Showing posts with label Najib Razak. Show all posts
Showing posts with label Najib Razak. Show all posts

Saturday, November 28, 2015

Dakwaan Terhadap DS Najib-Umno Bakal Kalah Pada PRU-14

1. Setidak-tidaknya ada pengakuan daripada seorang Ketua Bahagian Umno, iaitu Datuk Salleh Tun Said, apabila beliau menulis di blog beliau semalam "Trying to bring down the party president through FABRICATED allegations affects the entire party and risks Umno getting defeated in the general election" Salleh merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap ADUN Usukan mewakili Umno serta Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah.

2. Dakwaan yang dianggap dibuat-buat adalah melalui kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa DS Najib Razak telah mencuri wang 1MDB sebanyak RM42bilion, walaupun selepas itu, mantan PM itu menukar dakwaan beliau bahawa sebahagian daripada pinjaman 1MDB telah lesap.

3. 1MDB sebuah syarikat yang ditubuhkan pada Tahun 2009 oleh DS Najib dan bertujuan sebagai syarikat pengumpul harta dalam rangka penggalakan kemasukan modal asing ke dalam negara.

4. Kemelut yang melanda 1MDB sebagai impak kepada kekurangan aliran tunai muncul pada awal tahun ini, apabila syarikat itu berdepan dengan pembayaran hutang jangka pendek. Masalah aliran tunai syarikat itu timbul apabila gagal menerbitkan IPO yang syarikat tenganya Edra Engery Global yang memperkirakan, kalau penerbitan itu berjaya, syarikat akan mendapat wang tunai sebanyak RM8bilion.

5. Sebagai syarikat GLC, iaitu milik penuh Kementerian Kewangan, maka syarikat itu meminta suntikan modal daripada kerajaan, namun permintaan itu ditolak kabinet, sebaliknya hanya memberikan standby credit sebanyak RM950juta. Melihat kepada keadaan yang berlaku dalam syarikat itu, maka dua anggota kabinet DS Najib mempergunakan peluang itu mengeritik syarikat itu, bertujuan tidak langsung mengecam Perdana Menteri, kerana diketahui bahawa PM merupakan penasihat kepada lembaga pengarah syarikat 1MDB. Perbuatan dua anggota kabinet DS Najib itu, merupakan tindakan seperti pukul anak sindir menantu.

6. Sudahlah pemimpin pembangkang khususnya Tony Pua daripada DAP dan Rafizi Ramli daripada PKR dan ditambah oleh Tun Dr Mahathir, pengelibatan dua anggota kabinet DS Najib mengecam perjalanan 1MDB, setidak-tidak mengumpul persepsi bahawa memang berlaku salahguna kuasa dalam 1MDB. Ekoran daripada itu, maka pada Mac, DS Najib mengarahkan Ketua Audit Negara memeriksa 1MDB. Dalam masa yang juga, beberapa agensi penguatkuasa seperti SPRM, Bank Negara, PDRM yang diketuai Peguam Negara turut memeriksa syarikat itu, atas inisiatif Tan Sri Muhiyiddin Yassin, kemudiannya gabungan beberapa agensi itu dipanggil Pasukan Khas. Bukan pasukan khas sahaja menjalankan pemeriksaan terhadap 1MDB, akan tetapi juga jawatan kuasa kira-kira dewan rakyat (PAC) yang dipengerusikan oleh Datuk Nurjazlan Mohammad Rahmat turut ikut serta memerikasa/menyiasat syarikat gergasi itu.

