Tuesday, January 06, 2015

KENAPA NAJIB DIBIDAS?

MINGGU lalu Dato Seri Najib Razak dibidas kiri kanan, hanya kerana beliau memenuhi jemputan Presiden Amerika bermain golf di Hawaii.

Secara kebetulan, Najib juga dalam rangka bercuti hujung tahun, maka undangan diplomasi bermain golf dipenuhi.

Manusia hanya boleh merancang, akan tetapi kejadian lain diluar kawalan.

Memang setiap hujung tahun berlaku banjir di Pantai Timur Semenanjung, kerana angin monson Timur Laut. Tetapi kejadian kali ini benar-benar banjir paling teruk dalam tempoh 40 tahun.

Kelantan dilanda banjir paling teruk, kalaulah diikuti gelombang, keadaan seperti yang berlaku di Aceh semasa tsunami melanda wilayah paling barat Indonesia itu.

Di Kelantan, akibat banjir, banyak harta benda rosak binasa termasuk meregut nyawa. Rumah-rumah banyak yang hanyut.

Kawasan paling teruk adalah daerah Kuala Krai, kononnya disebabkan penggundolan hutan di Gua Musang yang dilakukan oleh syarikat ada hubungan dengan Pengerusi DAP Perak.

Meskipun bercuti, Najib memendekkan percutian beliau. Beliau terus terbang ke Kelantan. Meninjau, membuat penilaian, kemudian membuat keputusan, bahawa negeri-negeri dilanda banjir perlu bantuan segera. RM500 juta diumumkan untuk para mangsa tidak termasuk memperbaiki infra yang rosak.

Walaupun keputusan bantuan khas itu sangat menyentuh hati para mangsa banjir, namun mereka yang hanya duduk di belakang meja, tidak puas hati. 

Mereka-mereka ini, menelusuri bagaimana cara Najib sampai ke Kelantan. Mereka lebih suka melihat di mana Datin Rosmah Mansor, di mana jet rasmi Perdana Menteri.

Mereka tidak mahu menyelidiki mengapa jet tersebut tidak dinaiki Najib untuk pulang ke tanah air. Mereka hanya membuat spekulasi, bahawa jet itu sedang digunakan oleh isteri beliau berpoya-poya.

Malah, wira di belakang meja merangka berapa minyak yang digunakan jet itu. Kononnya kalau Najib tidak jet rasmi itu, minyak yang digunakan boleh beli ratusan tan beras, ribuan tin sardin. Seolah-olah, kerajaan tidak memberikan makanan seumpama itu kepada mangsa.

Para pembidas Najib, tidak lagi melihat apa impak kerja Perdana Menteri itu, mereka lebih berminat kepada peribadi beliau, keluarga beliau termasuk isteri beliau.

Tujuan mereka itu, agar rakyat benci dengan Perdana Menteri, benci kepada keluarga perdana Menteri, benci kepada Datin Rosmah Mansor, dan tujuan mereka, agar Perdana Menteri dan keluarganya bakal menjadi liabiliti kepada kerajaan apabila tiba pilihanraya umum.

A Kadir Jasin, seorang wira dihujung jari, hanya mencatur di belakang meja semua keburukan Perdana Menteri, dibahas, ditulis dengan baik untuk tatapan umum, demi mempengaruhi pendapat umum agar membeci Perdana Menteri.

Mereka yang mahu Najib letak jawatan perlu membusukkan beliau, kerana mereka tahu, ikan mula membusuk daripada kepala.

1 comment:

Anonymous said...

Kakau najib blogger, memang banggang betul lah...apa tidak nya nereka dikata beragama islam dan tua bangka kubur pun dah hampir tapi masih memburukkan pemimpin, pada setiap jumaat kemasjid..bilal ingatan taat pada pemimpin walau dia nampak zalim asalkan tidak menggalakkn masiat pada Allah..jadi yg banggang tu sedarlah diri...naniti sama sama melihat dirii sendiri dimasyhar dimana sesama kita berada....kalau beriman hari ahkirat lah.

Blog Archive