Showing posts with label Dun Kedah. Show all posts
Showing posts with label Dun Kedah. Show all posts

Monday, May 24, 2010

ADUN PKR Kedah Menunggu Timing

Khabar angin bahawa kerajaan negeri Kedah bakal tumbang apabila beberapa ADUN Pakatan Rakyat, khususnya daripada PKR akan berpaling tadah, belum menjadi kenyataan.

Pada perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS di Kota Sarang Semut, keempat-empat ADUN yang dikaitkan akan meninggalkan Pakatan masing-masing mengatakan mereka akan tetap dengan perjuangan parti masing-masing, setidak-tidaknya sehingga pilihan raya umum akan datang.

ADUN-adun yang disebut-sebut itu adalah ADUN S.Manikumar (Bukit Selambau), Lim Soo Nee (Kulim), Tan Show Kang (Sidam) dan Lee Guan Aik (Kota Darul Aman).

Melalui pengakuan dalam bahasa malaysia yang menggunakan bahasa pasar itu, kecuali

Manikumar yang bercakap dengan fasih dalam bahasa Melayu berkata kenyataannya sering-kali diputar oleh media bagi memperlihatkan kononnya beliau tidak berpuas hati dengan PKR dan pucuk pimpinan kerajaan negeri Kedah.

“Bila saya ditanya sama ada saya akan lompat, saya kata jika ia berlaku, perkara berkenaan perlu dianalisis dengan teliti, ia mungkin masalah ADUN itu sendiri, masalah dengan pemimpin atau kerajaan negeri, tetapi kata-kata saya diputar,” katanya.

“Saya bukan gila publisiti, saya selalu bincang dalam keadan tertutup, kita mesti bertolak ansur kerana rakyat menyokong saya semasa pilihan raya supaya saya menjadi wakil mereka, tetapi media ingin menjual suarat khabar, jadi Manikumar ingin letak jawatan dijadikan berita,” katanya.

Bagi ADUN Kulim (PKR) Lim Soo Nee, yang didakwa berpotensi paling tinggi akan melompat menceritakan dia dikejutkan dengan panggilan telefon oleh wartawan pada jam 1 pagi semata-mata untuk mengesahkan sama ada dia telah meninggalkan PKR.

“Ini gila, saya telah berkali-kali menjelaskannya tetapi wartawan terus bertanya dan saya tidak akan melayan mereka lagi kerana lagi dilayan mereka jadi lebih bersemangat,” katanya.

“Saya bukan 'katak' tetapi isu ini sudah berlanjutan, kita ada banyak kerja untuk dibuat, jadi tolong jangan telefon saya mengenai perkara itu lagi,” kata Lim sambil menjeling ke arah wartawan yang membuat liputan itu.

Seorang lagi ADUN Pakatan iaitu Lee Guan Aik yang mewakili parti DAP bagi kerusi Kota Darulaman membidas media berhubung spekulasi itu.

Ketua PKR Kedah, Ahmad Kassim, yang juga berucap sebelum majlis yang dihadiri lebih dua ribu orang itu berakhir pada jam 12 malam berkata kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undag ke atas mereka yang terus menyebarkan khabar angin berkenaan.

“Kita telah memberi mereka peluang dan ini amaran terakhir, sesiapa yang sebarkan nama orang yang akan lompat sama ada dengan sms, blog atau apa-apa, kita akan bertindak,” katanya.

Majlis malam itu diakhiri dengan ucapan daripada Menteri Besar, Datuk Azizan Abdul Razak yang menggunakan kiasan 'katak, monyet dan ketam' sehinga menyebakan hadirin gelak besar.

Beliau juga menasihatkan wartwan supaya tidak diperbodohkan dengan dakyah Umno dan berkata “Jika Umno bodoh sebarkan penipuan, adakah anda perlu menjadi bodoh juga?”

Katanya, khabar angin kononnya kerjaan negeri Kedah akan tumbang sengaja disebarkan kerana Umno tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka.

“Dalam sistem demokrasi, ada menang dan ada yang kalah; sejak Merdeka, kita sentiasa kalah tetapi kita bersabar dan bila kita menang, Umno menggunakan pelbagai cara yang memalukan dan tidak bertanggungjawab untuk cuba menumbangkan kita,” katanya.