7. Ekoran gabungan berbagai agensi menyiasat/ memeriksa 1MDB, maka berlakulah satu pendedahan yang tidak disangka-sangka bahawa ada wang sebanyak USD681juta (atau RM2.6bilion sesuai pertukaran masa itu) telah dimasukkan ke akaun Perdana Menteri di AmBank Kuala Lumpur pada Mac 2013. Walaupun kejadian itu telah berlaku lebih dua tahun, namun hanya terdedah pada 2 Julai, apabila The Wall Street Journal, surat khabar yang diterbitkan di Amerika milik Dow Jones membuat laporan berkaitan wang tersebut. Surat khabar itu dalam laporannya siap dengan lakaran bagaimana wang sejumlah RM2.6bilion berakhir dalam akaun Perdana Menteri. Malah dalam lakaran itu, seolah-olah wang yang dimasukan ke akaun Perdana Menteri berpunca daripada 1MDB, kerana mengakitkan beberapa syarikat milik Kementerian Kewangan, di mana sebelumnya ada syarikat merupakan syarikat di bawah naungan 1MDB.

8. Pihak penguatkuasa dalam hal ini SPRM memerlukan sebulan untuk menafikan bahawa wang RM2.6bilion bukan wang yang berpunca daripada 1MDB sebaliknya daripada penderma arab yang budiman.

9. Jika sebelum pendedahan RM2.6bilion, saban hari pembangkang dan Tun Dr Mahathir mengecam DS Najib mempergunakan 1MDB termasuk mendesak PM ke-6 itu meletakkan jawatan, namun selepas sahaja wang RM2.6bilion yang merupakan "political fund" daripada pihak yang tidak mahu disebutkan namanya daripada Timur Tengah, dipergunakan oleh Tun Dr Mahathir dan barisan pembangkang. Melalui argumentasi mantan Perdana Menteri itu, beliau sama sekali tidak percaya bahawa ada pak arab yang mahu menyumbang sejumlah itu, kerana menurut pengalaman beliau selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, beliau tidak pernah mendapat sumbangan/derma bagi tujuan "political fund" daripada arab.

10. Pihak pembangkang dan Tun Dr Mahathir melihat impak atau pukulan yang mampu disumbangkan oleh wang derma RM2.6bilion lebih kuat maka kini, faktor wang RM2.6bilion secara terus meneruskan dipergunakan sebagai media/alat memburukkan imej Perdana Menteri. Sebagai contoh tindakan pembangkang, semasa pembentangan Bajet2016 pada 23 Oktober lalu, para wakil rakyat pembangkang daripada DAP, PKR dan Amanah menaikkan palakat yang bertuliskan MANA RM2.6BILION, dan seterusnya palakat seumpama itu, secara terus digunakan oleh pembangkang terutama oleh pimpinan DAP pada sebarang perjumpaan dengan rakyat termasuk kanak-kanak. 

11. Kalau melihat di laman sosial seperti facebook dan twitter, rata-rata penyokong pembangkang mempergunakan palakat MANA RM2.6BILION apabila memberi komen berkaitan DS Najib.

12. Menerima atau tidak, bahawa impak daripada wang RM2.6bilion kepada persepsi rakyat negara ini cukup kuat, kerana telah menjadi lumrah manusia, bahawa keuntungan kepada seseorang menjadi faktor penolak kepada seseorang itu. Rakyat atas pengaruh pembangkang terbeli dengan dakyah pembangkang itu, apabila pembangkang berjaya menghubungkaitkan wang derma itu dengan keadaan sara hidup rakyat yang semakin meningkat, akibat daripada beberapa tindakan kerajaan yang tidak popular seperti rasionalisasi subsidi, pertukaran sistem percukaian negara daripada SST kepada GST, selain itu, impak kepada penurunan beberapa komoditi negara seperti minyak dan minyak kepala sawit yang mendorong nilai ringgit menjunam berbanding dollar amerika.

13. Sebenarnya, rakyat tidak melihat bagaimana pencapaian DS Najib sejak tahun 2009 dalam soal-soal ekonomi negara, akan tetapi mereka lebih fokus kepada sesuatu yang kecil seperti wang RM2.6bilion, apatah lagi jika dikaitkan dengan kehidupan harian mereka.

