Showing posts with label Pru-13. Show all posts
Showing posts with label Pru-13. Show all posts

Sunday, May 05, 2013

BN: Secara tidak rasmi berjaya mempertahankan Putrajaya jam 9.30 malam tadi

Tepat jam 9.30 malam tadi keputusan tidak rasmi, BN mendapat 112 kerusi parlimen. Kerusi yang diumumkan tepat 9.30 sebentar tadi, yakni Parlimen Putrajaya, dimana penyandangnya Tengku Adnan Tengku Mansor berjaya mempertahankan kerusi itu.

Kawasan-kawasan yang telah diumumkan

BN
1) Putrajaya
2) Mas Gading
3) Serian
4) Batang Lupar
5) Lubok Antu
6) Betong
7) Igan 
Julau
9) Mukah
10) Baram
11) Lawas
12) Mambong
13) Saratok
14) Kanowit
15) Kapit
16) Batang sadong,
17) Merbok
18) Sri aman
19) Titiwangsa (# Tidak rasmi)
20) Setiawangsa (# Tidak rasmi)
21) Labuan


Pakatan Rakyat (14 kerusi)
1) Kota Bharu
2) Pasir Mas
3) Pandan
4) Bandar Kuching
5) Bukit Bintang
6) Seputeh
7) Kepong 
Segambut
9) Bayan Baru
10) Wangsa Maju
11) Bagan
12) Sarikei
13) Lanang
14) Kampar

PRU-13: Perkiraan Awal BN akan menang Besar

Keputusan awal PRU-13, menampakan bahawa BN akan memerintah semula. Kekalahan para pemimpin Pakatan seperti  Husam Musa, serta S. Sivarasa di Subang, serta Zulkefli Ahmad di Kuala Selangor, adalah tanda-tanda bahawa Pakatan Rakyat akan menerima tamparan hebat pada PRU-13 ini.

Keputusan-keputusan awal, menunjukkan bahawa persepsi selama ini, terutama oleh para penganalisis pilihanraya samada daripada Universiti Malaya dan Merdeka Centre ternyata sekali lagi menunjukkan bahawa analisia pusat-pusat itu tidak mencerminkan sikap para pengundi negara.

Setakat ini, negeri-negeri simpanan tetap Bn seperti Sabah dan Sarawak akan sekali lagi menjadi penyumbangkan kepada kerusi-kerusi BN. Di Sarawak setakat ini, keputusan tidak rasmi BN menang 24 kerusi, manakala di Sabah 20. Kerusi-kerusi lain, masih dalam proses pengiraan.

Di Semenanjung, Kedah akan berganti kerajaan, kerana setakat ini BN mendahului 19 kerusi Dun.

Saturday, May 04, 2013

Menjelang Pembuangan Undi- Pakatan Tertekan Sebab itu Memperhebat Pembohongan

Walaupun berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan menang lima negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008, pakatan pembangkang tetap menyatakan pilihan raya di Malaysia tidak bersih.

Pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), termasuk kononnya suruhanjaya itu melakukan penipuan untuk memastikan BN kekal memerintah.

Sejak itu, parti pembangkang dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong mereka dan dibiayai pihak asing, mengadakan siri demonstrasi jalanan kononnya untuk menuntut pilihan raya bersih di Malaysia.

Pelbagai tuduhan dicipta, diulang dan disebar di pentas ceramah, akhbar parti dan alam siber.

Wakil rakyat mereka pula bersikap biadab di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat. Mereka memperlihatkan sifat penentangan terhadap peraturan, undang-undang dan pihak berkuasa supaya pengikut mereka juga tidak lagi menghormati atau mematuhinya. Malah, sebelum hari penamaan calon lagi, mereka sudah menyatakan akan berhimpun di Putrajaya dan pusat pentadbiran negeri mulai petang esok - sebagai perayaan jika menang dan bantahan jika kalah. 

Menjelang PRU-13 esok, pakatan pembangkang semakin terdesak apabila melihat majoriti rakyat masih bersama Kerajaan BN. Mereka mula melakukan satu demi satu muslihat seperti yang didedahkan beberapa pihak sebelum ini.

Ketika kempen bermula, petugas dan bilik gerakan BN diserang, termasuk dengan bom api dan bom kecil. 

Apabila undian awal berlangsung Selasa lalu, pemimpin pembangkang mendakwa SPR menipu lagi kononnya dakwat kekal boleh dihilangkan dan pengundi terbabit boleh mengundi lagi di tempat lain. 

Kelmarin, Ketua Pembangkang sendiri mendakwa kononnya kerajaan membawa masuk puluhan ribu pengundi luar, termasuk menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia dan menempatkan mereka di beberapa kem tentera.

Pelbagai khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu disebarkan kononnya mereka akan menang dan BN sudah mengaku kalah serta akan berlaku kekecohan pada hari mengundi. 

Semua perlakuan ‘desperado’ itu adalah untuk menghasut rakyat bangkit menentang kerajaan menerusi apa yang mereka namakan ‘Malaysian Spring’. Sudah lima tahun rakyat dipergunakan, anggota pasukan keselamatan dihina dan keamanan negara dipertaruhkan untuk mereka memerintah Malaysia.

Cukuplah dengan pembohongan itu selama ini, apabila hendak memangkah kertas undi esok, pilihlah kerajaan yang sudah terbukti mengutamakan rakyat dan negara. 

Sunday, April 28, 2013

PRU-13: Daim Ramal: Kedah dan Selangor bakal ditawan BN

MERBOK: Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) boleh menawan semula Kedah dan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti sekiranya jenteranya bersatu dan tidak melakukan tindakan mensabotaj parti.

Malah bekas Menteri Kewangan itu turut meramalkan bahawa BN akan berjaya memecah dominasi PAS di Kelantan dengan memenangi beberapa kerusi tambahan di Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun menurutnya, agak sukar bagi BN untuk merampas semula Pulau Pinang yang jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 berikutan sentimen masyarakat Cina yang masih kuat menyokong DAP.

"Kedah dan Selangor memang boleh jatuh semula ke tangan BN. Saya tak nampak apa-apa masalah untuk itu jika jentera dan ahli BN sama-sama bersatu padu memenangkan calon yang dipilih pucuk pimpinan.