Sehubungan itu, Azizan menegaskan beliau tidak akan membubarkan DUN sebagaimana dihebohkan kerana menerima sokongan padu daripada semua 20 ADUN Pakatan Rakyat, termasuk empat wakil rakyat terbabit.

Azizan berkata, tiada ada alasan baginya membubarkan DUN hanya semata-mata mahu memenuhi spekulasi yang disebarkan Umno yang sengaja mahu menimbulkan kekecohan dan melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Katanya, semua keempat-empat ADUN itu menyatakan pendirian masing-masing tanpa dipaksa, sebaliknya dengan kerelaan sendiri serta tiada syarat dikenakan.

Sunday, May 23, 2010

Perjumpaan PAS Kedah Semalam Ada Tanda-tanda Kerajaan itu Akan Rebah

Walaupun 20 ADUN Pakatan hadir dalam perjumpaan itu, namun keluhan salah satu ADUN PKR LIM Soon Nee ADUN Kulim menggambarkan bahawa memang ada masalah dalaman kerajaan Pakatan Kedah itu.

Walaupun 4 ADUN yang dikatakan dalam masa terdekat akan meninggalkan parti masing-masing berikar akan tetap dengan Pakatan, namun pendirian mereka itu sukar diramal.

Sebelum ini pun wakil rakyat Nibong Tebal Tan Tee Beng pernah beberapa kali menafikan bahawa dia tidak akan keluar PKR,namun kenyataannya sebaliknya.

4 ahli parlimen dan 5 ADUN sebelum ini pun pada awalnya menafikan bahawa mereka akan keluar, namun faktnya, hingga kini semua mereka telahpun keluar PKR.

Adalah dirasakan, 3 ADUN PKR Kedah ini menunggu masa yang tepat dan sesuai sebelum membuat keputusan.

Keluhan ADUN KULIM semalam, boleh membawa 1001 persoalan dan persepsi, terlalu sukar untuk mengatakan bahawa esok lusa, ADUN Kulim akan berada di mana.

Sekiranya menurut Lim Soo Nee kalau hanya seorang mendakwa bahawa mereka telah hilang kepercyaaan kepada pucuk pimpinan itu mungkin boleh diterima, namun kini telah 10 orang wakil rakyat PKR telah keluar selepas keputusan PRU-12 lalu.

Adalah dirasakan, untuk sementara kerajaan PAS Kedah masih selamat, namun porak peranda masih menunggu.

Belum Tiba Masanya Kerajaan Pas Kedah Jatuh

Khabar angin yang bertiup sebelum ini kononnya kerajaan negeri Kedah bakal tumbang apabila beberapa ADUN Pakatan Rakyat, khususnya daripada PKR akan berpaling tadah, belum menjadi kenyataan.

Pada perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS di Kota Sarang Semut pada malam semalam,ternyata keempat-empat ADUN yang dikaitkan akan meninggalkan Pakatan dan diisukan tidak akan muncul pada perjumpaan tersebut, ternyata sangkaan tersebut meleset.

Malah ke empat-empat mereka menyalahkan media massa yang menyebarkan khabar angin itu.

Bagi ADUN Kulim (PKR) Lim Soo Nee, yang didakwa berpotensi paling tinggi akan melompat menceritakan dia dikejutkan dengan panggilan telefon oleh wartawan pada jam 1 pagi semata-mata untuk mengesahkan sama ada dia telah meninggalkan PKR.

“Ini gila, saya telah berkali-kali menjelaskannya tetapi wartawan terus bertanya dan saya tidak akan melayan mereka lagi kerana lagi dilayan mereka jadi lebih bersemangat,” katanya.

“Saya bukan 'katak' tetapi isu ini sudah berlanjutan, kita ada banyak kerja untuk dibuat, jadi tolong jangan telefon saya mengenai perkara itu lagi,” kata Lim sambil menjeling ke arah wartawan yang membuat liputan itu.

Seorang lagi ADUN Pakatan iaitu Lee Guan Aik yang mewakili parti DAP bagi kerusi Kota Darulaman membidas media berhubung spekulasi itu.