14. AYT melihat, kerajaan di bawa kepimpinan DS Najib mencuba mengalih pandangan rakyat daripada wang RM2.6bilion, melalui berbagai tindakan, antara lain pemecatan dua pemimpin kanan Umno daripada kabinet, pemecatan pemimpin Umno daripada parti, mengubah cara persidangan Umno, selain fokus kepada tindakan-tindakan mahkamah kepada beberapa individu. Selain itu, untuk mengubah "the making news" ramai pemimpin kerajaan termasuk menteri kabinet, membuat kenyataan-kenyataan yang dianggap disengajakan, untuk mengundang kritikan rakyat, tujuannya, agar isu wang RM2.6bilion terlupakan. Namun, pembangkang telah mengantisipasi keadaan itu, mereka tetap fokus kepada faktor RM2.bilion, bertujuan menggunakan satu peluru untuk berdapan dua isu yang besar, iaitu masalah besar yang melanda pembangkang yang telah berpecah, dan pada masa yang sama mendapat mileage dengan memalitkan imej buruk kepada DS Najib dan seterusnya kerajaan.

15. Entah, apa cara yang boleh dilakukan oleh para pemimpin Umno/Bn untuk memadamkan isu RM2.6bilion, mungkin pada 3 Disember di Dewan Rakyat, apabila DS Najib menjawab isu itu, maka faktor RM2.6bilion akan selesai once and for all. Sama-sama kita tunggu.

Wednesday, January 14, 2015

Mengapa Masalah Yang Menyelubungi Najib Tidak Dijawab- A Kadir Jasin

A Kadir Jasin PANTUN Melayu paling indah dan bermakna dalam hal ilmu dan kebijaksanaan berbunyi: 

Pergi memburu di padang datar, 

Dapat rusa belang kaki; 

Kalau berguru kepalang ajar, 

Ibarat bunga kembang tak jadi. 

Pantun nasihat itu berguna kepada kita semua dan, dalam konteks semasa amat afdal kepada pendiayah, tukang cerita dan tentera siber Perdana Menteri, Umno, Barisan Nasional dan kerajaan. 

Taktik hingusan menyerang peribadi pengkritik Mohd Najib Abdul Razak dan kerajaannya tidak berkesan sebaliknya boleh menjadi senjata makan tuan. 

Apatah lagi kalau peribadi Perdana Menteri, lebih rentan (vulnerable) dan mudah ditelanjangkan oleh para pengkritik beliau sebagai serangan balas. 

Apa halnya kalau petugas-petugas propaganda Perdana Menteri adalah orang muda yang tohor ilmu dan tidak pun kenal siapa sebenarnya pengkritik bos mereka? 

Saya yakin ramai daripada mereka, kerana muda usia dan tidak berada di tengah-tengah pergelutan politik, khususnya yang membabitkan Mohd Najib, tidak pun tahu bentuk perhubungan di antara Perdana Menteri dengan orang yang hari ini menegur beliau. 

MAP Sambung Lidah PR? 

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sesetengah elemen dan wartawan media arus perdana (MAP), termasuk dalam kumpulan Media Prima, telah secara terbuka bertindak sebagai penyambung lidah Pakatan Rakyat, khususnya dalam membelasah (Tun ) Daim Zainuddin. 

PR, terutamanya Parti Keadilan Rakyat, mempunyai agenda tersendiri memburuk-burukkan Daim. Pemuka PR seperti (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tahu kehebatan saluran maklumat dan strategi Daim. 

Mengapa tidak? Daim adalah antara orang penting memainkan peranan menaik dan menurunkan Anwar dalam politik negara. Mereka tahu perisikan, analisis dan strategi Daim lebih hebat daripada mana-mana pihak dalam Umno dan BN. Oleh sebab Daim tidak berminat dalam politik maka analisis dan strategi beliau adalah lebih bebas dan berkecuali. 

Tambah memeningkan PR adalah hakikat bahawa Daim mempunyai perhubungan baik dengan sesetengah orang mereka sendiri. 

Di kalangan penyokong dan petugas Mohd Najib pula, ramai bimbang Perdana Menteri meminta atau menerima nasihat Daim. Mereka tidak mahu kemungkinan itu berlaku kerana nasihat Daim mungkin merugikan mereka. 

