Tuesday, September 25, 2018

SEKIRANYA PRN-14 SABAH MENJADI PADA MAC 2017

Kalau lah PRU-14 Sabah dibenarkan pada Mac, 2017, 9 bulan selepas PRN Sarawak, kemungkinan besar Sabah masih diperintah Bn.

Penulis mengimbau kembali cadangan PRN mengejut Sabah, ekoran kenyataan mantan MB Johor Datuk Khaled Nordin yang merasa terkilan, mengapa beliau tidak mengadakan pilihanraya berasingan, sedangkan Umno dan Bn Johor berpandangan, adalah elok negeri itu mengadakan pilihanraya berasingan, agar pengundi negeri itu tidak terpengaruh dengan isu-isu nasional.

Sebenarnya, Sabah juga telah membuat keputusan untuk mengadakan pilihanraya berasingan, seperti mana kebiasaan di negeri itu, sebelum PRU 2004.

Di kalangan pemimpin utama Sabah pada tahun 2017, memang cenderung untuk mengadakan pilihanraya berasingan, malah penulis beberapa kali diberi tahu oleh beberapa pemimpin yang rapat dengan Pengerusi Perhubungan Umno/Bn Sabah- Tan Sri Musa Aman, PRN Sabah bakal diadakan pada Mac, 2017.

Namun, hasrat mengadakan PRN awal itu, kononnya mendapat halangan daripada beberapa pemimpin Sabah sendiri yang rapat dengan Perdana Menteri (DS Najib Razak), sehinggakan timbul anggapan masa itu, bahawa para pemimpin Sabah hanya mahu menyelamatkan diri sendiri.

Timbul juga, pada masa itu, jika Sabah dibenarkan mengadakan PRN awal, Tan Sri Musa Aman tidak mengetuainya, sebaliknya diketuai oleh pemimpin tertentu. Atau Musa terus mengetuainya, namun tidak diberi kuasa memilih para calon. Berasaskan kepada pra-syarat itu, menyebabkan Musa mengalah untuk tidak meneruskan PRN mengejut Sabah.

Kata peribahasa, menyesal dahulu berpendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

Kini, walaupun pada PRU-14, Bn mendapat 29 kerusi peringkat Dun, kemudiannya bekerjasama dengan STAR membentuk kerajaan pada 10 Mei,akan tetapi akibat tindakan khianat daripada ADUN Umno dan UPKO, maka Sabah kini mempunyai dua Ketua Menteri, seorang tiada kuasa dan seorang lagi berkuasa.

PRU-14 adalah penamatan kerajaan Bn yang ditunjangi Umno, selepas memerintah negara hampir 61 sejak merdeka. Malah Bn kini, hanya wujud diatas kertas dan berbaki 3 parti, kerana 10 parti komponen telah meninggalkannya.

No comments:

Blog Archive