“Di media Cina, kita diberi gred - 1, 2 atau 3 – dan ini menunjukkan kebarangkalian atau kemungkinan kita akan melompat atau berpaling tadah, tetapi nasib baik saya hanya diberi Gred 1 sahaja,” katanya dengan sinis.

“ Ini cerita lama kerana Bn tidak lagi berkuasa sejak dua tahun lalu dan mereka tidak tahu bagaimana menjadi pemabngkang, “ kata Lim yang merupakan seorang bekas anggota tentera.

Ketua PKR Kedah, Ahmad Kassim, yang juga berucap sebelum majlis yang dihadiri lebih dua ribu orang itu berakhir pada jam 12 malam berkata kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undag ke natas mereka yang menyebarkan khabar angin berkenaan.

“Kita telah memberi mereka peluang dan ini amaran terakhir, sesiapa yang sebarkan nama orang yang akan lompat sama ada dengan sms, blog atau apa-apa, kita akan bertindak,” katanya.

Majlis malam itu diakhiri dengan ucapan daripada Menteri Besar, Datuk Azizan Abdul Razak yang menggunakan kiasan 'katak, monyet dan ketam' sehinga menyebakan hadirin gelak besar.

Beliau juga menasihatkan wartwan supaya tidak diperbodohkan dengan dakyah Umno dan berkata “Jika Umno bodoh sebarkan penipuan, adakah anda perlu menjadi bodoh juga?”

Katanya, khabar angin kononnya kerjaan negeri Kedah akan tumbang sengaja disebarkan kerana Umno tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka.

“Dalam sistem demokrasi, ada menang dan ada yang kalah; sejak Merdeka, kita sentiasa kalah tetapi kita bersabar dan bila kita menang, Umno menggunakan pelbagai kaedah yang memalukan dan tidak bertanggungjawab untuk cuba menumbangkan kita,” katanya.

Friday, May 21, 2010

Kalau Kerajaan Pas Kedah Tumbang Atas Sebab Tidak Cukup Kerusi; Itu Bukan Rampas Kuasa: Safie Afdal

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan Umno cuba merampas kembali negeri itu daripada Pas dengan cara menarik anggota dewan undangan negeri di negeri itu untuk melompat parti.

Sekiranya kerajaan Pas Kedah tumbang atas sebab tidak cukup kerusi, itu bukan bermakna rampas kuasa.

Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata Umno Kedah pada masa ini hanya memberikan tumpuan kepada usaha membantu rakyat di negeri itu melalui agensi persekutuan yang sedia ada.

Beliau menolak dakwaan konon adanya dalang daripada Umno yang merancang rampasan kuasa di Kedah.

Terpulang kepada anggota Pakatan Rakyat jika mereka mahu melompat parti," katanya.

Kerajaan PAS Kedah berada dihujung tanduk atas sebab tipisnya kelebihan kerusi ke atas BN dan wakil rakyat bebas.

DUN Kedah pada masa kini terbagi kepada 16 PAS, 3 PKR, 1 DAP, 14 BN dan 2 BEbas.

Esok adalah penentuan samada 3 ADUN PKR akan hadir pada majlis angkat sumpah kesetian anjuran PAS, jika tidak hadir, maka 3 ADUN itu akan dilabel sebagai tidak setia dan ada niat bertukar parti.

Apabila esok ternyata 3 ADUN PKR ini tidak datang ke majlis angkat sumpah kesetian, ada kemungkinan menteri besar Kedah Azizan Razak akan menghadap Sultan Kedah untuk memohon perkenaan membubarkan dewan untuk membolehkan pilihanraya negeri.

Apa kah yang akan berlaku esok, sama-sama kita tunggu.

Thursday, May 20, 2010

22 Mei Bubar Kah DUN Kedah?

Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Hasan Abdul Razak menafikan perkhabaran kononnya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 22 Mei ini.

Ini ekoran dakwaan kononnya kerajaan negeri semakin kurang mendapat sokongan apabila akan berlaku lagi Adun yang lompat parti.

