Showing posts with label Kelvin Morais. Show all posts
Showing posts with label Kelvin Morais. Show all posts

Thursday, September 17, 2015

Cara Morais Dibunuh- Memang Menghapus Bukti

1. Cara DPP Kelvin Morais dibunuh, memang bermotifkan menghapuskan bukti. Pembunuhan itu, memang dirancang dengan rapi, sepertimana kenterangan awal polis, bahawa pada 4 September lalu, hari yang sama Morais hilang, keretanya Proton perdana berwarna kelabu bernombir WA6264Q yang dipandu beliau untuk ke tempat kerja di Putrajaya diekori sejak keluar daripada rumah, kemudian dilanggar di Jalan Telawi Bangsar, bagi menghentikan DPP itu kerana 'akibat' kemalangan.

2. Kehilangan Morais, memaksa polis menubuhkan pasukan khas, dan selepas 12 hari, siasatan tersebut berjaya, apabila suspek utama berjaya ditahan di Rawang, dan melalui petunukan suspek utama tersebut maka semalam dijumpainya mayat DPP tersebut yang disemen dalam drum minyak dan tenggelamkan melalui paya kecil di USJ1, Subang jaya.

3. Setakat ini, punca pembunuhan Morais dikaitkan dengan seorang doktor perubatan tentera yang berumur 52 tahun (suspek utama), kerana anggota ATM itu dituduh meminta rasuah sebanyak RM700 daripada pembekal obatan-obatan yang dibekalkan kepada hospital tentera di Wangsa Maju.

4, Anggota tentera itu didakwa di Mahkamah, dan Morais merupakan DPP utama.

5. Moris, 55 tahun, pernah dipinjamkan ke SPRM selama 10 tahun, sebelum kembali ke Jabatan Peguam negara pada tahun 2014.

6. Mantan Peguam negara Tan Sri Gani Patail, semasa hadir di HKL semalam, berkata Morais merupakan seorang pengamal undang-undang yang berdedikasi, dan kerap diberikan tugas pada kes yang sangat mencabar, kerana kegigihan beliau.

7. Kehilangan Morais merupakan kehilangan besar kepada Jabatan peguam negara, dan perundangan negara.

8. Berbagai pihak mengharapkan agar pihak yang terlibat dalam pembunuhan Morais cepat dihadapkan di mahkamah dan dihukum setimpal dengan perubatannya.

9. Kes pembuhuhan Morais disiasat melalui seksyen 320 kanun keseksaan kerana membunuh. Sabit kesalahan membawa hukuman mati mandatori.

Wednesday, September 16, 2015

Punca Kelvin Morais Dibunuh

1. Polis percaya Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morias dibunuh kerana terlibat kes rasuah yang dikendalikannya di Shah Alam dua minggu lalu.

2. “Motif kes ini, anda boleh rujuk perbicaraan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, dua minggu lalu mengenai pendakwaan seorang pegawai tentera berpangkat doktor yang terbabit dalam kes rasuah,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.

3. Suspek utama, seorang doktor, Kolonel Dr R. Kunaseegaran, 52, Ketua Makmal Patology di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Shah Alam pada 9 September 2013 atas dua tuduhan rasuah membabitkan wang sogokan RM700,000. Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah.

4. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

5. Suspek didakwa meminta dan menerima rasuah daripada pemilik syarikat persendirian sebagai dorongan bagi membolehkan syarikat terbabit membekalkan ubat-ubatan dan peralatan perubatan kepada hospital.

6. Sebelum itu, polis yang menahan tujuh suspek, dibawa seorang daripada mereka ke lokasi kejadian di Jalan Subang 3, di Subang Jaya.

7. “Kami percaya suspek lain digunakan untuk membantu menculik Morais. “Semua suspek kini direman selama 14 hari untuk membantu siasatan,” kata Mohammad Salleh.

