Showing posts with label konvensyen Pakatan. Show all posts
Showing posts with label konvensyen Pakatan. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

Konvensyen Pakatan Rakyat Hambar

Kedah: Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 bermula dengan sambutanhambar apabila sebahagian besar kerusi perwakilan yang disediakan diruang utama Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Suka Menanti disini kosong.

Sehingga hampir pukul 10 pagi iaitu selepas sejam majlis bermula, kelihatan hanya kira-kira 1,200 perwakilan memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan kepada lebih 2,000 perwakilan.

Turut kosong kerusi dibahagian pemerhati yang hanya dipenuhi kira-kira 400 orang.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar mensasarkan kehadiran lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati pada konvensyen kali ini.

Konvensyen yang bermula pada pukul 9 pagi itu dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Pemuda Pakatan Rakyat.

Antara pimpinan komponen pembangkang yang hadir ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; NaibPresiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Nampaknya pembebasan Anwar terhadap tuduhan sodomi II tidak menggambit para penyokong hadir.

Sunday, December 20, 2009

Anwar: Keadilan Untuk Semua Kaum Asas Perjuangan Pakatan

Semua kaum di negara ini perlu menolak fahaman perkauman sempit demi mempertahankan prinsip keadilan bagi semua, kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya orang Melayu dan Bumiputera perlu diberi keyakinan baru dalam mengikis sikap perkauman serta mengetepikan dasar meminggirkan golongan lain.

"Kita harus keluar dari kepompong perkauman dan ini adalah dasar perjuangan utama dalam Pakatan Rakyat.

"Kita tidak akan menang (pilihan raya) sekiranya terus dengan semangat usang yang mempertahankan sudut perkauman," katanya ketika menyampaikan ucapan perdana pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada Sabtu.

Anwar berkata keadilan bermakna masyarakat miskin yang majoritinya orang Melayu, Bumiputera serta orang Cina di kawasan bandar dan India di estet harus diberi perhatian dan pembelaan.

Beliau juga berkata gagasan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti PKR, PAS dan DAP mengesyorkan supaya umur kelayakan mengundi dikaji semula daripada 21 tahun kepada 18 tahun melalui pendaftaran secara automatik.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan bahawa partinya akan sentiasa setia kepada perjuangan parti pakatan itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula memperkenalkan konsep anak Malaysia 5K iaitu keadilan, kebebasan, kebenaran, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.

Katanya dasar Pakatan Rakyat telah dirangka dengan persetujuan semua pemimpin ketiga-tiga parti.

"Kompromi seperti ini adalah petanda baik bahawa kerjasama erat dalam Pakatan Rakyat adalah berdasarkan landasan perbincangan dan perundingan yang bernas tanpa didominasikan oleh sesuatu pihak, katanya.
 

Konvensyen itu telah dihadiri lebih 1,500 perwakilan serta Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa.

Dalam konvensyen yang sama Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau merasa seperti berada di dalam dunia baru ekoran kerjasama PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat dalam Pakatan Rakyat.

Saya rasa berada dalam dunia baru, sesuai dengan pengajian dan akidah saya," katanya dalam ucapan rumusan pada Konvensyen Sulung Pakatan Rakyat di sini hari Sabtu.

Beliau berkata sebelum ini PAS pernah bersama Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian dikhianati oleh UMNO.

Mursyidul Am PAS itu juga berkata beliau merasa jijik dengan UMNO apatah lagi selepas Perak yang sebelum ini di bawah Pakatan Rakyat diambil kembali oleh BN.

Bagaimanapun, beliau berkata mudah-mudahan tidak ada karenah yang bakal dihadapi PAS semasa bersama Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berkata parti itu menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pemimpin Umum Pakatan Rakyat.

Ekoran itu, katanya beliau akan menggunakan segala pengalamannya selama 40 tahun dalam bidang guaman untuk membela dan memastikan Anwar tidak dipenjarakan ekoran tuduhan yang dihadapi di mahkamah sekarang.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berhadapan dengan  tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan dan kes itu akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada awal tahun depan.

Saturday, December 19, 2009

Konvensyen Pakatan: Rumusan Atas Kertas Yang Hebat !!

Pakatan Rakyat melipatgandakan usahanya untuk menguasai Putrajaya dan mengumumkan dasar bersama Pakatan yang menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan.

Sebagai respons kepada lawan politiknya, Barisan Nasional, dasar bersama itu berjanji untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan.

Rumusan konvensyen juga turut menjanjikan layanan istimewa kepada Sabah dan Sarawak - di mana pengaruh Pakatan tidak kuat - dengan menjanjikan akses kepada royalti minyak serta berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sudah lama berlanjutan.

Pakatan juga berjanji untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan isu-isu membabitkan isu pendatang haram, yang didakwanya tidak diberi perhatian oleh kerajaan pusat.

Sokongan kuat dari dua negeri Malaysia Timur itu amat penting dalam usaha Pakatan untuk menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum kerana satu perempat jumlah kerusi parlimen adalah dari sana.

Pakatan juga berjanji untuk menangani isu-isu agama yang selama ini telah menimbulkan pergeseran antara parti Islam PAS dan parti sekular DAP.

Di samping itu, Pakatan juga berjanji untuk mewujudkan satu mekanisme yang komprehensif untuk menangani kes-kes di mana berlaku bertindihan antara undang-undang sivil dan Syariah.

Untuk tujuan itu, sebuah suruhanjaya diraja akan ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam isu-isu yang berkaitan dengannya.

Di peringkat institusi pula, Pakatan berjanji untuk memastikan kebebasan dan ketelusan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman.