Katanya, semua khabar angin itu berpunca daripada iri hati musuh Pakatan Rakyat yang tidak senang duduk kerana apa yang dilakukan oleh kepimpinan sekarang menyedarkan rakyat bahawa semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu banyak berlaku penyelewengan, rasuah, penipu dan memperdaya rakyat.

Menurut beliau lagi, kenapa tiba-tiba isu itu timbul sedangkan PAS yang menguasai negeri itu mempunyai 16 kerusi, DAP (1) dan PKR (3) menjadikan semuanya 20 kerusi perlu tunduk kepada BN yang hanya ada 13 kerusi termasuk satu kerusi kosong di Dun Kota Seputeh.

"Buat apa nak bubar Dun kerana kita mempunyai kekuatan 20 kerusi manakala BN 13, beza tujuh kerusi dan dijika dicampur dengan 'katak' ia masih ketara.

“Itu belum ditolak satu kerusi kosong di Kota Seputeh, " jelasnya yang berceramah bersama Ketua Umum dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saifudin Nasution Ismail di Kampung Pertama, Permatang Pauh malam semalam.

Katanya, Kerajaan Negeri Kedah bertuah kerana Menteri Besar berjaya meningkatkan tahap ekonomi daripada kuncup semasa era BN.

Tambahnya, anak syarikat kerajaan (GLC) yang dulunya tidak pernah memberikan kerajaan satu sen pun kini berjaya menyumbangkan RM30 juta tahun 2009.

Bukan itu sahaja, katanya malahan hasil balak turut meningkat sebanyak RM3.5 juta berbanding dulu sedangkan kerja-kerja menebang membabitkan keluasan yang sama.

"Dua contoh ini sudah cukup menggambarkan kecerdikan kita memerintah kerana selama ini rakyat ditipu hidup-hidup," terangnya di majlis anjuran PKR Permatang Pauh.

Hubunagn itu, rakyat Kedah diingatkan jangan tertipu dengan dakyah yang dimainkan oleh Umno dan BN kerana mereka tidak selesa menjadi pembangkang dan bermimpi untuk menerajui negeri itu semula pada plihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau menambah, bagi menjamin keutuhan kerajaan negeri, semua organisasi parti, Majlis Ketua Kampung (MKK) dan sebagainya perlu memastikan ada perancangan dan melaksanakannya selaras dengan slogan 'Kedah Sejahtera'.

Tidak Mudah Jadi ADUN Kedah: Tidak Datang Ceramah 22 Mei Ini Tanda Tidak Setia

Tindakan PAS Kedah mengerahkan tiga exco PKR dan seorang ADUN DAP - yang dispekulasikan melompat parti - ke majlis ceramah Sabtu ini merupakan sebaik-baik cara bagi menafikan spekulasi itu.

Setiasuaha PAS negeri Senator Muhamad Yusof Husin berkata sekiranya wakil rakyat tersebut tidak tampil memberikan penjelasan, rakyat akan terus bimbang terhadap kesetiaan mereka pada Pakatan Rakyat.

"Masalah ini (lompat parti) boleh diselesaikan secara dalaman (parti). Selagi kita tak buat macam ini (ceramah), keresahan (rakyat) berterusan. Rakyat kata, kenapa kerajaan negeri tak bertindak (mencegahnya)?

"Jadi biar mereka (empat wakil rakyat itu) menjelaskan apa yang didakwa (kepada mereka) pada hari itu, dengan memberi penjelasan dengan penuh ikhlas,"

Muhamad Yusof mengulas desas desus bahawa keempat-empat wakil rakyat itu diminta bersumpah supaya setia bersama Pakatan di hadapan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Keempat-empat ADUN tersebut, S Manikumar (Bukit Selambau), Tan Chow Kang (Sidam) dan Lim Soo Nee (Kulim) daripada PKR. Manakala wakil DAP pula Lee Guan Aik (Kota Darulaman).

Mereka sebelum ini dilapor menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Azizan, sekali gus telah menafikan khabar angin mahu keluar parti.

Malah, mereka juga dilapor bersetuju untuk hadir ke majlis tersebut bagi menyatakan pendirian mereka di Kompleks PAS negeri di Kota Sarang Semut, pada 22 Mei, jam 9 malam.

