Wednesday, June 02, 2010

Senarai Kabinet Memang Hak Perdana Menteri: Tetapi Biarlah Yang Diterima Rakyat

Penyenaraian lebih banyak senator dalam rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, memberi persepsi bahawa ahli parlimen BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri. Anggapan ini bukan sahaja dikongsi oleh rakyat biasa malah pihak pembangkang menjadikannya sebagai isu.

Tindakan Najib melantik lebih ramai pemimpin MCA walaupun mungkin untuk menangani konflik kepentingan dalam parti perkauman Cina itu, tetapi perlantikan tersebut belum tentu dapat menarik sokongan kaum cina kepada MCA.

Perlantikan tersebut mempotretkan lebih kepada menangani masalah dalaman MCA dan beberapa komponen BN sendiri.

Petang semalam, Najib mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggantikan Datuk Seri Kong Cho Ha yang kini menjadi Menteri Pengangkutan, menggantikan Tee Keat.

Beliau juga mengumumkan pelantikan dua ahli parlimen sebagai timbalan menteri iaitu MP Serian, Datuk Richard Riot Jaem sebagai Timbalan Menteri Luar dan MP Labis yang juga anak Datuk Seri Dr Chua Soi Lek - Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Empat senator turut dilantik sebagai timbalan menteri yang baru ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi; Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan); Naib Presiden Kanan Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk Maglin Dennis D'Cruz (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) dan Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

Katanya, Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Senator Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu sebagai ahli Dewan Negara.

No comments:

Blog Archive