Thursday, November 18, 2010

Mukhriz Menteri Penuh?

Awal Mei lalu apabila ada desas desus rombakan kabinet, nama Khairy wakil rakyat Rembau merangkap Ketua Pemuda Umno Malaysia akan dilantik ke kabinet. Andaian ini berasaskan pada jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia, dimana sebelumnya selalu menganggoti kabinet persekutuan. Namun pada 1 Jun lalu, apabila Datuk Seri Najib mengumumkan rombakkan kabinetnya, nama Khairy tidak menjadi pilihan, sebaliknya rombakan itu, hanya membabit komponen BN-MCA dan PBB-parti Pehin Seri Taib Mahmud.

Walaupun Perdana Menteri telah mengatakan bahawa beliau tidak akan memberi tahu apa kah ada rombakkan kabinet, namun spekulasi mengenainya terus menjadi bualan tokoh politik tanah air terutama para pemimpin barisan nasional.

Ada yang memberi spekulasi bahawa Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Ahmad Maslan akan dinaikkan pangkat, sementara Setiausaha Agung Umno-Tengku Adnan Tengku Mansor akan menyertai kabinet semula.

Bagi misi menawan Kedah, dispekulasikan bahawa Datuk Mukhriz Tun Mahathir akan juga dinaikkan pangkat dan sekaligus akan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kedah menggantikan Datuk Safie Apdal.

Diisukan juga bagi menguatkan peranan wanita dalam kabinet dan menghadapi pilihanraya umum, Datuk Azalina Othman, akan juga dibawa masuk semula ke dalam kabinet. Selain itu, akan ada perlantikan senator daripada Sabah untuk dilantik ke dalam kabinet Persekutuan. Tujuan perlantikan senator yang mewakili Sabah adalah persiapan Pilihanraya Umum akan datang untuk memastikan bahawa Sabah tetap menjadi Simpanan tetap BN.

Memang kuasa melantik kabinet adalah kuasa Perdana Menteri, namun bagi persiapan Pilihanraya Umum, Perdana Menteri mesti mengakomodasi semua pihak, agar supaya tiada suara-suara sumbang menjelang pilihanraya umum.

Demi pengelibatan Pemuda, pada rombankkan kabinet kali ini, ada asasnya untuk melantik Khairy.

Selain itu ada juga isu-isu yang kurang sedap didengar- kemungkinan ada beberapa menteri penuh kabinet Najib sekarang akan digugurkan. Antara yang diisukan akan digugurkan adalah Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.

Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.

Penanda aras paling akhir bagi mereka setakat ini adalah Pilihan Raya Kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi pada 4 November lepas yang menyaksikan kemenangan calon BN.

Beberapa pihak turut mendakwa cadangan melantik Ahmad Maslan ke jawatan menteri penuh kerana "sumbangan" besarnya menjadi jurucakap dalam isu Felda.

Beliau dilihat paling menonjol membela dakwaan "salah urus" dalam Felda biarpun dalam beberapa kes mahkamah yang dimenangi peneroka.

Rombakan kabinet kali ini juga dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang.

Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri.

Selain itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri.

No comments:

Blog Archive