Diminta mengulas bagaimana khabar angin itu muncul, Muhamad Yusof berkata beliau tidak tahu menahu berhubung perkara itu.

Berhubung khabar angin Manikumar, Tan, Lim dan Lee diminta bersumpah taat setia di hadapan Azizan, Muhammad Yusof memberikan jawapan yang sama.

Beliau juga berkata, dalam ceramah Ahad ini, PAS sebagai tunjang utama kerajaan Pakatan di Kedah tidak memberikan apa-apa arahan khusus, sebalik hanya diminta menyatakan pendiriannya.

"Kita tidak tahu apa yang ada isi hati mereka. Kita tidak ada beri arahan apa-apa (untuk ucapan) kepada mereka dan parti," katanya.

Tambahnya, dalam majlis yang dijangka dihadiri ribuan penyokong Pakatan itu, Pengerusi PKR Kedah Ahmad Kassim akan turut berucap. Manakala Azizan pula dijadual membuat penggulungan.

Muhamad Yusof itu juga menafikan PAS Kedah 'memaksa' keempat-empat ADUN itu hadir ke majlis tersebut.

"Kita tanya mereka (empat wakil rakyat itu) dulu, bukan kita tak ada hubungan dengan mereka," katanya.

Saturday, May 15, 2010

Kalau Nak Ambil Alih Kerajaan Kedah Biar Cara Bermaruah: Mukhriz Mahathir

Barisan Nasional (BN) ada cara sendiri untuk mengambil kembali negeri yang dikuasai parti pembangkang, bukan dengan memujuk wakil rakyat lompat parti menyertai BN, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.

Katanya BN akan memastikan setiap tindakan yang dilakukan sebelum mengambil semula negeri dikuasai pembangkang mendapat sokongan rakyat.

"Cara ini lebih bermaruah dan yang penting kita mendapat sokongan penuh dan mengembalikan keyakinan rakyat, cara lompat-lompat mungkin boleh ambil negeri tapi belum tentu dapat sokongan," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu mengulas kemelut yang berlaku dalam parti pakatan PAS-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP dan cakap-cakap politik kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan.

Mukhriz, yang juga anggota Parlimen Jerlun, berkata: "Ia hanyalah khabar angin semata-mata, dan tiada tindakan lanjut untuk mengesahkan spekulasi yang berlaku."

Friday, May 14, 2010

Kerajaan PAS Kedah Berakhir 22 Mei Ini?

PAS Kedah akan memanggil tiga exco kerajaan negeri dari PKR dan seorang ADUN DAP, untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang tersebar luar kononnya mereka akan melompat meninggalkan Pakatan Rakyat 22 Mei depan.

Mereka akan diminta memberi penjelasan dalam satu majlis ceramah anjuran PAS negeri - bertajuk "DUN Kedah Bubar?" - di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, jam 9 malam.

Setiausaha PAS negeri, Muhamad Yusof Husin berkata mereka diminta memberi penjelasan tersebut supaya rakyat tahu kedudukan sebenar mengenai desas desus yang mengaitkan nama mereka.

"Kita mengakui rakyat berada dalam kegelisahan dengan keadaan dan senario politik yang berlaku di negeri ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.

Menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim akan turut hadir dan berucap di majlis tersebut.

"Menteri besar sendiri akan menjelaskan pendirian (kerajaan negeri) berhubung perkara ini dalam ceramah berkenaan," katanya.

Muhamad memberitahu demikian ketika diminta mengulas laporan di mana ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membayangkan peristiwa kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak, akan berulang dalam waktu terdekat.

Kini, empat negeri dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Pakatan Rakyat di Kedah menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN di mana PAS memperolehi 16 kerusi, PKR (3) dan DAP satu kerusi.

Manakala BN pula mempunyai 13 kerusi dan terdapat dua wakil rakyat Bebas. Manakala mahkamah mengiystiharkan kerusi Kota Siputih dan kini BN dalam prose membuat rayuan.

Diminta mengulas lanjut berhubung mengenai desas desus isu lompat di kalangan ADUN PAS termasuk exco PKR itu, Muhamad Yusof berkata tidak timbul wakil rakyat PAS untuk berbuat demikian.

