Showing posts with label Rombakan Kabinet. Show all posts
Showing posts with label Rombakan Kabinet. Show all posts

Saturday, June 27, 2015

Najib Bakal Rombak Kabinet Persekutuan- Siapa Bakal Digugurkan?

1. Apa yang pasti kedudukan mantan Presiden MIC G Palanivel dalam kabinet hanya menunggu masa, ekoran keputusan ROS, bahawa beliau bukan ahli MIC lagi.

2. Apakah melalui rombakan kabinet, akan ramai menteri digugurkan?

3. Jika melihat kepada respon rakyat, nampaknya Menteri yang bakal digugurkan antara lain Datuk Hassan Malik, manakala Timbalan Menteri pula Datuk Ahmad Maslan.

4. Kalau melihat kepada isu 1MDB, Tan Sri Muhiyidin Yassin dan Datuk Mohd Shafie Apdal.

5. Kedudukan Shafie ditambah pula dengan skandal MARA berkaitan pembelian bangunan 5 tingkat di Melbourne yang dibeli oleh anak syarikat MARA- Mara Inc Sdn Bhd.

6. Juga, apa kah melalui rombakan kabinet tersebut akan berlaku pemansuhan Menteri yang menjaga Parlimen, sesuai dengan pembaharuan Parlimen?

7. Melihat keadaan sekarang, kementerian yang menjaga kedudukan bumiputera perlu diwujudkan kembal, untuk mengembalikan undi popular yang telah hilang.

Sunday, January 01, 2012

Najib rombak kabinet?

MUNGKIN kah ada rombakan kabinet? memandangkan terdapatnya isu kontraversi yang melanda dua orang menteri kabinet dan seorang timbalan menteri.

Isu-isu yang melanda Shahrizat Abdul Jalil dan Jamil Khir serta Awang Adek, menjejaskan imej kerajaan dan parti.

DS Najib perlu melakukan konsolidasi kekuatan dan membersihkan imej sebelum membubarkan parlimen bagi membuka peluang bagi PRU-13.

Kabinet baru tersebut adalah untuk menggambarkan kepada rakyat.. INILAH barisan kepimpinan negara yang perlu diberi peluang mengurus negara.

Thursday, November 18, 2010

Mukhriz Menteri Penuh?

Awal Mei lalu apabila ada desas desus rombakan kabinet, nama Khairy wakil rakyat Rembau merangkap Ketua Pemuda Umno Malaysia akan dilantik ke kabinet. Andaian ini berasaskan pada jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia, dimana sebelumnya selalu menganggoti kabinet persekutuan. Namun pada 1 Jun lalu, apabila Datuk Seri Najib mengumumkan rombakkan kabinetnya, nama Khairy tidak menjadi pilihan, sebaliknya rombakan itu, hanya membabit komponen BN-MCA dan PBB-parti Pehin Seri Taib Mahmud.

Walaupun Perdana Menteri telah mengatakan bahawa beliau tidak akan memberi tahu apa kah ada rombakkan kabinet, namun spekulasi mengenainya terus menjadi bualan tokoh politik tanah air terutama para pemimpin barisan nasional.

Ada yang memberi spekulasi bahawa Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Ahmad Maslan akan dinaikkan pangkat, sementara Setiausaha Agung Umno-Tengku Adnan Tengku Mansor akan menyertai kabinet semula.

Bagi misi menawan Kedah, dispekulasikan bahawa Datuk Mukhriz Tun Mahathir akan juga dinaikkan pangkat dan sekaligus akan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kedah menggantikan Datuk Safie Apdal.

Diisukan juga bagi menguatkan peranan wanita dalam kabinet dan menghadapi pilihanraya umum, Datuk Azalina Othman, akan juga dibawa masuk semula ke dalam kabinet. Selain itu, akan ada perlantikan senator daripada Sabah untuk dilantik ke dalam kabinet Persekutuan. Tujuan perlantikan senator yang mewakili Sabah adalah persiapan Pilihanraya Umum akan datang untuk memastikan bahawa Sabah tetap menjadi Simpanan tetap BN.

Memang kuasa melantik kabinet adalah kuasa Perdana Menteri, namun bagi persiapan Pilihanraya Umum, Perdana Menteri mesti mengakomodasi semua pihak, agar supaya tiada suara-suara sumbang menjelang pilihanraya umum.

Demi pengelibatan Pemuda, pada rombankkan kabinet kali ini, ada asasnya untuk melantik Khairy.

Selain itu ada juga isu-isu yang kurang sedap didengar- kemungkinan ada beberapa menteri penuh kabinet Najib sekarang akan digugurkan. Antara yang diisukan akan digugurkan adalah Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.

Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.

Penanda aras paling akhir bagi mereka setakat ini adalah Pilihan Raya Kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi pada 4 November lepas yang menyaksikan kemenangan calon BN.

Beberapa pihak turut mendakwa cadangan melantik Ahmad Maslan ke jawatan menteri penuh kerana "sumbangan" besarnya menjadi jurucakap dalam isu Felda.

Beliau dilihat paling menonjol membela dakwaan "salah urus" dalam Felda biarpun dalam beberapa kes mahkamah yang dimenangi peneroka.

Rombakan kabinet kali ini juga dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang.

Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri.

Selain itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri.

Wednesday, June 02, 2010

Senarai Kabinet Memang Hak Perdana Menteri: Tetapi Biarlah Yang Diterima Rakyat

Penyenaraian lebih banyak senator dalam rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, memberi persepsi bahawa ahli parlimen BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri. Anggapan ini bukan sahaja dikongsi oleh rakyat biasa malah pihak pembangkang menjadikannya sebagai isu.

Tindakan Najib melantik lebih ramai pemimpin MCA walaupun mungkin untuk menangani konflik kepentingan dalam parti perkauman Cina itu, tetapi perlantikan tersebut belum tentu dapat menarik sokongan kaum cina kepada MCA.

Perlantikan tersebut mempotretkan lebih kepada menangani masalah dalaman MCA dan beberapa komponen BN sendiri.

Petang semalam, Najib mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggantikan Datuk Seri Kong Cho Ha yang kini menjadi Menteri Pengangkutan, menggantikan Tee Keat.

Beliau juga mengumumkan pelantikan dua ahli parlimen sebagai timbalan menteri iaitu MP Serian, Datuk Richard Riot Jaem sebagai Timbalan Menteri Luar dan MP Labis yang juga anak Datuk Seri Dr Chua Soi Lek - Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Empat senator turut dilantik sebagai timbalan menteri yang baru ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi; Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan); Naib Presiden Kanan Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk Maglin Dennis D'Cruz (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) dan Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

Katanya, Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Senator Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu sebagai ahli Dewan Negara.

Blog Archive