"Begitu juga dengan Kelantan, dengan situasi semasa, saya yakin BN boleh menambah bilangan kerusi di DUN. Tapi kalau nak dapat jumlah kerusi yang cukup bagi membentuk kerajaan mungkin agak susah...tapi ia tidak mustahil," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan jentera BN bagi kawasan Parlimen Merbok di sini, Sabtu.

Ditanya mengenai pandangannya sama ada BN boleh memperoleh majoriti dua pertiga pada PRU kali ini, Daim bagaimanapun mengakui ia agak sukar untuk dilakukan berdasarkan situasi politik semasa.

"BN boleh menang (tubuh kerajaan), tapi untuk dapatkan majoriti dua per tiga seperti dahulu mungkin agak sukar...tapi untuk menang saya sangat yakin," katanya.

Mengulas mengenai nasib Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi 'simpanan tetap' BN, Daim juga optimis bahawa kedua-dua negeri berkenaan akan kekal di tangan BN.

"Susah pembangkang nak tembusi kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak.

"Kita kena tengok juga sentimen rakyat di sana yang sukar menerima parti politik yang datang dari semenanjung," katanya.

Tuesday, April 16, 2013

PRU-13: Pertembungan Ghani Othman-Lim Kit Siang Menjadi Kenyataan

Datuk Abdul Ghani Othman telah dicalonkan bagi kerusi Parlimen Gelang Patah. Dengan pencalonan itu, maka beliau bertembung dengan Lim Kit Siang.

Sementera itu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah dipindahkan ke kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Permas sementara Datuk Nur Jazlan Mohamaed kekal bertanding di kerusi Parlimen Pulai.

Keputusan Khaled yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi itu bertanding di Dun Permas menguatkan spekulasi beliau akan dilantik menjadi Menteri Besar jika BN kembali memerintah negeri itu selepas pilihan raya nanti.

Pengumuman nama calon BN Johor dibuat oleh Setiausaha Kerja BN Johor, Ramli Bohani.

Ketika nama Ghani diumumkan sebagai calon hadirin memberikan gemuruh kepada beliau.

Ghani ketika ditemui berkata berasa lega sejak 20 hari yang lalu.

Sekurang-kurangnya tiga kerusi tidak diumumkan iaitu, Parlimen Tanjung Piai, dan kerusi Dun Senai serta Pekan Nenas.

Ketiga-tiga kerusi berkenaan merupakan kerusi milik MCA dan dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Wakil BN memberitahu penangguhan itu disebabkan oleh penukaran di saat akhir dalam senarai nama calon.

Thursday, April 11, 2013

PRU-13: Pakar Feng Shui-Ramal BN menang Besar

Seorang pakar Feng Shui meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di peringkat kerajaan pusat serta merampas semula Selangor dan Kedah.

David Koh, 67, turut meramalkan BN akan meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang berbanding semasa pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, BN dijangka menghadapi persaingan sengit di Negeri Sembilan dan Perlis, katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini, Koh pernah memberitahu Bernama TV beliau meramalkan pengundian PRU13 akan jatuh pada 5 Mei depan dan nyata tekaan beliau tepat apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh tersebut, semalam.

Biarpun ramai beranggapan ramalannya hanya sekadar 'tembak angin' namun Koh berkata ramalan itu berasas kerana ia menggunakan pengiraan Feng Shui dikenali sebagai 'Shi' yang membawa maksud perang.

"Selepas pembubaran pada 3 April lepas, kita ada 60 hari untuk mengadakan pilihan raya, jadi menurut formula Shi, sepanjang tempoh 60 hari itu akan ada satu hari yang akan berperang dan hari tersebut jatuh pada 5 Mei," katanya.

Koh berkata BN telah banyak membuat perubahan drastik dengan beberapa kejayaan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memenangi hati rakyat selepas negara mengalami tsunami politik pada 2008.

"Selama lima tahun ini kita dapat lihat pelbagai transformasi telah dilakukan oleh Perdana Menteri. Meramalkan siapa yang menang atau kalah pada pilihan raya kali ini juga memerlukan ramalan yang berasas. Ia bukan bergantung kepada nasib tetapi berdasarkan usaha keras yang dilakukan oleh anggota politik itu sendiri untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata semua pihak perlu terima keputusan siapa menang atau kalah pada hari mengundi nanti dan percaya rakyat Malaysia kini lebih matang dan bijak dalam membuat keputusan.

Saturday, April 06, 2013

Pembangkang Bercakap Soal Kroni- Sedar kah? mereka




ANDA FIKIR LAH SENDIRI DAN BUAT PENILAIAN

PRU-13: Gelah Patah: Kawasan Terpanas

Laporan menggemparkan bahawa Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman mungkin bertanding di Johor untuk berdepan dengan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang meletakkan DAP dalam keadaan tidak selesa kerana ia mampu menyapu undi Melayu di Parlimen itu.

Berdasarkan komposisi 52 peratus pengundi Cina dan 12 peratus India di kawasan separa bandar itu, DAP sebelum ini yakin mendapat majoriti daripada pengundi bukan Melayu dan separuh daripada 34 peratus undi Melayu, sekali gus dengan mudah menyelamatkan Lim.

Bagaimanapun, pengaruh Ghani dilihat mampu mengekang kehilangan sokongan BN ke tahap paling minimum di Nusa Jaya, salah satu daripada dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Gelang Patah.

Ghani juga dilihat ramai masyarakat Cina di Johor sebagai pemimpin Umno yang sederhana dan rendah diri dan kenaikan harga hartanah di Iskandar - yang juga terletak di Gelang Patah - sebelum ini seolah-olah "tepukan" kepadanya.

Friday, April 05, 2013

Parlimen P162 Gelang Patah: Datuk Ghani Othman Lawan Lim Kit Siang?


ADA ura-ura yang sedang bertiup, bahawa Menteri Besar Johor Datuk Ghani Othman diminta untuk bertanding di Parlimen P162 Gelang Patah untuk memastikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang terkubur.