Ini kerana, katanya yang juga seorang senator menjelaskan mereka masih setia dan berjanji dengan perjuangan parti.

"Cerita lompat-melompat ini kita dengar sejak tahun 2008 sampai sekarang... PAS bukan nak berlagak, kita rasa (exco PKR) yang ada sekarang ini, kita percaya. Sebab mereka semua exco negeri," katanya.

Menurutnya, PAS negeri juga tidak mahu kerajaan Pakatan di Kedah mengalami nasib berulang seperti di Perak.

"Biar kalah dalam pilihan raya (baru), dan kita terima keputusan. Biar mati dihujung pedang, mati kerana bertanding, berlawan (dalam pilihan raya) daripada kalah kerana (ADUN) lompat kerana diberi umpan," katanya.

Susulan itu, PAS Kedah telah mempunyai dengan alternatif dan strategi untuk mengelak peristiwa itu berlaku, tambahnya.

Friday, May 07, 2010

DUN Kedah: Hanya Seorang Saja Yang Keluar: Kerajaan Pas Akan Bubar Dewan?

Kedudukan DUN Kedah sekarang ini adalah: Pas-16 Kerusi- PKR-3- DAP-1, Sementera BN-14- bebas-2.

Yang menjadi perhatian masa ini adalah para ADUN PKR. Mereka itu Tan Joon Long@Tan Chow Kang (sidam), S Manikumar (Bukit Selambau) dan Lim Soo Nee (Kulim).

Pertengahan April lalu, ADUN Bakar Arang Tan Wei Shu telah keluar PKR dan menistiharkan diri sebagai ADUN Bebas.

Menteri Besar Kedah Datuk Azizan Razak dilaporkan pernah berkata, jika seorang lagi ADUN Pakatan mengisthirakan diri sebagai ADUN Bebas, maka dia akan menghadap Sultan Kedah untuk mempersembahkan pembubaran DUN untuk membolehkan pilihanraya negeri diadakan.

ADUN manakah yang akan keluar diantara 3 ADUN PKR itu untuk membolehkan menteri besar Kedah menghadap Sultan Kedah? setakat ini ada maklumt tertentu, bahawa ke tiga-tiga ADUN tersebut akan keluar secara serentak.

Jika 3 ADUN PKR keluar secara serentak, mandat Azizan Razak untuk menghadap Sultan mempersembahkan pembubaran dewan akan terbatal, kerana MB itu tidak mempunyai suara majoriti di DUN Kedah.

Jika keadaan ini yang belaku, kemungkinan kah BN akan segera membentuk kerajaan, mengikut cara Perak? atau menunggu diadakan sidang DUN Kedah untuk membolehkan undi tidak percaya kepada kerajaan Azizan?

Jika undang-undang tubuh kerajaan Kedah membolehkan penubuhan kerajaan oleh mana-mana parti yang mempunyai majoriti tanpa undi tidak percaya, maka BN perlu menghadap Sultan Kedah menzahirkan hasrat itu.

Jika senerio ini berlaku, maka BN perlu berhati-hati agar keadaan seperti di Perak tidak berulang.

Wednesday, April 28, 2010

Tanda-Tanda Kerajaan Pas Kedah Akan Jatuh

Mempersoalkan kuasa-kuasa Sultan oleh wakil rakyat Pas yang ditimbulkan semasa sesi sidang DUN Kedah merupakan tanda-tanda kerajaan Pas di negeri itu akan jatuh.

Pada PRK Hulu Selangor lalu, Nik Aziz mempersoal titah Tuanku Sultan Selangor yang melarang menggunakan masjid bagi tujuan politik.

Sebagai rekod sejak penamaan calon PRK Hulu Selangor, telah 5 orang pemimpin PKR keluar PKR. Sebelum ini 4 ahli parlimen, beberapa ADUn, ADUn terakhir adalah ADUN Bakar Arang Kedah.

Para pemimpin PKR pula selian Bendahari PKR Hulu Selangor yang juga kawan rapat Anwar Dr Halili Rahmat telah keluar parti.

