Showing posts with label paska prk Hulu selangor. Show all posts
Showing posts with label paska prk Hulu selangor. Show all posts

Thursday, April 29, 2010

Jentara BN Rajin dan Kerja Keras Tapi Macam Orang Mabuk:Analisis Paska PRK Hulu Selangor


Yang kaki botol adalah Zaid tapi kami rasakan jentera BN bergerak macam mereka pula yang mabuk. Jentera BN tidak tersusun dan kelihatan seolah2 tidak tahu apa patut dilakukan. Berterabur.

Pertama jentera BN tidak bekerja sepadu. MIC buat kerja dia, MCA buat kerja dia. UMNO buat kerja dia. Command Centre yang besar hanya berfungsi untuk operasi UMNO. Bilik2 Pemuda, Wanita, Penerangan dll tidak didiami oleh parti2 komponen. Tak faham kenapa command centre jauh dari pusat di Kuala Kubu Baru dan tidak central.

Dua, untuk tempat macam Hulu Selangor, komunikasi adalah satu masaalah. Hulu Selangor ini besar kawasannya dan kemudahan Internet terjejas. Patut difahami bahawa komunikasi utama adalah risalah, ceramah, rumah ke rumah, jumpa kawasan awam di kedai kopi dll. Maaf saya cakap, UMNO dan BN lemah dalam semua bidang ini.

Kami difahami kononnya ada group SelangorKita yang ditanggungjawab menyebar risalah. Boss mereka cakap besar seolah-olah mereka dah sedia bahan, timing dan tempat sebelum orang lain. Rasanya nak sumbat stokin dalam mulut Dato tu. Mereka sub kontrak ke group lain sebenarnya. INi kes dia orang sapu duit tapi oang lain buat kerja gut?

UMNO lemah dalam penyebaran risalah. Ini patut kerja kumpulan macam Pemuda dan Puteri.

Ketiga, bahan yang disebarkan. Nampaknya bahan yang disebarkan tidak memahami psikoloji orang yang membaca. Kami terjumpa satu majalah bernama MediaNusa.


Sekali baca ini kerja ciplakan dari blog2. Majalah ini dijumpai di majlis MCA untuk pujuk Cina. Terkandung dalamnya adalah isu Zaid persoal Ketuanan Melayu, gambar Eli Wong tak ada moral dll. Ini menunjukkan kita beberapa perkara.

a) ini ada kutu kerja menyamun material orang tanpa memperakui siapa punya bahan.

b) boleh jadi ad akutu guna peluang untuk samun bujet umno untuk buat duit dari ciplak bahan orang.

c) penyebar majalllah ini betul tak ada otak. Ada ke hantar kawasan cina. mana tidak cina sensitif,

d) penulis tak faham bahawa propaganda pilihanraya mesti fokus, mudah/simple dan terpilih. Terlalu banyak sangat mesej yang mahu disampaikan dalam majalah ini dan juga majalah SelangorKita. Di Selangor kini pembangkang sudah sedar perkara ini dan pendidikan jadi fokus mudah/simple dan terpilih dan bukan sebemban seperti yang merteka pernah lakukan.

Keempat, Dato2 dan pemimpin jentera UMNO dilihat bermain politik sesama sendiri. Pasal tak suka Mat Taib, ada mereka tidak mahu sediakan material untuk jawab isu Felda Sg Buaya.

Ada pula sibuk nak jaga bontot sendiri. Ada satu risalah nampak macam risalah seorang pemimpin nak menjawab kontroversi dari kesalahannya sendiri yang tidak peka semasa mengatur Konvensyen BN. Siap bayar orang khusus untuk tengok kalau boss kena.

Ada pula macam seorang Ketua Wanita syok nak atur kempen untuk mengetengahkan diri sendiri dan bukan untuk bekerjasama dengan pengurusan.

Masaalah tidak percaya mempercayai antara satu sama lain begitu tersebar. Kebanyakan tidak percaya mempercayai kebolehan sesama sendiri dan akhirnya buat kerja sendiri.

Kalau ada ide nak kasi pada orang UMNO, mereka suka perkecilkan kebolehan dan keupayaan orang lain. Ada lepas tu akan samun idea orang for free.

Kelima, UMNO hanya pandai event management dan bukan pandai berkempen. Patutnya dengan ahli pulohan ribu di Hulu Selangor, UMNO dan BN patut ada orang di setiap kedai kopi, tempat awam, rumah ke rumah, dan lain2 untuk memberi risalah, bercakap, memujuk, dll.

