Showing posts with label 13 May. Show all posts
Showing posts with label 13 May. Show all posts

Friday, November 19, 2010

Kenapa Lim Guan Eng takut "13 Mei"?

Kenapa Lim Guan Eng takut peristiwa 13 Mei disebut. Apa kah ketua menteri Pulau Pinang itu takut rakyat tahu bahawa bapanya terlibat dengan persitiwa hitam negara itu? Bagi yang yang berumur lebih setengah abad pada masa ini, sudah tentu tahu peranan Lim Kit Siang sebelum peristiwa berdarah itu berlaku.

Akibat ucapan-ucapan panas Lim Kit Siang sebelum peristiwa hitam itu berlaku, menyebabkan bapa Lim Guan Eng itu di tahan sehingga tahun 1970. Lim Guan Eng juga perlu ingat, akibat provokasi pihak DAP dan Gerakan pada waktu merayakan kemenangan di jalan-jalan, telah membangkitkan kemarahan orang melayu.

Sejak musim reformasi yang bermula tahun 1998, pihak pembangkang telah mengeluarkan banyak kenyataan yang bersifat provokasi kepada kaum majoriti negara ini, yakni melayu.

Laungan azan dipertikai, penggunaan nama ALLAH dipertikai, orang bukan islam dibenar masuk ruang solat masjid, minuman arak dijual dikawasan majoriti orang melayu, mempertikai hak-hak raja, mempersoalkan artikel 153 perlembagaan mengenai hak orang melayu dan macam-macam lagi bentuk provokasi kaum lain terhadap kaum asal negara ini.

Namun yang peliknya, ada juga orang melayu mempertikai mengenai haknya semata-mata untuk mencapai cita-cita politik. Anwar Ibrahim misalnya, sanggup menjual bangsanya, sanggup bangsa menjadi kuda tunggangan demi masa depan politiknya. Belum jauh, belum lama, semasa kerajaan Pakatan Perak- Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, namun pemain dibelakang layar adalah 2 orang bersepupuh Nga dan Ngeh daripada DAP.Kalau kata dua orang sepupuh lompat kepada Nizar, maka Nizar akan lompat.

Juga Menteri Besar Selangor daripada PKR hanya sebagai pelakon, pembuat skrip dan pengarah adalah Elizabeth Wong dan Teresa Kok serta Ronnie Liu.

Wednesday, November 17, 2010

13 Mei: Fakta yang digeruni DAP dan Pembangkang

13 Mei adalah fakta sejarah yang digeruni DAP serta parti itu sangat fobia dengan tarikh bersejarah itu kerana disebabkan tarikh itulah rakyat pelbagai kaum di negara ini dapat disusun semula menjadi lebih baik dan makmur. Kerana tarikh itu jugalah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk.

Sesiapa sahaja yang menyebut fakta sejarah 13 Mei, parti DAP merasa tercuit untuk bertindak balas. Perkara ini ada kemungkinan parti itu takut jika kerajaan menjadikan 13 mei sebagai tarikh untuk diperingati, DAP akan merasa tindak tenteram kerana takut kalau-kalau orang melayu Pulau pinang-yang kini mula tidak selesa dengan kerajaan DAP bangkit sehingga huru hara tercetus.

Baru-baru ini semasa persidangan DUN Pulau Pinang Ketua Pembangkang DUN daripada BN Datuk Azhar Ibrahim digantung daripada menhadiri Sidang DUN selama enam bulan kerana dia menggunakan perkataan 13 Mei dalam sessi perbahasan.

Pada hari ini semasa sidang vedio antara pelajar Luar negera bersama Perdana menteri-Datuk seri Najib Razak-PM itu menolak cadangan daripada berbagai pihak agar fakta sejarah itu diperingati. Alasan penolakan Najib adalah-biarlah fakta sejarah itu-menjadi lipatan sejarah hitam negara.