Para pemimpin AMK PKR juga berkeluaran, yang terkini adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan [AMK] Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad mengumukan keluar PKR hari ini.Turut keluar parti ialah setiausaha AMK Kelantan, Zainal Abidin.Mereka mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar hari ini.

Sementara itu kerajaan Kedah berada dihujung tanduk. Jika 3 ADUN PKR keluar parti, secara automatik kerajaan Datuk Azizan Razak terus tumbang.

Desas desus kini, sebaik sahaja PRK Hulu Selangor diumumkan dan BN menang, maka diperkirakan semua ADUN PKR Kedah akan mengistiharkan ADUN Bebas.

Untuk catitan, kerajaan Kedah kini hanya mempunyai 20 Kerusi (16 Pas, 3 PKR dan 1 DAP), manakala BN dan Bebas 16.

Sunday, April 25, 2010

PKR Kalah Di Hulu Selangor: Kerajaan Kedah Dalam Bahaya

PKR dan Pakatan gagal mempertahan kerusi Hulu Selangor. Para jeneral Pakatan termasuk Nik Aziz tidak mampu membendung kehendak rakyat, bahawa mereka ingin diwakili BN.

Sebelum ini telah dispekulasikan bahawa apabila Pakatan kecundang di Hulu Selangor, maka mereka akan kehilangan kerajaan negeri, negeri itu adalah Kedah.

Ahli dewan Undangan negeri (ADUN) PKR yang berjumlah 3 ADUN di DUN Kedah kemungkinan keluar PKR kerana alasan "telah hilang kepercayaan kepada PKR" dan para pemimpinnya.

Walaupun P Kamalanathan menang tipis terhadap Zaid, namun ianya merupakan tamparan hebat kepada PKR dan Anwar Ibrahim.

Akibat kekalahan ini, para penyokong PKR dan Pakatan telah tawar hati, perkara ini terbukti malam ini, apabila hanya 200 berkumpul di Stadium Kuala Kubu Bahru, walaupun ramai pemimpin Pakatan hadir termasuk Lim Kit Siang.

Majlis itu juga dihadiri termasuk calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, dua naib presiden PKR Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah, ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin serta pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh.

Tuesday, April 20, 2010

Jika BN Menang Hulu Selangor: Kerajaan Pas Kedah Ikut Tumbang

Melihat kepada perkembangan semasa, jika BN menang PKR Hulu Selangor, kerajaan Kedah juga akan turut tumbang.

Kedudukan Kerajaan Kedah di bawah pimpinan Pas kini di hujung tanduk. Jika ADUN PKR yang tiga orang lagi akan ikut jejak Tan Wei Shu ADUN Bakar Arang yang keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas, maka Kerjaan Pas Kedah akan rebah.

Di dewan undangan Kedah pada masa kini, Pas 16 kerusi, PKR 3 dan DAP 1. Sementara BN 14, bebas 2.

Jika 3 ADUN PKR keluar dan mengistiharkan ADUN Bebas mesra BN, maka kerajaan BN Kedah akan ditubuhkan mengikut jejak Kerajaan Perak yang ditubuhkan pada 6 Februari tahun lalu.Namun, MB Kedah Azizan Razak telah memberi amaran,jika 3 ADUN PKR keluar, dia akan membubarkan DUN Kedah, untuk memberi peluang pilihanraya umum negeri.

Di isukan, bahawa sebaik sahaja PRK Hulu Selangor diumumkan dan BN menang, maka 3 ADUN PKR Kedah itu akan mengikuti jejak wakil rakyat Bakar Arang.

Tan Wei Shu merupakan exco kerajaan Kedah yang digugurkan dalam rombakan exco pada 10 Mac lalu dan tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.

Dia mendakwa tindakannya itu diambil kerana "dipermainkan oleh pemimpin parti demi kepentingan individu tertentu".

Tindakan Tan, semalam itu menjadikannya wakil rakyat PKR yang kelapan keluar parti. Sebelumnya, empat ahli parlimen dan tiga Adun parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah mengambil tindakan yang serupa.

Tan juga menjadi Adun kedua - selepas Adun Lunas Mohammad Radzhi Salleh - daripada Kedah yang melompat parti sebelum ini.

