Showing posts with label PRU-14. Show all posts
Showing posts with label PRU-14. Show all posts

Monday, February 19, 2018

PRU-14: PELUANG BN

JIKA dilihat daripada propaganda parti yang melawan Bn, daripada pilihan raya umum pertama di Negara ini, sebelum PRU diadakan, mereka yakin boleh menang.

Parti yang membangkang Bn, dalam usaha mereka menewaskan gabungan 13 parti itu, mereka meniru perjalanan parti Barisan Nasional, menerusi Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA), Gagasan Rakyat, Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan (PH). Di Sabah pula ada Gabungan Sabah (GS).

Kita ketahui semua pakatan/gabungan yang meniru cara Bn bekerja terkubur, kecuali yang terkini PH dan GS

PH sudah dibuktikan kemampuannya menerusi PRN Sarawak tahun 2016, PKR Sungai Besar, Selangor dan PRK Kuala Kangsar, Perak dan PRK Tanjong Datu, Sarawak. Terbukti menerusi pilihan raya-pilihan raya itu, tidak menunjukkan tanda-tanda, bahawa pakatan 4 parti itu boleh menguggat Bn. Melihat kepada pencapaian parti-parti itu, maka ianya hanya sebagai pesaing dalam pesta demokrasi.

Hakikat yang perlu diterima, semasa PRN Sarawak dan PRK yang menyusul, isu seperti dana RM2.6bilion, 1MDB, telahpun wujud, malah GST juga telah dilaksanakan.

Adalah mustahil, di Sarawak, atau dua PRK berkembar (Sungai Besar & Kuala Kangsar), tiada bijak pandai dan spin doctor daripada pembangkang belum sampai ke kawasan-kawasan demikian? sedangkan pencapaian internet, kunjungan secara fizikal ke kawasan-kawasan tersebut tiada halangan, dan semua pihak bebas bergerak.

Mengulas sesuatu perlu lah berasaskan fakta, bukannya berdasarkan kepada ilusi dan persepsi atau analisa di hujung jari, dengan bantuan program computer. Kalau lah parti yang melawan Bn, melihat kepada fakta lapangan dan fakta-fakta yang disebutkan, mereka perlu berpijak pada bumi nyata.

Pembangkang, hanya bersandar pada persepsi dan ilusi. Untuk memperkuat ilusi dan persepsi mereka, mereka memilih Tun Dr Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri. Pemilihan mantan Perdana Menteri itu, membuktikan, begitu rapuhnya perjuangan parti-parti pembangkang, kerana dengan hujah yang berdegar-degar, mereka rupanya, hanya dalam khayalan, kerana dibuktikan apabila mereka gagal memilih pemimpin utama.

Di Sabah juga demikian, parti pembangkang Sabah hanya belegar-legar pada pemimpin yang mempunyai tag tiada tanggungjawab terhadap rakyat dan negeri, malah ada diantara mereka itu, tidak amanah dalam memikul tanggungjawab yang pernah diberikan.

Sunday, February 18, 2018

Permuafakatan Politik Menjamin Kemenangan- Salleh

Permuafakatan politik bukan sahaja menjamin kemenangan akan tetapi juga kerharmonian dalam Negara.

Dalam berdepan dengan PRU-14, permuafakatan politik dalam Bn yang diamalkan sejak sekian lama perlu diteruskan, kerana menerusinya, para pengundi tidak lagi melihat kepada sosok tubuh seseorang calon, melainkan memastikan kemenangan parti.

Permuafakatan politik dalam Bn, menjadikan gabungan 13 parti itu sebagai sebuah pasukan kuat. Permuafakatan politik juga menjadikan setiap pemimpin, ahli dan penyokong mementingkan perjuangan parti.

Salleh dalam ucapan perasmian Pelancaran Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Kota Belud di Dewan Musbah ,Kg Taun Gusi Kota Belud pada Jumaat antara lain memberikan scenario politik dunia, yang menurut beliau terdapat beberapa negara yang mengamalkan politik permuafakatan. Antaranya ialah Belanda (antara Protestan dan Katolik), Belgium (antara orang Walloon yang berbahasa Perancis dengan Flemish yang berbahasa Belanda), Lubnan (antara puak Syiah, Sunni dan Kristian Maronit), Ireland Utara (antara Katolik dan Protestan), Bosnia Herzegovina (antara orang Islam, Croat dan Serb), dan Macedonia (antara keturunan Slav dan Albania).

Namun, tiada satu pun negara di atas yang dapat menandingi rekod kejayaan politik permuafakatan BN, sedangkan struktur sosial masyarakat Malaysia jauh lebih rencam berbanding negara-negara di atas. Apakah formula kejayaan Malaysia? Pertama, BN bukanlah hanya sekadar gabungan parti politik yang mewakili pelbagai etnik, tetapi juga sebuah muafakat politik yang bersifat holistik dan integratif, yakni merentas ras dan tidak terbatas di Semenanjung sahaja, tetapi juga di seluruh wilayah Malaysia. Kedua, permuafakatan politik BN menggalakkan partisipasi aktif akar umbi, tidak hanya terbatas kepada kerjasama elit sahaja. Ketiga, kukuhnya permuafakatan BN adalah terletak pada parti terajunya, iaitu Umno yang telah berjaya membina kerjasama kukuh dengan semua parti komponennya.
Kejayaan BN yang diterajui oleh Umno ini menyebabkan parti pembangkang cuba memplagiat formula ini, namun ternyata kesemuanya tidak mampu bertahan seperti mana berkuburnya APU, Gagasan Rakyat, dan PR. Mengapa? Pertama, pakatan pembangkang hanya tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain kerana mereka mempunyai ideologi politik yang terlalu berbeza. Kedua, pakatan pembangkang bergantung kepada personaliti seorang pemimpin sahaja. Misalnya, APU bergantung kepada Tengku Razaleigh Hamzah, PR kepada DS Anwar Ibrahim, dan kini PH bergantung pula kepada Tun Mahathir. Ketiga, pakatan pembangkang tidak mempunyai sebuah parti dominan yang memimpinnya seperti mana Umno memimpin BN.

Kesimpulannya, hanya BN satu-satunya pakatan politik yang jitu permuafakatannya. Permuafakatan BN di era Najib adalah yang paling baik ekoran kehebatan beliau sebagai seorang pemimpin transformatif multikulturalis. Ini membolehkan UMNO dan BN mendapat sokongan setiap lapisan rakyat Malaysia yang berbilang kaum—pengundi tua dan muda, pengundi bandar dan luar bandar, penjawat awam dan pekerja swasta, rakyat Sabah dan Sarawak. Permuafakatan holistik dan integratif, serta permuafakatan terpimpin bakal membawa BN menang selesa dalam PRU-14.

Sunday, February 11, 2018

HAK SABAH & SARAWAK DALAM MA63 AKAN DIKEMBALIKAN- DS NAJIB


Dato Seri Najib Razak telah berulang kali memberi pengakuan bahawa mana-mana hak Sabah dan Sarawak yang terambil, sama ada sengaja atau tidak sengajakan sebelum ini, sudah pasti dikembalikan untuk masa depan dua negeri itu dan rakyatnya.

Menurut Perdana Menteri, beliau sebagai Perdana Menteri untuk semua, sanggup mengembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak, kerana menurut beliau, sebagai satu keluarga besar, maka setiap hak masing-masing perlu dikembalikan, kerana kaedah itu akan menjamin keuntuhan keluarga besar, keuntuhan negara, iaitu negara Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, rakyat Sabah dan Sarawak telah bebas berdebat, mengulas, membuat kenyataan, menganalisa dan sebagainya berkaitan MA63, sejak beliau menjadi Perdana Menteri, berbeza ketika zaman Tun Dr Mahathir selama 22 tahun, sesiapa yang bercakap berkaitan perjanjian itu, akan dituduh sebagai anti Malaysia dan seterusnya ditangkap diletakkan dalam ISA.

