Showing posts with label Saifuddin Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Saifuddin Abdullah. Show all posts

Friday, December 23, 2011

Dengar tu Saifuddin: Ahmad Zahid kata jangan bela mahasiswa biadab

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada mana-mana pemimpin politik supaya tidak menyokong sekumpulan mahasiswa yang menunjukkan sikap biadab terhadap Perdana Menteri baru-baru ini.

"Kita tidak mahu mana-mana pemimpin politik cuba menjadi hero atas isu-isu tertentu untuk membela tindakan mahasiswa yang melakukan perbuatan biadab itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas di sini hari ini sempena perayaan Krismas.

Seorang ahli kumpulan dikenali Solidariti Mahasiswa Malaysia bertindak menurunkan bendera yang mengandungi gambar Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di satu perhimpunan di ibu negara baru-baru ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan berkata dalam memperjuangkan kebebasan, mahasiswa tertakluk kepada undang-undang dan mereka tidak boleh berbuat sesuka hati.

"Sekiranya mahasiswa menjadi anggota parti pembangkang sekalipun, mereka perlu diajar supaya menghormati orang lain sebagaimana mereka mahu orang lain juga menghormati mereka," katanya. - BERNAMA

Wednesday, December 21, 2011

Saifuddin Abdullah kena patuh prinsip politik barunya

Saifuddin Abdullah kena patuh pada prinsip "politik baru" yang dia maksudkan.

Petang tadi di Hadapan Pejabat KPT Presint 5 Putrajaya telah berlaku tujuk perasaan oleh mahasiswa pro Najib, meminta Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu meletak jawatan.

Jika sebelumnya tunjuk perasaan mahasiswa yang pro pembangkang tunjuk perasaan di PWTC dan sempat menurunkan banting gambar Perdana Menteri, Saifuddin hadir, kenapa pula di depan Kemteriannya beliau tidak hadir.

Ketidak hadiran Saifuddin di Putrajaya petang tadi, menunjukkan "politik baru" yang dia perjuangan hanya gimik beliau untuk melemahkan kerajaan BN daripada dalam.

Jika benarlah Saifuddin mengamalkan perbedaan pendapat seperti yang dia maksudkan dalam "politik baru"nya itu, seharus dia hadir pada tunjuk perasaan di Putrajaya itu, walaupun ianya ada kiatan dengan dirinya- mendesaknya letak jawatan.

Saifuddin terperangkap dengan mainannya sendiri. Benarlah pendapat kebanyakan, Timbalan Menteri itu mempunyai misi khas, melemahkan BN daripada dalam, beraksi sebagai gunting dalam lipatan.

Monday, November 07, 2011

Para pemimpin politik ketandusan integriti: Saifuddin Abdullah

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu mendakwa bahawa terdapat ketandusan integriti di kalangan ahli politik justru ianya akan menambah rasa jelak rakyat terhadap politik negara sehingga mereka memulau pilihanraya umum akan datang.

Jika ini berlaku, katanya, pembangunan Malaysia akan terjejas kerana parti yang menang hanya mendapat mandat rakyat minoriti tetapi ditolak oleh segmen terbesar penduduk yang bertindak menolak proses demokrasi itu.

"Yang saya bimbang nanti, yang mengundi itu adalah minoriti sebab majoriti tidak mengundi dan tidak kisah tentang politik. Kita mungkin akan mencetuskan suasana di mana negara akan berjalan tetapi sistem-sistem tertentu akan bertemu dengan banyak halangan.

“Ini kerana setiap kali kerajaan membuat keputusan, tidak kiralah kerajaan mana atau parti mana memerintah, majoriti rakyat tidak akan bersetuju (dengan keputusan itu),” kata Saifuddin dalam wawancara eksklusif dengan AntaraPos.com.

Adalah dianggarkan hampir empat juta rakyat daripada 15 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi dan sebahagian besar daripada mereka adalah generasi belia.

“(Apabila) majoriti rakyat tidak bersetuju, itu akan membantutkan pembangunan," katanya.

Saifuddin juga membayangkan keadaan sebegitu tidak mustahil akibat politik melampau yang diamalkan sehingga menebalkan sikap acuh tak acuh rakyat terhadap arena politik negara.

Justeru, menurut beliau, ahli politik mempunyai tanggungjawab mendokong perjuangan yang menzahirkan nilai-nilai murni dan bukan yang menambah rasa sinis rakyat terhadap ahli politik dan parti yang mereka wakili.