Ekoran tindakan Tan itu, BN kini lebih hampir untuk mengambil alih Kedah. Dalam kerajaan pimpinan PAS itu, Pakatan kini tinggal 20 kerusi DUN, BN 14 kerusi, manakala bebas dua.

Kerajaan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak itu boleh tumbang sekiranya terdapat tiga lagi Adun Pakatan yang mengikut jejak langkah Tan.

Monday, April 19, 2010

MB Kedah: Siap Sedia Bubar DUN Kedah Jika 3 wakil Rakyat PKR Keluar

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Kedah untuk memohon agar DUN Kedah dibubar jika 3 ADUN PKR keluar parti mereka untuk membolehkan pilihanraya negeri diadakan.

Azizan berkata bahawa dia telah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ianya benar-benar berlaku.

"Saya dengar macam-macam cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang bercakap siapa bakal menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir, kerana jika ini (lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN dan kita pulang semula kepada rakyat untuk menjadi hakim," katanya kepada Bernama hari ini.

Azizan diminta mengulas desas-desus yang semakin kuat kedengaran bahawa beberapa lagi wakil rakyat pakatan pembangkang di Kedah akan keluar parti sehingga menyebabkan kerajaan negeri hilang majoriti.

Sehingga kini kerajaan yang dipimpin pakatan pembangkang itu sudah kehilangan dua wakil rakyatnya apabila dua Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang) bertindak keluar parti.Kedua-duanya mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas.

Kerajaan Kedah kini menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN. Daripada jumlah itu PAS menguasai 16 kerusi, PKR (3 kerusi) dan DAP satu kerusi.

Barisan Nasional mempunyai 14 kerusi termasuk Kota Siputeh yang masih berada pada peringkat Mahkamah Rayuan selepas Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf Datuk Abu Hasan Sarif sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Mahkamah Tinggi sebelum itu memutuskan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah selepas Abu Hasan didapati gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut.

Friday, April 16, 2010

Jika BN Menang Hulu Selangor, Kerajaan Kedah Pimpinan Pas Akan Turut Rebah

Kedudukan Kerajaan Kedah di bawah pimpinan Pas kini di hujung tanduk. Jika ADUN PKR yang tiga orang lagi akan ikut jejak Tan Wei Shu ADUN Bakar Arang yang keluar PKR semalam dan menjadi wakil rakyat bebas, maka Kerjaan Pas Kedah akan rebah.

Di dewan undangan Kedah pada masa kini, Pas 16 kerusi, PKR 3 dan DAP 1. Sementara BN 14, bebas 2.

Jika 3 ADUN PKR keluar dan mengistiharkan ADUN Bebas mesra BN, maka kerajaan BN Kedah akan ditubuhkan mengikut jejak Kerajaan Perak yang ditubuhkan pada 6 Februari tahun lalu.

Di isukan, bahawa sebaik sahaja PRK Hulu Selangor diumumkan dan BN menang, maka 3 ADUN PKR Kedah itu akan mengikuti jejak wakil rakyat Bakar Arang.

Tan Wei Shu merupakan exco kerajaan Kedah yang digugurkan dalam rombakan exco pada 10 Mac lalu dan tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.

Dia mendakwa tindakannya itu diambil kerana "dipermainkan oleh pemimpin parti demi kepentingan individu tertentu".

Tindakan Tan, semalam itu menjadikannya wakil rakyat PKR yang kelapan keluar parti. Sebelumnya, empat ahli parlimen dan tiga Adun parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah mengambil tindakan yang serupa.

Tan juga menjadi Adun kedua - selepas Adun Lunas Mohammad Radzhi Salleh - daripada Kedah yang melompat parti sebelum ini.

Ekoran tindakan Tan itu, BN kini lebih hampir untuk mengambil alih Kedah. Dalam kerajaan pimpinan PAS itu, Pakatan kini tinggal 20 kerusi DUN, BN 14 kerusi, manakala bebas dua.

Kerajaan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak itu boleh tumbang sekiranya terdapat tiga lagi Adun Pakatan yang mengikut jejak langkah Tan.

Blog Archive