Dato Seri Najib Razak, adalah Perdana Menteri Malayisa pertama daripada 6 Perdana Menteri mengiktiraf 16 September dan diseterusnya disambut diseluruh negara. Di era Tun Dr Mahathir, 16 September hanya diiktiraf di Sabah dan Sarawak.

Terlihat sungguh bagai mana komitednya Perdana Menteri ke-6 terhadap Sabah dan Sarawak, apabila Lebuh Raya Pan Borneo direalisasikan.

Memajukan Sabah dan Sarawak seiring dengan kemajuan Semenanjung, bukan kenyataan politik, akan tetapi, Perdana Menteri ke-6 itu melihat, hanya menerusi kemajuan menyeluruh daripada Perlis ke Sabah, Malaysia boleh dianggap sebagai negara maju.

Bagi DS Najib, tiada kompromi berkaitan kemajuan, kerana kemajuan perlu dirasai oleh segenap rakyat negara ini.

Ada lah sungguh merugikan bagi Sabah dan Sarawak, jika seorang Perdana Menteri seperti Dato Seri Najib Razak tidak dapat meneruskan komitmen beliau memajukan negara, kerana bakal digantikan oleh mantan Perdana Menteri yang telah menyebabkan Sabah dan Sarawak mundur. Fikir-fikirkan lah.

Friday, February 09, 2018

PRU-14: PILIH BN ADA REKOD, PILIH PARTI LAIN HANYA RETORIK


MANA pilihan ada? Parti yang ada rekod dan teruji atau parti yang bersandarkan pada retorik dan tiada rekod.

Bagi Sabah, sejak tahun 1994, apabila Bn mengambil alih tampuk kerajaan negeri, rekod dan fakta dapat dirasai oleh semua rakyat. Kalau lah rakyat memilih berasaskan kepada rekod dan bukti, maka rakyat tidak akan sangsi untuk terus memberi kepercayaan kepada Bn memerintah negeri.

Rakyat Sabah, perlu ingat, parti yang mahu merampas kerajaan daripada BN, sebenarnya mantan-mantan pemimpin BN, yang pernah diberikan kuasa dan kedudukan. Namun, kerana sifat amanah dan tanggungjawab mereka bukan kepada rakyat dan negeri, akan tetapi demi kepentingan peribadi, maka mereka menjadi lawan kepada BN.

Dalam BN, tiada tempat bagi mereka yang memperjuangkan kepentingan peribadi. Jika terdapatnya pemimpin seumpama itu, maka tidak akan dapat bertahan dalam gabungan berbagai parti itu. Punca itulah pemimpin yang kemudian menjadi pembangkang Sabah terkeluar daripada system parti BN, dan apabila ianya berlaku, maka tiada pilihan pada mereka samada besara daripada politik duduk diam-diam atau keluar dan seterusnya menubuhkan parti.

Situasi ini lah yang berlaku terhadap mantan-mantan pemimpin Bn, baik di Sabah mahupun di Semenanjung. Di Sabah, Datuk Lajim Ukin, Datuk Wilfred Bumburing, Datuk Yong Teck Lee, Datuk Shafie Apdal, apa tah Datuk Dr Jeffery Kitingan, semuanya berkiblatkan kepada perjuangan peribadi, bukan untuk rakyat dan negeri.

Mereka ini, hanya mempergunakan rakyat dan parti untuk kepentingan peribadi, saudara mara dan para kroni. Apabila tindakan mereka itu terdedah, maka mereka menjadi kera sumbang dalam parti. Situasi demikianlah menyebabkan mereka tiada pilihan, dan terpaksa keluar daripada parti.

Wednesday, February 07, 2018

PRU-14: TUN DR MAHATHIR MAHU SELESAI MASALAH NEGARA DALAM 2 TAHUN?

Tergambar sangat bahawa Tun Dr Mahathir tidak bercakap benar, apabila secara konsisten bercakap bahawa negara bermasalah.

Setakat ini, daripada semua kenyataan beliau yang dikatakan masalah yang sedang berlaku dalam negara, sebenarnya tiada asas dan tanpa bukti, kerana tidak disokong sebarang data dan fakta.

Mantan Perdana Menteri itu seolah-olah dalam dunia fantasi. Kerana beliau dalam dunia fantasi, maka mahu membawa rakyat bersamanya.

Sejak beliau memilih Dato Seri Najib Razak sebagai sasaran, semua kenyataan beliau berkaitan Perdana Menteri hanya merupakan persepi dan rekaan, malah terkategorikan sebagai berita palsu (fake news).

Sebenarnya, tiada masalah yang melanda dalam negara. Masalah yang ada hanya terletak pada mantan Perdana Menteri itu, tidak mampu mendesak DS Najib meletakkan jawatan.

Masalah yang ada hanya pada Tun Dr Mahathir bersama-sama dengan para pemimpin dalam Pakatan Harapan, yang saban hari membuat fitnah dan cerita bohong. Akibat cerita bohong dan fitnah, serta tindakan melanggar undang-undang, sehinggakan pihak mahkamah kehabisan masa membicarakan salah laku mereka.

Mahkamah ditimbuni kes-kes yang berkaitan fitnah, dan melanggar undang-undang yang berkaitan pemimpin PH. Sebagai contoh kes Rafizi Ramli, dari satu kes ke satu kes.

Jika ditilik betul, tiada masalah besar yang berlaku dalam negara, jika semua pihak mematuhi permainan yang berasaskan fakta, serta keritikan yang membina.

Masalah yang melanda negara adalah, ramai pihak menyalahkan gunakan kebebasan bersuara, dengan menabur berbagai fitnah, pembohongan, dan mencipta berita-berita palsu.

Di negara ini, masalah yang dirasakan rakyat, adalah berkaitan kenaikan harga barang, sehinggakan meningkatkan kos sara hidup. Namun, kerajaan mengambil langkah-langkah tepat, apabila memberikan BR1M, elaun musim tengkujuh, selain bayaran-bayaran lain kepada kelompok sasar.

Kalau dilihat secara keseluruhan, masalah yang didepani negara adalah berdepan dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia. Akibat penurunan itu, maka negara kehilangan pendapatan sehingga RM30bilion setahun.

Tiada pemimpin yang boleh menyelesaikan masalah penurun harga minyak di pasaran dunia, kecuali, semua pengular minyak mengurangkan pengeluaran minyak, sehingga harga meningkat semula ke paras AS100 setong. Boleh kah Tun Dr Mahathir memaksa negara pengeluar minyak mengurangkan keluaran minyak?

Berkaitan perkembangan ekonomi Malaysia, apa masalahnya? Pertumbuhan ekonomi negara berada pada keadaan positif, malah pada tahun 2017 jumlah perdagangan negara mencapai RM1.774 trilion meningkat 19.4% berbanding tahun 2016, malah eksport negara pada tahun 2017 berjumlah RM935.39bilion merupakan yang tertinggi sejak tahun 2005.

Rejab Bank Negara pun berjumlah AS103.7 bilion pada 30 Januari 2017, meningkat AS700juta daripada 15 Jan.

Melihat kepada pekembangan ekonomi negara yang berada pada landasan betul, apa masalah yang mahu diselesaikan oleh mantan PM dalam tempoh 2 tahun?