Jadi mereka berusaha melemahkan kredibiliti Daim dan pada masa yang sama cuba melaga-lagakan Mohd Najib dengan Daim. 

Apakah para pengarang dan wartawan MAP tidak sedar matlamat tersirat PR atau mereka diarahkan menyerang Daim dengan apa cara juga, termasuk bersekongkol dengan PR? 

Boleh jadi juga mereka tidak mendalami atau sengaja menidakkan perhubungan antara Mohd Najib dan Daim lantas mereka mengambil agenda PR, khususnya PKR, sebagai agenda mereka sendiri dan menyerang Daim atas tanggapan inilah yang terbaik bagi mempertahankan Mohd Najib. 

Mungkin mereka tidak tahu dan PM pun tidak mahu memperbesar-besarkan keakraban beliau dengan Daim. Namun, antara yang terawal beliau hubungi selepas mendarat di Kota Bharu (dari Hawaii) ialah Daim. 

Pendiayah muda PM yang kini dikatakan amat berkuasa dan kaya dengan sumber kewangan mungkin tidak tahu atau tidak sedar bahawa kalau bukan kerana orang seperti (Tun) Dr Mahathir, Daim, (Tan Sri) Sanusi Junid, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin dan beberapa orang lagi veteran Umno, bos mereka mungkin tidak merasa menjadi PM atau tidak menjadi PM secepat itu. Malah kalau diserahkan bulat-bulat kepada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan para penerajunya, ada kemungkinan Mohd Najib tidak menjadi PM. 

Jadi elok para propagandis, laskar siber dan penggilap epal Mohd Najib buang dulu hingus mereka dan belajar daripada sejarah. Jangan terlalu angkuh dengan operasi gelap mereka dan dengan wang yang mereka ada untuk mengupah dan membeli. 

Cerita Peribadi Siapa Lebih Sensasi? 

Kalau mereka kata mereka ada maklumat “juicy” (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka. 

Mungkin diayah murahan mengenai para pengkritik Mohd Najib boleh merosakkan imej mereka, tetapi mereka bukan PM dan mereka pun tidak berkedudukan politik. 

Tetapi cerita-cerita yang menyelerakan mengenai Mohd Najib, kalau ada, boleh menjatuhkan beliau. Setidak-tidaknya pun beliau tidak nyenyak tidur malam yang lebih teruk daripada gangguan bunyi motosikal pelumba haram seperti yang isterinya, Rosmah Mansor, ceritakan baru-baru ini. 

Para pendiayah dan laskar siber wajib sedar, iaitu ketika mereka masih merangkak dalam dunia maklumat dan propaganda, para pengkritik Mohd Najib sudah pun makan sekarung garam dan kenal bos mereka dari A ke Z. 

Daripada cuba membunuh pembawa khabar (the messengers) adalah lebih baik mereka tajamkan sedikit pemikiran dan jawab kritikan terhadap bos mereka satu persatu. 

Kalau mereka kurang faham, biar saya beri sedikit “hint” dalam bentuk soalan, khususnya berkaitan ekonomi sebab saya yakin ramai daripada mereka tidak faham ekonomi. Antaranya: 

1. Mengapakah PM tidak mengisytiharkan darurat kerana banjir besar sedangkan kerajaan mengisytiharkan darurat ketika berlaku wabak SARS pada tahun 2009 dan jerebu pada tahun 2013? 

2. Bagaimanakah PM, sebagai Menteri Kewangan, hendak melestarikan (sustain) Belanjawan 2015 apabila harga minyak mentah sudah jatuh di bawah paras AS$50 setong sedangkan anggaran belanjawan adalah antara AS$100 hingga AS$105 setong? 

3. Apakah laskar siber Mohd Najib peduli membaca berita ekonomi untuk mengetahui bahawa harga minyak mentah Brent yang digunakan sebagai penanda aras telah jatuh kepada AS$48.90 setong Jumaat lepas dan harga di New York jatuh kepada AS$46.85 pada hari Rabu, iaitu paras paling rendah sejak April 2009? 

