BETUL pada 6 Januari 2023, semasa KUDETA, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai 37 ADUN daripada 79, kurang 3 kerusi untuk majoriti mudah. Kerana sokongan 7 ADUN PH menyokong, maka kerajaan negeri tidak dapat ditumbangkan.
Akan tetapi, selepas 10 Januari, GRS mempunyai 47 ADUN, tanpa sokongan ADUN PH pun masih dapat mengekalkan kerajaan.
Rungutan Presiden UPKO, pada masa ini dengan membangkitkan, bahawa tanpa sokongan PH, maka kerajaan GRS tidak dapat meneruskan kerajaan, sudah tidak relevan ( a matter of the past).
Membangkitkan berkaitan perkongsian kuasa secara menyeluruh, walaupun kenampakan sesuatu yang ideal, akan tetapi tidak praktikal, jika dihubungkan dengan komposisi atau kedudukan parti-parti.
Sepatutnya Presiden UPKO itu mengambil jalan menang-menang, dan mengambil tahu berkaitan komposisi, tidak meminta lebih-lebih termasuk lantikan pemimpin akar umbi di kawasan-kawasan yang dikuasai Gabungan Rakyat Sabah.
Sokongan 7 ADUN PH dengan seorang ADUN UPKO, bukan merupakan lesen untuk meminta lebih-lebih, walaupun sokongan itu telah menghalang Langkah Kinabalu yang digerakan Datuk Bung Moktar Radin bersama Datuk Shafie Apdal.
Desakan menggunakan formula 60:40 secara menyeluruh kelihatan sangat sebagai ketamakan, mamandang PH hanya 13 peratus daripada keseluruhan ADUN yang menyokong Kerajaan GRS PLUS.
Penulis tidak pasti apakah, pendirian Presiden UPKO itu juga selari dengan 6 ADUN PH? (4 DAP dan 2 PKR), memandangkan setakat ini, tidak timbul sebarang rungutan daripada 6 ADUN tersebut.
No comments:
Post a Comment