Sunday, April 25, 2010

PKR Kalah Di Hulu Selangor: Kerajaan Kedah Dalam Bahaya

PKR dan Pakatan gagal mempertahan kerusi Hulu Selangor. Para jeneral Pakatan termasuk Nik Aziz tidak mampu membendung kehendak rakyat, bahawa mereka ingin diwakili BN.

Sebelum ini telah dispekulasikan bahawa apabila Pakatan kecundang di Hulu Selangor, maka mereka akan kehilangan kerajaan negeri, negeri itu adalah Kedah.

Ahli dewan Undangan negeri (ADUN) PKR yang berjumlah 3 ADUN di DUN Kedah kemungkinan keluar PKR kerana alasan "telah hilang kepercayaan kepada PKR" dan para pemimpinnya.

Walaupun P Kamalanathan menang tipis terhadap Zaid, namun ianya merupakan tamparan hebat kepada PKR dan Anwar Ibrahim.

Akibat kekalahan ini, para penyokong PKR dan Pakatan telah tawar hati, perkara ini terbukti malam ini, apabila hanya 200 berkumpul di Stadium Kuala Kubu Bahru, walaupun ramai pemimpin Pakatan hadir termasuk Lim Kit Siang.

Majlis itu juga dihadiri termasuk calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, dua naib presiden PKR Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah, ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin serta pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh.

No comments:

Blog Archive