Sunday, February 04, 2018

PRU-14 SABAH: PERTEMBUNGAN PERSONALITI


KALAU lah rakyat Sabah mengadili para pemimpin berasaskan personality pada PRU-14, sudah tentunya parti-parti pembangkang tiada peluang untuk menewaskan parti Barisan Nasional.

Daripada sekian ramai pemimpin parti pembangkang, hanya seorang pemimpin belum teruji bertanding dalam pilihan raya sebagai calon parti pembangkang. Pemimpin itu adalah Datuk Shafie Apdal.

Datuk Yong Teck Lee, Datuk Lajim Ukin, Datuk Wilfred Bumburing, Datuk Jeffery Kitingan sudah teruji sebagai calon pembangkang. Di antara mereka itu, Yong tidak lagi pernah menang.

Datuk Lajim dan Bumburing merupakan pemimpin Bn yang keluar daripada Bn menjelang PRU-13, manakala Yong keluar daripada Bn sebaik sahaja Gerakan September tahun 2008 Dato Seri Anwar Ibrahim gagal.

Pada PRU-13, terbukti personality mantan pemimpin BN yang menjadi pembangkang, hanya menyelematkan diri masing-masing, dan tidak membawa impak di kawasan lain, meskipun salah seorang mantan pemimpin UPKO, Maijol Mahap hampir melakukan “upset” di Parlimen Kota Marudu, beliau tewas 842 undi kepada Datuk Maximus Ongkili.

Apa yang perlu dilihat para mantan pemimpin Bn yang menang pada PRU-13 tidak membawa bersama mereka tag yang berupa skandal, berbeza dengan Datuk Shafie Apdal yang membawa tag skandal dana KKLW, tag bersengkokol dengan Tun Dr Mahathir menjatuhkan Dato Seri Najib Razak dengan cara yang tidak demokratik.

Pada PRU-13, Lajim dan Bumburing menang kerana menggunakan parti PKR, manakala Jeffery menang, kerana pertembungan banyak penjuru.

Pada PRU-14, Lajim dan Bumburing mengwakili  parti masing-masing, dan sudah tentunya akan bertembung sesama sendiri dengan parti-parti pembangkang lain. Gabungan personality dan parti tidak lagi menjadi kekuatan kepada mereka, atas sebab itu, peluang untuk mereka menang cukup tipis.

Bagi calon-calon yang dinaungi parti Warisan Sabah, di mana para pemimpin parti itu terkait dengan isu itegriti dan moral, tiada indikasi mereka itu mendapat sokongan rakyat. Darell dan Junz tidak akan mendapat sokongan lagi di kawasan yang mereka menang pada PRU-13, jika masih bertanding di kawasan itu. Dua wakil rakyat ini, sudah dicap sebagai katak oleh para pengundi di kawasan Penampang dan Likas.

Manakala Shafie pula, akan berhadapan dengan para ahli dan penyokong Umno selain para pemimpin parti di kawasan yang pernah beliau wakili selama 22 tahun. Shafie hanya akan menang, jika ahli, penyokong dan pemimpin parti Umno di kawasan itu berpaling tadah. Melihat kepada majoriti yang diperolehi Sahfie pada PRU-13 lalu sebagai calon Umno, maka di atas kertas, tiada tanda-tanda beliau boleh menang di Semporna.

Kalau ada yang mengandaikan bahawa kemenangan Shafie di Semporna sejak tahun 1995 merupakan penyokong peribadi, bermakna, ahli dan penyokong serta pemimpin parti Umno di kawasan itu hanya merupakan rekod di atas kertas. Namun, melihat, kepada fakta lapangan, sejak Shafie keluar daripada parti, tiada pemimpin utama parti ikut sama dengan beliau, kecuali Datuk Jaujan Sambokong, Aziz Jamman, Datu Eranza Saharibu, Puan Manis Muka, manakala para pemimpin lain masih bersama dengan Umno. Demikian juga di kawasan-kawasan lain, tiada pemimpin yang ikut jejak mantan Menteri KKLW itu, termasuk adik beliau sendiri- Datuk Yusof Apdal-ADUN Lahad Datu dan Ketua Umno Silam.

Kalau lah personality Shafie itu hebat, sudah tentu ramai para pemimpin parti akan ikut jejak beliau.

Rakyat Sabah khususnya para pengundi perlu melihat dan mencerna dengan betul, mengapa tiada pemimpin utama Umno menyertai Shafie, melainkan pemimpin yang memang asalnya pembangkang.

Rakyat Sabah jangan terperdaya dengan anggapan, bahawa ramai pemimpin atau ahli Umno mengamalkan seperti api dalam sekam, kononnya, ramai ahli dan penyokong Umno hanya bersama parti Umno di luaran, akan tetapi undi mereka akan diberikan kepada calon-calon parti Warisan Sabah. Persepsi itu, hanya muslihat, dan tidak berpijak di bumi nyata.

Hakikat yang perlu dipertimbangkan, bahawa ahli dan penyokong Umno akan tetapi sebagai pengundi Umno, kini dan selamanya, bukan seperti ahli dan penyokong parti lain yang bertindak seperti Lalang, ikut arah angin bertiup. Ahli dan penyokong Umno adalah mantan-mantan ahli dan penyokong Usno, dan telah terbukti bahawa dalam keadaan parti pembangkangpun suatu masa lalu, ahli dan penyokong Usno tetap mengundi calon-calon Usno, demikian juga apabila mereka berpindah ke dalam parti Umno, undi dan sokongan mereka akan tetap dengan parti itu.

Bagi ahli dan penyokong Umno tiada istilah tikam belakang, kerana perjuangan ahli dan penyokong parti hanya satu, iaitu agama, bangsa dan tanah air (ABATA). Bagi ahli dan penyokong Umno, pemimpin hilang berganti. Berasaskan kepada semangat itu, jika ada yang beranggapan bahawa ahli dan penyokong parti akan ikut jejak pemimpin yang menjadi lawan parti, anggapan itu hanya syiok sendiri.

Ahli dan penyokong Umno, bukan bergantung kepada personality seseorang pemimpin, akan tetapi bersandarkan kepada pemimpin yang setia kepada perjuangan parti. Pemimpin yang setia kepada perjuangan parti, adalah pemimpin yang diberi kretiria berpesonaliti, beritegriti tinggi. Bagi ahli dan penyokong parti, parti adalah segala-galanya.

Berasaskan kepada keadaan itu, jika ada yang beranggapan bahawa Shafie boleh menguggat parti Umno pada PRU-14, ianya hanya persepsi, kerana apa yang pasti berasaskan maklum balas di lapangan, parti Shafie hanya merupakan pesaing dalam pesta demokrasi, bukannya penggugat.

Saturday, February 03, 2018

PRU-14: KEMPEN PENYOKONG TUN DR MAHATHIR DAN KAWAN-KAWAN


MEREKA berkempen agar rakyat jangan menonton TV3 atau RTM dan jangan membaca surat khabar arus Perdana, kerana menurut mereka, media-media itu membawa mesej atau propaganda kerajaan Bn mempengaruhi minda rakyat, sebaliknya mereka menggalakkan rakyat mendapat berita atau maklumat daripada portal-portal on line atau real time, kerana menurut mereka portal-portal sedemikian menyiarkan atau melaporkan berita-berita atau maklumat seimbang.

Selain itu, mereka meminta rakyat jangan hadir pada ceramah-ceramah Bn, kerana ceramah-ceramah itu tiada sesuatu yang baharu, kecuali membidas pembangkang.