Ghani Othman sebelum ini pernah bertanding di Parlimen Ledang dan masa kini adalah ADUN N11 Serom.

Walaupun parlimen Gelang Patah berpenduduk majoriti daripada kaum cina, namun kehadiran Ghani sebagai calon, boleh memperatahan kawasan itu bagi pihak Bn.

Keputusan PRU-12 lalu

P162 GELANG PATAH
Jumlah Pengundi: 78,676
Peratusan Kaum: M: 33.54% C: 54.06% I: 12.22% 

1. Tan Ah Eng (BN) (33,630) 
2. Dr. Zaleha Mustafa (PKR) (24,779) 

Majoriti: 8,851
Jumlah undi: 60,653
Peratus mengundi: 77.09%
Undi rosak: 2,244

Penyandang: Tan Ah Eng (BN)
(Majoriti: 31,666 undi) 

N48 SKUDAI

Jumlah Pengundi: 44,459
Peratusan Kaum: M: 22.07% C: 65.48% I: 12.26% 

1. Dr. Boo Cheng Hau (DAP) (23,124) 
2. Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee (BN) (10,270) 

Majoriti: 12,854
Jumlah undi: 33,984
Peratus mengundi: 76.44%
Undi rosak: 590

Penyandang: Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee (BN)
(Majoriti: 2,193 undi) 

N49 NUSAJAYA

Jumlah Pengundi: 34,217 
Peratusan Kaum: M: 48.46% C: 39.23% I: 12.18% 

1. Abdul Aziz Sapian (BN) (16,643) 
2. Mohd. Shah Lamat (Pas) (9,259) 

Majoriti: 7,384
Jumlah undi: 26,652
Peratus mengundi: 77.89%
Undi rosak: 750

Penyandang: Abdul Aziz Sapian (BN)
(Majoriti: 14,776 undi) 

Bakal-Bakal Calon Bn: Hanya Diketahui seminggu sebelum penamaan calon

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam berkata akan ada kejutan dalam pemilihan 727 calon Barisan Nasional (BN) dan perubahan kerusi yang ditandingi 13 parti komponen BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menegaskan, perubahan calon dan pengagihan 222 kerusi Parlimen dan 505 Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bukan untuk mengelirukan rakyat, sebaliknya memberi peluang kepada pengundi untuk terus memberikan kepercayaan kepada BN. 

Berikutan itu katanya, BN mengambil strategi drastik dengan mengumumkan calon dan perubahan pengagihan kerusi lebih awal daripada hari penamaan calon, tidak seperti pilihan raya sebelum ini. 


Katanya, ini akan membolehkan calon mempunyai lebih masa untuk memperkenalkan diri dan mendekati pengundi manakala pengundi pula boleh membuat penilaian mengenai mereka berbanding menamakan calon pada hari penamaan.

“Kita (BN) ada masa untuk memerhatikan reaksi (pengundi) kepada calon kita dan apa-apa perkara untuk meredakan (keadaan) jika ada timbul masalah,” katanya.

Calon boleh menang

Ditanya mengenai peratus muka baru, Perdana Menteri hanya menjawab: “Tunggu pengumuman nanti. Saya tidak mahu menggambarkannya tetapi perubahan tetap akan berlaku. 
“Nantilah dulu... kita hendak satu demi satu. Kalau saya umumkan semua, tidak adalah elemen kejutan.” 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN yang dihadiri semua 13 presiden parti komponen BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Terdahulu, Najib yang juga Presiden UMNO mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Kedua-dua mesyuarat berkenaan membincangkan persiapan BN menghadapi PRU-13.

Sambil menjelaskan beliau berpuas hati dengan persiapan dan semangat tinggi parti komponen BN, Najib menegaskan beliau yakin BN akan memperoleh majoriti dua pertiga tetapi jentera parti harus bekerja kuat sambil berusaha meminimumkan masalah dalaman.

Sebelum ini, Najib berkali-kali menegaskan, BN akan mengemukakan calon boleh menang dan tidak teragak-agak memberi peluang kepada muka baru sebagai calon meskipun tidak memegang jawatan tinggi dalam parti komponen.

Kelmarin, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata, senarai calon BN akan diumumkan dalam tempoh antara tujuh hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon.

727 calon BN

Katanya, Najib akan menyerahkan senarai calon sah bertanding kepada Pengerusi BN negeri selepas selesai tapisan dan senarai berkenaan sudah dimuktamadkan serta dalam proses tapisan akhir, termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Insolvensi dan polis.

Seramai 727 calon BN akan bertanding di 222 kerusi Parlimen dan 505 DUN. Jumlah keseluruhan DUN ialah 576 tetapi 71 DUN di Sarawak sudah mengadakan pilihan raya negeri pada April 2011.

Seramai 13,291,385 pemilih layak mengundi pada PRU-13 berikutan pewartaan senarai daftar pemilih terkini pada 21 Februari lalu.

Thursday, April 04, 2013

PRU-13: Kenyataan KJ

Salam kepada semua rakan FB. Minta maaf tidak ada banyak update di FB. Seperti mana semua sedia maklum, PRU13 sudah tidak lama lagi. Ramai yang tanya saya melalui Twitter samada saya bertanding atau tidak.

Saya sudah maklum kepada Pengerusi BN, Dato' Sri Najib, preference saya yakni saya lebih cenderung untuk tidak bertanding pada PRU13. Perkara ini juga pernah saya sebut secara umum satu ketika dahulu.

Tetapi saya seorang yang agak old-fashioned. Saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN. Kalau diarah bertanding, saya akur. Kalau diminta undur, saya akur juga.
Yang penting, komitmen saya untuk memastikan kemenangan BN tidak berbelah bagi tak kira jadi calon atau tidak.

Saya harap yang lain, terutamanya pemimpin Pemuda, juga pegang kepada prisnsip yang sama. Janganlah merajuk atau menentang jika tidak dipilih menjadi calon. Kita sentiasa berucap tentang perpaduan dan kesetiaan dalam parti, inilah masa untuk kita membuktikannya melalui amalan dan tindakan.