Kadang2 memenangi pilihanraya melibatkan cutting deal. Perlu diketahui loudspekaer dan opinion leader satu2 tempat.

Keenam, UMNO tak tahu pilihanraya zaman IT. Walaupun Internet akses di Hulu Selamgor slow, ini tidak bermakna cara berkempen tidak bileh di IT kan. IT bermakna data base, penyebaran maklumat segera, respons yang cepat dan pelbagai media.

Kalau pembangkang bantai dengan dakyah, kita kena boleh jawab dengan risalah atau SMS blast. SMS blast yang disebarkan oleh operatif BN nampak sangat berfikir macam UMNO dan hanya faham pengundi UMNO. Mesejnya pun mondom. Tak appeal. Tak cool. Mesej yang tak kena pada medium media yang digunakan.

Mula fikirkan penyebaran video. Video production sudah tidak makan masa macam dulu dan ada keupayaannya sendiri seperti face to face communication.

Ketujuh, cubalah berseni sedikit bila nak sampaikan mesej. Bandingkan bawah ini, lain tak limit kasarnya.


Kelapan, kebanyakkan masaalah yang disebuta da kemajuan tapi masaalah yang asyik berulang berkali2 adalah Pemuda dan Puteri lembab dan tidak efektif. Inilah dia bila tidak ada semangat juang tapi memikirkan wang dan upah.

Apa perlu UMNO belanja duit dan upah orang jika tenaga Pemuda dan Puteri ada? Harapkan baju berseragam dan cantik aje? Semangat elek!!!!

Ketua Pemuda dan Ketua Puteri patut dipersalahkan dan lakukan sesuatu. Mungkin Ketua2 Pemuda dan Puteri tidak patut jadi Menteri jika pergerakan masing2 tidak bergerak ..... Kedua2 Ketua nampaknya hanya syok sendiri datang Majlis disambut macam VIP.

Kesembilan, kenapa Cina tidak undi BN? Jawabnya Cina masih menyampah dengan MCA. Chua Soi Lek jangan salahkan Perkasa. Jentera MCA paling lemah sekali dalam semua PRK2. Batang Kali pun anti Chua Soi Lek. MCA hanya nak menyalahkan UMNO tapi bila diminta suggestion, tak ada di kasi. Otak MCA dah lembab. Bila mereka nak menuntut sesuatu, mereka hanya menyalahkan UMNO tapi tak salahkan diri sendiri. Gerakan lagi tak boleh harap. Baik mereka masuk DAP.

Kau orang sila tambah2.

UMNO ni kena bedil sampai mampus baru nak sedar. Kalau mereka tidak berasa cemas dengan kemenangan nipis di Hulu S'ngor tak tahulah. KUbu BN dah boleh terima pembangkang.

Padahal jentera PKR hancur tengah jalan pasal kena bom. Itu pun kita tak boleh score banyak2.

Masaalah sikap, attitude, semangat, kesungguhan, keupayaan, dan kerjasaam dalam UMNO sangat meruncing. Jangan terlalu selesa. Kamalanthan boleh jadi Parthiban dan Hulu Sngor boleh jatuh kembali ke pembangkang pada PRU13 ...

Oh ye ... Terakhir sekali, syabas blogger Pro UMNO. Hangpa hebat dan berkoordinasi. Harap tidak ada malaun cuba mengambil peluang nak menaikkan politik peribadi dan sapu duit hasil kejayaan blogger kali ini.

Yang hebat adalah blogger pro UMNO yang independent dari mana2 perkumpulan. Kalau ikut birokrasi UMNO, tulisan macam pakai kondom. RENCANA ASAL

Wednesday, April 28, 2010

P. Kamalanathan Pun Hanya Menang 1,725 Undi; Jika G Pananivel Pasti Kalah: Seharusnya Kalau Ada Lantikan ke Kabinet: P Kamalanathan Lebih Layak; Bukan G Palanivel

Timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel dijangka dilantik sebagai senator minggu depan sebagai menghargai pengorbanannya tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurut sumber, pengerusi BN Hulu Selangor itu juga akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.

Palanivel pada asalnya adalah calon MIC untuk bertanding di kerusi Hulu Selangor. Namun akibat tentangan penyokong akar umbi BN, khususnya akar umbi Umno, kerusi berkenaan diberikan kepada calon kompromi, P Kamalanathan, yang menang pada pilihan raya kecil Ahad lalu.

