Monday, October 16, 2023

APAKAH MEKANISME HALANG 3.5 JUTA WARGA ASING & T20 MENIKMATI SUBSIDI?

AGAK pelik kedengarannya apabila 3.5 juta warga asing di Negara ini dan rakyat dalam T20 dihalang menikamati subsidi.

Apakah mekanisme yang digunapakai untuk menghalang golongan ini?

Untuk T20, Jika berkaitan petrol dan diesel mungkin boleh, kerana berpandukan pada kereta; demikian juga litrik, berpandukan pada rumah, akan tetapi berkaitan barang makanan seperti beras, tepung, minyak paket, telur, ayam dan barangan bersubsidi lain?

Warga asing pula, terutama pekerja buruh, atau PATI (pendatang asing tanpa izin) bagaimana pula melarangnya?

Larangan ini boleh dilaksanakan, JIKA HANYA JIKA semua penduduk negara ini didata, dan DATA itu dikongsikan di semua premis perniagaan, kecil besar, termasuk di pasar awam. Dan setiap pembeli wajib mengimbas kad pengenalan, sebelum berurus niaga. Dalam pengkalan DATA itu terbutir status pembeli/pengguna, dan secara automatik, mesin bayaran bertukar mode sesuai dengan status.

Ertinya, harga barang yang dipamerkan ada dua kategori, harga bersubsidi dan tidak bersubsidi. Laluan bayaran ada dua lorong, untuk yang layak barang bersubsidi dan yang tidak.

Kebimbangan kerajaan kerana amaun subsidi yang ditanggung kerajaan telah berjumlah RM81 bilion, ianya merupakan jumlah subsidi tertinggi di dunia menurut Perdana Menteri ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada Isnin.

Amaun subsidi itu 90 peratus berbanding peruntukan pembangunan tahun 2024 yang berjumlah RM90 bilion, dan 12.3 kali ganda berbanding peruntukan pembangunan untuk Sabah.

Dikatakan amaun subsidi meningkat terutama berkaitan petrol dan diesel, kerana ketirisan menerusi penyeludupan. Bukan itu sahaja ketirisan berkaitan minyak masak paket, samada menerusi penyeludupan atau dibotolkan semula.

Ketirisan berkaitan barangan bersubsidi memang sukar dibendung, selagi adanya perbezaan harga antara negara jiran. Para petualang yang mahu mengautkan keuntungan lebih cepat tidak pernah berhenti dan menjadikan kaedah ini untuk memperkaya diri. Malangnya, mereka ini mendapat bantuan daripada pihak-pihak yang bertindak sebagai harapkan pagar, pagar makan padi. Tanpa bantuan golongan ini, petualang/penyeludup tidak akan mudah meneruskan urusniaga ini.

No comments:

Blog Archive