Mungkin pengalaman saya boleh menjadi teladan. Saya Ketua Pemuda UMNO Malaysia, pangkat Naib Presiden UMNO. Namun saya tidak dilantik dalam Kabinet. Perkara ini dijadikan bahan ejekan bagi musuh-musuh politik terhadap saya. Walaupun begitu, saya tak pernah erti istilah sedih, kecewa, marah atau merajuk. Selama empat tahun jadi Ketua Pemuda saya terus berjuang dan melaksanakan tugas sebaik mungkin. Sebab bagi saya yang penting bukan jawatan, tetapi niat kita untuk berkhidmat demi rakyat dan keberkesanan kita untuk membawa kebaikkan kepada rakyat. 

Marilah sama-sama kita gerak sebagai satu pasukan. Saya yakin sekiranya barisan kita ampuh, rakyat jua akan lebih yakin untuk memberi mandat besar kepada Barisan Nasional dalam PRU13!

PRU-13: Terkuburnya Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim


Keputusan Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah Johor hanya hela untuk bersara; kerana melalui kekalahan sahaja Pemimpin veteran DAP itu membuat keputusan untuk bersara. Dalam DAP hanya melalui kekalahan saja bagi pemimpin tua parti itu bersara. Dr Chen Man Hin mantan pengerusi DAP terpaksa bersara selepas kalah.

Demikian juga ura-ura Anwar Ibrahim bertanding di Perak. Apa yang tersirat di benak Anwar, melalui PRU-13 ini akan berkuburlah cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Juga melalui kekalahan sahaja menjadi alasan untuk pemimpin Umum PKR itu bersara.

Jika Anwar masih bertanding di kawasan tradisinya Pematang Pauh yang bermula sejak tahun 1982, maka Anwar masih akan menang, namun kemenangan itu tiada langsung erti, dan melalui kemenangan itu sendiri memalukan Anwar; dan menyebabkan rakyat Permatang Pauh merasa tidak terwakili, kerana seringnya Anwar tidak hadir di persidangan dewan rakyat, kerana merasa malu.

Pakatan DAP-PKR-PAS perlu menerima hakekat, bahawa sikap pengundi tanah air kini, tidak sama dengan sikap mereka pada tahun 2008.

Rakyat yang emosi kerana tergores kata-kata pemimpin utama Bn pada November 2011 semasa himpunan Hindraff dan Bersih1.0, yang mencabarkan agar RAKYAT MENGGUNAKAN PETI UNDI untuk menyalurkan PROTES benar-benar mencabar rakyat dan diterjermahkan melalui undi.

Berbeza dengan pemimpin Bn kini, Perdana Menteri Datu Seri Najib berulang kali menlapazkan permintaan MAAF jika Bn pernah melakukan kesilapan, selain itu, Najib membuat rayuan dan pujukan terhadap rakyat untuk memberi peluang dan sokongan kepada Bn; demi kelangsungan hala tuju pembangunan yang telah dirancang sejak lebih 50 tahun lalu dicapai, dan pada tahun 2020, negara akan lepas landas menjadi negara maju.

Najib menyeru setiap undi rakyat adalah penentu masa depan anak cucu semua rakyat; atas sebab itu satu undi untuk BN adalah undi keramat kepada rakyat yang cintakan kedamaian.

Mengundi BN adalah untuk kesinambungan hala tuju pembangunan negara, akan tetapi mengundi pembangkang hanya bertujuan untuk berkuasa agar cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri terpenuhi.

Rakyat negara ini, lebih mementingkan kelangsungan pembangunan negara, berlandaskan kepada perancangan yang telah digariskan lebih lima dekad lalu; tidak semudah apa yang difikirkan pembangkang bahawa rakyat akan terpengaruh dengan taktik mereka dan membutatuli  menyokong; kerana keputusan itu, mengakibatkan negara ini terdedah kepada perancangan cuba-cuba yang dilakukan oleh mereka yang tiada pengalaman mengurus negara.

Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim menyedari ini, atas sebab itu mereka berpindah tempat bertanding sebagai alasaan untuk bersara, kerana kekalahan.

Wednesday, April 03, 2013

Seharusnya Lim Kit Siang bersara seperti saya: Tun Mahathir

Sepatutnya Lim Kit Siang sudah bersara seperti saya. "Saya tidak boleh menerima tawaran bertanding" seperti desakan Kit Siang, kerana saya sudah bersara"

"Kit Siang sudah terlalu lama dalam politik sejak tahun 1964" (saya telah beri peluang kepada generasi penerus" dan (dan 10 tahun saya bersara" tetapi "Kit Siang masih belum".

PRU13- menurut Tun Dr Mahathir bukan sahaja Bn masih menang akan tetapi turut juga memperoleh kuasa 2/3 di dewan rakyat.

Menurut Tun Dr Mahathir pilihanraya di negara ini bukan pertandingan antara individu akan tetapi antara parti.

Dewan Rakyat telah dibubarkan hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan pembubaran parlimen jam 11.30 Rabu untuk membolehkan PRU-13 dijalankan.

Sebelum pembubaran Bn mempunyai 136 kerusi dewan rakyat sementara PR 74 bebas 10 dan SAPP 2.

Berasaskan perkembangan mutakhir, berasaskan sikap para pengundi, Parti BN akan akan menang mudah di semua negeri yang dikuasainya pada PRU-12, dan mempunyai peluang besar merampas Selangor dan Kedah.

PRU13: Jangan Tukar Kerajaan Persekutuan: Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Malaysia perlu menilai secara waras parti mana yang hendak dipilih pada pilihan raya bagi memastikan negara terus stabil.

Beliau berkata, di Malaysia kini ada sistem dua parti, iaitu parti memerintah yang berbilang kaum dan berkongsi kuasa selama 55 tahun serta parti yang mencabar, juga mengamalkan perkongsian kuasa.

"Persoalannya, siapa yang layak memerintah negara ini? Saya buat penilaian (parti memerintah) yang sedia ada lebih faham konsep perkongsian daripada yang mencabar (pembangkang)," 

Dr. Mahathir berkata, pakatan pembangkang masih tidak sepakat dan bercanggah pendapat antara satu sama lain, sebaliknya parti memerintah telah bekerjasama selama 55 tahun serta faham masing-masing perlu melakukan pengorbanan untuk kesejahteraan negara.

Beliau melahirkan kebimbangan Malaysia akan berdepan masalah jika parti politik dari pakatan pembangkang memerintah negara ini kerana kerajaan baharu biasanya tidak akan mengekalkan dasar kerajaan sekarang selain ingin menunjukkan kebolehan mencipta dasar sendiri.

Misalnya, mereka mungkin akan menukar dasar Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju, sedangkan hanya tinggal tujuh tahun lagi untuk mencapai sasaran, dan menggantikan ia dengan wawasan baharu, kata beliau.

Dr. Mahathir berkata, menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan baharu juga tidak semestinya akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik kerana kerajaan baharu yang memerintah tidak semestinya lebih bersih atau lebih baik daripada kerajaan sebelumnya.

Tidak semestinya kerajaan pengganti tidak akan mengamalkan rasuah kerana mereka mungkin hanya bersih pada peringkat permulaan pemerintahan tetapi apabila telah merasai kenikmatan berkuasa, tidak mustahil mereka juga akan rasuah atau lebih rasuah daripada kerajaan sebelumnya, katanya. 

Tuesday, April 02, 2013

MISI DAP di Pahang- Kalahkan Calon-calon MCA

DAP akan meletakkan Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz - yang pernah menjadi orang kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - sebagai calon bagi kerusi Parlimen Raub.

Ia diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu ceramah parti itu di Raub petang ini.

Mohd Ariff pernah menjadi ADUN Pulau Pemanis antara tahun 2004 hingga 2008. Dari 2000 hingga 2004 beliau menjadi ketua penerangan Umno bahagian Pekan Umno yang masih diketuai oleh Najib.

Lebih dikenali dengan nama blog Sakmongkol AK47, Mohd Ariff telah menjadi blogger politik yang aktif dan kerap pengkritik pentadbiran Najib.

Beliau menyertai DAP pada Januari 2012, bersama dengan ahli veteran Umno, Aspan Alias.

Raub adalah kerusi majoriti pengundi Melayu yang kini diwakili Naib Presiden MCA, Datuk Dr Ng Yen Yen, yang menang dengan majoriti 2,752 undi. Memandangkan majoriti itu hanya 8.2 peratus daripada jumlah pengundian, maka Raub disenaraikan sebagai antara kerusi goyah BN.

Sementara itu, Lim juga mengumumkan bahawa DAP memilih Tengku 
Zulpuri Shah Raja Puji, seorang kerabat diraja Pahang, sebagai calonnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Mentakab.

Tengku Zulpuri adalah seorang jurutera elektronik dan ahli perniagaan. Beliau menyertai DAP pada tahun 2000 dan kemudiannya dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Selayang.

Mentakab merupakan satu lagi kerusi majoriti pengundi Melayu yang kini diwakili Chuah Boon Siong dari MCA, yang memenangi dengan majoriti 2,439 undi majoriti, untuk menewaskan lawannya dari DAP.

Bersama dengan Zairil Khir Johari, kini sah DAP akan membariskan sekurang-kurangnya tiga ahli Melayu yang dilihat menonjol untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Friday, March 29, 2013

Pemilik Putrajaya- Bergantung Sabah dan Sarawak

12 kali Pilihanraya di negara ini, kesemuanya dimenangi perikatan/barisan nasional. Dalam 12 kali pilihanraya itu hanya dua kali kerajaan yang dibentuk tidak mempunyai kuasa 2/3; pertama pada tahun 1969 dan kedua tahun 2008.

Sebenarnya pada tahun 2008, tiada isu-isu yang begitu berat yang boleh mendorong kepada berlakunya berkurangnya sokongan terhadap Bn.

Apa yang berlaku sepanjang tahun 2004 sehingga tahun 2008 adalah kritikan hebat daripada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir terhadap kepimpinan Tun Abdullah Badawi, kerana kerajaan yang dipimpin Abdullah mengambil tindakan yang tidak popular dengan mengabaikan berbagai perancangann yang telah diputuskan sebelum beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Keputusan Kerajaan Tun Abdullah yang paling mendapat kritikan Tun Dr Mahathir apabila Perdana Menteri ke-5 negara itu tunduk kepada permintaan Singapura apabila membatalkan jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dengan negera republik itu.

Keputusan media arus perdana yang dikuasai oleh Kalimullah Hassan, yang melakukan "black out" terhadap Tun Dr Mahathir, merupakan salah satu faktor yang hampir membawa kejatuhan kerajaan Bn.

Kerajaan Abdullah Badawi yang cuba menidakan sumbangan Tun Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri terlama negara, menyebabkan ramai pengundi yang berpaling tandah terhadap kerajaan Bn, dan tidak ketinggalan para penyokong tegar Umno.

Selain itu, krisis yang melanda parti komponen Bn terutama MCA, Gerakan dan MIC, melemahkan lagi keupayaan Bn pada PRU-12 lalu.

Pada PRU-12, keputusan dapat dilihat bahawa sokongan pengundi india dan cina biasanya akan swing kepada Bn, apabila berlaku perpecahaan dalam Umno, seperti mana belaku pada tahun 1990 dan 1999, namun tidak berlaku pada tahun 2008. Pada tahun 2008, kaum india, cina bergerak bersama-sama penyokong Bn daripada kaum melayu menyokong DAP-PKR-PAS, atas sebab itu, lima negeri ditawan mereka, disamping mempertahankan Kelantan.

Pada tahun 2008, daripada 222 kerusi dewan rakyat yang dipertandingkan, Bn mendapat 139+1, manakala pakatan tiga parti pembangkang mendapat 82.

Di Semenanjung daripada 165 kerusi parlimen, Bn mendapat 84+1, manakala DAP-PKR-PAS mendapat 80 kerusi parlimen.

Parti yang paling meningkat prestasinya dalam perolehian jumlah kerusi pada PRU itu adalah PKR daripada satu kepada 31.

Melihat kepada prestasi Pembangkang itu, maka para pemimpin mereka gahirah lalu mencangkan, MENAWAN PUTRAJAYA pada PRU-13 yang hanya menghitung hari untuk diadakan.

Anwar sebagai Defacto Leader Pakatan, yakin Pakatan mampu mempertahankan 80 kerusi dewan rakyat yang dimenangi pada tahun 2008 di Semenanjung, malah cukup yakin akan menambah antara 4-5 kerusi lagi yang datang daripada Johor, Negeri Sembilan, Perak, dan Terengganu.

Atas sebab itu, Anwar memberi perhatian penuh bagi kerusi-kerusi di Sarawak dan Sabah. Anwar memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi daripada 57 kerusi yang dipertandingkan di dua negeri Malaysia Timur itu.

Tanpa menedapat kerusi yang mencukupi di Sabah dan Sarawak, hasrat untuk merampas Putrajaya perlu dilupakan baik oleh Pakatan mahupun Bn.

Wednesday, March 27, 2013

PRU-13: Hanya meghitung hari- Parti Mana Bakal menang?

27 Mei 2013 adalah tarikh akhir pilihanraya serentak seluruh negara, demikian kata Pengerusi SPR negara, dengan mengambil kira tempoh 60 hari dari pembubaran DUN Negeri Sembilan tengah malam ini.

Perdana Menteri DS Najib mengambil kira negeri-negeri yang dikuasai Pembangkang, atas sebab mereka enggan menyertai pilhanraya secara serentak.

Dengan membiarkan semua DUN negeri terbubar dengan sendirinya, maka memudahkan SPR mengadakan pilihanraya serentak.

Parlimen Malaysia terbubar dengan sendirinya pada 30 April 2013, sementara DUN yang terakhir terbubar dengan sendirinya adalah negeri sabah, yakni pertengahan Mei 2013.

Pada pilihanraya kali ini sebanyak 222 kerusi dewan rakyat dipertandingkan, manakala DUN 505, kerana Sarawak hanya mempertandingkan peringkat dewan rakyat sahaja. Sarawak telah mengadakan pilihanraya peringkat DUN pada April 2011.

PRU-13 digambarkan sebagai IBU kepada semua pilhanraya di negera ini, ekoran sengitnya pertembongan antara barisan nasional dan pakatan.

Bn kehilangan kuasa tradisi 2/3 dewan rakyat pada PRU-12 dan untuk pertama kalinya pembangkang mampu menawan 82 kerusi dewan rakyat, memerintah 6 negeri pada awalnya dan kemudian hanya berbaki lima, apabila kerajaan Perak bertukar tangan dan 5 Februari 2009.

Menurut para penganalisis politik pada PRU kali ini persaingan sengit antara Bn dan pakatan akan berlaku di Semenanjung merebut 165 kerusi yang dipertandingkan. Pada PRU-12, daripada jumlah itu, Bn menang 85, manakala pakatan 80.

Di Sabah dan Sarawak pula daripada 57 kerusi, Bn menang 55 dan pakatan hanya dua, itu Bandar Kuching dan Bandar Kota Kinabalu.

Pada PRU kali ini, diperkirakan pakatan akan mampu menambah kerusi di Sarawak, sekurang-kurangnya 7 kerusi dewan Rakyat, tetapi tidak di Sabah. walaupun berlaku persaingan sengit di Parlimen Sandakan, Tawau, Penampang, Sepanggar, Tuaran dan Keningau serta Beaufort. 

Pakatan dijangka mempertahankan Parlimen Kota Kinabalu di mana kini diwakili DAP.

Memandangkan Bn akan kekurangan enam kerusi di Sarawak, maka Bn Semenanjung perlu mengsisi kekalahan itu di Semenanjung. Bn Semenanjung selain mempertahankan 85 kerusi yang dimenangi  pada tahun 2008, juga perlu menang enam kerusi parlimen samada di Kedah, Selangor atau negeri Sembilan atau Kelantan.

Bn Semenanjung perlu menambah kerusi sekurang-kurangnya (6+8) untuk mendapatkan kuasa 2/3 di dewan rakyat.

Menurut penganalisis politik, di Semenanjung, kawasan-kawasan yang ditandingi Umno dan MIC akan mampu menambah kerusi-kerusi yang diinginkan, manakala yang menjadi "causality"   adalah kawasan-kawasan yang ditandingi MCA dan Parti Gerakan.

Sekiranya MCA dan Gerakan mampu mempertahankan kerusi dewan rakyat yang dimenangi pada PRU-12, maka peluang Bn mendapat kerusi 2/3 dewan rakyat cerah.

Matalamat DAP pada PRU kali ini adalah memusnahkan sepenuhnya parti MCA dan Gerakan. DAP mahu menang diseluruh 40 kerusi dewan Rakyat di mana penggundi kaum cina adalah majoriti.

Diperkirakan pada PRU kali ini, parti pakatan yang akan mendapat tamparan hebat adalah PAS kemudian PKR. Diperkirakan PAS tidak mampu mempertahankan 23 kerusi dewan rakyat yang dimenangi parti itu pada PRU-12; demikian juga PKR, tidak akan mampu mempertahankan 31 kerusi yang dimenangi pada tahun 2008. 

Diperkirakan daripada parti pembangkang, DAP akan menang 40 kerusi dewan rakyat, PKR 17 dan PAS 17, sehingga jumlah keseluruhan kerusi pembangkang berjumlah 74, berkurangan 8 kerusi. Dengan angka ini, maka Bn kembali kepada kuasa 2/3 dewan rakyat.

Di Semenanjung Bn mampu menang 98 kerusi dewan rakyat, manakala Sabah dan Sarawak termasuk WP Labuan 50.

Sebelum Ayam berkokok pada 27 Mei 2013, kerana hari pengundian berjalan pada 26 Mei, PM Najib masih merupakan Perdana Menteri Malaysia. Kemenangan Bn ini, merupakan hadiah istimewa rakyat Sabah, kerana rakyat di negeri di bawah bayu itu akan menyambut pesta menuai pada 31 Mei.

Keputusan PRU-13 juga akan menyaksikan bahawa pembangkang di Dewan Rakyat, dimonopli kaum cina, dan sekali lagi, Lim Kit Siang akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim.

Wednesday, March 13, 2013

Perlukah Najib Bubar Parlimen?

PM Meninggalkan Istana Pagi Tadi
SEMUA rakyat tahu bahawa pada 28 April, iaitu bulan depan, dengan sendirinya parlimen terbubar. Hanya 46 hari lagi tempoh itu. Apa kah "in between" tarikh itu Najib akan bubar parlimen?

Sebentar tadi, Perdana Menteri menghadap YDP Agong. Namun acara menghadap itu bukan luar biasa, kerana setiap mesyuarat mingguan kabinetpun, Perdana Menteri menghadap Agong.

Pada kali ini, acara menghadap Agong dikira diluar kebiasaan, kerana penggal Parlimen akan berakhir dalam masa terdekat. 

Sebenarnya, penggal lima tahun dewan rakyat sudah berakhir empat hari lalu, namun dikeranakan parlimen hanya bersidang pada 28 April 2008, selepas PRU-12 yang diadakan pada 8 Mac tahun yang sama, maka hayat dewan rakyat bertambah sebulan.

Mungkin Datuk Seri Najib telah membubarkan parlimen lebih awal, kalau bukan kerana krisis Lahad Datu. Krisis Lahad membuatkan negara kelam kabut, kerana kejadian yang disangka kecil rupanya besar.

Krisis Lahad Datu, menyebabkan angkatan bersenjata negara untuk pertama kalinya bertindak dalam skala besar, yang melibatkan seluruh jajaran, daripada laut, udara, ATM dan juga PDRM.

Untuk pertama kali juga, satu tempat dikerumuni oleh 7 batalion pasukana keselamatan, yakni kawasan Lahad Datu.

Akbat krisis Lahad Datu juga, kini satu kawasan keselamatan baru diwujudkan, iaitu Eastern Sabah  Security Command (ESSCOM). Modus Operansi ESSCOM hampir sama dengan RASCOM (Rajang Security Command) di Sarawak semasa membasmi pengganas komunis.

PRU-13 benar-benar diambang pintu. Tinggal menunggu PM buka mulut, apakah PRU itu sebelum atau  selepas 28 April.

Mengimbas keputusan PRU lima tahun lalu, Barisan Nasional yang diketuai Oleh Datuk Seri Abdullah Badawi (kini Tun) hanya mampu mendapat 140 kerusi parlimen daripada 222 yang dipertandingkan. Sementara DUN, BN mendapat 370 daripada 576 yang dipertandingkan.

Berasaskan kepada jumlah yang dimenangi BN, maka gabungan 13 parti itu kehilangan kuasa 2/3 dewan rakyat, dan kehilangan 4 negeri, selain gagal merampas Kelantan.

Pada PRU kali ini, BN yakin mampu mendapat sekurang-kurangnya 160 kerusi parlimen sepertimana kenyataan Ketua penerangan umno-Datuk Ahmad Maslan, dan mampu menambah 80 kerusi Dun, sehingga membolehkan gabungan 13 parti itu memerintah semula di Kedah dan Selangor; dan menjadi barisan pembangkang yang kuat di Pulau Pinang dan kelantan.

Friday, February 22, 2013

PRU-13: BN menang: The Economist Intelligence

Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, 'The Economist', meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan PerdanaMenteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.

Bagi pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata EIU.

Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar.

Berdasarkan semua ini, Pakatan Rakyat berada jauh ketinggalan, menyebabkan EIU meramalkan BN akan menjadi 'pemenang'.

EIU, pemikir yang menyediakan analisis risiko, industri dan negara berkala berkata, 'adalah jelas tidak sesuai' bagi Pakatan untuk melaksanakan semua janji kempennya.

"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun," katanya.

Menurut EIU, Pakatan Rakyat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.

Bagi semua perkara ini, populisme Pakatan kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal.

Di Selangor, misalnya, BN mendakwa bahawa Pakatan Rakyat melaksanakan hanya 15 peratus daripada 31 janji pilihan raya, bernilai RM2.4 bilion yang dibuat dalam manifesto pada 2008.

"Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim mengulas bahawa manifesto bukan janji tetapi mengakui bahawa pengundi mungkin berfikir sebaliknya," kata EIU.

Bandingkannya dengan rekod kejayaan BN dalam memenuhi janji-janjinya, dan anda mempunyai perbezaan yang jelas dalam pendekatan.

Sebagai contoh, Najib telah menjanjikan Pulau Pinang dengan 20,000 rumah mampu milik dan monorel untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan jika BN berkuasa di negeri itu, pengundi boleh yakin rancangan ini akan dilaksanakan.

"Pertaruhan adalah tinggi bagi kedua-duanya (BN dan Pakatan)... perang tawaran berkemungkinan berterusan kerana kedua-dua pihak membuat persediaan untuk apa yang dianggap sebagai salah satu plihan raya paling sukar dalam sejarah Malaysia," kata laporan itu.

"Kedua-dua perlu menarik bagi pengundi muda, pengundi kali pertama, memandangkan hampir tiga juta orang dalam blok mengundi penting ini telah ditambah kepada daftar pemilih sejak pilihan raya lepas," katanya.

EIU mendakwa 'sebahagian besar daripada kumpulan ini' belum membuat keputusan mengenai parti mana yang hendak dipilih dan boleh mempengaruhi keputusan PRU13.

Najib perlu menang besar dalam usaha untuk menjamin masa depan agenda reformasi beliau, manakala di pihak lain, pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu menjadi yang pertama untuk memecahkan kuasa BN.

Sementara itu, Umno yakin dengan hanya beberapa minggu yang tinggal untuk PRU13, setelah Najib berkata jentera parti berada pada peringkat akhir persiapannya.

"Kami telah menerima laporan audit mengenai jentera kami dan dari situ saya boleh mengatakan persediaan kami memuaskan. Pada masa yang sama, saya berharap usaha untuk mengukuhkan persediaan kami akan terus dijalankan oleh pemimpin di peringkat negeri," kata beliau kepada pemberita pada Jumaat lalu.

Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, telah membuat pilihan calon yang menang tumpuan strategi beliau, menjelaskan bahawa BN harus membariskan calon dengan peluang terbaik untuk menang, tanpa mengira parti komponen BN mana yang memegang kerusi sebelumnya.

Satu lagi sebab utama kelebihan bagi parti pemerintah ialah pertumbuhan 5.2 peratus yang negara ini nikmati di bawah kepimpinan Najib, bersama-sama dengan peningkatan dalam pelaburan domestik dan asing.

Dan selain itu, pendapatan per kapita mencecah AS$9,700 daripada AS$7,500 pada tahun 2010.

EIU bersetuju dengan trajektori menaik: "Berikutan pengembangan anggaran daripada 5.2 peratus pada tahun 2012, kami menjangka KDNK berkembang pada kadar yang sama semasa tempoh ramalan 2013-17."

Angka pertumbuhan yang diumumkan semalam oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa ekonomi berkembang kepada 6.4 peratus pertumbuhan pada suku terakhir 2012 dan menyokong pertumbuhan tahun penuh untuk berkembang sebanyak 5.6 peratus daripada 5.1 peratus tahun sebelumnya.

Berlatarbelakangkan keadaan sedemikian, EIU berkata: "Jelas bahawa adalah sukar untuk Pakatan yang kini cuba membariskan satu pembangkang yang bersatu antara pemimpinnya yang sering bertengkar sejurus sebelum PRU13". - Bernama

Thursday, February 07, 2013

Apa untungnya pemimpin Umno membela Nasharudin Mat Isa?

APA untungnya pemimpin Umno membela Ustaz Nasharudin Mat Isa? yang dipecat daripada Majlis Syura Pas pada 13 Januari lalu.

Apa kah kerana kenyataan mantan Timbalan Presiden Pas itu yang meminta agar Pas mengkaji kedudukan kerjasamanya dengan DAP dan PKR?

AYT masih ingat semasa ucapan penggulungan Presiden Umno pada Persidangan Umno Disember lalu, dengan nyata dan terang Presiden Umno Datuk Najib Tun Razak sungguh yakin bahawa Umno dan Bn akan menang dalam pilihanraya ke-13, kerana Umno dan Bn semakin kuat, manakala pembangkang tiada kemampuan untuk mengalahkan gabungan 14 buah part itu.

Melihat kepada kenyataan Presiden Umno dan Pengerusi Bn itu, adalah jelas, perbuatan membela mati-matian pemimpin pembangkang seperti Ustaz Nasharuddin tidak kena pada tempatnya, apatah lagi mantan MP Bachok Kelantan itu masih mempertahankan keahilannya dalam parti Pas.

Nasharuddin hanya dipecat daripada Majlis Syura Pas, badan tertinggi parti itu, akan tetapi tidak daripada parti itu. Maknanya, beliau masih merupakan pemimpin pembangkang yang cuba mengalahkan Umno dan Bn pada PRU-13 akan datang.

Kenapa pemimpin Umno menghabiskan masa dan tenaga membela pemimpin pembangkang? apakah melalui pembelaan itu, maka Umno akan mendapat keuntungan? kalau ada keuntungan daripada segi apa? undi? berapa peratus kah jumlah undi yang mampu diberikan oleh Ustaz Nasha? kepada calon-calon Umno/Bn?

Adalah lebih baik para pemimpin Umno dan Bn menumpuhkan kepada jentera-jentera parti di segenap lapisan, daripada akar umbi, Pusat Daerah Mengundi, bahagian dan "war room" dan meneliti dengan sejelas-jelas kelemahan-kelemahan yang ada.

AYT masih ragu, apa kah jentera Umno/Bn sudah siap "lepas landas" berdepan dengan PRU-13?, kerana masih kedengaran di sana sini ada kekekangn-kekekangan tertentu yang dihadapi, dan masalah-masalah tertentu yang belum beres, namun dianggap oleh sebahagian pemimpin sebagai masalah remeh.

Para pemimpin Bn perlu ingat, kejatuhan Kerajaan Tunisia pada tahun 2011, hanya angkara remeh, iaitu seorang pemuda membakar dirinya kerana masalah mendapatkan gerai untuk berdagang.

Jangan ambil mudah perkara remeh, terutama yang berpunca daripada akar umbi, kerana jumlah  pengundi yang teramai adalah daripada golongan ini.

Jika para pemimpin Umno membela Ustaz Nasha kerana desakannya supaya Pas bersendirian dalam PRU-13, disebabkan menurut rekod pilihanraya, apabila Pas bersendirian, maka jumlah kerusi yang dimenangi Parti itu jauh lebih sedikit berbanding kalau berkerjasama dengan parti-parti pembangkang lain; maka adalah pembelaan yang silap, kerana Pas menyedari, apabila bersendirin, maka parti itu tiada kapasiti menang banyak kerusi.

Para pemimpin Pas tahu melalui hanya melalui kerjasama dengan parti-parti pembangkang lain, setidak-tidaknya parti itu pernah menang di Terengganu pada tahun 1999 dan gagal mempertahankan kemenangan itu pada PRU-2004 apabila barisan alternatif pecah.

Berasaskan kepada rekod itulah, para pemimpin Pas tidak mengira apakah perlu mengorbankan asas perjuangan, asalkan menang kerusi banyak. Bagi mereka, tiada guna mempertahankan pilar perjuangan, namun kalah dalam pilihanraya.

Sepatutnya para pemimpin Bn mengantisipasi pendirian para pemimpin Pas itu terutama Nik Aziz dan Hadi Awang, kerana kedua-dua pemimpin itu tidak mempunyai masa lagi berjuang dalam beberapa pilihanraya akan datang, kerana faktor usia. Bagi mereka, inilah masanya ALL OUT, kalau untung batu tenggalam, kalau untung sabut timbul.

Bagi AYT, syogianya para pemimpin Bn/Umno menumpukan sepenuh tenaga kepada parti masing-masing, bergerak satu haluan dengan semua pemimpin komponen, lupakan kelibat para pemimpin pembangkang.. tunjukkan bahawa pimpinan Bn/umno jauh lebih baik dalam membangun negara dan membela rakyat.

Blog Archive