Showing posts with label Kekasih Eli tertangkap. Show all posts
Showing posts with label Kekasih Eli tertangkap. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Bukan saya yang sebarkan gambar bogel Eli: Bekas kekasih Elizabeth Wong

AKIBAT tertekan kerana tertangkapnya Hilmi Hazimin Malek di Batam, Indonesia baru-baru ini, Exco Kerajaan Selangor-Elizabeth Wong terpaksa membatalkan kehadiran pada satu acara rasminya sambutan World Wetland, Sabtu lalu.

Dalam perkembangan lain, mstar online melaporkan, bahawa bekas kekasih Elizabeth Wong itu mendakwa, bahawa penyebaran gambar bogel bekas teman wanitanya bukan berpunca daripada dirinya.

Gambar yang tersebar di internet itu, dirakamnya melalui telepon bimbit, namun telepon bimbit itu telah lama hilang.

Semenjak kes itu terdedah pada tahun 2009, Hilmi menghilangkan diri,sehingga tertangkap di Indonesia, baru-baru ini.

Saturday, February 11, 2012

Kekasih Eli dibawa balik selepas jalani hukuman di indonesia

Hilmi Hazimin Malek yang kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Indonesia hanya akan dibawa pulang ke negara ini untuk siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth Wong, selepas lelaki itu selesai menjalani proses undang-undang di negara jiran itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki itu perlu melalui proses pendakwaan dan hukuman di Indonesia sekiranya disabitkan kesalahan memiliki dokumen palsu.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya belum mendapat laporan penuh daripada pihak berkuasa Indonesia berhubung status siasatan kes lelaki berkenaan.

"Apabila polis di negara itu sudah mengesahkan sama ada dia didakwa, dikenakan tindakan undang-undang dan kemudian dia dibebaskan barulah kita mengambil tindakan membawa pulang Hilmi untuk siasatan seterusnya," katanya.

Dalam laporan sebuah portal dari negara jiran itu Sabtu lalu, rakyat Malaysia tersebut yang dikenali sebagai 'Azmin Helmi', 37, ditahan oleh pegawai Imigresen Indonesia di Batam sehari sebelum itu kerana memiliki dokumen palsu.

Friday, February 10, 2012

PDRM belum ada niat minta ekstradisi Hilmi Hazimin Malek

KUALA LUMPUR:(Bernama) Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bercadang mengekstradisi rakyat Malaysia bernama Hilmi Hazimin Malek, 37, yang kini dalam tahanan pihak berkuasa Indonesia bagi membantu siasatan penyebaran gambar separuh bogel Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Hilmi Hazimin mungkin perlu menjalani pendakwaan berhubung kesalahan imigresen di Indonesia terlebih dahulu.

"Kita belum dapat laporan penuh daripada polis Indonesia tetapi kemungkinan Hilmi akan didakwa dan dihukum di sana. Selepas selesai perkara itu baru polis di sini akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Maulidur Rasul di Bukit Aman, Jumaat.

Sebuah portal Indonesia pada Sabtu lepas melaporkan bahawa seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai 'Azmin Heli', yang kemudian disahkan sebagai Hilmi Hazimin, ditahan oleh Imigresen Indonesia di Pulau Batam kerana memiliki dokumen palsu.

Dia dikesan mempunyai alamat di Ampang, Selangor dan dikatakan mempunyai kad pengenalan dan kad keluarga Indonesia palsu.

Thursday, February 09, 2012

Lima jam tunggu Elizabeth Wong-akhirnya wartawan hampa; Kosmo online

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mengelak untuk bertembung dengan wartawan yang menunggunya di luar pintu bilik Mesyuarat Exco yang terletak di tingkat 20, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini semalam.

Malah Elizabeth yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri itu dilihat tergesa-gesa meninggalkan bilik mesyuarat melalui pintu lain.

Ekoran itu, usaha wartawan menunggu selama lima jam untuk mendapat reaksi Elizabeth. 40, mengenai penahanan bekas teman lelakinya, Hilmi atau Azmin Helmi di Batam, Indonesia pada 3 Februari lalu kerana kesalahan menggunakan dokumen palsu berakhir dengan kehampaan.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang akhbarnya berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum membincangkan secara rasmi mengenai penahanan lelaki yang dikaitkan dengan penyebaran gambar bogel Elizabeth tiga tahun lalu.

