Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

Polis Memburu penyebar Kononnya Polis mengundi awal semalam

Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak diarah mengundi awal bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) semalam seperti yang didakwa beberapa blogger, kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf hari ini.

Justeru, katanya polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebar dakwaan itu mengikut Seksyen 233 (1(a)) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Menggambarkan bahawa polis diarah untuk mengundi awal pada semalam (23 April) adalah sesuatu yang mengelirukan dan salah fakta," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pos pada 28 April, undi awal (30 April) dan hari pengundian pada 5 Mei ini. 

Beliau berkata orang ramai yang membuat spekulasi mengenai undi pos yang telah disalah tafsir sebagai undi awal boleh dikategori sebagai memberi maklumat salah.

Dalam pada itu, Ramli berkata Bukit Aman telah menerima 245 laporan polis berhubung PRU13 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 632.

Beliau juga memberitahu bahawa 1,430 aktiviti membabitkan PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu ceramah (680), perjumpaan dan mesyuarat (219), kunjungan rumah ke rumah (44), kempen (199) dan lain-lain sebanyak 288.

"Jumlah tangkapan terkumpul sejak hari penamaan calon ialah 22 dengan tujuh tangkapan dibuat semalam termasuk dua di Perak dan lima di Negeri Sembilan melibatkan kesalahan pilihan raya," katanya.

Beliau turut mengingatkan calon supaya tidak berkempen di balai-balai polis seperti yang berlaku semalam.

"Balai polis bukanlah tempat untuk memperkenalkan diri kerana kami mempunyai banyak lagi urusan lain terutama untuk menguruskan hal-hal laporan mangsa-mangsa sesuatu kejadian," katanya.

Monday, December 19, 2011

Dakwat kekal ok, undi awal ok, apa lagi yang pembangkang nak?

APA yang pembangkang nak lagi? Isa dimasuhkan, akta2 yang dituntut sudah dimasuhkan. Penggunaan dakwat ok, pengundian awal ok.

Apa kah kali ini, pembangkang mahu penyokong kerajaan supaya tidak mengundi, agar supaya penyokong mereka sahaja yang mengundi?

Kerajaan kini, nampak "lemah" kerana kebanyakan tuntutan "minoriti" dipenuhi, malah membelangkan undi majoriti.

PRU-12, BN mendapat 140 kerusi parlimen berbanding pembangkang 82. Namun, dari segi suara yang mendesak adalah golongan minoriti, sehingga kerajaan sanggup berkorban.

Jangan gadaikan suara majoriti, nanti menikam diri sendiri.

Wednesday, August 17, 2011

Pembangkang pun terlibat menipu undi: Tun M

Pembangkang juga, dakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, terlibat dalam tipu muslihat semasa pilihan raya.

Katanya, sewaktu pentadbirannya, pembangkang juga terlibat dengan taktik seumpama itu.

Pada satu masa, tambah Dr Mahathir, terdapat 50 orang yang didaftarkan di sebuah rumah.

"Kami tidak tahu bagaimana, tetapi mereka berjaya mendaftarkan pengundi dalam kawasan pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kutipan dana membantu mangsa kebuluran di Somalia.

Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu ditangani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beliau menyatakan sokongannya terhadap penubuhan jawatankuasa khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas perdana menteri itu juga mengakui pilihan raya di Malaysia tidak bebas daripada penyelewengan dan campurtangan kerajaan yang memerintah tetapi menegaskan apa-apa kecacatan pun yang ada, tidak seserius di tempat lain di dunia.

Dr Mahathir berkata, pilihan raya di Malaysia, walaupun tidak benar-benar bersih, tetapi bersih.

"Saya perlu menegaskan bahawa ia juga tidak seteruk di negara-negara lain di mana kerajaan mendapat 90 peratus undi... di sini pembangkang juga menang beberapa negeri," tambahnya.

Wednesday, August 10, 2011

Sistem Piliahanraya negara: Apa yang tak bebas,tak adil?-Wan Ahmad Wan Omar

Pihak-pihak tertentu mendakwa pilihan raya di negara ini tidak bebas dan tidak adil. Mereka yang berkenaan telah menang dalam pertandingan merebut kerusi-kerusi baik di Dewan Rakyat atau pun di Dewan Undangan Negeri.

Kita tanya mereka apa yang tidak bebas dan peringkat mana yang mereka kata tidak adil?

Mereka mendakwa pilihan raya tidak adil berasaskan beberapa andaian dan persepsi dan sebagainya yang mereka tidak pernah dapat membuktikannya di mahkamah melalui petisyen-petisyen pilihan raya sama ada selepas pilihan raya umum (PRU) ataupun pilihan raya kecil (PRK).

