Friday, November 19, 2010

Kemelut PKR belumpun reda-Menyusul pula kemelut DAP Selangor

Pemilihan DAP Selangor dijadualkan dalam sembilan hari lagi, namun pergelutan kuasa di antara kumpulan pemimpin sekarang dengan pencabarnya semakin ketara.

Pihak yang berkuasa sekarang menuduh speaker dewan undangan negeri Selangor, Teng Chang Kim mengetuai kumpulan 'pemberontak' untuk merampas kuasa. Kumpulan yang dikenali sebagai 'Reform Keadilan' itu termasuk pemimpin-pemimpin DAP yang kini dipinggirkan dan penyokong bekas ahli majlis Klang Tee Boon Hock.

Kumpulan itu dikatakan mengintai sekurang-kurangnya lapan daripada 15 kerusi jawatankuasa pusat Selangor untuk menguasai kepimpinan DAP Selangor.

Hakikat bahawa DAP Selangor sebenarnya terbahagi kepada dua kumpulan, bukan lagi satu rahsia. Kumpulan yang berkuasa terdiri daripada pengerusi DAP Selangor sekarang, Ean Yong Hian Wah; timbalannya, Tony Pua; setiauasaha, Lau Weng San; pengarah pendidikan politik, Lee Kee Hiong dan setiausaha publisiti, Tiew Wai Keng. Manakala kumpulan 'pemberontak' pula termasuk Teng dan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Selain Teng, mereka dalam kumpulan 'pemberontak' adalah pemimpin akar umbi seperti T Kannan, senator S Ramakrishnan, bekas ahli majlis Kuala Langat Lim Soon Hong, ahli majlis Kajang Lee Ah Seng dan setiauasaha jawatankuasa perhubungan Klang, Lee Fu Haw.Teng, Ng dan Kannan adalah ahli jawatankuasa pusat DAP Selangor sekarang ini.

Lee pula dikatakan sebagai 'penyokong tegar' Tee yang dipecat dari parti kerana mengeluarkan surat sokongan bagi projek di mana anaknya terbabit.

Beliau dan Lim juga dikatakan mempunyai cita-cita mencari peluang untuk dilantik sebagai calon DAP pada pilihan raya negeri yang akan datang.

No comments:

Blog Archive