Pembaharuan lain yang dijanjikan termasuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Petronas dan institusi-institusi kerajaan yang lain dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen.Ini termasuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pelantikan jawatan penting kerajaan seperti ketua polis negara, peguam negara, pesuruhjaya SPRM dan ketua audit negara.

Mengenai ekonomi, Pakatan bercadang mendesentralisasikan pengurusan ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan taburan pembangunan yang seimbang.

Cadangan ini termasuk pengagihan kuasa pentadbiran dan ekonomi dan pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur kepada kerajaan negeri.Dasar Pakatan Rakyat itu merangkumi empat perkara, iaitu demokrasi telus dan tulen; memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil; keadilan sosial dan pembangunan insan; dan hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara.


Konvensyen Pakatan Satu Harapan?

SABTU bersamaan 19 Disember ini menjadi detik bersejarah. Harapan untuk perubahan akan dijelmakan oleh gabungan parti yang disebut PAKATAN RAKYAT.

Pemimpin akar umbi daripada tiga parti — PKR, PAS dan DAP — buat pertama kalinya duduk bersama meninjau kemungkinan menjadi sebuah gabungan rasmi hanya satu tujuan bertarung satu lawan satu dengan BN.

Gabungan parti dalam Pakatan akan cuba menjelmakan slogan sekian lama telah dilontar dan telah biasa didengar malah telah menjadi slogan demi slogan.

Telah tiga pilihan raya umum sudah berlalu sejak tercetusnya Reformasi 1998 menjadikan rakyat dan pendukung perjuangan reform mulai mengerti apa maknanya perjuangan dan "politik baru" yang sering dilaung-laungkan.

Prinsip menolak perjuangan politik yang berasaskan kaum, akan cuba diiinsafi, dengan itu pimpinan PR hari ini akan bergerak ke arah membentuk sebuah gabungan yang menolak faham perkauman sempit, assabiyah, dan pergeseran yang tidak perlu antara penganut agama.

PR mahu mencipa konsep berlainan dengan konsep UBN. PR mahu menjadi lain daripada UMNO-BN.

Seraya itu, sebelum sampai ke dewan konvensyen, tantangan kepada para pemimpin ketiga-tiga parti bagaimana mereka menghayati erti sebenar keadilan dan kebebasan. Bagaimana mereka melapaz ikrar bersama untuk memelihara prinsip-prinsip itu, tidak kira bila dan sampai bila-bila.

Lihat bagaimana kuasa politik telah begitu besar dan mencengkam kuasanya sehingga pinggan mangkuk majlis kahwin di kampung-kampung pun dicop dengan lambang parti politik.

Apakah PR jika sekiranya berkuasa nanti, akan melaksana kaedah politik yang mengongkong sedemikian rupa? Kalau begitu, sesungguhnya apa bezanya dengan Umno-BN?

Kelainan yang PR cari daripada Umno-BN adalah kelainan yang perlu; bukan sekadar untuk menjadi lain daripada yang lain. Kerana itu, prinsip keadilan sebagai objektif tertinggi tuntutan politik wajar diberikan perhatian, dan tidak boleh digalang ganti.

Esok PR akan berkonvensyen apakah mereka akan menolak cara politik Umno-BN atau akan menzahirkan lain daripada yang lain?

Isu besar yang dideritai dan menjadikan politik Malaysia sukar tumbuh dengan matang, antaranyanya, pembahagian wang peruntukan kepada wakil rakyat yang dipilih.

Tidak dapat dinafikan bagaimana kepayahan apabila ada calon menang di sesebuah negeri yang tidak diperintah oleh parti yang memerintah, maka wang peruntukan itu tidak diberikan oleh kerajaan yang memerintah kepada wakil rakyat pembangkang, demikian juga isunya kepada wakil BN di Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan kedah. Balas membalas berlaku.

Lalu, adalah wajar kita mengetepikan cara politik tidak yakin diri begini. Kita kata, kita hormat keputusan rakyat.

Lalu, apabila diberi kesempatan memerintah di beberapa negeri, apakah PR akan tonjolkan prinsip keadilan yang sebenar dan apa kah akan merubah staus quo masa ini bahawa negeri-negeri yang diperintah Pakatan masih bercorak atau mengikuti amalan Umno-BN. Apakah melalui konvensyen esok semuanya ini berubah?

Apakah Kerajaan Pakatan Rakyat akan bertekad untuk kembalikan hak rakyat kepada rakyat?

Jika PR ingin merebut hati rakyat, maka para pemimpinnya harus berjanji bahawa akan memberikan peruntukan kepada wakil-wakil rakyat yang bukan di kalangan Pakatan, yang dipilih oleh rakyat kerana ia hak rakyat, sanggupkah para pimpinan PR menghormati prinsip ini dan akan berpegang kepada makna keadilan yang sebenar?

Apakah PerjuanganPR akan berjiwa besar dan penuh dengan kebijaksanaan?

Apakah keluhan kita selama ini tentang tender tertutup yang diamalkan oleh rejim lama akan PR warisi?

Mengapa tidak, mengapa terlalu sukar untuk Pakatan Rakyat mengamalkan kaedah politik baru bahawa tidak akan ada lagi tender tertutup seperti dahulu?

Tidak usah tunggu untuk sampai di Putrajaya...

Sekali lagi dengan kuasa di negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat, semua projek kerajaan negeri perlu melalui tender terbuka. Tidak kira berapa nilainya, kecil atau besar - itulah yang dinamakan ketelusan dan integriti. Persoalannya.. sanggupkah pimpinan PR lakukan ini semua? Sama-sama kita tunggu keputusan konvensyen PAS-PKR-DAP di Shah Alam Selangor.


Blog Archive