Menurut beliau, Mesyuarat Biro Politik PKR yang sepatutnya diadakan semalam juga terpaksa ditangguhkan kerana ketiadaan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di luar negara dan hanya akan pulang hari ini.

“Mesyuarat Biro PKR dijangka diadakan pada minggu ini dan akan membincangkan mengenai cara untuk parti mengendalikan perkara ini (berkaitan isu penahanan Hilmi),” kata beliau.

Sah: Azmin Heli=Hilmi Hazimin Malek: PDRM

(Utusan) - Polis mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang ditahan di Batam, Indonesia, Jumaat lalu, merupakan lelaki diburu pasukan itu sejak tiga tahun lalu dikenali sebagai Hilmi Hazimin Malek bagi membantu siasatan penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth Wong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya telah menerima pengesahan identiti lelaki itu daripada pihak berkuasa negara jiran tersebut.

Menurutnya, bagaimanapun lelaki tersebut pada masa ini masih disiasat Polis Republik Indonesia (Polri) berhubung kesalahan dilakukan di negara itu.

"Pihak berkuasa Indonesia meminta sedikit masa untuk melengkapkan siasatan mengikut prosedur dan dakwaan yang dikemukakan terhadap lelaki tersebut.

"Kita bagaimanapun akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi membantu siasatan seterusnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa negara jiran itu untuk pengesahan bagaimanapun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkenaan.

Dalam pada itu, menurut Chin Wah, lelaki tersebut dikehendaki polis Kuala Lumpur untuk membantu siasatan kes melibatkan Elizabeth yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor.

Kenyataan tersebut mengulas laporan beberapa akhbar hari ini yang menyiarkan berita berhubung penahanan seorang lelaki yang mendakwa sebagai anggota PKR.

Dalam laporan sebuah portal dari negara jiran itu Sabtu lalu, rakyat Malaysia tersebut yang dikenali sebagai 'Azmin Helmi', 37, ditahan oleh pegawai Imigresen Indonesia di Batam sehari sebelum itu kerana memiliki dokumen palsu.

Lelaki tersebut yang dikesan mempunyai alamat di Ampang, Selangor dan dilahirkan pada 27 Mac 1975 dikatakan mempunyai kad pengenalan Indonesia dan kad keluarga palsu dan dikeluarkan di Batam selain kad kelahiran palsu daripada Karimun.

Imigresen Batam pula dilaporkan memberitahu media bahawa Azmin yang menyatakan dia adalah anggota PKR telah memasuki Indonesia atas saranan keluarga dan parti tersebut, dengan menggunakan pasport Malaysia melalui pelabuhan Tanjung Balai di Karimun pada 15 Februari 2009.

Dia dikatakan memberitahu pegawai penyiasatan bahawa dia telah menjelajah ke serata Indonesia, melawat Pekan Baru, Jakarta selain tinggal di Cengkareng, Cingkawang dan Pondok Kelapa melebihi 30 hari tempoh visanya.

Wednesday, February 08, 2012

Eli boleh bernafas lega: Pihak Indonesia belum sahkan Azmin Heli yang ditahan itu adalah kekasihnya

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima pengesahan daripada polis Indonesia mengenai penahanan Azmin Hilmi, bekas teman lelaki Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang disyaki terlibat menyebar gambar bogel wanita itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, Kepolisan Negara Republik Indonesia (POLRI) masih belum mengesahkan penahanan lelaki itu yang didakwa dilakukan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia, Jumaat lepas.

"Setakat ini masih belum ada pengesahan daripada pihak Indonesia mengenai tangkapan tersebut. Hilmi masih dikehendaki polis Kuala Lumpur untuk bantu siasatan kes yang melibatkan Elizabeth Wong," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas.

Ku berkata, sekiranya benar lelaki yang dikehendaki PDRM sejak 2009 itu ditahan, PDRM akan berurusan dengan POLRI melalui saluran yang tertentu.

Akhbar tempatan sejak beberapa hari lalu melaporkan lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pihak berkuasa Batam, Indonesia ketika dia cuba memperbaharui pasport dengan menggunakan kad identiti dan sijil lahir palsu di Jabatan Imigresen Batam.

Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa Indonesia terhadap lelaki itu kemudian mendapati dia warga Malaysia dan mendakwa dirinya adalah anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada Februari 2009, Hilmi yang merupakan bekas pembantu seorang pemimpin politik PKR di Selangor, diburu bagi menyelesaikan kontroversi penyebaran gambar bogel Wong yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor.

Bagaimanapun, Hilmi yang ketika itu tinggal di Jalan 4H, Ampang Jaya, Selangor gagal dikesan kerana menghilangkan diri ke luar negara ekoran terbongkarnya skandal itu. - BERNAMA

Tuesday, February 07, 2012

Azmin Heli : Sah kekasih Eli yang lari

Satu cubaan "hack" yang dilakukan blogger MyMassa berasaskan kepada maklumat yang dinyatakan media Indonesia" Dari hasil pemeriksaan petugas Imigrasi Batam, diketahui pria itu bernama Azmin Heli lahir di Kuala Lumpur 27 Maret 1975. Alamat Jalan 4H Ampang Selangor 68000 Malaysia. WNA ini ternyata salah seorang anggota Oposisi Partai Keadilan Rakyat (PKR) Malaysia."

Blogger MyMassa mencuba meng"hack" siapakah lelaki misteri bernama Azmin Heli itu?

Ikuti cerita selanjutnya:

Setakat ini maklumat yang kita dapat adalah Azmin Heli berkad pengenalan 750327-14-XXXX.

Daripada pengamatan MyMassa, kebanyakan lelaki berumur 30 an akan bemula dengan 5000 pada nombor akhir kad pengenalan. Bermula dengan 750327145001, MyMassa mula mencari no kad pengenalan Hazimin jika dia adalah orang yang sama. Satu lagi tips MyMassa nak kongsi, gunakan nombor ganjil.

Dari petang sampai sebentar tadi, MyMassa berjaya menjumpai kad pengenalan Helmi Hazimin Malik yang sama dengan maklumat yang disiarkan oleh media Indonesia. Seperti sebelum ini, MyMassa menggunakan sistem pendaftaran pengundi di laman web SPR. Dan ini adalah hasilnya.

Sama tak maklumat pengundi Hazimin dengan Azmin Heli?

Kalau pembaca merasakan ianya sama dengan maklumat dalam media Indonesia iaitu pada tarikh lahir dan alamat, maka sahlah Hazimin dengan Azmin adalah orang yang sama.

Cuma MyMassa musykil, kalau Hazimin nak menyamar, kenapa nama akhir penyamarannya menggunakan nama HELI. Adakah merujuk kepada KEKASIH GELAPNYA iaitu ELI WONG?

Bukti Eli Wong mengucapkan terima kasih kepada kekasihnya Helmi selepas menang PRU ke-12.
sumber : http://elizabethwong.wordpress.com/2008/03/10/ge12-thank-you/

Padanlah PKR menggelabah sampai terpaksa menggunakan Kerajaan Negeri untuk buat damage control.
SHAH ALAM 6 Feb. – Kerajaan Selangor mengambil berat tentang spekulasi laporan penahanan seorang lelaki yang dikaitkan dengan penyebaran foto Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, Elizabeth Wong, oleh pihak berkuasa Indonesia.

Lelaki itu dipercayai melarikan diri selepas foto Elizabeth dalam keadaan bogel tersebar dalam Internet pada 2009 dan lelaki itu juga dikehendaki oleh polis Malaysia bagi membantu siasatan mengenai penyebaran foto-foto itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor di sini hari ini, kerajaan negeri akan meneliti laporan itu dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran negeri Selangor.

"Isu ini juga akan dibawa ke mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan,” menurut kenyataan itu lagi.

Portal berita Free Malaysia Today hari ini melaporkan bahawa pihak imigresen Indonesia telah menahan seorang lelaki di Batam Jumaat lepas yang dikatakan mungkin bekas teman lelaki Elizabeth. – BERNAMA

*Kalau pembaca tak percaya, boleh cuba sendiri di blog SPR. Tinggal 2 digit sahaja yang MyMassa padamkan. Jika ada pembaca rasa cara MyMassa mendedahkan maklumat, MyMassa minta maaf kerana hanya tiru cara blogger pembangkang dedahkan maklumat pengundi semasa kes Mismah.

Blog Archive