"Kalau kita sesama kita boleh tingkatkan integriti, termasuk juga idealisme perjuangan dan kualiti dalam perdebatan di parlimen dan dewan undangan negeri, kalau kita boleh tingkatkan secara bersama, misalnya dalam parlimen, kita (boleh) berdebat dengan bahasa yang indah.

"Barulah kita lihat status parlimen sebagai institusi membuat undang-undang yang tertinggi. Kalau kita berbeza pandangan pun, kita bersetuju untuk berbeza pandangan dengan harmoni. Tidak perlulah sampai jerit menggunakan perkataan yang tidak elok,” katanya.

Menurut Saifuddin, perilaku tidak senonoh dalam parlimen tentunya menyuburkan rasa sinis di kalangan rakyat terhadap politik.

"Dia sinis bukan sahaja kepada pihak tertentu tetapi dia sinis kepada parti politik. Jadi apabila saya melihat kenapa orang muda tidak mahu mendaftar sebagai pemilih, saya bimbang bahawa itu sebab utamanya.

"Dia menjadi putus asa dengan politik dan ini malang kepada masa hadapan negara kalau orang muda sudah menolak politik. Maka kita tidak mahu terjadi yang mengundi dalam pilihanraya itu adalah minoriti," katanya.

Saifuddin berkata fenomena generasi belia semakin muak dengan aliran politik negara memang wujud, jika “sesi-sesi teh tarik” beliau dengan golongan muda dijadikan sandaran.

Sesi-sesi itu menunjukkan adanya belia yang " tidak percaya politik langsung dan ada yang tidak percaya parti- parti politik tertentu.

"(Bagi mereka) majoriti orang politik sama sahaja. Mereka kata orang politik ini suka cakap sahaja tetapi tidak buat dan selepas itu begitu begini dan sebagainya.

"Jadi bila saya tanya sudah daftar sebagai pemilih? Saya tidak mahu daftar (jawap mereka); ditanya lagi kenapa? Mereka menjawab saya tidak mahu mengundi. Buat apa undi, mereka kata, tidak jadi apa pun. Jadi ini yang saya katakan "sinis" atau skeptik terhadap politik," kata Saifuddin.

Walaupun tidak mempunyai angka lengkap mengenai jumlah golongan yang sinis terhadap politik negara dan tidak mahu mengundi, Saifuddin tetap bimbang.

"Katakanlah setiap bulan saya buat dua sesi pertemuan dan setiap kali itu bertemu dengan 20 orang, maknanya katalah 10 kali bertemu, maka dalam 10 kali bertemu itu, saya jumpa dua orang yang berprinsip begitu, maka angka itu besar ya," katanya.

Nota: Saifuddin merupakan wakil rakyat penggal pertama apabila dicalonkan pada PRU-12, menggantian Dato Sarit Yusoh. Timbalan menteri itu, menang dengan mengalakan calon PKR Ahmad Nizam bin Hamid dengan majoriti hanya 2,441. Calon BN itu mendapat undi 21,381 sementara calon PKR mendapat 18,940. Kini beliau adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Monday, July 11, 2011

Saifuddin Abdullah-Ekslusif dari Blog Papa Gomo

Cukup cukup lah wahai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah. Makin hari kamu di lihat makin jauh meninggalkan kepimpinan Dato Seri Najib Razak. Makin hari makin jelas bahawa dalam tubuh kamu Ketuhanan Anwar Ibrahim semakin menebal. Makin lama makin terserlah New Politic yang di perjuangkan Anwar Ibrahim.

Gomo tidak ada masaalah peribadi dengan Yang Berhormat Temerloh Timbalan Menteri ni walaupun beliau pernah menyatakan di hadapan Gomo dan rakan blogger lain beliau akan Balun Blogger. Kami tak kesah kalau siapa nak balun kami kerana kami POLONG TAK BERTUAN dan matlamat kami hanya nak memastikan Barisan Nasional terutama UMNO di landasan yang tepat dan menang PRU13 kelak.

Sabtu 9 julai berlangsung lah demo yang di ketuai Ambiga seorang penentang Islam yang tegar dan timbalannya Mat Sabu Timbalan Presiden PAS yang satu tika lalu di tangkap Khalwat bersama Isteri orang. Demo yang di beri nama BERSIH walaupun kita tahu kepimpinan dalam BERSIH ini adalah terdiri dari mereka yang tidak bersih sama sekali.

Sehari sebelum Demo BERSIH berjalan Dato Timbalan menteri telah mengeluarkan kenyataan di laman Tweeter nya dengan menyatakan :

"Saya Tak Setuju Perhimpunan Bersih.
Tapi Tak payahlah Guna Khutbah Jumaat"



Kata kata dari seorang Timbalan menteri Kerajaan BN yang di pimpin Dato Seri Najib Razak. Beliau tidak bersetuju dengan perhimpunan Bersih namun mempertikaikan Khutbah Jumaat yang di sampaikan pada hari itu. Apa Khutbah Jumaat pada hari tersebut sehari sebelum berlangsungnya Perhimpunan Haram BERSIH?