P Kamalanathan hanya menang tipis terhadap Zaid Ibrahim. Jika G Palanivel jadi calon, adalah pasti Zaid Ibrahim yang dinobatkan menjadi pemenang.

Zaman G Palanivel sudah berlalu, beri lah peluang pada P kamalanathan

Trend Pembangkang: Apabila Kalah Maka Cipta Tuduhan: Kali Ini Beli Undi Pula

TREND di kalangan pemimpin pembangkang adalah menghamburkan tuduhan-tuduhan melulu setiap kali tewas pada mana-mana pilihan raya, mungkin ada benarnya.

Tetapi Barisan Nasional (BN) kena mengambil sikap bertenang dalam menerima ‘lontaran batu-batu’ itu daripada pembangkang.

Jangan diikut rentak dan gaya politik pembangkang yang tidak boleh terima kekalahan. Apabila tewas maka bermacam-macam cerita rekaan akan keluar. Inilah hakikat yang berlaku sekarang selepas Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menerima kekalahannya tetapi mendakwa sistem pilihan raya di negara ini tidak adil dan bersih. Beliau mendakwa, BN menang kerana membeli sokongan pengundi di kawasan itu.

Pemimpin pakatan pembangkang dakwa BN guna dana awam bagi memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen itu.

Tuduhan yang dilakukan oleh PKR itu adalah tidak berasas dan boleh mengelirukan rakyat. Kalau pemimpin-pemimpin BN berani seperti pemimpin pembangkang, mereka juga boleh mengambil tindakan saman atas dakwaan itu.

Tetapi kita percaya pemimpin BN tidak kalut hingga perlu ambil tindakan sedemikian.

Barangkali penjelasan Perdana Menteri sudah cukup menepis tuduhan itu. Apa yang dilakukan dalam kempen pilihan raya kecil itu, kerajaan tidak membeli undi tetapi menyelesaikan masalah sebenar rakyat yang tidak ditangani dalam sesuatu tempoh masa yang lama.

Ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk Hulu Selangor. Contohnya projek pembinaan persimpangan bertingkat dekat Sungai Buaya. orang ramai mahukan projek itu dan ia dilaksanakan oleh PLUS (PLUS Expressways Bhd), bukannya dana awam.

Tak cukup dengan penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga ada pendedahannya.

Kita mungkin tertanya-tanya kenapa PKR mengagihkan wang RM200 selain barangan keperluan seperti beras kepada beberapa pengundi di kawasan berkenaan, kalau bukan beli undi namanya?

Kerajaan negeri juga melakukan pelbagai cara untuk menarik pengundi sehingga mengagihkan borang 5A iaitu borang untuk memohon tanah. Tetapi ada syaratnya, kalau PKR kalah, borang 5A akan ditarik balik dan tanah tidak akan diberikan kepada rakyat.

Kepada pemilik premis perniagaan yang tidak diduduki misalnya di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, kerajaan negeri dikatakan membuat keputusan mengecualikan bayaran cukai pintu.

Begitu banyak peruntukan kerajaan negeri diturunkan untuk menurap jalan, memberi bantuan kepada orang miskin dan juga menyampaikan cek-cek sumbangan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Tidakkah ini juga ‘gula-gula’ untuk menarik sokongan pengundi. Inilah taktik dan strategi alih perhatian rakyat yang bijak dimainkan oleh PKR. Begitu bijak mereka menuduh BN membeli undi, sedangkan perbuatan itu yang dilakukan oleh mereka.

Bukankah itu semua merupakan satu sogokan? Nampaknya sekarang pakatan pembangkang kena menelan ludah sendiri. Janganlah sudah lempar batu, sembunyikan tangan.

Zaid Kemuka Petisyen Pilihanraya: Pembelian dan Pembelian Undi Sebagai Asas

Calon PKR yang tewas, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya supaya keputusan kerusi parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Beliau memberikan alasan pembelian undi dan pemindahan pengundi sebagai hujah petiyennya itu.

“Dalam keadaan seperti, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya sebaik sahaja pasukan perundangan saya bersedia,” katanya pada sidang media di rumhanya.

“Mana-mana pengundi di Hulu Selangor yang ingin menawarkan sebarang maklumat yang relevan boleh berbuat demikian di mana-mana pejabat PKR, DAP atau PAS.”

Zaid juga berkata beliau akan menyaman akhbar bahasa Melayu, milik Umno - Utusan Malaysia yang melabelkannya sebagai kaki botol.

