Monday, November 06, 2023

BLOK BORNEO ITU IALAH GPS DAN GRS

TIADA keraguan merujuk Blok Borneo PASCA PRU15, ianya berkaitan GPS dan GRS. Kenyataan mutakhir berkaitan blok itu datangnya daripada Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada 20 Ogos 2023.

Walaupun GRS adalah parti gabungan terbaharu, akan tetapi sudah menambat hati rakyat Sabah, dan dijangka akan mengikuti jejak GPS pada PRU16.

Betul, pada PRU15, GRS hanya menang 6 kerusi parlimen, akan tetapi pada PRU akan datang, akan menang lebih banyak kerusi berpandukan pada kecenderungan politik di Sabah.

Parti Warisan Sabah cuba mengelirukan rakyat Sabah berkaitan Blok Borneo, sebelum penjajaran baharu politik PASCA PRU15.

Apa yang berlaku sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan Persekutuan sudah menjadi sejarah politik tanah air.

Cubaan pemimpin Warisan berkaitan kedudukan GRS sebelum penjajaran politik, ada lah petanda betapa bimbangnya pemimpin parti itu akan hanyut pada PRU16 akan datang.

Negeri Sabah dan WP Labuan yang mempunyai 26 kawasan Parlimen dijangka menjadi sebahagian Blok Borneo bersama 31 kawasan Parlimen Sarawak mewakili Borneo dalam Kerajaan Persekutuan.

Oleh kerana Blok Borneo merujuk GRS dan GPS, maka tentunya, pada PRU16 akan datang, sebahagian besar kawasan parlimen di Sabah akan dikuasai GRS, sementara di Sarawak oleh GPS.

Penguasaan GPS tercermin pada PRK DUN Jepak, yang dimenangi calon GPS dengan majoriti luar biasa, sehinggakan dua calon yang menentang kehilangan wang pertaruhan.

Di Sabah pula, melihat kecenderungan rakyat Sabah, GRS akan menjadi pilihan rakyat Sabah.

No comments:

Blog Archive