Monday, November 06, 2023

LOGHAT SABAH-RIDER HAMPIR MAUT DITANGAN PENGAWAL KESELAMATAN

SATU kejadian pada petang jumaat minggu lalu di sebuah premis perniagaan di Kuala Lumpur, seorang rider (penghantar makanan) asal Sabah hampir maut “dikunci” leher hampir sama dengan tindakan seorang anggota polis Amerika terhadap seorang berkulit hitam rakyat negara itu maut bernama George Floyd pada tahun 2020.

Pengawal keselamatan terbabit bertindak kasar terhadap penghantar makanan itu hanya kerana menggunakan loghat Sabah.

Rakaman video yang dikongsi menerusi media sosial, hanya kedengaran, alasan pegawai keselamatan itu bertindak, kerana mendakwa rider itu “bukan orang sini” mungkin maksudnya bukan rakyat Malaysia, kerana menggunakan loghat Sabah, walaupun rider itu berkali-kali katakan “dia orang Sabah”.

Cuba bayangkan Persekutuan Malaysia telah wujud sejak 16 September 1963, 60 tahun lalu, masih terdapat penduduk Semenanjung, masih tidak mengetahui cara bercakap, antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Apa maknanya? Selama 60 tahun, agensi yang dibertanggungjawab berkaitan integrasi nasional telah gagal. Kemungkinan juga kerana sedikitnya rakyat asal Sabah dilibatkan di peringkat nasional untuk mendedahkan cara bercakap (loghat) sangat sedikit, kalau pun ada, mereka “bertukar” pada loghat Semenanjung.

Menggunakan alasan “bukan orang sini” kerana loghat yang berbeza, menyebabkan kekasaran, sesuatu yang tidak boleh diterima.

Melihat rakaman video, pegawai keselamatan itu mempunyai niat “membunuh” atas sebab, tiada tanda-tanda rider itu tersebut melawan, hanya cuba melepaskan diri.

Ditakdirkan ajal rider itu belum sampai seperti mana George Floyd.

Kerana ajal belum sampai, sebagai orang susah yang hanya mencari rezki halal, sanggup memaafkan pegawai keselamatan yang hampir meragut nyawanya, sehingga ada pihak memberi sanjungan pada rider itu kerana kesanggupan memberi kemaafan, dan seterusnya sanggup bergambar dengan pelaku (yang kelihatan bangga dengan mengukir senyuman tanda kepuasan).

Berikutan kejadian itu, seorang ahli parlimen daripada Sabah, iaitu Ahli Parlimen Kudat, meminta pihak polis meneruskan siasatan. Menurut MP itu, jika memang hanya kerana loghat Sabah menjadi punca tindakan Pegawai Keselamatan itu, maka perlu dihukum untuk dihatar ke Sabah mempelajari loghat Sabah.

Bagi penulis, kekasaran, diskriminasi kerana loghat yang berbeza sepatutnya tidak boleh berlaku dalam era sekarang. Perbezaan yang menyebabkan “serangan” diskriminasi” hanya berlaku dalam dunia haiwan.

No comments:

Blog Archive