1. Apa yang pasti kedudukan mantan Presiden MIC G Palanivel dalam kabinet hanya menunggu masa, ekoran keputusan ROS, bahawa beliau bukan ahli MIC lagi.
2. Apakah melalui rombakan kabinet, akan ramai menteri digugurkan?
3. Jika melihat kepada respon rakyat, nampaknya Menteri yang bakal digugurkan antara lain Datuk Hassan Malik, manakala Timbalan Menteri pula Datuk Ahmad Maslan.
4. Kalau melihat kepada isu 1MDB, Tan Sri Muhiyidin Yassin dan Datuk Mohd Shafie Apdal.
5. Kedudukan Shafie ditambah pula dengan skandal MARA berkaitan pembelian bangunan 5 tingkat di Melbourne yang dibeli oleh anak syarikat MARA- Mara Inc Sdn Bhd.
6. Juga, apa kah melalui rombakan kabinet tersebut akan berlaku pemansuhan Menteri yang menjaga Parlimen, sesuai dengan pembaharuan Parlimen?
7. Melihat keadaan sekarang, kementerian yang menjaga kedudukan bumiputera perlu diwujudkan kembal, untuk mengembalikan undi popular yang telah hilang.
1 comment:
Rombakan kabinet ni perkara biasa. Tapi nak buat pengguguran tu biarlah dijustifikasi dari kemampuan bekerja bukan ikut sentimen emosi. Kepelbagaian pendapat x sepatutnya dijadikan alasan.
Post a Comment