INI lah yang berlaku di Sabah berdekad lamanya, apabila kerajaan bertukar, visi-orentasi juga bertukar, kesannya pada kemajuan, pembangunan, dan taraf hidup rakyat.
Penulis perhatikan, yang tidak berubah, hanya berkaitan peruntukkan kewangan berkait keagamaan.
Yang paling banyak berubah, adalah kerajaan yang hanya pandai menggunakan dana awam, akan tetapi kurang mampu menambah kutipan hasil.
Kerajaan negeri pernah berhutang untuk membayar gaji kakitangan awam, menjual aset negeri, untuk menampung perbelanjaan kerajaan.
Apabila visi/orentasi bertukar, sama seperti bermula daripada awal, try and error, umpama selepas tamat daripada universiti kembali lagi ke sekolah rendah, belajar membaca menulis.
Pengalaman Sabah sangat jelas, pertukaran kerajaan bukannya membawa kebaikan, akan tetapi lebih banyak keburukan. Sebagai misalan, semasa kerajaan Sabah diperintah Parti Warisan selama 26 bulan, perekonomian negeri merudum dengan teruk sekali.
Mengapa selepas kerajaan Warisan tumbang dan diganti kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perekonomian Sabah dapat dipulihkan? Sebabnya para pemimpin yang mengambil alih adalah daripada pasukan yang melakar kemajuan Sabah menerusi HALA TUJU SABAH yang diperkenal pada tahun 2003.
Kemajuan Sabah hari ini, pada hakikatnya adalah kesinambungan hala tuju negeri, dengan penambahbaikan yang inklusif, dinamik dan progresif, Sabah Maju Jaya.
Memang benar, setiap pemimpin atau kerajaan bermatlamat memajukan negeri dan rakyat, akan tetapi tanpa pengalaman, kebolehan, dan penanda aras, akhirnya rakyat yang terkesan, hanya kerana mereka yang diberi tanggungjawab, seperti kera mendapat bunga, manakala ketua kerajaan sama seperti tikus membaiki labu.
Untuk mengelirukan rakyat, maka dilaungkan berbagai janji bulan bintang, tetapi semua hanya tin kosong.
Berbeza dengan kerajaan yang dipimpin pemimpin berpengalaman, diam ubi berisi, bukan seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung.
Rakyat Sabah secara umumnya, sedar, perbezaan pemerintahan antara pemimpin berpengalaman dan berkebolehan dan yang tidak, khususnya dalam berkaitan kepentingan rakyat secara umum.
Kerajaan yang dipimpin kerajaan berpengalaman dan berkebolehan ditandai dengan aktiviti ekonomi negeri yang rancak, peningkatan peluang-peluang pekerjaan, peningkatan kutipan hasil, peningkatan nilai perdagangan, peningkatan rezab kewangan, semakin ramai pelajar mendapat tajaan, kerana jumlah wang untuk tujuan pendidikan meningkat berkali ganda, sokongan pada pendidikan yang semakin banyak termasuk bantuan kewangan, alat-alat sokongan pembelajaran.
Bukan itu sahaja, peruntukan bagi wakil-wakil rakyat untuk kawasan masing dinaikkan, termasuk pemberian dana khas sentuhan kasih.
Apabila secara umumnya prestasi, pencapaian kerajaan yang cukup memberangsangkan, tentunya kejayaan itu kerana hasil kerja kolektif semua peringkat, termasuk kakitangan awam, maka sukar mencari kelemahan untuk dikecam, maka pembangkang mencari helah remeh, antara lain, memberi fokus kepada mereka yang membantu merealisasikan misi kerajaan, misi Ketua Menteri, menggunakan para individu ini untuk memalit imej tidak baik pada Ketua Menteri, termasuk mendakwa adanya salahgunakuasa, adanya monopoli kedaerahan, kroni dan sebagainya.
Dalam mana-mana kejayaan, tentunya ada team yang menjayakan kejayaan itu. Komitmen, dedikasi team itu, tidak kira latar belakang, menyumbang merealisasikan sesuatu misi. Menjadikan isu politik mereka yang termasuk dalam team yang menjayakan misi, adalah satu cara menggagalkan misi. Pendekatan ini lah yang digunakan pemimpin Parti Warisan yang berselindung di berbagai platform, termasuk media sosial, seperti Mawar Channel, kendalian penyokong Parti Warisan, apabila channel itu mengapungkan istilah Tuaran Maju Jaya (Tuaranisasi dan Suku Sakat Hajiji).
No comments:
Post a Comment