8. Dalam pada itu, ahli keluarga Morais sudah melakukan proses pengecaman mayat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

9. Morais dilaporkan hilang selepas dilihat meninggalkan kediamannya di Menara Duta untuk ke pejabat di Putrajaya 4 September lalu.

10. Siasatan polis mendapati, Morais yang menaiki Proton Perdana diekori empat lelaki yang kemudiannya menculiknya di Bangsar.

Apa Salah Morais?

Apa salah Kelvin Morais???

Kronologi Kehilangan Kevin Morais dan Ditemui Mayatnya

1. 4 September- Morais kali terakhir dilihat meninggalkan rumahnya di Kondominum Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira 9 pagi untuk ke tempat kerja di pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

2. Pada hari yang sama, kira-kira 10.30 pagi dan 3 petang, rakan serumah Morais yang dikenali sebagai Davveen cuba menghubungi telefon bimbitnya namun gagal. Davven menghubungi setiausaha Morais dan dimaklumkan Morais tidak hadir ke pejabat.

3. 5 September; Petugas Balai Polis Hutan Melintang, Perak menerima laporan, orang awam menjumpai sebuah kereta hangus terbakar di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang Perak. Selepas pemeriksaan, didapati kereta tersebut dipercayai jenis Proron Perdana versi Honda Accord, namun nombor enjin dan casis didapati dirosakkan. Kenderaan jenis itu menyerupai kenderaan yang dipandu Morais ketika dia hilang.

4. Pada 5 September, Daveen memaklumkan pada abang Morais, Datuk Richard Dilaan Morais berhubung kehilangannya dan satu laporan polis dibuat berhubung perkara itu di Balai Polis Jinjang pada jam 5.04 petang.

5. 6 September, Polis meminta bantuan Jabatan Kimia, Proton dan Spanco Sdn bhd untuk mengenal pasti kenderaan yang ditemui terbakar untuk memastikan ia adalah milik Morais atau sebaliknya. Hingga kini polis tiada sebarang kepastian.

6.Pihak polis mengklasifikasikan kes kehilangan Morais sebagi orang hilang. Polis menubuhkan satu pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad.

7. 14 September, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Moris dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar berdasarkan rakaman CCTV diperoleh polis. Visual menunjukkan kenderaan Morais W6264Q dihalang sebuah kenderaan lain sebelum mereka berhenti di tepi jalan. Morais ditarik masuk ke kereta suspek dan keretanya turut dilarikan.

8. 16 September- kira-kira 6 pagi- Sepasukan anggota dan pegawai STAFOC memeriksa satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ 1 dan menemui satu tong yang disorok di kawasan semak, berjaya dikeluarkan kira-kira 8 pagi. Mayat yang ditemukan tersebut disyaksi Morais, dan kes disiasat di bawah 302 kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat Kelvin Morais Dijumpai

1. Mayat DPP Kelvin Morais dijumpai di dalam sebuah tong berisi konkrit di jalan Subang 3, Taman Subang Mewah USJ, pagi Rabu.

2.Pada 4 Septmeber lalu, Kelvin dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara Putrajaya.

3. Sehari selepas itu, sebuah kenderaan dipercayai jenis proton perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis yang sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Samak, Hutan Melintang, Perak.

4. Mayat Morais, ditemui hasil pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besar oleh Pasukan Petugas Khas jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara, sejak malam kelmarin.

5.Hasil pengakuan itu, sekumpulan pegawai dan anggota STAFOC kemudiannya membuat pemeriksaan di lokasi kejadian, di mana mayat Morais dibuang, pada kira-kira 6 pagi tadi.

6. Kehilangan Morais banyak disepekulasikan ada hubungan dengan penghapusan bukti-bukti berkaitan 1MDB, namun Peguam Negara yang baru menafikan dakwaan tersebut, sambil memberi kenyataan, bahawa Morais tidak terlibat langsung dengan siasatan 1MDB.

7. Dengan penemuan mayat Morais, kes itu kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori.

Blog Archive