4. Bolehkah GST dan punca-punca lain pendapatan menampung kejatuhan hasil akibat kemerosotan harga minyak mentah yang menyumbang hampir 40% kepada perolehan kerajaan? 

5. Apakah implikasi kejatuhan nilai ringgit terhadap kos import, khususnya import bahan makanan seperti beras, gandum, jagung, gula, kacang soya, susu dan daging yang bernilai lebih RM35 bilion setahun? 

6. Apakah potensi inflasi import (imported inflation) ke atas harga barang pengguna akibat kejatuhan nilai ringgit? 

7. Sebanyak manakah kita dapat menambah eksport negara kerana nilai ringgit jatuh dan eksport kita menjadi lebih murah? 

8. Mengapakah prestasi pasaran saham kita buruk sehingga dikalahkan oleh Filipina, Indonesia dan Thailand dan banyak lagi pasaran membangun? 

9. Tidak percaya tanyalah peneroka Felda atau sesiapa saja yang melabur dalam saham Felda Global Ventures Berhad. Bukankah harga saham FGVB telah merosot daripada harga IPO RM4.55 pada tahun 2012 kepada RM2.18 pada 9 Jan, kejatuhan lebih 50 peratus? 

[Image] Mohd Najib "Mentor" Felda 10. Apakah sebabnya rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh daripada RM441.9 bilion pada akhir 2013 kepada RM405.5 bilion – merosot RM36.4 bilion- dalam masa 12 bulan hingga akhir bulan lalu? 

11. Adakah Bank Negara masuk ke pasaran bagi mempertahankan nilai ringgit dan rugi? 

12. Apakah akan terjadi kepada sistem perbankan negara dan penarafan antarabangsa pasaran modal kita kalau 1MDB gagal memenuhi obligasi hutangnya yang berjumlah RM42 bilion itu? 

13. Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit terhadap hutang 1MDB yang kebanyakannya dalam mata wang dolar Amerika? 

14. Apakah tepat laporan CIMB (yang dibina oleh adik PM sendiri) pada awal bulan ini bahawa 1MDB “telah gagal” membayar balik pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada Maybank yang sepatutnya dilakukan pada Disember lalu? 

15. Apakah tepat unjuran CIMB bahawa Maybank terdedah kepada RM5.5 bilion hutang 1MDB? 

16. Apakah tepat unjuran jika Maybank (milik PNB) membuat peruntukan (provision) hutang lapuk bagi tahun kewangan 2015 akibat pinjaman 1MDB keuntungan bersihnya akan merosot 5.6 peratus? 

17. Adakah benar syarikat-syarikat yang menjual IPP hujung hayat kepada 1MDB belum mendapat bayaran sepenuhnya dan mempunyai opsyen membeli balik IPP itu dengan harga potongan? 

18. Dan satu soalan yang mudah – mengapakah kerajaan tidak memberi penjelasan terperinci dan terus terang mengenai apa sebenarnya terjadi kepada pesawat eksekutif TUDM yang membawa PM ke Hawaii, tetapi tidak membawa beliau balik? 

Para pendiayah, laskar siber PM dan kaki ampu perlu faham dan ada keutamaan. Yang hendak dipertahankan adalah PM – peribadi beliau, dasar beliau, prestasi beliau dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah. 

Peribadi, dasar, prestasi dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah tidak akan menjadi bertambah baik dengan membunuh pembawa khabar ngeri. 

Atau apakah pendiayah, laskar siber dan pengampu PM mempunyai agenda sendiri yang mirip sokong bawa rebah dan gunting dalam lipatan? 

Perdana Menteri wajib berhati-hati terhadap musuh dalam selimut yang mendakap dan menggosok belakang beliau, tetapi di tangan keris terhunus. 

sumber:http://kadirjasin.blogspot.com/2015/01/perang-saraf-hingusan-ancam-kewibawaan.html

Tuesday, January 06, 2015

KENAPA NAJIB DIBIDAS?

MINGGU lalu Dato Seri Najib Razak dibidas kiri kanan, hanya kerana beliau memenuhi jemputan Presiden Amerika bermain golf di Hawaii.

