Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada mana-mana pemimpin politik supaya tidak menyokong sekumpulan mahasiswa yang menunjukkan sikap biadab terhadap Perdana Menteri baru-baru ini.
"Kita tidak mahu mana-mana pemimpin politik cuba menjadi hero atas isu-isu tertentu untuk membela tindakan mahasiswa yang melakukan perbuatan biadab itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas di sini hari ini sempena perayaan Krismas.
Seorang ahli kumpulan dikenali Solidariti Mahasiswa Malaysia bertindak menurunkan bendera yang mengandungi gambar Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di satu perhimpunan di ibu negara baru-baru ini.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan berkata dalam memperjuangkan kebebasan, mahasiswa tertakluk kepada undang-undang dan mereka tidak boleh berbuat sesuka hati.
"Sekiranya mahasiswa menjadi anggota parti pembangkang sekalipun, mereka perlu diajar supaya menghormati orang lain sebagaimana mereka mahu orang lain juga menghormati mereka," katanya. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment