Saturday, April 06, 2013

PRU-13: Gelah Patah: Kawasan Terpanas

Laporan menggemparkan bahawa Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman mungkin bertanding di Johor untuk berdepan dengan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang meletakkan DAP dalam keadaan tidak selesa kerana ia mampu menyapu undi Melayu di Parlimen itu.

Berdasarkan komposisi 52 peratus pengundi Cina dan 12 peratus India di kawasan separa bandar itu, DAP sebelum ini yakin mendapat majoriti daripada pengundi bukan Melayu dan separuh daripada 34 peratus undi Melayu, sekali gus dengan mudah menyelamatkan Lim.

Bagaimanapun, pengaruh Ghani dilihat mampu mengekang kehilangan sokongan BN ke tahap paling minimum di Nusa Jaya, salah satu daripada dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Gelang Patah.

Ghani juga dilihat ramai masyarakat Cina di Johor sebagai pemimpin Umno yang sederhana dan rendah diri dan kenaikan harga hartanah di Iskandar - yang juga terletak di Gelang Patah - sebelum ini seolah-olah "tepukan" kepadanya.

No comments:

Blog Archive