Secara kebetulan, Najib juga dalam rangka bercuti hujung tahun, maka undangan diplomasi bermain golf dipenuhi.

Manusia hanya boleh merancang, akan tetapi kejadian lain diluar kawalan.

Memang setiap hujung tahun berlaku banjir di Pantai Timur Semenanjung, kerana angin monson Timur Laut. Tetapi kejadian kali ini benar-benar banjir paling teruk dalam tempoh 40 tahun.

Kelantan dilanda banjir paling teruk, kalaulah diikuti gelombang, keadaan seperti yang berlaku di Aceh semasa tsunami melanda wilayah paling barat Indonesia itu.

Di Kelantan, akibat banjir, banyak harta benda rosak binasa termasuk meregut nyawa. Rumah-rumah banyak yang hanyut.

Kawasan paling teruk adalah daerah Kuala Krai, kononnya disebabkan penggundolan hutan di Gua Musang yang dilakukan oleh syarikat ada hubungan dengan Pengerusi DAP Perak.

Meskipun bercuti, Najib memendekkan percutian beliau. Beliau terus terbang ke Kelantan. Meninjau, membuat penilaian, kemudian membuat keputusan, bahawa negeri-negeri dilanda banjir perlu bantuan segera. RM500 juta diumumkan untuk para mangsa tidak termasuk memperbaiki infra yang rosak.

Walaupun keputusan bantuan khas itu sangat menyentuh hati para mangsa banjir, namun mereka yang hanya duduk di belakang meja, tidak puas hati. 

Mereka-mereka ini, menelusuri bagaimana cara Najib sampai ke Kelantan. Mereka lebih suka melihat di mana Datin Rosmah Mansor, di mana jet rasmi Perdana Menteri.

Mereka tidak mahu menyelidiki mengapa jet tersebut tidak dinaiki Najib untuk pulang ke tanah air. Mereka hanya membuat spekulasi, bahawa jet itu sedang digunakan oleh isteri beliau berpoya-poya.

Malah, wira di belakang meja merangka berapa minyak yang digunakan jet itu. Kononnya kalau Najib tidak jet rasmi itu, minyak yang digunakan boleh beli ratusan tan beras, ribuan tin sardin. Seolah-olah, kerajaan tidak memberikan makanan seumpama itu kepada mangsa.

Para pembidas Najib, tidak lagi melihat apa impak kerja Perdana Menteri itu, mereka lebih berminat kepada peribadi beliau, keluarga beliau termasuk isteri beliau.

Tujuan mereka itu, agar rakyat benci dengan Perdana Menteri, benci kepada keluarga perdana Menteri, benci kepada Datin Rosmah Mansor, dan tujuan mereka, agar Perdana Menteri dan keluarganya bakal menjadi liabiliti kepada kerajaan apabila tiba pilihanraya umum.

A Kadir Jasin, seorang wira dihujung jari, hanya mencatur di belakang meja semua keburukan Perdana Menteri, dibahas, ditulis dengan baik untuk tatapan umum, demi mempengaruhi pendapat umum agar membeci Perdana Menteri.

Mereka yang mahu Najib letak jawatan perlu membusukkan beliau, kerana mereka tahu, ikan mula membusuk daripada kepala.

Monday, December 15, 2014

Isu 1MDB: Menjatuhkan Najib Bukan Caranya: Salleh Said Keruak

TIDAK kiralah siapa Perdana Menteri, kalau berbagai isu dalam negara belum selesai, ianya merupakan faktor beban kepada Umno dan Barisan Nasional.

Pembangkang atau rakyat bukan hanya melihat siapa Perdana Menteri, akan tetapi isu yang tertunggak.

Menurunkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri tidak akan menyelesaikan masalah-masalah itu, demikian menurut Speaker Dewan undangan negeri Sabah- Datuk Salleh Tun Said.

Menurut mantan Ketua Menteri Sabah itu, ambil contoh apabila Tun Abullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan Perdana Menteri, pengganti beliau tidak juga dapat "redeem" kekalahan Umno/Bn pada PRU-12, malah kerusi BN semakin berkurang.