Pengundi hantu

Mereka mendakwa ‘pengundi hantu’ yang telah mengundi dalam pilihan raya, tetapi mereka tidak pernah membuktikan siapa dan di mana pengundi hantu yang telah mengundi. Dalam semua petisyen pilihan raya yang difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum ini atas alasan pengundi hantu, semua petisyen telah ditolak kerana mereka gagal memberi bukti prima facie dakwaan tersebut.

Apa pun, dakyah ini digunakan dalam setiap pilihan raya. Malah golongan ini pernah menahan kenderaan yang membawa pengundi dari luar kawasan yang hendak pulang mengundi kerana menuduh mereka pengundi hantu. Mereka enggan menerima penjelasan SPR bahawa pengundi dari luar kawasan yang balik untuk mengundi pada hari mengundi di tempat dia disahkan mendaftar adalah pengundi sah yang berhak untuk mengundi di sisi undang-undang.

Daftar pemilih kotor

Mereka menuduh SPR tidak membersihkan Daftar Pemilih kerana mengandungi nama pemilih-pemilih yang telah meninggal dunia dan rekod-rekod berganda. SPR telah berkali-kali memberi penjelasan bahawa pembersihan Daftar Pemilih Induk (DPI) dilakukan berterusan di mana nama-nama pemilih yang meninggal dunia di keluarkan selepas pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Begitu juga nama-nama yang hilang kelayakan seperti dilucutkan taraf warganegara, yang disabit hukuman mahkamah dan sebagainya. Orang ramai perlu menerima hakikat bahawa tidak dapat dielakkan DPI ini akan berterusan mengandungi nama-nama pemilih yang telah meninggal dunia kerana nama-nama mereka hanya boleh dipotong selepas pengesahan oleh JPN.

Apabila berlaku kematian, jikalau waris pemilih tidak melaporkan ke JPN untuk sijil kematian, rekod JPN tidak dikemas kini. SPR membuat semakan terus dengan rekod JPN melalui sistem ALIS (Agency Link-Up System). Jika rekod di JPN tidak menunjukkan pemilih meninggal dunia namanya tidak akan dipotong.

Bagi memastikan pemotongan nama pemilih atas sebab kematian tidak disalah guna oleh sesiapa bertanggungjawab mengemas kini Daftar Pemilih, SPR perlu menetapkan dasar supaya pemotongan nama pemilih yang meninggal dunia hanya boleh dilakukan selepas pengesahan oleh JPN.

Walaupun kematian berlaku sepanjang masa, tetapi nama-nama mereka yang meninggal dunia tidak boleh dipotong sewenang-wenang daripada Daftar Pemilih tanpa pengesahan JPN. Faktor ini yang menyebabkan nama-nama pemilih yang telah meninggal dunia akan berterusan kekal dalam Daftar Pemilih.

Tempoh kempen

Mereka mendakwa pilihan raya tidak adil kerana tempoh kempen yang pendek. Justeru, Bersih 2.0 menuntut tempoh kempen minimum 21 hari diberikan dalam pilihan raya. Rakyat perlu sedar bahawa pilihan raya di negara ini tidak memerlukan tempoh kempen yang panjang kerana Malaysia tidak seperti beberapa negara lain yang mereka gunakan sebagai contoh.

Malaysia hanya mempunyai 12 juta pengundi jika dibandingkan dengan Indonesia (140 juta pengundi meliputi beribu buah pulau dengan tahap komunikasi yang masih lemah); Filipina (40 juta pengundi dengan kawasan penduduk di lebih 5,000 buah pulau); Thailand (40 juta pengundi) dan India (750 juta pengundi).

Malaysia juga mempunyai infrastruktur komunikasi dan ICT yang baik dan canggih. Tempoh kempen yang panjang akan memerlukan bajet kempen yang besar yang merugikan semua pihak. Tempoh kempen panjang juga membebankan pihak polis yang perlu menjaga ketenteraman awam sepanjang tempoh parti-parti politik berkempen.

Selain itu, parti-parti politik di negara ini sebenarnya telah berkempen berterusan sepanjang tahun melalui ceramah dan cara-cara lain yang mereka lakukan di seluruh negara.

Undi pos

Mereka mendakwa pengundian pos tidak adil sedangkan mereka sedar bahawa dalam mana-mana pilihan raya baik PRU atau PRK, undi tentera atau undi polis juga berpihak kepada mereka.

Jika undi pos memihak kepada parti kerajaan maka itu pilihan pengundi. Mereka membuat andaian dan persepsi yang tidak dapat dibuktikan di mahkamah.

Ada pihak yang menuntut supaya sistem pengundian pos dimansuhkan, walhal mereka sedar bahawa pengundian pos adalah perlu kerana para anggota tentera perlu berada di dalam kem setiap masa kerana tidak sesuai jika mereka keluar dari kem untuk mengundi bersama pengundi-pengundi awam pada hari mengundi.

Begitu juga anggota polis yang perlu bertugas pada hari mengundi untuk menjaga keselamatan perjalanan pilihan raya, mengurus lalu lintas dan ketenteraman awam.