Mengundi Bn bermakna mengundi harga barang naik, mengekalkan GST, mengekalkan perompak dan penyanggak.

Mengundi Bn, maka membolehkan kerajaan itu melaksanakan polisi-polisi tidak populis, seperti pelaksanaan GST selepas PRU-13.

Apabila kerajaan baru mengambil alih, maka tindakan populis akan diambil oleh kerajaan baharu seperti pemansuhan GST, menyediakan air percuma.

Mengundi Pakatan Harapan, maka berakhirlah tempoh masa jawatan Perdana Menteri yang tiada had, kepada dua penggal.

Sejauh mana kempen mereka itu dapat mempengaruhi rakyat? Sejauh mana portal berita on line www.sebenarnya.my melawan kempen seumpama itu. Memang diakui, sejak dilancarkan portal yang disediakan agensi kerajaan itu telah mendapat hits 15juta. Apa kah hits itu memggambarkan jumlah sebenar pengundi yang juga berjumlah 15juta, atau jumlah hits itu daripada pelayar yang berulang?

Melihat cara penyokong Tun Dr Mahathir dan kawan-kawan berkempen, maka pihak kerajaan perlu menyedia cara, agar kempen itu tidak berjaya.

Friday, February 02, 2018

PRU-14: FAKTOR BENCI PENENTU KEPUTUSAN PILIHAN RAYA


SEDAR kah anda, factor apa yang menyebabkan Kelantan terlepas daripada parti Bn pada tahun 1990? Penyebabnya adalah kebencian. Kemudiannya, factor kebencian itu membesar sehinggakan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak terlepas daripada kerajaan Bn pada tahun 2008.

Parti yang memerintah Selangor, Pulau Pinang Berjaya mempertahankan factor kebencian, sebab itu pada PRU-13, Bn kalah teruk di dua buah negeri itu.

Manakala di Kedah, kerana pemimpin kerajaan masa itu, tidak menanam kebencian sebagai asas mempertahankan kerajaan, maka factor itu tidak melekat pada hati rakyat, kerana itu lah pada PRU-13, Kedah kembali ke pangkuan Bn.

Di Kelantan pula, meskipun kebencian bukan lagi asas pemerintahan negeri itu, akan tetapi rakyat pula sudah sebati dengan kerajaan negeri, kerana rakyat merasa, samada di perintah Bn atau Pas, tindakan kerajaan tetap akan sama. Bagi rakyat Kelantan, menggantikan kerajaan, tidak menukar hala tuju pemerintahan, melainkan hanya menggantikan para pemimpin.

Kalau dilihat secara keseluruhan, kehilangan kuasa 2/3 Bn pada PRU 2008, dan seterusnya kehilangan undi popular pada PRU 2013, kerana factor kebencian berjaya ditanam oleh parti-parti seperti DAP, PKR, kemudian dibantu oleh NGO seperti BERSIH, Hindraf menerusi berita palsu, fitnah dan cerita-cerita bohong.

Melihat kepada kuatnya factor kebencian mempengaruhi rakyat, maka factor itu diteruskan, dan mengarahkan factor kebencian kepada Perdana Menteri. Isu 1MDB, isu Felda, isu GST, isu harga barang meningkat digunakan bagi memupuk kebencian.

Tun Dr Mahathir, Datuk Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan para pemimpin parti-parti mereka di semua peringkat, mempergunakan istilah PEROMPAK, PENYANGGAK, terhadap Dato Seri Najib Razak, sebagai wadah untuk meningkatkan kebencian kepada Perdana Menteri dan parti yang beliau pimpin.

Kempen parti-parti yang melawan Bn kini, terfokus kepada factor kebencian, kerana hanya factor itu yang boleh menarik sokongan rakyat. Mereka tidak berbicara berkaitan politik pembanguan dan kemajuan, kerana mereka tahu, meraka tiada rekod mengenainya.

Cara pemimpin parti lawan melawan Bn, cukup mudah, iaitu menjadikan tindakan-tindakan atau polisi kerajaan sebagai factor kekuatan, menerusi memutar belit factor-faktor itu.

Kewujudan 1MDB, GST dijadikan factor kekuatan bagi parti-parti yang melawan Bn. Mereka mengunapakai istilah SENJATA MAKAN TUAN.

Jika dahulu, mereka ini, suka sangat memergunakan factor rasuah, kini, isu rasuah mereka sudah ketepikan, kerana ramai sungguh pemimpin mereka terlibat rasuah, malah kerajaan Selangor pimpinan Dato Azmin Ali, alergi terhadap Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan SPRM.

PRU-14, akan terlihat sejauh mana factor kebencian mepengaruhi pengundi? Kerana hanya itulah sandaran para pemimpin seperti Tun Dr Mahathir.

Wednesday, January 31, 2018

PRU-14: PH SUDAH YAKIN BAKAL TEWAS


ADALAH kelaziman, jika seseorang meminta bantuan dalam suatu pertarungan atau peperangan, kerana yakin tiada kekuatan. Atas dasar itu, maka PH yang diketuai Tun Dr Mahathir meminta pihak luar ‘campur” tangan dalam PRU-14.

Campur tangan itu berupa, jika PH tewas, maka mengharapkan pihak luar akan campur tangan mempersoalkan keputusan itu dengan berbagai dakwaan, seterusnya tidak mengiktiraf keputusan itu.

Adalah sungguh pelik, sebab yang mengetuai permintaan campur tangan itu adalah Tun Dr Mahathir. Pemimpin yang sama selama 22 tahun sangat menentang campur tangan pihak luar dalam urusan pemerintahan atau urusan politik dalam negara.

Jika mantan Perdana Menteri itu mempersoalkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negara ini, sedangkan badan itu lah yang diguna pakai selama 22 tahun beliau memerintah. Sistem yang digunakan adalah system yang sama, malah kini ditambah baik dengan penggunaan dakwat kekal.

Melihat cara SPR mengendalikan pilihanraya, di mana masing-masing parti yang bertanding mempunyai wakil (polling agents), mempunyai wakil sebagai pengira undi, selain dakwat kekal, maka dakwaan penipuan, memang sukar diterima.

Jika benarlah, SPR adalah agen kerajaan untuk menang, mana mungkin parti pembangkang boleh menang!!!.

Di Malaysia sahaja berlaku, bahawa SPR yang kononnya dikuasai kerajaan, akan tetapi menyebabkan parti kerajaan kalah.

PH sebenarnya dalam keadaan terdesak, kerana, walaupun berbagai tipu helah, berbagai dakwaan fitnah dan berita palsu (fake news), namun tidak juga mendapat sambutan daripada rakyat.

Menjuahnya parti Pas daripada pakatan 4 parti itu (DAP-PKR-Amanah-PPBM), maka semakin jauhlah harapan mereka menakluki Putrajaya.

Memang disedari oleh pemimpin DAP, PKR, bahawa kemenangan banyak kerusi pada dua PRU lalu, kerana sokongan solid penyokong dan ahli Pas, namun pada kali ini, keadaan demikian tidak berlaku lagi.

Pas juga sebenarnya menyedari, bahawa kemengan calon-calon parti itu di kawasan campuran pada dua PRU lalu, kerana sokongan pengundi kaum cina, namun pada kali ini (PRU-14), parti itu hanya mengharapkan sokongan kaum melayu.

Pada PRU-14, tumpuan utama adalah kaum melayu. Sejauh mana kaum itu berpecah. Nisbah sokongan kaum itu terhadap parti-parti yang bertanding menentukan, parti mana yang menang. Sejauh mana Tun Dr Mahathir dapat menarik sokongan kaum melayu, demikian juga sejauh mana Mat Sabu dapat menarik penyokong Pas.

