelum PRU diadakan, mereka yakin boleh menang.

Parti yang membangkang Bn, dalam usaha mereka menewaskan gabungan 13 parti itu, mereka meniru perjalanan parti Barisan Nasional, menerusi Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA), Gagasan Rakyat, Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan (PH). Di Sabah pula ada Gabungan Sabah (GS).

Kita ketahui semua pakatan/gabungan yang meniru cara Bn bekerja terkubur, kecuali yang terkini PH dan GS

PH sudah dibuktikan kemampuannya menerusi PRN Sarawak tahun 2016, PKR Sungai Besar, Selangor dan PRK Kuala Kangsar, Perak dan PRK Tanjong Datu, Sarawak. Terbukti menerusi pilihan raya-pilihan raya itu, tidak menunjukkan tanda-tanda, bahawa pakatan 4 parti itu boleh menguggat Bn. Melihat kepada pencapaian parti-parti itu, maka ianya hanya sebagai pesaing dalam pesta demokrasi.

Hakikat yang perlu diterima, semasa PRN Sarawak dan PRK yang menyusul, isu seperti dana RM2.6bilion, 1MDB, telahpun wujud, malah GST juga telah dilaksanakan.

Adalah mustahil, di Sarawak, atau dua PRK berkembar (Sungai Besar & Kuala Kangsar), tiada bijak pandai dan spin doctor daripada pembangkang belum sampai ke kawasan-kawasan demikian? sedangkan pencapaian internet, kunjungan secara fizikal ke kawasan-kawasan tersebut tiada halangan, dan semua pihak bebas bergerak.

Mengulas sesuatu perlu lah berasaskan fakta, bukannya berdasarkan kepada ilusi dan persepsi atau analisa di hujung jari, dengan bantuan program computer. Kalau lah parti yang melawan Bn, melihat kepada fakta lapangan dan fakta-fakta yang disebutkan, mereka perlu berpijak pada bumi nyata.

Pembangkang, hanya bersandar pada persepsi dan ilusi. Untuk memperkuat ilusi dan persepsi mereka, mereka memilih Tun Dr Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri. Pemilihan mantan Perdana Menteri itu, membuktikan, begitu rapuhnya perjuangan parti-parti pembangkang, kerana dengan hujah yang berdegar-degar, mereka rupanya, hanya dalam khayalan, kerana dibuktikan apabila mereka gagal memilih pemimpin utama.

Di Sabah juga demikian, parti pembangkang Sabah hanya belegar-legar pada pemimpin yang mempunyai tag tiada tanggungjawab terhadap rakyat dan negeri, malah ada diantara mereka itu, tidak amanah dalam memikul tanggungjawab yang pernah diberikan.

5 comments:

Anonymous said...

Masih ramai yang tak faham kedudukan JLow ni. Hakikatnya mamat ni sebelum isu 1MDB dikecohkan adalah seorang yang kaya raya dan asyik bertukar teman wanita dari kalangan artis popular barat. Samada ianya usaha sendiri atau pun dari perniagaan bapanya yang juga antara kroni TDM dan juga LGE yang pasti semua ini berlaku sebelum dari isu 1MDB dikecohkan oleh pembangkang.

Anonymous said...

Mamak Matdey MAHATAIK!!!!

Airinaa said...

Memang getir #PRU14 kali ini. Harapan #Rakyat Malaysia supaya membuat pilihan yang tepat.

Anonymous said...

Tahniah BN, menang majoriti simple untuk membentuk kerajaan. Percayalah, kesumat rakyat melebihi auta kamu BN. Dah sekarang apa dah jadi, adakah BN menang?

شركة ركن الأمانة للخدمات المنزلية said...

افضل شركة تنظيف كنب بابها
افضل شركة تنظيف منازل بنجران
شركة تنظيف موكيت بخميس مشيط
شركة تنظيف بصبيا
شركة تنظيف بصامطة
شركة تنظيف مكيفات بجازان
شركة تنظيف فلل بابها

Blog Archive