Media

Mereka juga mendakwa pilihan raya tidak adil kerana media dikatakan tidak bebas dan mereka tidak mendapat akses kepada media awam. Mereka perlu sedar bahawa semua pihak bebas berkempen sepanjang masa termasuk perbuatan menyebar fitnah dan tohmahan melalui akhbar-akhbar parti yang tersebar luas di sana sini.

Selain itu aktiviti berkempen dan perbuatan memanipulasikan isu yang berterusan dilakukan oleh portal media baru. Untuk makluman mereka, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan media supaya melakukan itu dan ini kerana media tidak di bawah kuasa SPR.

Hak pemilik media untuk memberi ruang atau liputan yang lebih kepada mana-mana pihak yang mereka sokong perlu dihormati. Bagi media awam, ia tertakluk kepada dasar di bawah kementerian kerajaan yang memerintah. Kementerian berkenaan yang menetapkan dasar pengurusan media awam.

Walaupun terdapat dakwaan mengatakan bahawa media arus perdana dilihat berpihak kepada parti kerajaan iaitu Barisan Nasional, parti-parti pembangkang masih mendapat ruang kebebasan media apabila Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan permit yang diperuntukkan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan 1984, untuk mereka menghebahkan manifesto dan maklumat mereka menerusi akhbar parti masing-masing.

Di samping itu, parti pembangkang juga telah mendapat keuntungan daripada kemunculan arus media baru yang secara umumnya banyak mendukung ideologi dan pemikiran berpihak kepada mereka. Walau bagaimanapun, isu akses kepada media awam atau swasta dijangka isu yang akan berterusan dipersoalkan oleh parti-parti politik dan aktivis politik yang menentang parti kerajaan di negara ini.

Tuesday, August 09, 2011

SPR kena lagi-Daftar "KG BARU" sebagai pengundi

Lagi kepincangan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didedahkan.

Kali ini, SPR mendaftar sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi.Namun, maklumat Kg Baru yang berkad pengenalan 830527115422 sebenarnya atas nama Noraini Binti Abdulah. Menurut daftar pemilih SPR yang telah disahkan - Kg Baru layak mengundi di DUN Hulu Besut dan kerusi parlimen Besut.

Minggu lalu, SPR menyenaraikan seorang penduduk berstatus penduduk tetap (PR) yang bernama Mismah sebagai pengundi pada daftar pemilihnya.

Walau bagaimanapun semakan dalam sistem pengesahan dalam talian JPN menunjukkan Mismah adalah pemegang MyPR kad No 640704715238.

Namun kira-kira empat jam selepas laporan itu disiarkan, status Mismah dalam sistem JPN, telah 'dinaik taraf' kepada warganegara.

Ketua pengarah JPN, Datin Jariah Mohd Said kemudiannya menjelaskan perkara itu tidak benar dan rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.

Masa semakan terlalu singkat

Masa semakan dan tempoh bantahan sekarang yang hanya selama lima hari termasuk dua hari bercuti adalah terlalu singkat dan tidak munasabah dan seolah-olah SPR mempunyai agenda tersembunyi bagi menyukarkan pembantah untuk membuat bantahan.

Saturday, July 23, 2011

SPR akan guna BIOMETRIC

Kerajaan hari ini bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.

"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," katanya semasa berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di Kangar hari ini.- Bernama

Thursday, December 30, 2010

Undi Pos bukan penentu dalam Pilihanraya: Pengerusi SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang untuk melaksanakan 'undi awal' menggantikan sistem undi pos pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata, SPR sedang mengkaji cadangan penambahbaikan undi pos sedia ada yang kini masih dalam perbincangan dan di peringkat awal.

"SPR mendapati sistem undi pos digunapakai terlalu rigid (ketat) sampai ada tiga sampul dan satu borang perlu diisi oleh pengundi," katanya menjawab soalan ahli parlimen Batu, Tian Chua semasa ditemuramah dalam program Bicara Rakyat bersama SPR di TV1, malam tadi.

Pada pilihan raya kecil DUN Batu Sapi dianggarkan 150 undi pos terpaksa ditolak, katanya merujuk jumlah undi pos yang rosak.

Tian Chua yang juga naib presiden PKR antara penonton yang hadir dalam program itu.

Menurutnya, dijangkakan penambahbaikan sistem undi awal itu memudahkan anggota tentera dan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) mengundi.

SPR akan memperluaskan kepada pengamal media yang bertugas pada pilihan raya itu, ujarnya.

Abd Aziz bagaimanapun menafikan dakwaan wujudnya sistem undi pos tidak telus di sesetengah kawasan.

"Berdasarkan rekod SPR lalu, undi pos tak semestinya satu-satu parti itu menang.

"Ia (dakwaan) tidak benar sama sekali, ini kerana faktor kemenangan bergantung kepada sentimen rakyat di kawasan itu," ujarnya lagi.

Blog Archive