Setahu Gomo Khutbah Jummat yang di sampaikan adalah lebih kepada keamanan Malaysia dan menolak demo jalanan yang tidak membawa apa apa keuntungan kepada Rakyat Malaysia. Apakah Khutbah sebegini salah? Khutbah yang mengesa umat Islam menolak keganasan dengan menyertai perhimpunan yang akan menggugat keamanan dan ketenteraman awam. Salah kah?

Mungkin bila beliau menjadi Seorang Ahli Parlimen dan seorang Timbalan Menteri maka kita akan rasakan beliau seorang yang cukup cerdik. Tapi berlainan pula dengan Yb Timbalan Menteri ini bila dalam kenyataan Tweeter nya juga turut bertanyakan soalan yang agak Bodoh dan lembab Otak dalam membezakan Demo BERSIH dan Maulud Nabi.



Palajar sekolah pun tahu beza di antara Demonstrasi dan juga maulud, takkan lah seorang Timbalan Menteri tidak tahu sampaikan bertanya soalan sebegitu pula?

Dan pada 9 Julai iaitu pada hari Demo BERSIH Yb Saifuddin Abdullah mengeluarkan satu kenyataan melalui The Malaysian Insider portal pro Pakatan Pembangkang dengan tajuk:


Hebat Yb Temerloh ini sehingga pada hari demo pun beliau sanggup berkempen agar Mahasiswa Mahasisi turut sama dalam Demo Haram BERSIH.

Raja Petra yang dalam pelarian turut mengeluarkan kenyataan mengenai kenyataan Yb Saifuddin Abdullah dan ini menjelaskan kita semua bahawa beliau bukanlah seorang yang bijak malah sentiasa memaparkan kebodohan peribadinya di hadapan khalayak umum.

Untuk makluman pada demo BERSIH 9 Julai ramai Mahasiswa turut serta dalam demo tersebut, ini lah yang mungkin di perjuangkan oleh Saifuddin Abdullah iaitu NEW POLITIC yang mana para mahasiswa di galakkan menyertai demonstrasi yang menggugat keamanan negara.

Artikel yang The Malaysian Insider keluarkan pada hari demo juga memberikan satu Kebenaran buat para pelajar turun berdemo. Itu mesej jelas kepada Kerajaan BN di bawah Dato Seri Najib Razak untuk menilai semula prestasi Yb Temerloh ini.

Beliau mengakui UMNO bukan lah Syaitan ataupun Bodoh tetapi ada segelintir UMNO mesti di tukar. Dan dalam hal ini Gomo lihat Yb Timbalan Menteri bukanlah seorang yang berperangai Syaitan tetapi adalah BODOH dan dengan kebodohan ini maka sewajarnya YB sendiri meletakkan jawatan bagi memberi peluang kepada yang cerdik pandai menjawat jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang di sandang kini.

Apa motif beliau? Kenapa selalu bercanggah dengan dasar kerajaan Barisan Nasional?

Ingat lagi pegawai Khas nya berkata pada Gomo pada Pilihanraya Kerdau yang lalu:


"Datuk Saifuddin Buat tu semua arahan PM,
PM sokong Datuk"

Tu Pegawai dia kata tapi kalau pada Gomo tu semua BULLSHIT!!! Jika nak jadi kambing hitam jadilah kambing Hitam seperti Nazri Aziz dan bukan nya merajuk macam Perempuan. Jika jadi kambing Hitam akur lah apa yang menimpa sekalipun termasuk Cemuhan, Cacian walau dari mana mana pihak sekalipun.

Mohon Dato Seri Najib Razak ambil perhatian dengan apa yang berlaku ini sudahlah sebelum ini Hari Belia Negara dan turut di Kecam Yb Timbalan Menteri dan kali ini tindakan yang sama di lakukan. Sokongan beliau ke atas buku Jingga Pakatan Pembangkang juga masih menjadi ingatan kita dan kata beliau yang harakah menfitnah mengenai artikel tersebut juga sehingga kini masih lagi tidak dapat di buktikan dengan tindakan Saman Harakah.


Masaalah Kabinet Najib Razak adalah Lipas Lipas Anwar Ibrahim yang sedikit demi sedikit merosakkan rumah yang telah di Bina. AYT mohon izin copy n fetch

Blog Archive