1. 4 September- Morais kali terakhir dilihat meninggalkan rumahnya di Kondominum Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira 9 pagi untuk ke tempat kerja di pejabat Peguam Negara, Putrajaya.
2. Pada hari yang sama, kira-kira 10.30 pagi dan 3 petang, rakan serumah Morais yang dikenali sebagai Davveen cuba menghubungi telefon bimbitnya namun gagal. Davven menghubungi setiausaha Morais dan dimaklumkan Morais tidak hadir ke pejabat.
3. 5 September; Petugas Balai Polis Hutan Melintang, Perak menerima laporan, orang awam menjumpai sebuah kereta hangus terbakar di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang Perak. Selepas pemeriksaan, didapati kereta tersebut dipercayai jenis Proron Perdana versi Honda Accord, namun nombor enjin dan casis didapati dirosakkan. Kenderaan jenis itu menyerupai kenderaan yang dipandu Morais ketika dia hilang.
4. Pada 5 September, Daveen memaklumkan pada abang Morais, Datuk Richard Dilaan Morais berhubung kehilangannya dan satu laporan polis dibuat berhubung perkara itu di Balai Polis Jinjang pada jam 5.04 petang.
5. 6 September, Polis meminta bantuan Jabatan Kimia, Proton dan Spanco Sdn bhd untuk mengenal pasti kenderaan yang ditemui terbakar untuk memastikan ia adalah milik Morais atau sebaliknya. Hingga kini polis tiada sebarang kepastian.
6.Pihak polis mengklasifikasikan kes kehilangan Morais sebagi orang hilang. Polis menubuhkan satu pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad.
7. 14 September, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Moris dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar berdasarkan rakaman CCTV diperoleh polis. Visual menunjukkan kenderaan Morais W6264Q dihalang sebuah kenderaan lain sebelum mereka berhenti di tepi jalan. Morais ditarik masuk ke kereta suspek dan keretanya turut dilarikan.
8. 16 September- kira-kira 6 pagi- Sepasukan anggota dan pegawai STAFOC memeriksa satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ 1 dan menemui satu tong yang disorok di kawasan semak, berjaya dikeluarkan kira-kira 8 pagi. Mayat yang ditemukan tersebut disyaksi Morais, dan kes disiasat di bawah 302 kanun Keseksaan kerana membunuh.
No comments:
Post a Comment