Melihat kepada scenario semasa, khususnya semasa Perhimpunan PPBM, Nampak gayanya, mantan Perdana Menteri itu tidak dapat sokongan yang signifikan daripada kaum melayu. Oleh kerana sokongan kaum melayu terhadap PPBM tidak lah sekuat seperti mana diharapkan oleh pemimpin parti itu, maka Tun Dr Mahathir menuduh parti Pas, sebagai agen kepada Bn/Umno. Mengapa dakwaan itu timbul? Sebabnya mantan PM itu tahu, bahawa parti beliau tidak dapat mencontohi sokongan kaum melayu, sepertimana semasa Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai Pas semasa PRU 2008 dan PRU 2013.

Di Sabah misalnya, mantan PM itu mengakui, tanpa kerjasama atau kolaborasi dengan parti Warisan Sabah, maka PH atau parti pimpinan Datuk Shafie Apdal dengan mudah ditewaskan.

Tun Dr Mahathir memang sedar dengan sedar-sedarnya, bahawa PRU-14 masih dimenangi Bn, sebab itu, beliau menimbulkan berbagai persepsi termasuk meminta pihak luar menghantar pemanatu pada PRU-14, sebagai pengadil kepada pilihan raya itu.

Monday, January 29, 2018

PRU-14: MENGAPA CURIGA DENGAN PEMANTAU ASING?

PILIHAN RAYA UMUM di negara bukan perkara baharu, akan tetapi akan memasuki PRU ke-14. Dalam sejarah PRU di negara ini, hanya pada past PRU tahun 1969 berlaku kekecohan yang menyebabkan tumpah darah.

Kejadian pada tahun 1969 itu telah dijadikan sempadan di negara ini, dan setiap parti politik sudah beriltizam tidak akan mengulangi kejadian itu.

PRU di negara ini dijalankan oleh satu Suruhanjaya, iaitu badan bebas yang melaksanakan pilihan raya sebagai pelengkap kepada sistem demokarsi yang diamalkan.

Telah terbukti, bahawa pilihan raya di negara ini dijalankan dengan telus dan adil, sebab itu parti kerajaan boleh tumbang. Jika dakwaan bahawa pilihan raya negara tidak telus dan adil, dan kononnya dikawal oleh kerajaan yang memerintah, maka tidak mungkin berlaku parti kerajaan kalah.

Sebagai contoh disajikan PRU tahun 1990 sehingga tahun 2013. Pada PRU 1990, negeri Kelantan ditawan parti pembangkang. PRU 1999, Negeri Terengganu ditawan pembangkang. PRU 2008, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak ditawan pembangkang, manakala pada PRU 2013, Selangor dan Pulau Pinang masih ditangan pembangkang, dan yang paling unik, Kelantan sejak ditawan pembangkang sehingga kini masih tidak berjaya dirampas oleh parti yang memerintah Persekutuan.

Kalau PRU negara ini, tidak adil dan telus, mengapa pada PRU 2008, Bn kehilangan kuasa 2/3 di dewan Rakyat, dan pada PRU 2013, selain masih tidak berjaya mendapatkan kuasa 2/3 malah kehilangan undi popular.

Tiada pilihan raya di dunia ini di mana perjalannya dikawal kerajaan yang memerintah, kemudian kerajaan yang mengawal itu membiarkan kehilangan kuasa 2/3, kehilangan undi popular, malah kehilangan negeri-negeri kaya.

Desakan Pakatan Harapan kepada negara-negara luar untuk menghantar pemerhati dalam PRU-14, sebenarnya satu desakan untuk memalukan SPR, untuk menggambarkan bahawa SPR dikawal oleh kerajaan.

Tun Dr Mahathir sudah mempunyai alibi yang kuat untuk memberi tahu negara-negara asing, memandangkan beliau pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Apa yang dicurigai, memandangkan beliau kini merupakan pemimpin yang mahu merampas kerajaan, maka beliau memutar belit fakta, memberi maklumat salah bagi mempengaruhi negara-negara luar, bahawa memantau pilihan raya PRU-14 perlu, bagi memerlihara demokrasi, bagi melepaskan rakyat daripada pemimpin zalim, juga menghalang pemimpin yang tidak menghormati kebebasan menjadi pemerintah.

Sebenarnya, kerajaan tidak curiga berkaitan kehadiran pemantau pilihan raya negara ini, namun apa yang dicurigai kerajaan, adalah yang datang itu mempunyai agenda tersendiri, yang sefahaman dengan parti-parti yang mahu merampas kuasa.

Sunday, January 28, 2018

DISEBALIK KEMPEN UNDI ROSAK



Kehadiran dua Pemimpin Ini Punca Kempen UNDI ROSAK
KALAULAH, daripada 15juta pengundi pada PRU-14, separuh adalah undi rosak, maka keadaan itu menunjukkan, bahawa ada benarnya pengundi negara tidak dapat menentukan parti mana pilihan mereka. Namun, jika hanya 1-2% daripada jumlah itu merupakan undi rosak, ianya bukan sesuatu yang luar biasa, kerana tanpa kempen sedemikianpun, memang setiap pilihan raya, terdapatnya sejumlah undi rosak.

Ada yang mengintreprastikan apabila jumlah undi rosak jauh lebih banyak daripada majoriti seseorang calon yang menang, maka calon yang menang itu, tidak mewakili rakyat sesebuah kawasan. Sebenarnya bukanlah demikian, jumlah undi undi rosak perlu dibanding dengan jumlah undi keseluruhan, bukannya pada jumlah majoriti.

Sistem pilihan raya negara mengguna pakai First Past The Post, ertinya, calon yang mempunyai undi terbanyak antara berbagai calon adalah pemenang, tidak kiralah undi yang diperolehi itu jauh lebih kecil berbanding undi rosak atau majoriti lebih kecil berbanding undi rosak.

Di negara ini, setiap pilian raya, masing-masing parti sebelum berdepan dengan PRU, telah memastikan jumlah undi yang bakal mereka perolehi melalui “head count”, kerana setiap parti mengetahui, jumlah pengundi yang tersenarai pada setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM). Pada setiap PDM ini, setiap parti mempunyai senarai kedudukan pengundi apa kah kategori PUTIH, KELABU atau HITAM untuk parti masing-masing.

Parti yang mempunyai jentera cukup atau kuat, pada kebiasaannya, sebelum pembuangan undi, iaitu semasa kempen, telah menemui secara bersemuka para pengundi yang terdaftar pada setiap PDM. Melalui pertemuan bersemuka itu, maka perai undi atau jurukempen, sudah tentu dapat memastikan, bahawa mereka yang turun mengundi dan memangkah, dipastikan memangkah parti pilihan.

Pengundi negara ini, dicap hanya turun mengundi untuk merosakkan undi, belum sampai ke tahap itu, kerana sifat rakyat negara ini, masih menebal dengan sifat tanggungjawab dan kebersamaan. Bukti itu, dapat dilihat, bagai mana rakyat negara ini, boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi, dalam soal-soal agama atau kemanusiaan, meskipun berlainan fahaman politik.

Bagi penulis kempen undi rosak hanya akan berlaku di kawasan-kawasan bandar, khusus bermajoriti kaum cina, kerana kaum itu merasa bosan dengan permainan parti-parti seperti DAP dan PKR yang telah mempermainkan mereka bermula pada PRU-12.

Undi rosak, akan berlaku di kawasan-kawasan yang dimenangi parti DAP dan PKR, kerana mereka itu, terpaksa merosakkan undi mereka, kerana tidak sudi mengundi parti lain selain dua parti itu.

Pengundi bandar yang telah memilih DAP atau PKR sejak PRU-12 dan kemudian pada PRU-13, merasa dijadikan batu loncatan untuk mendapat kuasa, akan tetapi tidak menunai janji yang mereka perjuangkan, khususnya berakitan rasuah atau salah guna kuasa, kerana kini terbukti, ramai sungguh di antara mereka itu terpalit salah guna kuasa, rasuah, malah pemimpin seperti Lim Guan Eng telah diihadapkan ke mahkamah.

Undi rosak tidak akan berlaku di kawasan luar bandar dan separuh bandar.

Adalah satu persepsi jika kempen undi rosak akan menjadi kenyataan. Jika sekiranya menjadi kenyataan, maka ternampak sangat pengaruh media alternative begitu besar sekali berbanding gerakan secara langsung oleh jentera parti, organ parti, dan media arus Perdana. Satu pertanyaan, sudah ke tahap itu kah kuasa media alternative?

Kenyataan-kenyataan daripada para pemimpin, termasuk Perdana Menteri berkaitan kempen undi rosak, sebenarnya, hanya satu pemberitahuan kepada pengundi, kalua-kalau ada yang terpengaruh dengan kempen itu.

Kempen undi rosak timbul, apabila Tun Dr Mahathir dipilih sebagai bakal Perdana Menteri ke-7 negara ini, jika pakatan parti lawan Bn menang dalam PRU-14. Jika dilihat scenario itu, maka mereka yang terkesan dengan kempen itu adalah para penyokong Pakatan Harapan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak dapat menerima seorang pemimpin yang mempunyai rekod lampau. Dalam pengertian mereka, menerima pemimpin lampau, seolah-olah negara bukan maju ke depan, sebaliknya mundur ke belakang.

Bagi penulis, jika benar-benar berlaku, undi rosak begitu banyak, maka ianya perlu menjadi pengajaran kepada pemimpin politik, bahawa mereka perlu “walk the talk” bukanya pemimpin yang suka sangat membuat puisingan U, seperti Lalang ikut tiupan angin.

Rakyat bukan bola, rakyat bukan alat mainan politik, untuk dijadikan alat mencapai agenda masing-masing. Rakyat adalah golongan yang perlu diperlihara hak mereka untuk berkongsi dengan kekayaan dan khazanah negara.

Jika ada rakyat negara ini, tidak dapat menentukan parti mana jadi pilihan pada PRU-14, dan perlu merosakan undi di kawasan-kawasan tertentu, maka laksanakan sahaja misi itu, supaya pemimpin parti yang menjadikan pengundi sebagai mainan mendapat pengajaran mengenainya. FIKIR-FIKITRKAN LAH.

Tuesday, January 23, 2018

PRU-14: PEMIMPIN KHIANAT PADA RAKYAT PERLU DITOLAK


1. PEMIMPIN yang pernah mendapat kuasa, akan tetapi khianat pada rakyat, maka perlu ditolak.

2. Tun Dr Mahathir mempunyai rekod yang sangat ketara, selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, mengenepikan kemajuan rakyat Sabah, manakala Datuk Shafie Apdal khianat kepada rakyat luar bandar, khususnya semasa beliau menerajui kementerian KKLW.

3. Tahun 2009, 6 tahun selepas Tun Mahathir letak jawatan sebagai Perdana Menteri, kadar kemiskinan Sabah 19.7%, sedangkan kerajaan yang disokong mantan PM itu telah mengalih kerajaan negeri selama 15 tahun bermula tahun 1994. Cuba bayangkan kadar kemiskinan sebelum itu.

4. Rekod kemajuan Sabah dan rakyatnya sebenarnya hanya bermula selepas Tun Mahathir bersara. Pengwujudan koridor pembangunan Sabah hanya diwujudkan apabila Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Kemudiannya momentum pembangunan Sabah diteruskan oleh Datuk Seri Najib Razak. Pada era Najiblah, Sabah mendapat banyak peruntukan, termasuk dana yang disalurkan menerusi KKLW sebanyak 15bilion bagi RMK-9 dan 10. Namun peruntukan yang sepatutnya menyelesaikan sebahagian besar kemudahan asas itu, selepas habis digunakan, tidak kenampakan dilapangan, kerana salah urus oleh pemimpin yang diberi tanggungjawab.

5. Kini, pemimpin yang khianat kepada rakyat menubuhkan parti masing-masing, dan cuba pula mempengaruhi rakyat menyokong mereka, kononnya untuk mengubah Sabah. Mengubah Sabah daripada menuju kemajuan kepada kegelapan.

6. Rekod menunjukkan bahawa kemajuan Sabah begitu pantas dan rancak. Kadar kemiskinan menurun dengan drastik, sehinggakan kadar itu menjunam ke paras 2.9% pada tahun 2016.

7. Halatuju pembangunan Sabah berada pada landasan betul, baik di bandar mahupun luar bandar. Momentum kemajuan itu boleh berterusan, jika kerajaan dan pemimpin yang merancangnya diberi mandat meneruskan kerajaan pada PRU-14.

Monday, January 22, 2018

PRU-14: TIADA SEBAB RAKYAT SABAH SOKONG SHAFIE

TIADA sebab rakyat Sabah sokong Shafie. Presiden parti Warisan itu, tiada rekodpun membela dan memajukan rakyat Sabah.

Bagi rakyat Sabah perlu melihat kembali selama 22 tahun, MP Semporna itu diberi peluang dengan berbagai kapasiti di Peringkat Persekutuan, termasuk Menteri KKLW yang mempunyai banyak peruntukan untuk luar bandar.

Cuba bayangkan bagi RMK-9 dan ke-10, hampir RM15bilion dana Persekutuan yang disalurkan melalui KKLW, namun selepas wang itu habis dibelanjakan, tidak kenampakan impaknya pada rakyat sasar.

Peruntukan KKLW adalah untuk membina kemudahan asas seperti bekalan air bersih luar bandar, bekalan elektrik luar bandar, jalan raya luar bandar, namun sehingga MP Semporna itu dipecat daripada jawatannya, kemudahan yang seharusnya dirasai dan dinikmati kumpulan sasar, tinggal melopong.

Apabila rungutan rakyat berkaitan kemudahan asas sampai ke pengetahuan Kerajaan Negeri, maka selepas diselidiki, memang dana sebesar RM15bilion disalurkan menerusi KKLW semasa Shafie menerajui kementerian tersebut. Kerajaan Sabah, tidak tahu, ke mana wang sebanyak itu dibelanjakan, kerana tidak dimaklumkan oleh kementerian itu.

Kini, SPRM sedang menyiasat kehilangan sebahagian dana itu, malah lebih 11 individu termasuk Shafie telah ditahan untuk soal siasat.

Berasaskan keadaan yang berlaku semasa Shafie menerajui KKLW, yang seharusnya beliau perlu membela rakyat Sabah, khususnya rakyat luar bandar, namun beliau telah gagal laksanakan tugas. Bagaimana seorang pemimpin yang telah gagal melaksanakan tugas, perlu disokong, semata-mata untuk menggantikan para pemimpin yang telah menunaikan janji, para pemimpin yang membela rakyat?