“Saya bukan khaki botol. Apa yang saya minum adalah tidak lebih daripada apa yang diminum oleh (Dr) Mahathir (Mohamad) dan pemimpin Umno lain,” katanya.

“Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya tidak membebarkan kempen berniat jahat dan palsu berkenaan.”

Monday, April 26, 2010

Kerana Kalah PKR Isu kan Macam-Macam

Kerana kalah PKR isu kan macam-macam. isu beli undi lah, isu sogokan lah, isu paksaan lah, macam-macam alasan. Ini lah dakwaan Anwar Ibrahim. Anwar langsung tidak beri muka kepada 24,997 pengundi Hulu Selangor. Anwar menganggap mereka ini adalah pengundi mudah dibeli.

Malah Anwar mendakwa bahawa BN memerlukan 65,000 riggit seorang untuk memperoleh jumlah sebanyak 24,997.

Ini lah putar belit Anwar, sesuai dengan ungkapan TS Muyiddin, Anwar adalah Raja Putar Alam.

BN mengumumkan beberapa peruntukan adalah semata-mata untuk menyelesaikan rakyat Hulu Selangor. Kerajaan manapun pasti mencuba menyelesaikan masalah-masalah rakyat. Ini lah yang dilakukan oleh BN.

Tuduhan pihak pembangkang bahawa BN menang kerana kononnya beli undi, mungkin juga perkara ini dilakukan oleh PKR dan Pakatan.

Sementera itu Tun Mahathir mengatakan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah dapat memperbaharui imej kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan ia berpeluang memperoleh kejayaan lebih baik pada pilihan raya umum akan datang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau memuji peranan Najib dalam kemenangan calon BN P.Kamalanathan dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

"Saya fikir Datuk Seri Najib telah dapat tukar imej kepimpinan BN daripada yang terdahulu," kata Tun Mahathir.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata BN harus melakukan post mortem tentang kehilangan sokongan pengundi Cina manakala sokongan pengundi Melayu dan India telah meningkat.

"PRU (pilihan raya umum) ke-13, ada kemungkinan kita menang, lebih dari kali ini. PRU 12 kalah bukan kerana BN, tapi orang tertentu yang rakyat tak suka," katanya.

Pemimpin Pakatan Cuba Menghibur Hati: Sasaran Ada lah Putrajaya

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (gambar) menyeru seluruh pendukung Pakatan Rakyat supaya menjadikan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam untuk meningkatkan semangat dan istiqamah di dalam perjuangan menuju 'ke Putrajaya'.

“Keputusan pilihan raya itu memberi ruang kepada kita untuk terus meningkatkan komitmen dan istiqamah memantapkan perjuangan Pakatan Rakyat sama ada dalam pilihan raya kecil selepas ini atau pilihan raya umum akan datang,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bachok ketika dihubungi pagi ini.

Tambahnya, keputusan itu tidak sekali-kali menjejaskan matlamat perjuangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

Menurutnya, hasrat `ke Putrajaya’ hendaklah menjadi fokus utama para pendukung Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Selaku Pengarah Pilihan raya PAS pada pilihan raya kecil itu, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para petugas parti dan Pakatan Rakyat dari seluruh negara yang bertungkus lumus bekerja bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Datuk Zaid Ibrahim.

PAS, ujarnya, menerima keputusan pilihan raya itu dengan hati terbuka dalam konteks demokrasi.

“Kita tidak anggap ia sebagai kekalahan tetapi tak menang saja,” ujarnya seloroh berdasarkan undi majoriti di ketiga-tiga Dun dalam Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum lalu.

Pilihan raya umum lalu menyaksikan Pakatan Rakyat memperolehi 20,108 undi di Dun Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baru berbanding BN berjumlah 26,264 sementara 23,177 undi bagi kerusi parlimen sementara BN pula 22,979 undi.

Pada pilihan raya kecil semalam, Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili Pakatan Rakyat daripada PKR mendapat 23,272 undi sementara calon MIC (BN), P Kamalanathan memperoleh 24,997 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nurhisham Ahmad Dahalan pada pukul 9.20 malam di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kuala Kubu Bahru.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon BN, Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi.

Berdasarkan keputusan pilihan raya kecil semalam, undi Pakatan Rakyat cuma berkurang 95 sahaja berbanding pilihan raya umum 2008 sementara BN meningkat 2,018 undi.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan 48,935 daripada 64,500 pengundi atau 75.87 peratus keluar membuang undi manakala 47,845 pengundi daripada 63,593 atau 75.24 peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.

Blog Archive