Isu 1MDB yang meruncing pada masa ini, dikatakan bakal menjatuhkan Perdana Menteri ke-6 negara itu.

1MDB adalah "brainchild" Najib sendiri.

Salleh melalui blognya menulis, keupayaan Bn untuk menang pada PRU-14, hanya melalui Kerja berpasukan (act together), tanpa faktor itu, Umno/Bn terpaksa berhempas pulas untuk mempertahankan Putrajaya.

Sunday, December 14, 2014

Apakah Isu 1MDB Boleh Mengugat Kedudukan Najib?

SERANGAN bertali arus berkaitan 1MDB, bukan sahaja dilakukan pembangkang, akan tetapi juga orang Umno sendiri.

Kini, ada sudah berani bertindak daripada Umno apabila seorang Timbalan Ketua Bahagian membuat laporan polis berkenaan dengan syarikat ilham Perdana Menteri itu.

Jika Tun Dr Mahathir hanya memberi komen berkaitan syarikat itu, kini blogger seperti A Kadir Jasin, mungkin termasuk blogger "bangang" memperhangat isu syarikat itu dengan mengwar-warkan berbagai kelemahan, termasuk kegagalan membayar hutang mengikut jadual.

Dato Sharizat Jalil terpaksa digugurkan sebagai Menteri, terpalit isu NFC yang diurus oleh suami beliau.

Tun Abdullah terpaksa akur apabila serangan bertali arus yang diarahkan kepada budak-budak tingkat 4 Putrajaya yang diketuai menantunya menyebabkan Bn hampir kehilangan kuasa.

Najib yang mengambil kedudukan Pak Lah, bukan sahaja gagal mencapai kemenangan 2/3 dewan rakyat sepertimana tradisi Bn, namun pencapaian beliau lebih teruk daripada pencapaian Pak Lah.

Walaupun tidak adil membandingkan dua keadaan PRU yang berbeza, di mana pada PRU-13, Anwar mengetuai jentera Pembangkang, sedangkan pada PRU-12, Anwar tidak bertanding.

Isu 1MDB menghangat, atas sebab beban hutang syarikat itu yang cukup besar, menambah beban hutang negara secara keseluruhan.

Berbagai isu yang timbul, sejak kebelakangan ini khususnya berkaitan 1MDB, para pemimpin bukannya bertaut, malah semakin renggang. Percakaran dalaman atas sebab satu polisi yang silap, boleh menjadi katalis kepada berakhirnya kuasa Bn. Sama-sama kita fikirkan.

Monday, January 20, 2014

Mandul Kah Para Pegawai Najib?

MACAM satu sindikit, sejak akhir-akhir ini, Perdana Menteri macam seorang yang tidak disenangi? Najib bukan sahaja menjadi bahan lawak malah telah menjurus kepada menghinanya yang berkaitan dengan isu kangkung, dan yang terbaru, apabila beliau langsung tidak mendapat sambutan ketika menyampaikan hadiah Malaysian Badminton Open; selain itu, isteri beliau Datin Rosmah Mansor, dibooo oleh sebahagian hadirin pada majlis itu.

Belum pernah berlaku, sebelum ini terhadap mana-mana Perdana Menteri Malaysia, di mana kehadiran beliau pada sesuatu majlis, macam tidak disenangi.

Apa yang berlaku, terhadap para pegawai Najib terutama bahagian media beliau? seolah-olah mereka mandul berdepan dengan isu-isu semasa. Mereka seolah-olah tidak berdaya dengan isu-isu spontan seperti Isu Kangkung; mereka seolah-olah robot yang terprogram, sehingga jika sesuatu berlaku diluar program mereka, mereka kelam kabut, malah tidak tahu apa yang perlu dibuat.

Melihat kepada respon di media sosial, seolah-olah Keluarga Najib, adalah keluarga yang banyak membawa berita yang tidak sedap untuk dibaca. Keadaan ini lah yang berimpak negatif kepada PM, atas sebab itu, keadaan pada Majlis Penyampian Hadiah Malaysian Open, adalah rentetan daripada persepsi yang melekat kepada beliau.