Bagai mana rakyat Sabah boleh digula-gulakan oleh pemimpin seperti Shafie? Seperti kata Datuk Anifah Aman, ukurlah baju dibadan sendiri, "walk the talk" lah, semasa ada kuasa, bukannya selepas tiada kuasa, datang kepada rakyat untuk mendapatkan kuasa semula, maka menabur janji bulan bintang, menabur janji retorik.

Rakyat Sabah sudah bersatu di bawah kerajaan Bn. Kerana kebersatuan itu, maka pembangunan banyak dapat dijalankan, dilaksanakan, semua janji-janji ditunaikan. Mengapa perlu bersatu pula, menyokong Shafie?

Shafie kena sedar, tiada sebab rakyat Sabah menyokong beliau, untuk menjadi Ketua Menteri Sabah, kerana berasaskan argumentasi beliau, beliau juga boleh jadi Ketua Menteri. Mengapa rakyat Sabah perlu menyokong beliau jadi Ketua Menteri? sedangkan semasa menteripun, yang hanya tahu membelanjakan wang, gagal melaksanakan amanah yang diberikan. Bagaimana pula beliau boleh menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri, yang perlu mencari dana sendiri untuk dibelanjakan demi rakyat dan negeri.

Alamat lingkup lah Sabah, jika pemimpin seperti Shafie sebagai Ketua Menteri.

Saturday, January 20, 2018

PERSEKUTUAN TIDAK AMBIL HAK SABAH-NAJIB

DATUK SERI NAJIB sedar, bahawa selama 22 tahun pemerintahan Tun Dr Mahathir, Sabah banyak ketinggalan, ketinggalan dalam semua perkara.

Kemudahan asas tidak dibina, kemudahan kesihatan tidak dibina, jalan-jalan perhubungan tidak dibina, tiada rakyat Sabah diberi peluang menjadi Ketua Agensi Kerajaan Persekutuan, malah yang paling malang, pentadbiran mantan PM itu menyekat peruntukan Persekutuan kepada Sabah.

Kini, hanya 8 tahun, DS Najib menjadi Perdana Menteri, peruntukan untuk Sabah kalau dijumlahkan melebihi peruntukan daripada 5 Perdana Menteri sebelumnya,

Komitmen Perdana Menteri memajukan Sabah separas dengan kemajuan Semenanjung, memerlukan dana yang besar. Komitmen itu dapat direalisasikan jika beliau tetap menjadi PM.

Rakyat Sabah perlu memastikan, bahawa pada PRU-14 akan datang sekurang-kurang 22 kawasan parlimen dapat disumbangkan kepada Bn.

Sabah, Sarawak, WP Labuan mempunyai 57 kerusi parlimen. Pada PRU-13, Bn menang 48. Jika jumlah kerusi itu dapat pertahankan, maka Bn Semenanjung hanya memerlukan 64 untuk Bn menubuhkan kerajaan dengan majority mudah. Pada PRU-13, Bn Semenanjung menang 85 daripada 165.

Melihat sambutan rakyat Sabah terhadap lawatan PM, yang berakhir pada Jumaat, Nampak gayanya, Sabah TATAP kubu kuat Bn.

Melihat kekuatan Bn di Sabah, impian PH untuk menawan Putrajaya, hanya bakal menjadi impian, kerana rakyat Sabah sudah pasti mengucapkan, selamat bermimpi.

Terserah kepada pengundi Semenanjung, apa kah mereka akan menyokong Tun Mahathir, namun rakyat Sabah tidak sekali. Rakyat Sabah tidak mahu dipatuk ular daripada lubang yang sama.

Rakyat Sabah kini sedar, sejak DS Najib menjadi PM, tiada hak-hak Sabah yang diambil, apa yang berlaku, setiap lawatan PM ke Sabah sentiasa membawa ole-ole untuk rakyat Sabah. Adalah tidak adil tidak menyokong pemimpin yang prihatin. Untuk membalas budi PM ke-6 itu, rakyat Sabah perlu memberi kemenangan kepada Bn pada PRU-14 akan datang.

PRU-14: SABAH DAN SARAWAK BERDIRI TEGUH DIBELAKANG DS NAJIB

SARAWAK telah buktikan menerusi PRN tahun 2016, daripada 82 DUN yang dipertandingkan 72 dimenangi parti Bn.

Pada PRU-13, di Sarawak daripada 31 kawasan Parlimen 25 dimenangi Bn, manakala di Sabah daripada 25, 22 dimenangi Bn.

Pada PRU-14, di Sarawak, Bn akan menang 26 daripada 31, manakala di Sabah akan menang 24 daripada 25.

Jumlah kerusi parlimen yang dimenangi Bn (Sabah dan Sarawak serta WP Labuan) berjumlah 51 (26+24+1). Dengan jumlah itu, Bn Semenanjung hanya memerlukan 61 kerusi bagi mencapai "First Past The Post" 112 untuk menubuhkan kerajaan dengan majority mudah.

Pada PRU-13, Bn Semenanjung telah menang 85 kerusi parlimen daripada 165 yang dipertandingkan. Berasaskan perkiraan di atas kertas, pada PRU-14, Bn Semenanjung, bukan sahaja dapat mempertahan 85 kerusi itu, malah akan menambah antara 7-10 kerusi.

Mengapa Sabah dan Sarawak serta WP Labuan berdiri teguh dibelakang DS Najib? sebabnya beliaulah PM Negara ini yang mempunyai komitmen memajukan dua negeri tersebut.

Pada era Najib, 16 September diiktiraf, pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, Jambatan Labuan bakal dibina, peruntukan untuk pembangunan kemudahan asas terus diberikan. Boleh dikatakan kadar pembangunan dan jumlah peruntukan yang diberikan semasa DS Najib Razak PM kepada Sabah dan Sarawak, mengatasi 5 PM yang lalu.

PRU-14: KAMU PILIH YANG MANA?

KALAU kamu minat, parti yang dipimpin untuk mencapai kepentingan peribadi, maka pilihlah Pakatan Harapan(PH), jika kamu pilih parti yang dipimpin untuk agama, bangsa dan Tanah air (ABATA), pilihlah Bn.

PH, yang dianggotai PPBM, PKR, DAP dan Amanah. PPBM ditubuhkan untuk Datuk Mukhriz Tun Mahathir jadi Perdana Menteri, PKR ditubuhkan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, DAP agar Malaysia seperti Singapura, Amanah, kerana kalah pemimpinnya ditolak oleh PAS.
Manakala Bn, sejak merdeka lagi, tetap dengan satu MISI ABATA!!!

Kalau Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa DS Najib Razak adalah perompak, penyangak, sebabnya semasa beliau PM, beliau lakukan itu, sebab itu beliau menganggap, bahawa setiap PM mesti bertindak dengan perbuatan sama.

Berbagai cerita direka, termasuk bebelanja ratusan juta ringgit menggunakan media luar Negara, penulis upahan seperti pemilik Sarawak Reports, menaburkan berbagai cerita fitnah. Namun, berasaskan keadaan dalam Negara, pertumbuhan ekonomi meningkat, kadar nilai ringgit terhadap dollar Amerika mula membaik, pembangunan berjalan seperti biasa, malah semakin banyak projek untuk orang ramai, rakyat yang memerlukan dibantu melalui BR1M, KRIM, Klinik 1Malaysia, para pelajar diberi baucer buku, para graduan yang mahu meniaga ada skim memberi mereka modal untuk mulakan perniagaan.

Jangan sangat terpengaruh dengan Tun M, kononnya, kalau ada ijazah maka mesti jadi kuli aka kerja dengan orang, sebabnya ijazah itu bentuk passport untuk maju, sebabnya apa yang penting dalam kehidupan, adalah mendapatkan pendapatan, pendapatan itu 9/10 daripada berniaga.

Thursday, January 18, 2018

GELARAN DIKTATOR: CARA TUN M CUCI TANGAN

MEMANG diakui, bahawa Tun M, sungguh hebat menggunakan psikologi terbalik, sebab itu, bagi yang mengenali mantan PM itu, untuk mengenalpasti sifat beliau, JANGAN bertindak APA yang diucapkan, tetapi BERTINDAK apa yang dia buat. Sebabnya, mantan PM itu, mempunyai DUA sifat yang berbeza dalam satu masa, iaitu sentiasa bercanggah dengan yang lain.

Ulasan Menteri Komunikasi dan Mutimedia- Datuk Salleh Tun Said menerusi blog beliau DISINI yang merujuk kepada tulisan di blog mantan PM itu sebagai satu bentuk latihan sindiran dan psikologi terbalik untuk menepis segala tuduhan bahawa dia adalah diktator dan kleptokrat ketika dia menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, sungguh tepat sekali.

Kalau ditelusuri tulisan terbaharu mantan PM itu, sebenarnya cara beliau CUCI TANGAN berkaitan tindakan beliau masa lalu, bersembunyi dibalik kata-kata itu, kerana, mantan PM itu sungguh hebat mempraktikkan perilaku semulajdi beliau, APA YANG DICAKAP BERBEZA DENGAN TINDAKAN.

Tulisan beliau itu bermakna, apa yang ditulis sebenarnya memang telah berlaku dan memang telah beliau laksanakan.

Tuesday, January 16, 2018

Nilai Ringgit Naik Terhadap Dollar Amerika- Diputar Belit Penyokong Tun M- Salleh

BEGITU hebatnya PEMUTAR BELITAN fakta SEHINGGAKAN ada yang mengatakan kononnya, nilai ringgit menguat terhadap dollar Amerika, hanya kerana Tun M diumumkan sebagai Prime Minister in waiting PH.

Menteri Komunikasi dan Multimedia-Datuk Salleh Tun Said dalam blog beliau DISINI menemplak tulisan seorang blogger pro PH, yang menulis berkaitan putar belit fakta tersebut.

Begitu cepatnya penularan cerita putar belit ini, dikatakan pengukuhan nilai ringgit kerana peniaga/pelabur membeli semula ringgit, melabur di pasar Bursa Malaysia, sebagai tindakan menyokong penamaan mantan PM itu sebagai PM untuk kali ke-2.

Peniaga/pelabur, tidak seperti mana yang dinyatakan oleh penyokong Tun M, peniaga bukan ahli politik yang mahir sangat menghitung anak ayam sebelum telur menetas. Peniaga/pelabur mengasaskan tindakan mereka kepada indicator ekonomi, bukan berasaskan persepsi dan gossip.

Walaupun dalam politik boleh berlaku segala kemungkinan, rekod juga perlu diambil kira. Dalam sejarah Negara ini, parti serpihan parti Umno, tidak pernah mendapat sokongan rakyat, yang berlaku, mereka itu, hanya sebagai pesaing dalam pesta demokrasi.

Tindakan penyokong Tun M dan PH, bagaikan lembu punya susu, sapi dapat nama. Fakta perlu diakui, ekonomi Negara kukuh kerana pengurusan ekonomi yang baik oleh Perdana Menteri, bukannya kerana TUN M nak jadi PM semula!!!

Monday, January 15, 2018

PRU-14: TSUNAMI MELAYU HARAPAN PH

TSUNAMI cina sudah berlaku. Keputusannya, hanya menidakkan kuasa 2/3 dan kehilangan undi popular bagi Bn.

PRU-14, PH mengharapakan tsunami cina dan melayu berjalan serentak untuk menawan Putrajaya.

PH membuka langkah pertama, apabila lebih awal menamakan Perdana Menteri, lebih awal berpakat berkaitan pembahagian kerusi.

Langkah itu, telah menjawab teka teki rakyat.

Pada PRU-14, pengundi Negara ini, hanya ada dua pilihan, BN atau PH.

Pandangan bahawa PH dikuasai DAP, dinafikan menerusi pembahagian jumlah kerusi yang ditandingi. PPBM-52, PKR-51, DAP-35, Amanah-27 di Semenanjung. Bagi kaum melayu, 79 kerusi yang ditandingi PPBM dan Amanah, adalah kerusi melayu, kemudian ditambah kerusi PKR, ada melayu, ada cina dan ada india. Jika PKR ada 30 calon melayu, maka kerusi yang ditandingi melayu sebanyak 109, makna kata, 56 kerusi bukan melayu.

Di atas kertas, kecurigaan terhadap PH dikuasai DAP telah ditepis. Yang hanya jadi persoalan, sejauh mana PPBM dan Amanah menyumbang kerusi?

Di Semenanjung, PH perlu menang sekurang-kurangnya 92 kerusi daripada 165. Jika Dap menang, 35, bermakna tiga parti lain menyumbang 57, daripada 57 itu berapa kerusi melayu? jika kerusi melayu hanya 30, maka terbukti DAP adalah parti tunjang dalam PH.

Jika mengambil kira kerusi daripada Sabah dan Sarawak, DAP akan mendahului, kemudiannya parti-parti lain. Jika PH dan parti sekutunya dapat 20 kerusi di dua negeri itu, maka jika dilihat daripada segi parti, DAP adalah parti dominan. Jika demikian, maka akan berulang kerajaan Perak selepas PRU 2008, MB daripada PAS, tetapi pembuat keputusan adalah DAP.

Kaum melayu kena melihat scenario ini, jika tidak, akan berputih mata. Berharap pada Tun M, beliau hanya akan jadi boneka, kerana beliau bukan lagi singa yang anda tahu.

Terserah kepada kaum melayu di Semenanjung, apa kah akan terus memuja Lim Guan Eng!!!

PRU-14: Tun M Target- Putrajaya, Kubang Pasu atau Langkawi

Prime Minister in waiting PH- Tun Dr Mahathir, hanya bertanding samaada di Parlimen Putrajaya, Kubang Pasu atau Langkawi.

Beliau menolak pelawaan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali untuk bertanding di Parlimen Gombak.

Jika melihat keputusan PRU-13 lalu, majority Bn bagi P Putrajaya merupakan 125.9% berbanding undi calon terdekat, manakala di Kubang Pasu, majority yang diperoleh Bn 45.6% berbanding undi calon terdekat, dan di Parlimen Langkawai, 55.4%.

Bukan mudah bagi parti lawan menterbalikkan keputusan itu, kecualilah Umno/Bn, memang 100% ditolak rakyat.

Mungkin Tun M mendasari keputusan beliau, berasaskan rekod pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, dan seterusnya, Putrajaya adalah legasi beliau, manakala Kubang Pasu, diwakili beliau berdekad lamanya, dan Langkawi merupakan"baby" beliau semasa PM.

Bertanding di salah satu kawasan itu, beliau mahu membawa pengundi ke alam nostalgia, dan mengarapkan factor nostalgia menyebelahi beliau, untuk merealisasikan imipian beliau mencontohi Almarhum Sultan Kedah yang naik tahkta dua kali.

Apa kah pengundi di kawasan itu, berfikiran sama dengan mantan Perdana Menteri itu? sedangkan masa ini, sudah zaman Melania, zaman digital, bukan lagi mengenang masa silam. Atau kah menerusi kekalahan, sebagai tanda, untuk beliau bersara daripada politik selama-lamanya. Sama-Sama Kita Tunggu permainan seterusnya.

Blog Archive