Thursday, November 16, 2023

FAKTOR YANG MEMBAWA KEMENANGAN DALAM PILIHAN RAYA

DALAM pilihan raya, beberapa faktor boleh menyebab kemenangan. Di antara faktor-faktor itu, iaitu faktor calon dan parti.

Apabila kemenangan di sesebuah kerusi cukup signifikan yang dicerminkan menerusi majoriti kemenangan, ertinya kombinasi beberapa faktor berkesan.

Mereka yang menang, tidak semestinya memperolehi undi popular, akan tetapi, kombinasi berbagai faktor yang mengiringi lebih baik berbanding lawan.

Dalam pilihan raya, parti-parti yang bertanding, mempertaruhkan calon boleh menang (winnable candidate). Maknanya, semua yang bertanding mempunyai peluang yang sama.

Apabila mempunyai peluang yang sama, maka yang terbaik sahaja yang menang.

Ambil contoh keputusan PRN16 bagi DUN Tempasuk. Calon yang menang adalah calon BN. Calon itu adalah hasil sokongan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kerana masa itu, walaupun masing-masing parti menggunakan lambang masing-masing, akan tetapi semuanya sebagai calon GRS. Akan tetapi, jika melihat pada calon BEBAS, jumlah undi yang diperolehi 58.3 peratus (2,355) daripada undi calon yang menang yang berjumlah 4,040.

Manakala di DUN Kemabong, calon parti 76.0 peratus (Warisan Plus); 70.4 peratus (GRS) daripada undi yang menang, iaitu calon BEBAS.

Dua senario keputusan PRN16 itu, menunjukkan, bahawa kemenangan di sesebuah kerusi, bergantung pada kombinasi berbagai faktor atau hanya satu faktor (boleh sebagai faktor calon sebagai individu, boleh sebagai calon parti).

Gambaran dua senario yang berbeza ini, boleh menjadi pedoman bagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam memilih calon untuk mewakili gabungan tersebut pada PRN17 akan datang.

Penulis yakin, masing-masing parti telah pun mengenai pasti calon-calon yang berpotensi, memandangkan PRN17 semakin dekat,iaitu kurang 2 tahun daripada sekarang.

Apa yang menjadi perhatian penulis, berpandukan pada keputusan PRN16 Sabah, mereka yang menang rata-rata adalah individu yang dikenali masyarakat setempat, apa kah mereka itu calon parti atau BEBAS.

Oleh kerana mereka itu dicalonkan parti yang mendapat sokongan rakyat, kemenangan mereka dilihat daripada segi jumlah majoriti. Manakala mereka yang berbanding bebas, ada yang menang, yang kalah pula mendapat jumlah undi yang sangat signifikan.

Ertinya, mana-mana parti yang boleh mengetengahkan individu yang dikenali, disukai di kawasan-kawasan yang ditandingi, dibantu oleh parti yang disukai serta jentera yang kuat, adalah satu jaminan kemenangan.

Untuk isu calon yang dikenali, disukai, jangan pula terperuk bahawa populariti itu hanya di kawasan sendiri,ertinya terhad pada mereka yang bermastautin di kawasan itu, kerana perlu mengambil tahu, bahawa ramai pengundi di kawasan tertentu hanya sebagai pengundi di kawasan itu, akan tetapi bermastautin di kawasan lain.

Kerana faktor pengundi luar ini lah, seseorang calon atau calon yang dianggap calon boleh menang, akan tetapi akhirnya kalah, seperti mana berlaku di beberapa kawasan pada PRN16.

Pada bakal-bakal calon, kena menseimbangkan pendekatan, selain pendekatan di kawasan yang menjadi sasaran untuk ditandangi, kena juga mempunyai rangkaian di beberapa peringkat, termasuk media alternatif, sebagai pemudah cara, untuk sentiasa mengapungkan kerelevanan sebagai individu “influencer”-pempengaruh mendorong lebih banyak sokongan pada parti yang dianggotai atau dipimpin.

Era politik sekarang, memerlukan rangkaian sebagai alat pemasaran baik sebagai individu,parti dan pemimpin.

No comments:

Blog Archive