Nampaknya media yang bertugas atau pegawai yang berkhidmatan kepada beliau untuk mengharumkan nama PM atau menjawab isu-isu negatif berkaitan beliau, hanya tidur makan, mengampu, menyokong, sehingga tidak tahu langsung bagaimana membantah. Inilah akibat, apabila melantik mereka yang tidak memahami perjuangan, dan bagaimana mempertahankan maruah kerajaan atau pemimpin.

Wednesday, January 15, 2014

Mengapa Najib Jadi Sasaran?

JIKA mantan Perdana Menteri yang digantikan Najib- Pak Lah disebut PM Tidur, Najib mula disebut PM- Nowhere. Jolokan kepada beliau itu, kerana setiap ada perayaan besar dalam negara, beliau bersama isteri tiada dalam negara kerana bercuti.

Tahun 2011 misalnya, semasa diambang menyambut adil fitri, beliau bercuti ke Perth Australia, manakala tahun lalu di ambang perayaan natal dan menyambut tahun baru, beliau berada di Amerika Syarikat.

Najib, kini jadi mainan di laman sosial, kerana isu kangkong. Pemberi komen berkaitan kangkong tidak terhad kepada bukan penyokong kerajaan, malahan penyokong kerajaan pun tidak kurang ramainya. Hanya mereka yang hanya tahu menyokong tetapi tidak tahu membantah sahaja yang tidak mahu bercakap soal kangkong.

Najib juga mendapat kritikan pedas daripada segenap lapisan masyarakat kerana lifestyle yang boros, ditambah minat isterinya berbelanja seperti Emelda Marcos.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga memberi kenyataan sinis, berkaitan dengan cara Najib berbelaja, termasuklah pemilikan jet kegunaan pembesar negara.

Kenaikan harga barang yang dihubungkan dengan pengurangan subsidi petrolium, gula dan kenaikan tarif litrik, sehingga barisan nasional=BN diganti dengan akronim baru=Barang Naik menyebabkan Najib merasa tertekan. Sifat semulajadi manusia, apabila merasa tertekan, maka sukar mengambil contoh terbaik untuk diucapkan, atas sebab itu, apabila berkata mengenai naik turunnya harga barang, maka terpilihlah sayur kangkong.

Sebagai Menteri kewangan, beliau tertekan melihat hutang negara yang mencapai RM800 bilion berbanding simpanan tetap negara RM441 bilion. Hutang negara itu juga merupakan 82 peratus GDP negara tahun 2012 (USD 303.53 bilion).

Melihat kepada jumlah hutang yang besar itu, Najib terpaksa mengambil langkah mengurangkan perbelanjaan negara, kerana khuatirkan penarafan hutang negara diturunkan oleh pihak peminjam, sehingga kerajaan tidak boleh meminjam untuk membiayai pembangunan.

Memang polisi itu baik untuk negara, namun apa yang dikritik oleh rakyat bahawa tindakan Najib tidak selari dengan lifestylenya.

Langkah mengurangkan elaun menteri dan pegawai kerajaan JUSA C ke atas yang termasuk dalam 11 langkah mengurangkan perbelanjaan kerajaan, diiukti oleh pelantikan setiausaha-setiausaha politik dan duta khas bertaraf menteri; ertinya perbelanjaan kerajaan akan kembali kepada square one.

Penurunan nilai ringgit berbanding bakul mata wang antarabangsa terutama dollar amerika, menyebabkan kenaikan gaji, pemberian BR1M tidak bermakna. Lemahnya nilai ringgit menyebabkan harga barang yang diimport menjadi mahal dalam negara. Selain itu, faktor alam dan fenomena ekonomi global mendorong kenaikan harga barangan, sehingga sara hidup juga meningkat.

AYT tidak dapat menafsirkan jika keadaan sekarang berlaku sebelum PRU-13?

Blog Archive