1. Mayat DPP Kelvin Morais dijumpai di dalam sebuah tong berisi konkrit di jalan Subang 3, Taman Subang Mewah USJ, pagi Rabu.
2.Pada 4 Septmeber lalu, Kelvin dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara Putrajaya.
3. Sehari selepas itu, sebuah kenderaan dipercayai jenis proton perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis yang sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Samak, Hutan Melintang, Perak.
4. Mayat Morais, ditemui hasil pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besar oleh Pasukan Petugas Khas jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara, sejak malam kelmarin.
5.Hasil pengakuan itu, sekumpulan pegawai dan anggota STAFOC kemudiannya membuat pemeriksaan di lokasi kejadian, di mana mayat Morais dibuang, pada kira-kira 6 pagi tadi.
6. Kehilangan Morais banyak disepekulasikan ada hubungan dengan penghapusan bukti-bukti berkaitan 1MDB, namun Peguam Negara yang baru menafikan dakwaan tersebut, sambil memberi kenyataan, bahawa Morais tidak terlibat langsung dengan siasatan 1MDB.
7. Dengan penemuan mayat Morais, kes itu kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori.
1 comment:
Pihak berkuasa kena melakukan sesuatu untuk mencari motip pembunuhan. Mesti ada motip. Actus reus non facit reum nisi mens sit rea saja tidak memadahi. Ada usaha yang sangat terancang, extrem dan brutal, bukan hanya terhadap pembunuhan itu sendiri tetapi juga untok penghapusan semua bukti daripada dapat dikesan. DPP Morais seorang pegawai perundangan yang bertugas diJPN. Dia mesti ada dan telah mengetahui sesuatu yang sangat penting yang orang lain tidak tahu sehinggakan nyawanya melayang. Sangat jarang, seteruk mana pun ganguan mental sesaorang, yang saja saja membunuh untok suka suka. Perdana DPP Morais dijumpai dibakar, nombor chasis dan enjin dikikis dan dia ditemuui dalam tong yang diisi konkrit? Siapa pun juga pelakunya ada lah sangat professional.
Post a Comment