Bagi DAP mengenang fakta sejarah itu terutama untuk tatapan generasi kini tentulah tidak menyenangkan parti itu- kerana titik hitam itu menyebabkan titik permualaan bersatunya semua kaum negara ini. Politik DAP adalah politik kebencian yang sukakan kepada perpecahan. Peristiwa berdarah 13 mei berlaku ekoran sikap DAP yang gemar memberikan provokasi kepada masyarkat melayu di Kampung Baru pada tahun 1969.

“Orang Melayu yang terpinggir dan ketinggalan pada masa itu dihina dan diejek sehingga tercetus tragedi berdarah itu.

“Kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa pahit 13 Mei itu supaya generasi akan datang tidak akan mengulangi perkara yang sama. Kajian perlu dijalankan untuk mengetahui punca dan sebab sebenar peristiwa itu,”.

Sebagai pengajaran daripada peristiwa 13 Mei, semua kaum tidak kira Melayu, Cina dan India perlu memastikan tidak ada rasa tidak puas hati, ketinggalan mahupun terpinggir di kalangan mana-mana kaum.

“Peristiwa yang pahit tidak semestinya perlu dikenang secara negatif semata-mata. Dalam konteks peristiwa 13 Mei, perkara yang keruh mengenainya perlu dibuang namun apa yang jernih perlu diambil,”.

Friday, May 14, 2010

13 Mei Boleh Berulang Jika Rakyat Lupa Sejarah: Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sesiapa yang melupakan sejarah mungkin kembali mengulangi sejarah itu dan bakal berhadapan hukuman akibat kesilapan itu.

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri itu meminta rakyat supaya tidak melupakan tragedi 13 Mei 1969 kerana jika itu berlaku, sejarah itu boleh berulang.

"Saya fikir kalau kita lupa sejarah kita, kita akan ulangi sejarah itu. Ada pepatah terkenal menyebut mereka yang lupa pengajaran daripada sejarah akan dihukum dengan mengulangi kesalahan mereka berulang kali.

"Itu keyakinan saya," katanya pada sidang media penghantaran bantuan kemanusiaan oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO) di bangunan Yayasan Al-Bukhary di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok yang mendakwa persetujuan Dr Mahathir untuk menyertai Program Melayu Bangkit anjuran Institut Integriti Negeri Terengganu (IINT) bersama Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, yang dibatalkan semalam, seolah-olah merestui kempen perkauman.

Program itu ditangguhkan ke satu tarikh lain atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan termasuk aspek keselamatan.

Dr Mahathir berkata beliau tidak memandangnya dari sudut itu tetapi kesudiannya menyertai acara itu adalah untuk mengingatkan rakyat bahawa sekiranya isu itu tidak dikendalikan dengan cermat, tidak mustahil sejarah berdarah itu akan berulang.

"Itu saya tak taulah (dakwaan). Saya pergi ke sana bukan untuk mengadu domba antara pelbagai bangsa tapi saya mahu ingatkan mereka bahawa jika kita tidak mempedulikan masalah bangsa ini, kita akan mengulangi kesilapan kita. Jika (tidak dibatalkan), sudah tentu, saya pergi, tapi lepas itu saya akan digelar rasis," katanya.

Dr Mahathir berkata sebagai orang yang melalui sendiri pengalaman tragedi 13 Mei itu, beliau hanya ingin berkongsi maklumat supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada orang lain.

"Saya lalui 13 Mei ini jadi saya tahu benar. Saya fikir saya dapat membantu menyesuaikan diri agar mereka tidak bertindak terburu-buru yang boleh menyebabkan berulangnya satu lagi 13 Mei," katanya.

Justeru itu, Dr Mahathir berharap mana-mana pihak yang mencadangkan supaya tragedi itu dilupakan, supaya kembali memperbetulkan tanggapan mereka mengenai tarikh bersejarah itu.

"Idea agar kita patut melupakan 13 Mei bukan satu idea yang baik," katanya.

Blog Archive